Pengukuhan Kerjasama Bersatu Dan Pas Dalam Pn


March 31, 2021


KENYATAAN media bersama Setiausaha Agung Bersatu dan Setiausaha Agung PAS.

Setelah mengikuti senario politik negara, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS, diketuai Presiden Bersatu, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin dan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, telah mengadakan suatu pertemuan pada 30 Mac 2021 bagi merangka hala tuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam Perikatan Nasional.

Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan kerajaan Perikatan Nasional dalam membela kebajikan rakyat dan terutama buat masa ini bagi menangani wabak Covid-19, kepimpinan tertinggi Bersatu dan PAS telah bersetuju dengan ketetapan seperti berikut:

1. Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

2. Bersatu dan PAS, selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan Nasional, akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan hala tuju parti khususnya bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti-parti komponen.

3. Bersatu dan PAS bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15, terutama yang melibatkan PH dan sekutunya.

4. Bersatu dan PAS sentiasa komited untuk memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendukung konsep tersebut, sekali gus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang dibina secara bersama.

Bersatu dan PAS menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputera terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

DATO’ SERI HAMZAH ZAINUDIN
Setiausaha Agung Bersatu
DATO’ SERI TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS

Bertarikh: 31 Mac 2021 – HARAKAHDAILY   31/3/2021Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/pengukuhan-kerjasama-bersatu-dan-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

Ika Umno Kerjasama Pas Kenapa Mic Tak Boleh Kerjasama Bersatu Soal Mic

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 369 hits
Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini menegaskan parti itu berhak menentukan keputusan sendiri berhubung kerjasama politik demi kepentingan masyarakat India Dia mengulangi pendirian MIC yang akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional y...
Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

Pau 2020 Memutuskan Tiada Kerjasama Pas Tetap Akan Berusaha Satukan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 347 hits
KANGAR Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berakhir semalam memutuskan tiada kerjasama bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia dalam Pilihan Raya Umum 15 akan datang dan akan bertanding atas logo Barisan Nasional Sungguhpun begitu Mursyidul Am...
Kerjasama Pas Bersatu Bukan Gabungan Mengerunkan Katatok Him

Kerjasama Pas Bersatu Bukan Gabungan Mengerunkan Katatok Him

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Kerjasama secara rasmi Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 ini bukan gabungan yang mengerunkan Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia Datuk Paduka Dr Ib...
Pas Kukuh Kerjasama Dengan Bersatu Hadapi Pru15

Pas Kukuh Kerjasama Dengan Bersatu Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 264 hits
60 total views 60 views today Kuala Lumpur Bersatu dan PAS akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 dan menolak bentuk penjajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15 Setiausa...
Bersatu Pas Tegaskan Kerjasama Tolak Penjajaran Baru Lepas Pru

Bersatu Pas Tegaskan Kerjasama Tolak Penjajaran Baru Lepas Pru

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 519 hits
MalaysiakiniBersatu dan PAS hari ini menegaskan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 Dua parti Melayu itu juga menolak sebarang bentuk penjajaran baru untuk menubuhkan kerajaan selepas itu terutama yang...
Lokman Merintih Pas Mengambil Pendirian Bersama Bersatu

Lokman Merintih Pas Mengambil Pendirian Bersama Bersatu

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 381 hits
MACAM ada sedikit kesal dan hiba Diungkitnya segala mak nenek tentang PAS sebelum jadi kerajaan Nasi dah jadi bubur Siapa pula Lokman ini APA kena mengena dengan umno asyik sebut kita Dia sekadar POKEMAN bosskurrr Apakah selepas ini lokman ...
Pas Kekal Pendirian Berdamai Dengan Umno Dan Bersatu Walau Kedua Dua Beza Haluan

Pas Kekal Pendirian Berdamai Dengan Umno Dan Bersatu Walau Kedua Dua Beza Haluan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 266 hits
KOTA BHARU PAS mengekalkan pendirian untuk berdamai dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia walaupun kedua dua parti itu nekad membawa haluan masing masing khususnya pada pilihan raya umum akan datang Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk ...
Umno Sedia Bersendiri Jika Pas Rasa Bersatu Lebih Lawa Dan Kaya Dasar Mata Duitan

Umno Sedia Bersendiri Jika Pas Rasa Bersatu Lebih Lawa Dan Kaya Dasar Mata Duitan

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 311 hits
April 2 2021Umno sedia bertanding solo tanpa PAS pada PRU15 jika parti itu mendapati PPBM lebih lawa dan kaya kata Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata demikian sehari selepas PAS PPBM menge...
Pelan Penyatuan Ummah Selepas Perjanjian Pas Bersatu

Pelan Penyatuan Ummah Selepas Perjanjian Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 401 hits
Saya dimaklumakan daripada sumber maklumat PAS tentang pengkhinatan UMNO terhadap Muafakat Nasional Maklumatkan ini disahkan sendiri daripada sumber UMNO sebagaimana dinyatakan oleh Annuar Musa bahawa UMNO menangguhkan beberapa kali pendaft...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Guardian Hairppiness Segala Galanya Tentang Rambut

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Krisis Antara Elon Musk Dan Donald Trump Masa Depan Negara Jadi Taruhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Anwar Vs Daim Legal Action Or Political Vengeance

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik