Peningkatan Kes Buat Satu Negara Buntu



Peningkatan kes buat satu negara buntu. Peningkatan kes Co­vid-19 dengan 13,215 kes, se­malam sekali gus memecah rekod ter­tinggi sejak pandemik me­landa setelah pelbagai langkah diambil seperti pengisytiharan darurat dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan me­nyeluruh atau total lockdown menyebabkan rakyat di seluruh negara buntu.
Peningkatan jangkitan ha­rian kini membingungkan rakyat yang sudah melalui tempoh ‘berkurung’ sejak lebih enam bulan lalu menerusi Proklamasi Darurat selain terpaksa melalui sekatan pergerakan penuh dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sebelum ini Kementerian Ke­si­hatan pernah mengunjurkan kes boleh melonjak ke paras 13,000 jika total lockdown tidak dilaksanakan mulai 1 Jun lalu.
Perkara itu diulang sekali lagi Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin bahawa keputu­san melaksanakan PKP me­nye­luruh itu demi mengelak pe­ningkatan kes ba­ha­ru secara mendadak dan boleh mencecah lebih 13,000 kes pada 15 Jun lalu atau sistem kesihatan runtuh.
Ini diikuti dengan pelaksa­naan PKPD di Selangor dan Kuala Lumpur mulai 3 Julai lalu.
Status PKPD di lapan daerah, 34 mukim di Selangor itu masih menjadi tanda tanya manakala sembilan daripada 14 lokaliti di Kuala Lumpur iaitu PPR Sri Semarak, PPR Batu Muda, Kampung Padang Balang, Taman Koperasi Polis (Fasa2), Flat Sri Sabah, PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Kerinchi, Bandar Baru Sentul dan Taman Ikan Emas ditamatkan.
Rakyat penat dan kecewa walaupun ‘dikurung’ semula sejak PKP 2.0 dilaksanakan awal tahun ini, di samping pelaksanaan darurat bagi menguruskan pandemik Covid-19, namun kes semakin meningkat.
Mereka meluahkan kecewa di laman sosial sambil mempersoalkan tindakan kerajaan melaporkan data se­tiap hari tetapi tidak menyatakan apa yang mahu dilaksanakan segera.
Memetik reaksi netizen, Kenny Wong yang bertanya: “Mengapa kerajaan terlalu bergantung kepada vaksin, adakah ia mampu memberikan 100 peratus imuniti kepada semua jenis varian, Fikirkanlah, jangan hanya laporkan statistik setiap hari.”
Perasaan kecewa dengan bilangan kes Covid-19 yang terus meningkat turut memberi kesan kepada penyanyi tanah air, Daiyan Trisha yang menggubah sebuah lagu yang sesuai dengan keadaan semasa berjudul ‘Penat’.
Mengulas perkembangan kes semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar khas memberitahu, berdasarkan pecahan kes harian, sebanyak 8,047 kes (60.9 peratus) adalah kategori satu tidak bergejala manakala sebanyak 4,637 kes (35.1 peratus) kategori dua bergejala ringan.
Selebihnya sebanyak 531 kes (4.0 peratus) adalah kategori tiga hingga kategori lima, sekali gus menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif Covid-19 yang dilaporkan adalah daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan.
“Kategori tiga ini mengalami jangkitan paru-paru, kategori empat pula memerlukan bantuan pernafasan dan kategori lima yang memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya.
Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, trend peningkatan kes positif Covid-19 bukan sahaja berlaku di Malaysia bahkan negara jiran seperti Indonesia juga mencatatkan 56,757 kes positif semalam, manakala Thailand pula merekodkan sebanyak 9,186 kes positif.
Katanya, negara-negara Eropah turut bergelut dengan peningkatan kes seperti United Kingdom yang mencatatkan sebanyak 42,302 kes dan Rusia yang mencatatkan 25,293 kes.
Sementara itu, bercakap kepada Utusan Malaysia, Presi­den Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPPK), Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar menjangkakan kes positif baharu Covid-19 akan terus meningkat berdasarkan beberapa faktor dan keadaan semasa seperti saringan ujian Covid-19, kesesakan hospital dan bilangan kematian. – UTUSAN
Peningkatan kes buat satu negara buntu Baca Artikel Menarik :
Malaysia perlu contohi negara Asia Timur tangani krisis Covid-19 Ekonomi Malaysia tidak bergerak sekiranya kelas bawahan masih ramai Jika Muhyiddin enggan letak jawatan, NGO akan turun berdemo Gelagat Lucu Jin Masuk Islam Ini Tarik Perhatian Netizen Bila ‘Ruqyah’ Wanita Dirasuk [VIDEO] NORA DANISH KELIRU NETIZEN BANDINGKANNYA DENGAN IFA RAZIAH [VIDEO] Resepi Mee Sizzling Layari Laman Facebook MYKMU

Rafidah tanya 6 soalan kepada kerajaan

 
The post Peningkatan kes buat satu negara buntu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/07/16/peningkatan-kes-buat-satu-negara-buntu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Dera Oku Kes Dirujuk Peguam Negara Satu Kes Masih Disiasat

Kes Dera Oku Kes Dirujuk Peguam Negara Satu Kes Masih Disiasat

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 287 hits
Dua kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan kes seorang remaja sindrom down didera di sebuah rumah perlindungan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita Dan Kanak Kanak Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata...
Kec0h Kes Caprice Tak Berjaya Masuk Gaza Ustaz Amin Tampil Bagi Satu Nasihat

Kec0h Kes Caprice Tak Berjaya Masuk Gaza Ustaz Amin Tampil Bagi Satu Nasihat

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 414 hits
SEJAK semalam nama penyanyi rap dan usahawan Caprice dan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew hangat diperkatakan di media sosial
Ada Satu Kes Tu Yang Saya Pergi Anak Dia Dah Terbaring Pendengar Kongsi Kisah Anak Penerima Bantuan Tak Makan 2 Hari

Ada Satu Kes Tu Yang Saya Pergi Anak Dia Dah Terbaring Pendengar Kongsi Kisah Anak Penerima Bantuan Tak Makan 2 Hari

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 203 hits
Sebak apabila mendengar luahan pemberi bantuan yang menceritakan pengalamannya menyampaikan bantuan kepada sebuah keluarga yang menetap di Kuala Kangsar Kisah ini diceritakan oleh lelaki itu menerusi satu panggilan yang dibuat di radio Suri...
Pejabat Peguam Negara Failkan Rayuan Terhadap Kes Rasuah Tengku Adnan

Pejabat Peguam Negara Failkan Rayuan Terhadap Kes Rasuah Tengku Adnan

papar berkaitan - pada 20/7/2021 - jumlah : 201 hits
July 20 2021 Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap pembebasan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Sumber Pejabat Pegua...
Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

Three More Lines For Bakul Prihatin Negara Applications Rina

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 631 hits
The Women Family and Community Development Ministry has provided three additional telephone numbers to facilitate applications for the Bakul Prihatin Negara aid launched by Prime Minister Muhyiddin Yassin on July 15 Its minister Rina Mohd H...
Kkm Jangka Kes Harian Turun Satu Dua Minggu Lagi Kata Hisham

Kkm Jangka Kes Harian Turun Satu Dua Minggu Lagi Kata Hisham

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 207 hits
Dr Noor Hisham Abdullah berkata lonjakan kes baharu sejak beberapa hari lepas adalah berikutan lebih banyak saringan bersasar Covid 19 dilaksanakan khususnya di Selangor dan Kuala Lumpur yang dikenakan PKPD KUALA LUMPUR Kementerian Kesihata...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Effective Market Research On A Budget

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Kerana Rasuah Rm100 Pekebun Kena Denda Rm10 000



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Buasir Otak Tv Buang 4 Huruf Belakang Jadi Jenama Telefon Be Like

Kuala Kubu Baharu Of Fortress On Estuary And Lee S Legacy

Govt Opposition Should Agree On Redelineation Formula Says Bersatu Man

Too Soon To Tell Analyst Says On Mipp S Prospects In Pn

Menangkan Jackpot Di Game Jekpot88 Di Berbagai Permainan

Tukar Lesen Memandu Malaysia Ke Lesen Nsw Australia