Pengundi Cina Tolak Tun M Di Slim Signal Buat Ph


mhdaily.net01/09/2020 11:20 AM

Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim dengan bergaya, termasuk menguasai tiga daerah mengundi yang mempunyai pengundi Cina secara bandingannya lebih ramai.

Keadaan itu menunjukkan petanda kembalinya sokongan pengundi Cina kepada BN, dan faktor utama yang menyumbang kepada fenomena itu adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri.

Sinchew Daily melaporkan, analisis berbeza oleh MCA dan PKR menemui perkara yang sama iaitu pengundi Cina telah menggunakan undi mereka untuk menolak Dr. Mahathir.

Selain hilang percaya terhadap kepimpinan Dr. Mahathir, pengundi Cina juga masih beranggapan bahawa bekas Perdana Menteri itu merupakan punca utama tertumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ketua MCA Tanjung Malim, Goh Choong Seng berkata, sokongan yang diterima BN daripada pengundi Cina adalah disebabkan dua faktor, termasuk mereka berpendapat BN adalah lebih baik berbanding PH.

“Faktor kedua pula adalah pengundi Cina telah menolak kepimpinan Dr. Mahathir yang telah meletak jawatan sebagai PM dan mahu mempertahankan anak sendiri dalam politik,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurutnya, tiga daerah mengundi dengan pengundi Cina yang ramai dalam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim iaitu Sungai Slim Utara, Pekan Slim dan Kampung Kuala Slim telah menunjukkan penguasaan BN, walaupun parti itu kecundang di kesemua tempat tersebut dalam pilihan raya umum lalu.

Walaupun analisis lebih teliti perlu dijalankan untuk menentukan kadar “kepulangan pengundi Cina” , tetapi Choong Seng percaya, kadar itu boleh mencecah 70 peratus berdasarkan jumlah undi pihak lawan yang tidak tinggi.

Choong Seng bagaimanapun juga berpendapat adalah tidak dapat dipastikan sama ada keadaan positif buat MCA dan BN itu dapat berterusan sehingga pilihan raya umum seterusnya.

Katanya, walaupun yakin dengan kepulangan pengundi Cina kepada BN pada pilihan raya umum, tetapi kadar atau jumlahnya sukar diramalkan.

Jelasnya, selain bergantung kepada calon, isu besar semasa juga akan mempengaruhi emosi pengundi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang berkata, kemenangan BN di Slim tidak harus disalah tafsir sebagai kepulangan pengundi Cina secara keseluruhannya.

Beliau yang juga merupakan Naib Presiden PKR berkata, keputusan pilihan raya kecil tidak boleh dijadikan piawaian muktamad kerana petanda “seakan-akan terdapat kepulangan pengundi Cina” kepada BN adalah didorong beberapa faktor.

“Pertama, kadar pengundi Cina yang keluar mengundi adalah sangat rendah. Kedua, PH tidak bertanding dan calon dari kem Dr. Mahathir telah bertarung sebagai calon bebas dengan menggunakan lambang yang pengundi Cina tidak biasa.

“Faktor ketiga, segelintir pengundi Cina mungkin tidak berpuas hati dengan Dr. Mahathir,” katanya.

Jelasnya, sesetengah pengundi Cina melihat Dr. Mahathir sebagai punca utama tertumbangnya kerajaan PH dan anggapan itu mempengaruhi jumlah undi yang diterima calon dari kem bekas Perdana Menteri itu.

“Bagi pasukan pembangkang, keputusan di Slim merupakan satu kekalahan yang pahit dan kami menerima pilihan yang dibuat pengundi.

“Kami telah melihat dan menerima mesej daripada pengundi dan akan melakukan penambahbaikan selepas ini,” katanya. 
– MalaysiaGazette

Berita penuh : https://malaysiagazette.com/2020/08/31/mca-dapati-pengundi-cina-slim-tolak-dr-mahathir/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/pengundi-cina-tolak-tun-m-di-slim.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mca Dapati Pengundi Cina Slim Tolak Dr Mahathir

Mca Dapati Pengundi Cina Slim Tolak Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 318 hits
Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Kecil Slim dengan bergaya termasuk menguasai tiga daerah mengundi yang mempunyai pengundi Cina secara bandingannya lebih ramai Keadaan itu menunjukkan petanda kembalinya sokongan pengundi Cina kepada ...
Tewas Prk Slim Tun Dr Mahathir Baik Sedar Diri Dan Berundur Syed Husin

Tewas Prk Slim Tun Dr Mahathir Baik Sedar Diri Dan Berundur Syed Husin

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 375 hits
1 565 total views 1 565 views today Barisan Nasional menerusi calonnya Mohd Zaidi Aziz mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Slim selepas diumum menang dengan majoriti bergaya dalam Pilihan Raya Kecil DUN Slim baru baru ini menentang cal...
Anwar Dan Tun M Wajar Insaf Dgn Keputusan Prk Slim

Anwar Dan Tun M Wajar Insaf Dgn Keputusan Prk Slim

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 492 hits
Kedua dua pemimpin utama blok pembangkang wajar mengambil iktibar dari kekalahan besar calon Pejuang Amir Kusyairi pada PRK Slim semalam Jelas sekali perpecahan di kalangan pembangkang memberikan keuntungan besar kepada blok kerajaan tebuk ...
Rasuah Prk Slim Dakwaan Tun M Dinafi Polis

Rasuah Prk Slim Dakwaan Tun M Dinafi Polis

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 254 hits
Polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa pengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim Sabtu lepas disogok dengan wang sebagaimana dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Ketua Polis Perak Datuk Razaru...
Prk Slim Bn Menang Besar Di Peti Undi Cina Juga

Prk Slim Bn Menang Besar Di Peti Undi Cina Juga

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 552 hits
BN bukan sahaja menang di semua peti undi pada PRK Slim hari ini malah juga menang di peti undi yang majoritinya pengundi Cina iaitu di Sungai Slim Utara Pada PRU14 lalu di peti undi Sungai Slim Utara ini BN hanya mendapat 17 85 peratus tet...
Anwar Berdendam Dengan Tun Mahathir Punca Tidak Bantu Calon Di Prk Slim

Anwar Berdendam Dengan Tun Mahathir Punca Tidak Bantu Calon Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 492 hits
PEMIMPIN dari parti Tun Mahathir mengatakan perletakkan calon pejuang yang hanya berani menggunakan lambang pokok dalam PRK Slim tempohari bertujuan untuk memperkenalkan parti pejuang adalah bodoh Ini umpama menganiaya calon dari parti Tun ...
Presiden Pas Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil Dun Slim Supaya Mengundi Calon Bn

Presiden Pas Seru Pengundi Pilihan Raya Kecil Dun Slim Supaya Mengundi Calon Bn

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 279 hits
KUALA LUMPUR Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengimbas iktibar penting betapa pergaduhan dan perpecahan bangsa dalam negara ini yang seperti berlaganya lesung dan alu telah mengenyangkan ayam Sebaliknya kemuka beliau apabi...
Maruah Pengundi Slim Tak Boleh Dijual Beli Ketua Pemuda Umno

Maruah Pengundi Slim Tak Boleh Dijual Beli Ketua Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 400 hits
Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan tidak wajar untuk menghina pengundi PRK DUN Slim dengan dakwaan mereka dibeli BN bagi memastikan kemenangan parti itu Asyraf memberitahu Malaysikini maruah pengundi tidak boleh dijual beli...
Pengundi Slim Pilih Wakil Rakyat Baru Hari Ini

Pengundi Slim Pilih Wakil Rakyat Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 292 hits
August 29 2020 8 11 AMPRK DUN Slim ialah pilihan raya kedua berlangsung dalam suasana kebiasaan baru susulan wabak Covid 19 selepas PRK DUN Chini bulan lepas SLIM Selepas 14 hari berkempen maka hari ini seramai 23 094 pengundi di Slim akan ...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri