Dap Beban Paling Besar Kerajaan Ph Dan Negara
Manzaidi Mohd Amin                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Kamaruzaman Mohamad 
KUALA LUMPUR – Pemimpin DAP yang dilantik sebagai menteri dan  timbalan menteri, tetapi bersifat rasis, tidak menghormati perlembagaan  dan sejarah negara wajar dilucutkan dari jawatan.
 Ini kerana, Pas melihat parti cauvinis itu menjadi beban besar kepada  kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kini sedang bergolak dengan pelbagai  isu berpunca dari sikap tamak DAP ingin menguasai Malaysia.
 Menurut Ketua Penerangan Pas Malaysia, Kamaruzaman Mohamad,  sebagaimana terkandung dalam perlembagaannya, parti itu mempunyai agenda  songsang terhadap negara iaitu ingin menjadikan Malaysia sebuah negara  yang menafikan semangat Kontrak Sosial yang menjadi asas kemakmuran  negara.
 “Demi mencapai matlamat ini, Pas menyarankan pemimpin DAP yang tidak  kompeten, dilucutkan sebagai menteri atau timbalan menteri kerana  menjadi bebanan kepada kerajaan PH dalam mentadbir negara.
 “Tidak hairan sama sekali apabila kita melihat DAP berusaha mencabul  sedikit demi sedikit Perlembagaan Negara sama ada melalui pemimpin atau  NGO yang bernaung di bawah mereka.
 “Isu sensitiviti agama, kedaulatan bahasa Melayu, bendera Malaysia,  anti tulisan Jawi dan mempromosikan ideologi komunis, desakan usul  Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (PBT), ICERD, Statut Rom dan pelbagai  lagi tindakan menjadi bukti kukuh dan jelas DAP semakin lancang dalam  merobek Perlembagaan Negara,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari  ini.
 Kamaruzaman menjelaskan, Tokoh Wartawan Negara 2019, Tan Sri Johan  Jaaffar
Juga menyifatkan DAP cuba bermain sentimen dengan mengapikan  bahawa UMNO dan Pas bersifat perkauman.
 Walhal katanya, masyarakat boleh melihat dengan jelas DAP sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.
 “Mereka bukan saja gagal mendekati golongan pelbagai kaum, bahkan  masyarakat Cina sendiri kurang senang dengan pemimpin DAP yang  diibaratkan seperti kacang lupakan kulit.
 “Orang Melayu juga secara lantang dan terbuka memperkatakan cubaan DAP untuk melemahkan kepentingan orang Melayu.
 “Perkara ini menjadi sebab utama ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan  PH mula merasakan DAP adalah punca terbesar masalah dalam gabungan  mereka,” ujarnya.
 Beliau berkata, DAP juga menjadi faktor penolakan rakyat yang  mengundi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), di mana pengundi telah  beralih arah kepada pembangkang dan ini dibuktikan dalam beberapa siri  Pilihan Raya Kecil (PRK).
 Oleh itu, kata Kamaruzaman, Pas tegas mempertahankan usaha untuk memelihara keharmonian kaum di Malaysia. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/dap-beban-paling-besar-kerajaan-ph-dan.html