51 208 Pekerja Asing Sektor Pembinaan Dan Perkilangan Di Pulau Pinang Akan Disaring


GEORGE TOWN, 14 Mei — Seramai 51,208 pekerja asing dalam sektor pembinaan dan perkilangan di negeri ini perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar serta Desa negeri Jagdeep Singh Deo berkata pekerja terlibat mula disaring hari ini dan pihaknya menjangkakan jumlah itu akan meningkat.
“Langkah ini adalah keutamaan kerajaan negeri demi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat dan penduduk Pulau Pinang, tiada diskriminasi,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini.
Beliau berkata semua pekerja asing yang dikehendaki menjalani ujian saringan itu perlu hadir ke Padang Polo dekat Jalan Sepoy Lines, di sini yang dibuka selama sebulan memandangkan kawasan itu mempunyai keluasan yang mampu menampung kehadiran orang ramai dalam satu-satu masa.
“Di sebelah pulau (di bawah rancangan MBPP), sebanyak 109 tapak pembinaan melibatkan 6,780 pekerja asing, manakala pekerja asing di sektor perkilangan adalah seramai 11,772 orang.
Pekerja di tapak pembinaan di kawasan Seberang Perai pula adalah seramai 7,656 orang melibatkan 127 tapak manakala pekerja di sektor perkilangan 25,000 orang menjadikan jumlah keseluruhan pekerja asing di negeri ini dalam sektor pembinaan dan perkilangan adalah 51,208 orang dan tapak pembinaan sebanyak 236 tapak,” katanya.
Beliau berkata antara pihak yang terlibat dalam melakukan ujian saringan terhadap pekerja asing ialah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) cawangan Pulau Pinang, Penang Master Builders & Building Materials Dealers Association (PMBBMDA), BP Healthcare dan pasukan polis di samping MBPP bertindak sebagai pihak yang akan memudahkan proses ujian saringan itu.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Datuk Bandar MBPP, Datuk Yew Tung Seang, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong dan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt AA Anbalagan.
Sementara itu, Yew berkata pihak majikan yang ingin melakukan ujian saringan terhadap pekerja asing mereka boleh menghubungi MBPP dan sekretariat PMBBMDA untuk maklumat lanjut.
Sumber: BERNAMA
The post 51,208 Pekerja Asing Sektor Pembinaan Dan Perkilangan Di Pulau Pinang Akan Disaring appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/05/14/51208-pekerja-asing-sektor-pembinaan-dan-perkilangan-di-pulau-pinang-akan-disaring/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Sahkan Satu Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pekerja Asing Dikesan Di Tapak Pembinaan Setia Alam

Kkm Sahkan Satu Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pekerja Asing Dikesan Di Tapak Pembinaan Setia Alam

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 424 hits
Satu kluster baharu jangkitan COVID 19 melibatkan pekerja warga asing dikesan di sebuah tapak pembinaan di Setia Alam Selangor Kementerian Kesihatan berkata kluster baharu tersebut dikesan pada 6 Mei lalu apabila pihaknya menerima notifikas...
Pulau Pinang Benar Sektor Aktiviti Di Bawah Pkpb Beroperasi Semula Mulai Esok

Pulau Pinang Benar Sektor Aktiviti Di Bawah Pkpb Beroperasi Semula Mulai Esok

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 384 hits
Semua sektor ekonomi dan aktiviti yang dibenarkan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan beroperasi semula di Pulau Pinang mulai esok kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow Pembukaan semula semua sektor dan ...
Saringan Covid 19 Fokus Pekerja Asing Dari Dua Sektor

Saringan Covid 19 Fokus Pekerja Asing Dari Dua Sektor

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 304 hits
PUTRAJAYA 13 Mei Berkuat kuasa esok saringan COVID 19 di bawah program Saringan Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial akan memberikan keutamaan kepada pekerja asing dalam sektor binaan dan industri kawalan keselamatan yang beroperasi di Se...
28 Pekerja Warga Asing Positif Covid 19 Kkm Sahkan Kesan Kluster Tapak Pembinaan

28 Pekerja Warga Asing Positif Covid 19 Kkm Sahkan Kesan Kluster Tapak Pembinaan

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 416 hits
Satu lagi kluster baharu dikesan dari tapak pembinaan Kuala Lumpur selepas 28 pekerja pembinaan warga asing dilaporkan positif virus PKC Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah men
Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

Pulau Pinang Benar Pelanggan Makan Di Restoran Mulai 18 Mei

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 355 hits
Bermula Isnin depan semua restoran di Pulau Pinang dibenarkan menerima pelanggan makan di restoran dengan mengenakan langkah langkah bagi membendung Covid 19 daripada terus menular Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata penjarakkan sosial yang...
Pembelanjaan Ujian Covid 19 Majikan Patut Layan Pekerja Asing Macam Keluarga Sendiri

Pembelanjaan Ujian Covid 19 Majikan Patut Layan Pekerja Asing Macam Keluarga Sendiri

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 343 hits
Majikan pekerja asing yang tidak menyumbang caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial perlu mencari cara untuk membayar ujian saringan Covid 19 terhadap kakitangan mereka kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob Bagi bukan pencarum majikan boleh ...
Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

Larangan Solat Di Masjid Surau Di Masih Kekal Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 11/5/2020 - jumlah : 352 hits
PULAU Pinang masih melanjutkan tempoh larangan semua kegiatan membabitkan masyarakat awam di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sehingga keputusan muktamad dibuat Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan ...
Akad Nikah Di Pulau Pinang Telah Dibenarkan

Akad Nikah Di Pulau Pinang Telah Dibenarkan

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 385 hits
GEORGE TOWN 7 Mei nbsp Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang akan membenarkan urusan akad nikah umat Islam yang sebelum ini ditangguhkan semasa langkah Perintah Kawalan Pergerakan bermula Jumaat 8 Mei Pengarahnya Zulkifli Long be
Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini

Premis Perniagaan Dan Perkhidmatan Dibuka Semula Di Pulau Pinang Hari Ini

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 254 hits
GEORGE TOWN 8 Mei Orang ramai mulai membanjiri beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang terutama di kawasan pusat membeli belah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula dilaksanakan hari ini yang menyaksikan banyak premis perniagaa...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn