Pengurusan Sekolah Caca Marba Hadapi Covid Menteri Timbalan Menteri Pendidikan Perlu Letak Jawatan


 





POSTED BY AMIR WRLR
Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu meletak jawatan kerana gagal menyelia pengurusan sekolah mendepani wabak Covid 19.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang berkata demikian kerana ketidaktentuan polisi kerajaan Perikatan Nasional berhubung kaedah pembelajaran di sekolah yang tiada garis panduan jelas dalam menghadapi norma baharu pendidikan.
"Kami mengambil maklum kegelisahan dan keresahan yang dialami para guru, ibu bapa, pelajar dan masyarakat berkaitan kes Covid-19 melibatkan kluster Pendidikan yang semakin meningkat mutakhir ini.
"Kami juga maklum usaha pembukaan sekolah secara berperingkat pada tahun ini yang dilakukan secara tergesa-gesa sejurus tidak lama selepas PdPR diumumkan tanpa disertai penerangan yang jelas kepada masyarakat tentang pelan dan mekanisme pembelajaran
dalam norma baharu melibatkan sekolah, jika terdapat kes-kes di sekolah apabila sekolah dibuka," kata mereka dalam satu kenyataan.

Menurut Ahli-ahli Parlimen pembangkang itu, para guru telah cuba melakukan Prosidur Operasi Standard (SOP) terbaik untuk menghindari Covid 19 daripada merebak dalam kalangan pelajar namun mereka tidak pasti bagaimana untuk menguruskan pelajar yang begitu banyak dalam satu-satu masa kerana tidak dibekalkan SOP yang mantap.
"Kami mengiktiraf usaha bersepadu pihak pengurusan sekolah dan para guru di seluruh negara dalam mematuhi SOP yang diberikan, di samping memastikan pendidikan terus berjalan demi kesejahteraan dan masa depan anak-anak bangsa.
"Kami akur usaha mengekang Covid-19 dari merebak, lantas memutuskan rantaian jangkitan wabak menuntut usaha bersepadu semua pihak tanpa kompromi dengan mana-mana individu mahupun keadaan demi memastikan keberkesanan usaha terangkum tersebut.
"Apa yang berlaku kini, pihak pengurusan sekolah hilang arah dan punca apabila berlaku peningkatan kes di sekolah, tetapi mereka tidak dipersiap untuk PdPR di kala sekolah ditutup. Malah pemberian 150,000 komputer riba yang dijanjikan kerajaan masih tidak kelihatan.
"Rakyat umumnya kabur tentang hala tuju dan pelan tindakan pihak kementerian berkaitan pendidikan kerana tidak wujud ketelusan maklumat dari KPM kepada rakyat.
"Apa yang pasti, kemarahan rakyat terutamanya para guru, pentadbir sekolah dan ibubapa terhadap kerajaan dan KPM yang diwakili Menteri dan dua timbalan menterinya adalah berhubung lemahnya pengendalian mereka terhadap situasi terkini dan dapat dilihat sama ada di peringkat bawahan mahupun di media-media sosial," kata mereka.
Sehubungan itu, mereka berpendapat sewajarnya Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan berundur, memberi peluang kepada pemimpin lain yang lebih berwibawa untuk menggalas tugas menyelamatkan pelajar-pelajar daripada dijangkiti virus maut Covid 19 tetapi dalam masa sama tidak mengorbankan pendidikan kepada generasi masa hadapan.
"Atas kesedaran ini, kami mewakili semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan parti-parti pembangkang yang lain mendesak agar Menteri Pendidikan beserta kedua-kedua timbalannya yang dilihat gagal dalam melaksanakan tugas seperti yang diharapkan rakyat, supaya segera berundur demi masa depan rakyat dan negara tercinta," kata mereka lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Dr Maszlee Malik (Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan), Nik Nazmi Nik Ahmad (KEADILAN), Teo Nie Ching (DAP), Datuk Dr Hasan Baharom (Amanah), Wilfred Madius Tangau (Upko), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda), Amiruddin Hamzah (Pejuang) dan Ahmad Hassan (Warisan).




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/pengurusan-sekolah-caca-marba-hadapi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Arah Tuju Hadapi Covid Elok Menteri Pendidikan Berundur

Tiada Arah Tuju Hadapi Covid Elok Menteri Pendidikan Berundur

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 230 hits
Tiada arah tuju hadapi Covid elok Menteri pendidikan berundurOleh April 24 2021Menteri dan Timbalan Menteri Pendidikan perlu meletak jawatan kerana gagal menyelia pengurusan sekolah mendepani wabak Covid 19 Ahli ahli Parlimen pembangkang be...
Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Aminolhuda Tempelak Menteri Pendidikan Jangan Jadi Bisu

Kes Covid 19 Meningkat Di Sekolah Aminolhuda Tempelak Menteri Pendidikan Jangan Jadi Bisu

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 278 hits
April 23 2021 Pakatan Harapan Johor menggesa agar Kementerian Pendidikan tidak terus membisu dan segera mengambil langkah proaktif bagi membendung penularan kes Covid 19 di sekolah Pengerusi Pakatan Harapan Johor Aminolhuda Hassan berkata t...
Darurat Gagal Bendung Covid Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Hassan Karim

Darurat Gagal Bendung Covid Muhyiddin Perlu Letak Jawatan Hassan Karim

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 280 hits
Darurat diisytihar pada awal Januari lalu dengan alasan khusus untuk memerangi wabak Covid 19 Namun setelah berlalu 3 bulan bukan sahaja jumlah jangkitan Covid tidak menurun malah angka kematian pula yang meningkat Bagi Ahli Parlimen Pasir ...
Timbalan Menteri Pendidikan Ii Pertahan Pembinaan Sjkc Baru Di Kinrara

Timbalan Menteri Pendidikan Ii Pertahan Pembinaan Sjkc Baru Di Kinrara

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 335 hits
ismaweb netDakwa sudah diluluskan kerajaan BN pada 2017 atas permohonan MCABANGI 7 Ramadan 1442H Isnin Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Dr Mah Hang Soon membidas pihak yang mempertikaikan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon...
Isu Sjkc Menteri Pendidikan Bisu Seolah Timbalan Lebih Berkuasa

Isu Sjkc Menteri Pendidikan Bisu Seolah Timbalan Lebih Berkuasa

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 243 hits
Kembalikan status tanah untuk bina sekolah kebangsaan bukan SJKC BANGI Tindakan membisu Menteri Pendidikan terhadap isu pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Too Joon Hing di Bandar Kinrara menunjukkan seolah olah timbalannya lebih berkua...
Kenapa Menteri Pendidikan Tak Tutup Terus Sekolah

Kenapa Menteri Pendidikan Tak Tutup Terus Sekolah

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 310 hits
Tengoklah Sekolah sekejap buka sekejap tutup Bukan setakat ibu bapa anak sekolah pun pening dan keliru Para guru lagilah tertekan Tengok Menteri Undang Undang Sekali dia umum parlimen tutup terus tutup Tak ada nak main buka tutup macam seko...
Abaikan Menteri Tak Guna Nilai Semula Risiko Covid 19 Di Sekolah Kata Najib

Abaikan Menteri Tak Guna Nilai Semula Risiko Covid 19 Di Sekolah Kata Najib

papar berkaitan - pada 30/4/2021 - jumlah : 258 hits
April 29 2021 Najib Razak menggesa kerajaan menilai semula risiko Covid bagi sektor pendidikan PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak menggesa kerajaan mengabaikan kenyataan dua menteri Kabinet yang disifatkan tak guna sebaliknya m...
Bekas Menteri Pendidikan Desak Kerajaan Pn Segerakan Pemberian Laptop Yang Dijanjikan

Bekas Menteri Pendidikan Desak Kerajaan Pn Segerakan Pemberian Laptop Yang Dijanjikan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 288 hits
April 26 2021 Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menggesa kerajaan menyegarakan pemberian 150 000 komputer riba kepada pelajar seperti yang dijanjikan di bawah Belanjawan 2021 Dia mengatakan ini kerana ketika sekolah di beberapa daerah ...
Beberapa Contoh Surat Letak Jawatan

Beberapa Contoh Surat Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 334 hits
Ada beberapa sebab untuk kita melepaskan jawatan yang di sandang Selalunya jika kita mendapat peluang yang lebih baik ataupun atas sebab sebab peribadi yang tidak dapat di elakkan Sebagai pekerja kita ada perjanjian dengan majikan sebelum b...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam

Dividen Asb 2024 Kadar Bonus Dan Cara Pengiraan