Dr Mahathir Semakin Terdesak Cuba Gunakan Pas Untuk Terus Kekal Berkuasa
Tekanan demi tekanan baik diterima oleh Dr. Mahathir baik dari dalam atau dari luar Pakatan Harapan supaya beliau melepaskan jawatan membuatkan kem Dr. Mahathir semakin panik.
Ramai sedia maklum, Dr. Mahathir TIDAK AKAN menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim, walau pun sejak kebelakangan ini Anwar dilihat sering keluarkan kenyataan yang 'mesra' Dr. Mahathir.
Apa pilihan yang Dr. Mahathir ada untuk kekal berkuasa?
Untuk mendapatkan sokongan Ahli Parlimen dari UMNO, agak sukar malah boleh dikatakan mustahil.
Iklim politik sudah berbeza dari masa awal kejatuhan Barisan Nasional pada pertengahan 2018.
Senario politik semasa menyaksikan untuk Ahli Parlimen UMNO berpaling tadah adalah satu keputusan yang sangat tidak bijak dan sangat berisiko kerana memandangkan sokongan rakyat, terutamanya dari kalangan masyarakat Melayu kepada UMNO sudah semakin mengukuh.
Kemenangan Barisan Nasional di PRK Kimanis telah membuktikan ramai pengundi muda dan pengundi atas pagar telah mula mesra kepada Barisan Nasional.
Landskap politik Sabah amat berbeza dengan landskap politik di Semenanjung Malaysia.
Semangat 'keSabahan' rakyat Sabah amat tebal.
Parti Warisan berpusat di Sabah, Ketua Menteri Sabah juga datangnya dari parti Warisan tapi dapat ditumbangkan dengan majoriti melebihi 2K oleh Barisan Nasional yang berpusat di Semenanjung, memberikan gambaran yang cukup jelas pada pola sokongan rakyat marhaen.
Tambahan pula gelombang Muafakat Nasional dilihat masih kurang impaknya di Sabah dan Sarawak.
Faktor-faktor tersebut membuatkan Ahli Parlimen UMNO berfikir dua kali sebelum membuat keputusan berpaling tadah dari UMNO.
Ini membuatkan Dr. Mahathir menemui jalan buntu sedangkan masa yang dijanjikan untuk peralihan kuasa sudah semakin hampir.
Pilihan terakhir Dr. Mahathir ialah dengan cuba mendapatkan sokongan dari PAS (BACA DI SINI).
Parti yang selama ini dimusuhi dan didendaminya.
Tapi itulah Dr. Mahathir.
Dalam keadaan terdesak, dengan serta merta musuh akan menjadi kawan.
Tapi apa percaturan Dr. Mahathir sebenarnya?
PPBM cuma ada 26 kerusi parlimen manakala PAS pula ada 18 kerusi parlimen, kalau dicampur kedua-duanya gabungan itu cuma ada 44 kerusi parlimen, masih jauh untuk menguasai Pakatan Harapan, apa lagi jika mahu membentuk kerajaan, kerana PKR mempunyai 50 kerusi manakala DAP mempunyai 42 kerusi dan PAN 11 kerusi parlimen.
Sekiranya parti Warisan bersetuju menyertai gabungan baru ini (dengan kekalahan di PRK Kimanis, agak sukar untuk Warisan bersetuju), maka gabungan PPBM, PAS dan Warisan mempunyai 54 kerusi.
Ahli Parlimen PKR pula dikatakan ramai yang dah mula menunjukkan sokongan pada Anwar semula membuatkan Dr. Mahathir sukar untuk mencuri Ahli Parlimen PKR, manakala Ahli Parlimen DAP pula PASTI tidak akan menyertai gabungan tajaan Dr. Mahathir kerana gabungan PKR, DAP dan PAN agak kukuh kerana memiliki 103 kerusi parlimen. (PKR 50, DAP 42, PAN 11)
Kalau begitu, mengapa Dr. Mahathir cuba memujuk PAS?
Matlamat utama Dr. Mahathir ialah bilangan Ahli Parlimen UMNO, MCA dan MIC.
Mahu atau tidak, suka atau tidak, Dr. Mahathir mesti mengakui bahawa beliau perlukan sokongan Ahli Parlimen UMNO untuk membentuk gabungan baru supaya sekurang-kurangnya dapat kekal berkuasa sampai akhir penggal.
Dr. Mahathir sedar beliau tidak lagi mendapat sokongan Ahli Parlimen UMNO.
Beliau juga sedar UMNO dan PAS semakin mesra dalam semangat Muafakat Nasional.
Jadi Dr. Mahathir akan gunakan PAS sebagai batu loncatan untuk mendapatkan sokongan UMNO.
Untuk mengekalkan Dr. Mahathir hingga ke akhir penggal, UMNO dan PAS boleh bersetuju atas kesedaran sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, kerosakan kepada umat Islam dan bangsa Melayu akan menjadi lebih teruk.
Tetapi gelombang Muafakat Nasional MESTI terus diperkukuhkan kerana itu adalah matlamat kita.
Bergabung dalam satu gabungan di bawah tajaan Dr. Mahathir mesti DITOLAK secara TOTAL kerana seandainya berlaku juga, ianya hanya akan memberikan keuntungan kepada Dr. Mahathir.
Rakyat marhaen yang mula memberikan sokongan dan harapan kepada Muafakat Nasional akan melihat pemimpin PAS dan UMNO adalah pemimpin yang gila kuasa yang kemaruk untuk ke Putrajaya.
Sebagaimana hilangnya sokongan rakyat pada Pakatan Harapan, begitulah juga sokongan rakyat pada Muafakat Nasional tetutamanya pada UMNO dan PAS akan hilang.
Rakyat sudah serik memberikan sokongan dan harapan pada pemimpin yang asyik berpolitik kerana berebut kuasa dan mengenepikan masaalah rakyat.
Lebih parah, Muafakat Nasional akan hanya menjadi sejarah bila ada pemimpin UMNO dan PAS yang setia pada perjuangan asal menarik diri dari gabungan tajaan Dr. Mahathir, maka akan kembali berlaku pertembungan 3 penjuru antara UMNO, PAS dan Pakatan Harapan dalam mana-mana pilihanraya.
Akhirnya, yang akan kekal berkuasa ialah Dr. Mahathir dan DAP.
Jangan sekali-kali dilupakan, Dr. Mahathir dan perpecahan adalah 2 entiti yang tidak dapat dipisahkan.
Rakyat sudah lama sedar mengenai perkara ini, apakah pemimpin UMNO dan PAS masih lagi mahu bermimpi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://theunspinners.blogspot.com/2020/01/dr-mahathir-semakin-terdesak-cuba.html