Rakyat Johor Tahu Hukum Halal Haram Jangan Pilih Parti Perasuah Muhyiddin


agendaily.com8/2/2022
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Johor mengenai hukum halal haram, tatkala menyeru pengundi di negeri itu supaya menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu tidak lama lagi.

Beliau turut mengaitkan kepimpinan BN dengan kes-kes rasuah dan salah guna kuasa yang mana mahkamah telah menjatuhi hukuman bersalah dan ada yang diperintah membela diri.

“Di Johor ada sistem pendidikan agama yang mendidik orang-orang Melayu Johor supaya faham soal hukum halal haram, syurga dan neraka.

“Tapi bila soal rasuah, salah guna kuasa, masyarakat perlu memikirkan adakah mereka bersedia untuk ‘associate’ (bersekutu) diri mereka dengan kelompok seperti ini yang diwakili BN?”

“Bukankah itu satu kesalahan yang tidak boleh lagi dinafikan?” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Walaupun tidak menyatakan siapa dimaksudkan, Muhyiddin dipercayai merujuk kluster mahkamah. Berita berkaitan

Mengenai calon PN pada PRN Johor, Muhyiddin berkata mereka akan mengangkat sumpah antirasuah, seperti yang dilakukan ketika di PRN Melaka November lalu.

Katanya, PRN Johor menjadi medium untuk pengundi Melayu dan Islam menunjukkan kebencian kepada parti yang mempunyai pemimpin rasuah dan sudah dijatuhkan hukuman.

“Ini bukan boleh dipandang remeh dari sudut apa nilai. Ini bukan soal hak mengundi sahaja. Ini untuk kebaikan, membina negara berdasarkan nilai akhlak dan moral.”

Muhyiddin berkata perbincangan dengan PAS berhubung pengagihan kerusi bagi PRN Johor sudah pun selesai namun masih mempunyai beberapa pertindihan kerusi dengan Gerakan yang dijangka akan diselesaikan esok.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon, undian awal dan hari pengundian, serta prosedur operasi standard (SOP) bagi PRN Johor.

Untuk rekod, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Sementara pada 24 Januari lalu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diperintah membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah (CBT), rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/02/rakyat-johor-tahu-hukum-halal-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Johor Tiada Guna Pilih Pn Pemimpinnya Kian Membawa Diri Keluar Parti

Prn Johor Tiada Guna Pilih Pn Pemimpinnya Kian Membawa Diri Keluar Parti

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 285 hits
Persaingan sengit politik pada Pilihan Raya Negeri Johor kali ini seharusnya berlaku di antara Pakatan Harapan dan BN sahaja Pengundi sepatutnya tidak lagi menganggap Perikatan Nasional sebagai gabungan politik yang berwibawa dan mampu memb...
Prn Johor Jangan Pilih Pimpinan Korup Bn Pn

Prn Johor Jangan Pilih Pimpinan Korup Bn Pn

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 237 hits
MOHD ALI HASHIMRakyat negeri Johor diingatkan supaya jangan tersilap langkah sekali lagi dalam membuat pilihan dalam pilihan raya negeri Johor kali ini Kesilapan yang dibuat akan menyebabkan rakyat sendiri terseksa sekaligus menjadikan mere...
Pengundi Pilih Calon Disenangi Rakyat Bukan Berdasarkan Parti

Pengundi Pilih Calon Disenangi Rakyat Bukan Berdasarkan Parti

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 275 hits
Oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim KUALA LUMPUR Pemimpin politik yang mempunyai personaliti dan keperibadian disenangi rakyat disifatkan lebih mempunyai kelebihan berbanding parti yang diwakili pada Pilihan Raya Negeri Jo...
Menjelang Prn Johor Adakah Rakyat Bakal Hukum Umno

Menjelang Prn Johor Adakah Rakyat Bakal Hukum Umno

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 303 hits
ZAIRI SUBOHAdakah rakyat terus memberi mandat kepada Umno untuk terus memegang tampuk pemerintahan di Johor Sama sama kita nantikan Negara dan rakyat sekali lagi akan menghadapi PRN setelah penat lelah mereka ketika PRN Melaka pada November...
Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

Parti Pejuang Dijangka Kalah Besar Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 268 hits
PETALING JAYA Dua penganalisis meramalkan parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir Mohamad akan tewas pada pilihan raya negeri Johor terutamanya jika parti itu bertanding bersendirian di 42 kerusi Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangs...
Pn Muktamad Bahagi Kerusi Calon Prn Johor Minggu Depan Kata Muhyiddin

Pn Muktamad Bahagi Kerusi Calon Prn Johor Minggu Depan Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/2/2022 - jumlah : 282 hits
February 1 2022 Ramai calon Perikatan Nasional yang berkelayakan untuk bertanding dalam PRN Johor sehinggakan sukar untuk membuat pilihan menurut Muhyiddin Yassin KUALA LUMPUR Perikatan Nasional akan memuktamadkan pembahagian kerusi dan cal...
Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

Muhyiddin Umum Tak Bertanding Di Prn Johor Mahu Tumpukan Parlimen Sahaja

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 397 hits
tuncarlos comSHAH ALAM Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata beliau tidak akan bertanding bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Gambir yang disandangnya sebelum ini pada Pilihan Raya Negeri Johor akan datan...
Vote Wisely In Johor Polls Muhyiddin Tells First Time Voters

Vote Wisely In Johor Polls Muhyiddin Tells First Time Voters

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 320 hits
Muhyiddin Yassin says PN would form a caring and upright government if the coalition was given the mandate PETALING JAYA Vote wisely Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin said today in an appeal to young voters especially to 18 year ...
Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

Hanya 1 Cara Halang Kluster Mahkamah Kembali Berkuasa Kalahkan Bn Di Johor Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 282 hits
freemalaysiatoday com February 11 2022 4 35 PMBekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata satu cara untuk menghalang kluster mahkamah kembali berkuasa adalah dengan mengalahkan Barisan Nasional pada PRN Johor PETALING JAYA Bekas Perdana ...
Who Is Anwar Ibrahim The Malaysian Leader Who Helped Trump Preside Over A Peace Deal

To Debate Satanic Us Trade Deal

Abbott Big Caring Group Lancarkan Program Kesedaran Influenza Di Seluruh Negara

Nothing To Shout About Trump S Kl Stopover Is A Matter Of Calendar Not Diplomatic Calibre

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Cara Solat Sunat Taubat Nasuha

10 000 Langkah Kenapa Kaki Kena Rajin Melangkah

Wabak Maut Menular Di Israel 8 Kematian Dan Hampir 5000 Kes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Setiap Isnin Rasa Tak Bermaya Nak Ke Ofis

Ultimate Italian Beef Recipe Slow Cooker Food Network

Menutup Aurat Dan Didikan Awal Kepada Anak Perempuan

Klgcc Mall Milik Sime Darby Property Kini Dibuka

Tahniah Pengurusi Pn Perlis

Ziell Ferdian Feat Muhammad Rifai Asing Abadi Chord