Iktiraf Uec Atau Dap Tinggalkan Kerajaan Ph Kata Nga


FMT Reporters
-January 29, 2020 4:37 PM

PETALING JAYA: DAP tidak teragak-agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), kata Timbalan Setiausaha Agungnya, Nga Kor Ming

Beliau yang juga ketua DAP Perak berkata, menteri daripada parti itu tidak pernah mendiamkan diri, sebaliknya mereka berusaha membangkitkan isu itu dan ia tidak diuar-uarkan media

“Kami mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf

“Kami tidak kisah tidak berada dalam kerajaan, ini prinsip asas, kami akan mendukungnya,” katanya dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily semalam

Pengiktirafan UEC antara perkara yang dijanjikan dalam manifeso PH.
UEC ialah peperiksaan seragam untuk pelajar di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara sejak 1975, dengan sukatan pelajarannya dibangunkan Dong Zong, apabila sekolah Cina enggan menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

Lepasan UEC tidak boleh melanjutkan pelajaran di universiti kerajaan dan bekerja di sektor awam negara ini kerana UEC tidak diiktiraf kerajaan persekutuan

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak mengiktiraf sijil itu yang bermakna lepasan UEC boleh mencari pekerjaan dalam sektor awam negeri, memasuki kolej dan universiti milik negeri serta memohon pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak

Selangor turut menerima kemasukan lepasan UEC ke universiti milik negeri, manakala Pulau Pinang pula mengambil lepasan UEC bekerja dengan syarikat milik kerajaan negeri

Sementara itu, Nga kesal tiada orang memuji atau mengiktiraf 70% usaha DAP dalam bidang pendidikan Cina, sebaliknya rakyat hanya melihat 30% tugasnya yang belum selesai

Beliau memberi contoh peruntukan secara sistematik kepada sekolah persendirian Cina yang diluluskan Parlimen ketika ini berbanding sepanjang 60 tahun di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu

Mengenai kritikan DAP menjadi “parti diam-diam” selepas pilihan raya umum ke-14, Nga menafikannya dengan berkata, mereka semakin berani bersuara dan ia boleh dibuktikan menerusi mesyuarat Kabinet

Timbalan speaker Dewan Rakyat itu berkata, perbezaan antara DAP dahulu dan sekarang ialah mereka mengalihkan peranan berani bersuara ke platform kerajaan dan saluran dalaman, tetapi beliau kecewa ia tidak dapat dirasai dan dilihat orang ramai

“Ini mungkin silap kami tidak melakukannya dengan baik dari segi komunikasi dan publisiti. Ini yang perlu kami kaji semula.”
Beliau memberi contoh isu perhiasan tanglung sempena sambutan Tahun Baru Cina di sebuah sekolah di Puchong pada awal bulan ini, katanya, Kabinet memberi respons segera dengan mengecam pihak terbabit yang disusuli tindakan polis memanggil Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Mohd Khairul Azam Abdul Aziz

Katanya, lawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail ke sekolah terbabit bertujuan menonjolkan prinsip kesederhanaan dan kepelbagaian yang dipertahankan PH serta memberi amaran kepada golongan pelampau

“Kerajaan PH tidak akan membiarkan pelampau menimbulkan sentimen perkauman dan mengarahkan polis supaya tidak membiarkan golongan itu merosakkan keharmonian negara.”
Pada 7 Jan lalu, Khairul Azam mengancam akan melaporkan Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong I yang didakwanya meletakkan hiasan Tahun Baru Cina bersifat keagamaan

Surat yang ditujukan kepada pengetuanya, Rohani Mohd Noor, memaklumkan ia menerima aduan ibu bapa yang tidak selesa dengan hiasan “berlebihan” Tahun Baru Cina di sekolah berkenaan

Katanya, tindakan sekolah itu bertentangan Perkara 11 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana ibu bapa merasakan hiasan terbabit ialah cubaan untuk menyebarkan kepercayaan agama lain kepada pelajar Islam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/01/iktiraf-uec-atau-dap-tinggalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Uec Video Jelas Kor Ming Sebut Dap Akan Tinggalkan Kerajaan Shahar

Uec Video Jelas Kor Ming Sebut Dap Akan Tinggalkan Kerajaan Shahar

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 372 hits
KUALA LUMPUR Banyak manifesto kerajaan yang tidak dilaksanakan tidak pula Nga Kor Ming bersuara sebaliknya Ahli Parlimen Teluk Intan itu berani mengugut apabila membabitkan Sijil Peperiksaan Bersepadu Tindak tanduk Timbalan Setiausaha Agung...
Nga Dap Sanggup Keluar Kerajaan Jika Uec Tak Diiktiraf

Nga Dap Sanggup Keluar Kerajaan Jika Uec Tak Diiktiraf

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 357 hits
MALAYSIAKINI DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama kata timbalan setiausaha agung DAP Nga Kor Ming Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak agak...
Nga Dap Will Quit Pakatan Harapan Government If Uec Not Recognised

Nga Dap Will Quit Pakatan Harapan Government If Uec Not Recognised

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 379 hits
If DAP sinks PAS and Umno which practice religious and racial extremism respectively will return DAP will quit the Pakatan Harapan government if the latter refuses to recognise the Unified Examination Certificate said DAP deputy secretary g...
Dap Desak Iktiraf Uec Budaya Samseng Ugut Indirect Signal Untuk Tun M

Dap Desak Iktiraf Uec Budaya Samseng Ugut Indirect Signal Untuk Tun M

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 325 hits
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kelantan Mohd Hariri Mohamed Noor berkata pengumuman Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Ngar Kor Ming yang juga timbalan setiausaha agung Dap adalah sesuatu yang mencerminkan budaya samseng parti itu dal...
Pengganas Ancam Eropah Jika Kerajaan Sah Libya Tumbang Kata Erdogan

Pengganas Ancam Eropah Jika Kerajaan Sah Libya Tumbang Kata Erdogan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 296 hits
Pengganas ancam Eropah jika kerajaan sah Libya tumbang kata Erdogan Dikemas kini 1 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Jan 2
Pandangan Serius Ingatan Pm Demi Kelangsungan Ph Kata Dap

Pandangan Serius Ingatan Pm Demi Kelangsungan Ph Kata Dap

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 393 hits
Semua pemimpin parti komponen Pakatan Harapan perlu terus bekerja keras dan berubah membaiki keadaan atau berdepan risiko kehilangan mandat pada Pilihan Raya Umum akan datang Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Chow Kon Yeow berkata kenyataan Per...
Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 430 hits
Kamaruzaman Mohamad KUALA LUMPUR Pemimpin DAP yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri tetapi bersifat rasis tidak menghormati perlembagaan dan sejarah negara wajar dilucutkan dari jawatan Ini kerana Pas melihat parti cauvinis itu...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee