Penguasaan Dap Dalam Kerajaan Satu Ancaman


BARU beberapa minggu lepas lanjutan isu peletakkan jawatan ‘terpaksa’ Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendedahkan bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah asakan pihak DAP untuk menguasai kerajaan.

Plihan Raya Umum ke 14, Mei 2018 lalu telah menyaksikan terbentuknya kerajaan baru Pakatan Harapan yang didukung oleh DAP (42), PKR (49), BERSATU (12) dan PAN (10) selain WARISAN (8) apabila pada malam berkenaan mereka menguasai kerajaan.

Pada malam berkenaan dalam penyusunan dan percaturan kuasa sehingga terbentuknya Kerajaan PH di Putrajaya selain beberapa buah negeri lain kecuali Perlis, Pahang, Kelantan dan Terengganu, ternyata DAP cukup gagah dan dominan.

Kuasa politik Melayu buat pertama kali menguncup dan mengecil apabila ianya berpecah tiga hasil dari persaingan sesama sendiri sedangkan para pengundi bukan Melayu ‘solid’ menyokong PH dan telah memberikan DAP kemenangan terbesar buatnya dalam sejarah.

Di beberapa buah negeri, DAP cukup dominan sehingga jika mereka menarik diri dari mana-mana Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri tadi boleh jatuh contohnya di Perak (DAP 18 kerusi), Negeri Sembilan (DAP 11 kerusi), Melaka (DAP 8 kerusi), Johor DAP (14 kerusi). Malah DAP boleh sahaja menuntut jawatan Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri-negeri ini tetapi beralah kerana mematuhi janji dalam PH.

Hakikatnya penguasaan DAP dalam kerajaan ini telah mengisi kelompongan kuasa politik Melayu yang berpecah-pecah dan ia tidak boleh dinafikan dan dengan kekuatan politik yang ada pada mereka, mereka mula membuat desakan dan tuntutan yang sebahagiannya pasti menyinggung perasaan dan kepentingan orang-orang Melayu yang selama ini memegang tonggak kuasa.

Malah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri pernah mengakui kelesuan kuasa politik Melayu ini apabila beliau pernah mempelawa wakil-wakil rakyat Umno menyertai partinya demi memperkukuhkan kembali kekuatan kuasa politik Melayu.

Tanpa kekuatan kuasa politik Melayu, Malaysia sedang menuju suatu haluan yang baru, yang tidak lagi meletakkan kepentingan dan agenda Melayu Islam sebagai keutamaan, tetapi yang muncul lantaran dominannya DAP dalam kerajaan adalah pendekatan yang lebih Liberal, perjuangan hak kesaksamaan buat semua dengan kepentingan golongan minoriti dijaga dan dipelihara.

Demikianlah sifirnya apabila kuasa politik bukan Melayu lebih dominan akibat berpecahnya kuasa politik Melayu tadi, maka jadilah kelompok minoriti menentu dan memutuskan nasib dan masa depan golongan majoriti.

Apabila ada desakan untuk menulis semula sejarah kemerdekaan negara. Kononnya Parti Komunis Malaya (PKM) yang pernah mengganas satu negara dahulu merupakan sebahagian dari pejuang kemerdekaan, maka akur dan tunduklah kita kerana itu kemahuan mereka yang hari ini memegang kuasa sedangkan kita tidak.

Ketika abu mayat ketua pengganas Chin Peng diseludup masuk lalu ditaburkan di bumi bertuah ini yang tidak pernah memberi tempat pada beliau yang jahat dan anti nasional itu dahulu, semua diam menyepi. Sehingga hari ini tiada tindakan diambil, kerana apa? Kerana kita sudah gadaikan kuasa kita pada puak minoriti dan termakan janji-janji palsu mereka.

Malaysia Baru ini sesungguhnya adalah Malaysia impian DAP. Puluhan tahun mereka duduk di kerusi pembangkang, hari ini atas keterlanjuran orang-orang Melayu membuat pilihan, mereka yang mewakili kelompok kecil boleh naik ke atas memegang tampuk kuasa dan menentukan nasib dan masa depan negara ikut acuan mereka.

Apa nak dimarahkan jika dalam isu hiasan tanglung yang keterlaluan di sebuah sekolah Menengah di Puchong, walau pihak PIBG dan pentadbiran sekolah menurunkan, tetapi kerana kuasa di tangan DAP, sebahagian Menteri dan EXCO dikerahkan turun padang menaikkan kembali hiasan yang diturunkan kerana akur pada desakan DAP.

Begitu juga dalam hal tulisan Jawi. Ianya boleh diterima dan diraikan oleh mereka yang rasional dan bertoleransi dari pelbagai kaum, tetapi bagi sesetengan NGO yang didukung DAP menganggap kononnya ia sebahagian usaha ‘Islamisasi’ lalu bertempeklah si kaduk yang telah bertakhta atas junjung menentang, yang ramai di bawah sekadar menyaksi mengurut dada.

Kini bersuara kembali kumpulan NGO G25 yang ahli-ahlinya sarat dengan pemikiran Sekular dan Liberal. Mereka mempromosi pemikiran yang merosakkan aqidah, syariat dan akhlak umat Islam.

Mereka mempertikaikan kewujudan JAKIM dan mereka perlekeh undang-undang berkenaan murtad dan Undang-undang Syariah yang lain. Mereka tidak mewakili suara majoriti umat Melayu Islam akan tetapi kerana idea dan pemikiran mereka konsisten dengan kerajaan terutama DAP, maka mereka mendapat tempat.

Begitulah ancaman dominasi DAP dalam kerajaan yang tidak terhad pada apa yang disenaraikan tetapi lebih luas dan semakin meluas.

Mereka sesungguhnya punya kekuatan yang besar dalam kerajaan, dan kini dengan berpecahnya PKR kepada kelompok Anwar dan Azmin, DAP menjadi parti paling kuat dalam kerajaan dan tidak mustahil mereka akan terus menuntut dan mendesak pelaksanaan agenda perjuangan mereka atas alasan itu kemahuan para pengundi yang memberi kuasa pada mereka dan PH.

Ancaman ini perlu diberi perhatian oleh umat Melayu Islam kerana asakan DAP ini lebih tertumpu pada memenuhi tuntutan kelompok yang mengundi memenangkan mereka.

Menjayakan tuntutan itu bermakna segala ‘status quo’ kepunyaan umat Melayu Islam sebelum ini akan sedikit demi sedikit terhakis dan dihakis.

Kerana itu PH perlu sedar bahawa umat Melayu Islam kini sesungguhnya semakin bosan dan menjauhi mereka bukan sahaja kerana kegagalan mereka memenuhi janji-janji pilihan raya tetapi kerana DAP merupakan rakan kongsi terbesar mereka.

DAP semakin dicurigai umat Melayu Islam dan ramai semakin sedar jika dibiarkan PH terus berkuasa maka yang paling terjejas dan menghadapi ancaman besar adalah umat Melayu Islam sendiri.

Hari ini yang meniti di benak pemikiran rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam, bukannya bila akan berlaku proses peralihan kuasa antara Tun dan Anwar, kerana itu tidak menfarik minta mereka. Yang lebih mereka tunggu-tunggu adalah bila kerajaan ini boleh ditamatkan perkhidmatannya kerana rakyat sudah tidak sabar dan mahu melihat kerajaan yang baru naik sebagai teraju. – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2020/01/penguasaan-dap-dalam-kerajaan-satu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uec Video Jelas Kor Ming Sebut Dap Akan Tinggalkan Kerajaan Shahar

Uec Video Jelas Kor Ming Sebut Dap Akan Tinggalkan Kerajaan Shahar

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Banyak manifesto kerajaan yang tidak dilaksanakan tidak pula Nga Kor Ming bersuara sebaliknya Ahli Parlimen Teluk Intan itu berani mengugut apabila membabitkan Sijil Peperiksaan Bersepadu Tindak tanduk Timbalan Setiausaha Agung...
Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 304 hits
Kamaruzaman Mohamad KUALA LUMPUR Pemimpin DAP yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri tetapi bersifat rasis tidak menghormati perlembagaan dan sejarah negara wajar dilucutkan dari jawatan Ini kerana Pas melihat parti cauvinis itu...
Pakatan Harapan Mungkin Menjadi Kerajaan Satu Penggal

Pakatan Harapan Mungkin Menjadi Kerajaan Satu Penggal

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 363 hits
Kata kata yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir itu menggambarkan kekecewaan setelah Pakatan Harapan gagal dalam merampas kerusi dalam PRK Kimanis pada 18 Januari 2020 Pakatan Harapan yang telah kalah sebanyak 5 kali ...
Kerajaan Gabungan Tanpa Dap

Kerajaan Gabungan Tanpa Dap

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 154 hits
Tun Faisal Ismail Aziz Tun Faisal Ismail AzizSECARA prinsipnya bagi majoriti ahli dalam UMNO kita sama sekali tidak mengampunkan segala dosa Tun Dr Mahathir Mohamad dan pengkhianatannya serta Melayu Parti Pribumi Bersatu Malaysia Perdana Me...
Nga Dap Sanggup Keluar Kerajaan Jika Uec Tak Diiktiraf

Nga Dap Sanggup Keluar Kerajaan Jika Uec Tak Diiktiraf

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 287 hits
MALAYSIAKINI DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama kata timbalan setiausaha agung DAP Nga Kor Ming Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak agak...
Dap Keluar Kerajaan Ph

Dap Keluar Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 292 hits
Nga Kor Ming DAP apa sudah jadi Beliau dakwa kononnya laporan berita portal Malaysiakini diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat Sekarang kita tahu spin Kor Ming tentang di luar konteks Bukan apa pun cuma sumbernya bukan daripada M...
Iktiraf Uec Atau Dap Tinggalkan Kerajaan Ph Kata Nga

Iktiraf Uec Atau Dap Tinggalkan Kerajaan Ph Kata Nga

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 366 hits
January 29 2020 4 37 PMPETALING JAYA DAP tidak teragak agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu kata Timbalan Setiausaha Agungnya Nga Kor Ming Beliau yang juga ketua DAP Perak berkata ...
Turki Mula Hantar Tenteranya Ke Libya Pastikan Kestabilan Kerajaan Yang Sah

Turki Mula Hantar Tenteranya Ke Libya Pastikan Kestabilan Kerajaan Yang Sah

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 192 hits
ANKARA 17 Jan Turki mengerahkan tenteranya ke Libya untuk menyokong Kerajaan Perpaduan Negara yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu berpangkalan di Tripoli kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Khamis lapor agensi berita X...
Kerajaan Menyangkal Etunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

Kerajaan Menyangkal Etunai Rakyat Ialah Inisiatif Mengumpul Data Peribadi

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 451 hits
Kita kini di hari ketiga dan inisiatif diagihkan kepada rakyat Malaysia yang layak Tetapi beberapa jam selepas ia diberikan mula tular di media sosial isu data peribadi pengguna akan dikumpul oleh pihak kerajaan membuat sesetengah pengguna ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik