Kerajaan Gabungan Tanpa Dap


Tun Faisal Ismail Aziz Tun Faisal Ismail Aziz
SECARA prinsipnya, bagi majoriti ahli dalam UMNO, kita sama sekali tidak  mengampunkan segala dosa Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pengkhianatannya serta Melayu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Perdana Menteri itu perlu minta maaf dan bertaubat atas segala dosa dan pengkhianatannya yang telah mengakibatkan DAP, golongan evangelis, liberal dan sekular begitu berkuasa dalam kerajaan sehingga tindakan mereka telah menjahanamkan negara.

Atas sebab itu, kita mahu Parlimen dibubarkan dan rakyat diberi kuasa untuk menentukan semula kerajaan yang lebih mereka yakini dapat menjaga negara, agama dan bangsa.

Bagaimanapun, demi menghalang kerosakan yang lebih teruk ke atas negara, agama dan bangsa diakibatkan oleh Pakatan Harapan (PH), terutamanya oleh DAP, PAN dan PKR, melalui penguasaan mereka di Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Pendidikan, campur tangan mereka dalam hal ehwal agama Islam melalui Menteri-menteri PAN, penyalah gunaan kuasa melalui Peguam Negara, SPRM, SPR, PDRM dan LHDN, kerakusan menjual aset-aset dan kekayaan negara, terutama aset umat Islam di dalam Tabung Haji, Felda dan Khazanah, kelemahan pentadbiran, tadbir urus dan korupsi menteri-menteri dan pegawai mereka di kementerian-kementerian, kegagalan menteri-menteri PH menguruskan kementerian masing-masing dan kegagalan PPBM untuk menghalang kerosakan ini daripada terus menerus menjahanamkan negara, maka pada pandangan saya, gabungan ini boleh dipertimbangkan dengan syarat UMNO adalah parti yang diberikan peranan yang dominan dalam kerajaan yang baharu ini, sesuai dengan jumlah kerusi terbanyak yang dimiliknya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diberi mandat sepenuhnya untuk berunding dengan mana-mana pihak dalam hal ini, dan sewajarnya kita mendengar apakah hasil dari siri rundingan yang telah beliau lalui.

Saya yakin, hasrat Presiden adalah untuk kebaikan parti dan beliau tidak membelakangkan kepentingan parti dengan bersikap telus dalam memaklumkan hasil rundingan beliau.

Cuma, oleh kerana keputusan untuk tidak membentuk kerajaan melalui pintu belakang ini telah kita sama-sama persetujui dalam Perhimpunan Agung UMNO 2019, disokong pula oleh sayap-sayap Pemuda dan Puteri, maka secara prinsip dan perlembagaannya, ada kewajaran Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO untuk mendapatkan semula persetujuan para perwakilan dalam Mesyuarat Agung Khas agar mereka boleh sama-sama bersetuju dengan keputusan untuk membentuk kerajaan gabungan ini.

Saya yakin sekiranya kita boleh menjelaskan dengan objektif bahawa gabungan ini akan memberi manfaat yang besar kepada agama dan bangsa, menyelamatkan negara dan ekonominya yang semakin hari semakin hancur dan rakyat semakin hari semakin terbeban di tangan Pakatan serta memastikan UMNO diberikan peranan yang dominan dalam kerajaan yang baru, insyaAllah, para perwakilan dan ahli-ahli akar umbi akan menyokong kerajaan gabungan tanpa DAP ini, walaupun mereka memang amat benci terhadap Dr. Mahathir dan Melayu PPBM yang telah mengkhianati UMNO serta perjuangan agama dan bangsa.

Persoalan kita nak sokong pemimpin mana, sama ada Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Hasan, Datuk SeriNajib Razak, Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tengku Tengku Razaleigh Hamzah, Khairy Jamaluddin dan Datuk Dr. Asyraf Wajdi atau sesiapa sahaja, kita letaklah di tepi dahulu.

Apabila tiba masa pemilihan nanti, kita tentukan pilihan masing-masing. Yang penting, selepas kita semua telah membuat keputusan, siapa pun jadi Presiden, kita kena sokong dan jangan berpecah belah lagi seperti selepas pemilihan yang lalu.

Persoalannya sekarang, seriuskah Dr. Mahathir untuk membentuk kerajaan gabungan tanpa DAP ini?

Seperti yang saya selalu sebut, Dr. Mahathir ini kuat autanya. Kalau benar dia mengutamakan kepentingan agama dan bangsa, dia tidak akan mengkhianati UMNO dan bekerjasama dengan DAP, PAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR.

Jika dia benar-benar mengutamakan bangsa, pada usia yang lanjut begini, di saat dia boleh meninggal pada bila-bila masa, dia sepatutnya sudah lama menyerahkan kuasa kepada gabungan parti yang lebih teguh dan kuat perjuangan agama dan bangsanya, iaitu UMNO dan Pas, tetapi dia tidak berbuat demikian.

Saya harap pemimpin UMNO tidak terpedaya dengan auta dan gula-gula Dr. Mahathir.

Akhirnya, dia akan terus seronok berkuasa sehingga akhir hayat kerana pemimpin UMNO dan Pas telah termakan gula-gula dan autanya sehingga tidak bersungguh-sungguh menyerangnya dan tindakan-tindakannya yang menjahanamkan negara. – MalaysiaGazette

*-Penulis, Tun Faisal Ismail Aziz adalah aktivis politik dan mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/kerajaan-gabungan-tanpa-dap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nga Dap Sanggup Keluar Kerajaan Jika Uec Tak Diiktiraf

Nga Dap Sanggup Keluar Kerajaan Jika Uec Tak Diiktiraf

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 287 hits
MALAYSIAKINI DAP akan keluar daripada kerajaan Pakatan Harapan jika Putrajaya tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama kata timbalan setiausaha agung DAP Nga Kor Ming Kita malah capai kesepakatan bahawa bahawa DAP tidak akan teragak agak...
Uec Video Jelas Kor Ming Sebut Dap Akan Tinggalkan Kerajaan Shahar

Uec Video Jelas Kor Ming Sebut Dap Akan Tinggalkan Kerajaan Shahar

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 302 hits
KUALA LUMPUR Banyak manifesto kerajaan yang tidak dilaksanakan tidak pula Nga Kor Ming bersuara sebaliknya Ahli Parlimen Teluk Intan itu berani mengugut apabila membabitkan Sijil Peperiksaan Bersepadu Tindak tanduk Timbalan Setiausaha Agung...
Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 304 hits
Kamaruzaman Mohamad KUALA LUMPUR Pemimpin DAP yang dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri tetapi bersifat rasis tidak menghormati perlembagaan dan sejarah negara wajar dilucutkan dari jawatan Ini kerana Pas melihat parti cauvinis itu...
Dap Keluar Kerajaan Ph

Dap Keluar Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 292 hits
Nga Kor Ming DAP apa sudah jadi Beliau dakwa kononnya laporan berita portal Malaysiakini diambil di luar konteks dan tajuknya tidak tepat Sekarang kita tahu spin Kor Ming tentang di luar konteks Bukan apa pun cuma sumbernya bukan daripada M...
Penguasaan Dap Dalam Kerajaan Satu Ancaman

Penguasaan Dap Dalam Kerajaan Satu Ancaman

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 297 hits
BARU beberapa minggu lepas lanjutan isu peletakkan jawatan terpaksa Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah mendedahkan bahawa apa yang berlaku sebenarnya adalah asakan pihak DAP untuk me...
Iktiraf Uec Atau Dap Tinggalkan Kerajaan Ph Kata Nga

Iktiraf Uec Atau Dap Tinggalkan Kerajaan Ph Kata Nga

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 366 hits
January 29 2020 4 37 PMPETALING JAYA DAP tidak teragak agak meninggalkan kerajaan Pakatan Harapan jika ia tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu kata Timbalan Setiausaha Agungnya Nga Kor Ming Beliau yang juga ketua DAP Perak berkata ...
Penang Gov T Leaders Dap Deny Link With Drug Kingpin

Penang Gov T Leaders Dap Deny Link With Drug Kingpin

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 289 hits
The Penang government has strongly denied that its leaders and the DAP are involved with an individual who was recently linked to drug activities Chief Minister Chow Kon Yeow s political secretary Teh Lai Heng said the former attended a com...
China Lancar Penyelidikan Gabungan Perubatan Tradisional China Dan Barat Untuk Rawat Koronavirus

China Lancar Penyelidikan Gabungan Perubatan Tradisional China Dan Barat Untuk Rawat Koronavirus

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 194 hits
Wuhan China pada Isnin melancarkan program penyelidikan klinikal untuk menilai keberkesanan perubatan tradisional Cina yang digabungkan dengan perubatan Barat dalam mencegah dan merawat penyakit radang paru paru yang disebabkan oleh novel k...
Modus Mitos Kerajaan

Modus Mitos Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 235 hits
Belakangan ini muncul modus baru tampil ceremonial proklamasi kerajaan seperti Keraton Agung Sejagat di Purworejo Jawa Tengah dan Sunda Empire di Bandung Jawa Barat Masih ada lagi beberapa yang terdeteksi Timbul pertanyaan apa penyebabnya A...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities