Pengundi Mungkin Belum Rasai Kebaikan Pemerintahan Ph Dr Mahathir


Bernama Tun Dr. Mahathir Mohamad

ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis hari ini mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya, akan memahami dan merasai bahawa pemerintahan kerajaan hari ini adalah lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

“Segala yang kita lakukan mengambil masa, macam kita buat dasar baru untuk pertanian, kita tidak boleh buat hari ini esok sudah dapat hasil, kena ambil masa,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Makan Malam Santai 2020 Parlimen Kuala Kedah dekat sini, semasa diminta mengulas mengenai keputusan PRK itu.

PH adalah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Mengulas lanjut, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH berkata parti itu akan melakukan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sebenar kekalahan itu dan pandangan rakyat Sabah terhadap pemerintahan kerajaan.

“Ya, kita akan tentukan apa sebabnya kita kalah. Kalah lebih teruk daripada dulu. Jadi kita nak tahulah kenapa, apa yang buat rakyat Sabah kecewa dengan pemerintahan kita ini,” katanya.

Katanya, parti juga perlu terus berdamping dan sentiasa dekat dengan rakyat bagi mengetahui masalah mereka dan cuba membantu menyelesaikannya.

Diminta mengulas keperluan jentera parti menerangkan dasar-dasar kerajaan susulan kekalahan PH dalam beberapa lagi PRK lain sebelum ini, Dr Mahathir mengakui ada ketika parti gagal berhubung dengan rakyat untuk menerangkan perkara itu selain menceritakan pencapaian kerajaan.

“Ya, kita dapati kadang-kadang kita tak pandai nak berhubung dengan rakyat. Nak menceritakan tentang apa yang telah kita lakukan, kejayaan yang telah kita capai,” katanya.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Keputusan pengundian hari ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis selepas calonnyaa Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi,
menewaskan pencabarnyaa Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).
— BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/pengundi-mungkin-belum-rasai-kebaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Warisan Kalah Mungkin Kerana Pengundi Belum Rasai Kebaikan Kerajaan Kata Dr M

Warisan Kalah Mungkin Kerana Pengundi Belum Rasai Kebaikan Kerajaan Kata Dr M

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 729 hits
Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Kecil Kimanis semalam mungkin disebabkan pengundi setempat belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di neger...
Mungkin Silap Saya Cakap Nak Rancang Hingga Kini Belum Dapat Anak

Mungkin Silap Saya Cakap Nak Rancang Hingga Kini Belum Dapat Anak

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 291 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti impikan cahaya mata untuk melengkapkan sebuah keluarga Hampir empat tahun mendirikan rumah tangga pelakon Shah Iskandar dan The post appeared first on
Dr Mahathir Semakin Terdesak Cuba Gunakan Pas Untuk Terus Kekal Berkuasa

Dr Mahathir Semakin Terdesak Cuba Gunakan Pas Untuk Terus Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 499 hits
Tekanan demi tekanan baik diterima oleh Dr Mahathir baik dari dalam atau dari luar Pakatan Harapan supaya beliau melepaskan jawatan membuatkan kem Dr Mahathir semakin panik Ramai sedia maklum Dr Mahathir TIDAK AKAN menyerahkan kerusi Perdan...
Penyangak Yang Sama Serang Mahathir

Penyangak Yang Sama Serang Mahathir

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 270 hits
Semasa Mahathir mula nasihat dan tegur dan seterusnya serang kepimpinan Najib masa itu belum lagi serang umno kepimpinan umno sudah mula ignore Mahathir dan menyerang balik Baling kaca pun tak pecah kata mereka Najib mula menghina Mahathir ...
Mahathir Must Take Responsibility For By Election Defeats Says Dap Mp

Mahathir Must Take Responsibility For By Election Defeats Says Dap Mp

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 377 hits
As the head of government Dr Mahathir Mohamad must take responsibility for Pakatan Harapan s defeat in five by elections including Kimanis in Sabah over the weekend said a DAP lawmaker Commenting on the erosion of support for the coalition ...
Mahathir Sifatkan Najib Robin Hiod

Mahathir Sifatkan Najib Robin Hiod

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 342 hits
Hari ini PM ke 7 sifatkan saya sebagai Robin Hood pulak kerana dia marah tentang kekalahan PH di PRK Kimanis Jika pengundi di negara ini rasa penjahat patut tadbir negara ini sebab penjahat beri anda banyak wang teruskanlah Tetapi bagi PH t...
Anwar Ibrahim S Otai Reformasi Attacks Dr Mahathir And Pushes For His Ouster

Anwar Ibrahim S Otai Reformasi Attacks Dr Mahathir And Pushes For His Ouster

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 542 hits
Pro Anwar Ibrahim group Otai Reformis says there is nothing to be proud of in the past 20 months that Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has led the country Otai Reformis chairman Dr Idris Ahmad said the same could be said for the performan...
Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai

Hiburan Rezeki Untuk Dikongsi Fida Jungle Girl Sumbang Rm100 000 30 Smart Tv Amp Taja Murid Istimewa Ke Abu Dhabi

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Melayu Champa Kaum Utsul Di Pulau Hainan

Doa 10 Oktober 2025

Resipi Pajeon A K A Pancake Daun Bawang Korea Yang Viral Dari K Drama

Pm Anwar To Table Budget 2026 In Parliament This Afternoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Like Komen Share Dan Hubungannya Dengan Matematik

Viperpro 3 December Viperpro Top 30 By Elizabeth

Unimap Akan Bangunkan Air Space Sandbox Di Perlis

Projek Solar Berskala Besar Dilaksanakan Cukai Karbon Bakal Diperkenal

Rmk13 Intipati Utama Sara Diteruskan Ptptn Percuma Amp Bonus Penjawat Awam

Kerajaan Umum Pelaburan Besar Untuk Perkasa Ekosistem Ai Tempatan