Pengundi Pilih Calon Disenangi Rakyat Bukan Berdasarkan Parti


Oleh Suzalina Halid Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim KUALA LUMPUR: Pemimpin politik yang mempunyai personaliti dan keperibadian disenangi rakyat disifatkan lebih mempunyai kelebihan berbanding parti yang diwakili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim, berkata beliau percaya pemimpin seperti Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mempunyai peribadi dan sifat 'menarik' pada pandangan rakyat boleh memberikan kelebihan kepada parti itu pada PRN Johor kelak.
Mengulas lanjut, veteran politik itu berkata, kedudukan seseorang pemimpin mengikut personaliti sangat mustahak untuk diambil kira dalam menyumbang kepada kemenangan kelak.
"Namun, dari UMNO juga ada beberapa pihak dilihat cemerlang, justeru pada saya pemimpin Melayu yang berjaya menzahirkan perpaduan lebih mendapat tempat.
"Apatah lagi generasi baharu sekarang lebih memilih kepada kualiti seseorang pemimpin," katanya kepada BH.
Sebelum ini, Rais melalui Twitternya menulis bahawa kebanyakan pengundi dilihat sudah mula berpendirian bahawa faktor individu iaitu siapa yang harus dipilih lebih penting berbanding parti yang dipilih pada musim pergolakan politik ini.
Ini kerana, Rais berkata, parti politik kini dilihat amat mudah melupakan janji dibuat ketika pilihan raya dan perlembagaan mereka.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Rais berkata, beliau bukan mahu menidakkan kepentingan parti kerana institusi itu juga berperanan penting khususnya dalam menggerakkan jentera yang selalunya memerlukan perbelanjaan besar.
"Bukan tolak sama sekali kepentingan parti kerana tanpa kewangan kukuh daripada parti, tidak boleh melakukan gerak kerja dan sebab itu parti yang kukuh kewangan selalunya menang.
"Namun, mungkin kini ramai rakyat sudah terasa dan mereka melihat siapa yang mewakili parti itu, sahsiahya dan keterampilan seseorang diambil kira.
"Ini kerana sekarang ini banyak kewujudan parti Melayu bercanggah dengan satu sama lain, sehingga tidak nampak bibit perpaduan," katanya.
Beliau berkata, pentadbiran negara akan menjadi lebih kukuh jika orang Melayu bersatu di bawah satu atau dua parti saja berbanding situasi sekarang yang banyak parti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/02/pengundi-pilih-calon-disenangi-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Johor Tahu Hukum Halal Haram Jangan Pilih Parti Perasuah Muhyiddin

Rakyat Johor Tahu Hukum Halal Haram Jangan Pilih Parti Perasuah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 177 hits
agendaily com8 2 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Johor mengenai hukum halal haram tatkala menyeru pengundi di negeri itu supaya menolak Bari...
Kalau Nak Segala Korup Pelahap Tamak Haloba Pemimpin Ditutup Eloklah Pilih Semula Parti Berkenaan

Kalau Nak Segala Korup Pelahap Tamak Haloba Pemimpin Ditutup Eloklah Pilih Semula Parti Berkenaan

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 148 hits
Penyokong patut rasa jijik dan hina di sisi Tuhan mereka Mati sebelum sempat bertaubat PRN atau PRU rakyat sesuatu Negeri harus peduli maruah mereka peduli siapa wakil mereka
Bebaskan Rakyat Dengan Face Mask Dan Sop Pilih Bulu

Bebaskan Rakyat Dengan Face Mask Dan Sop Pilih Bulu

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 161 hits
Cukuplah BERPOLITIK melampau untuk menguasai dan mengatur rakyat secara ugut dan paksa Rakyat berterima kasih kepada PDRM yang sudah waras 98 rakyat sudah mengambil dua vaksin utama Dan sudah cukup selamat untuk bergerak bebas Langkah pence...
Bersatu Khianat Rakyat Meluat Bakal Jadi Parti Yatim Piatu

Bersatu Khianat Rakyat Meluat Bakal Jadi Parti Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 30/1/2022 - jumlah : 165 hits
Parti Bersatu yang pada Februari 2020 mengkhianati Pakatan Harapan dengan alasan demi penyatuan ummah kini mungkin dikhianati menjelang Pilihan Raya Negeri Johor Keghairan Pas mahu berunding bersama Umno Johor tidak mustahil akan menyebabka...
Bn Utamakan Calon Ada Pendirian Setia Kriteria Utama Bawa Agenda Rakyat Youzaimi

Bn Utamakan Calon Ada Pendirian Setia Kriteria Utama Bawa Agenda Rakyat Youzaimi

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 148 hits
BN Utamakan Calon Ada Pendirian Setia Kriteria Utama Bawa Agenda Rakyat Youzaimi Ketua UMNO Bahagian Mersing Mohd Youzaimi Yusof memberi jaminan calon yang bakal mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Johor iaitu Dewan Undangan ...
Prn Johor Bn Digesa Letak Calon Ikut Majoriti Kaum Pengundi Bukan Kerusi Tradisi

Prn Johor Bn Digesa Letak Calon Ikut Majoriti Kaum Pengundi Bukan Kerusi Tradisi

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 191 hits
PETALING JAYA Seorang Ketua Umno Bahagian menggesa Barisan Nasional lebih terbuka dalam pemilihan calon untuk pilihan raya negeri Johor dengan mengikut selera pengundi berdasarkan majoriti kaum di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri Ketua U...
Tolak Semua Wakil Rakyat Calon Angkuh Dan Sombong Nadzim Johan Malaysia Gazette 02 02 2022

Tolak Semua Wakil Rakyat Calon Angkuh Dan Sombong Nadzim Johan Malaysia Gazette 02 02 2022

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 220 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia memberi amaran akan menolak mana mana calon parti politik yang angkuh sombong dan bongkak dan melakukan diskriminasi terhadap permasalahan rakyat Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan menegaskan pih...
Pengondolan Hutan Simpan Kekal Satu Pengkhianatan Pemimpin Kepada Rakyat Dan Juga Generasi Akan Datang Wartawan Tua

Pengondolan Hutan Simpan Kekal Satu Pengkhianatan Pemimpin Kepada Rakyat Dan Juga Generasi Akan Datang Wartawan Tua

papar berkaitan - pada 24/1/2022 - jumlah : 222 hits
TEMERLOH Pengondolan Hutan Simpan Kekal satu pengkhiantan pemimpin kepada rakyat dan generasi akan datang Itu persoalan yang dikemukakan oleh aktivis alam sekitar Khaidir Ahmad hari ini Menulis di posting terbaharu di faceboonya Khaidir ber...
Umno Bukan Prti Yang Dapat Membela Rakyat Kecuali Dipergunakan Kayangan

Umno Bukan Prti Yang Dapat Membela Rakyat Kecuali Dipergunakan Kayangan

papar berkaitan - pada 23/1/2022 - jumlah : 217 hits
Terlerai akhirnya DUN Johor Sedih dan kecewa aku rasakan Apakan daya Harapkan kayangan fahami denyut nadi marhaen umpama mengharap hujan di musim kemarau Tiada keperluan pun untuk PRN ini Kedudukan UMNO sebagai parti pemerintah tidak dicaba...
Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing

Wisma Putra Confirms 8 Students Hurt In Egypt Road Crash

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

The Tyranny Of Excuses Why We Must Question Power

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Is Our Tap Water So Bad That We Need Third Party Filtration Systems


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital

Why Content Marketing Is A Priority

Keanggotaan Dalam Who Dasar Yang Tidak Bijak Ppim Malaysia Gazette Tv 24 01 2025

Aftershine Feat Dinda Teratu Matursuwun Gusti Chord

Resipi Kari Daging Perap Lagi Lama Perap Lagi Sedap

Bapa Borek Anak Rintik Maksud Contoh Peribahasa