Influenza Tip Penting Bantu Lindungi Anda Keluarga


Influenza: Tip Penting Bantu Lindungi Anda & Keluarga
Ramai menganggap influenza sekadar demam biasa, namun hakikatnya, ia boleh membawa padah yang jauh lebih serius.
Di Malaysia sahaja, 5 hingga 15 peratus populasi dijangkiti setiap tahun sehingga menyebabkan ribuan kes yang serius dan nyawa terkorban, menurut pakar dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC).
Walaupun sering dianggap sebagai penyakit bermusim, ia sebenarnya memberi impak yang besar kepada kesihatan awam yang menjadi punca jutaan kes kritikal dan kematian di seluruh dunia setiap tahun.
Justeru, kami bawakan penjelasan daripada Pakar Perunding Pernafasan dan Pulmonologi Intervensi, Dr. Megat Razeem Abdul Razak, serta Pakar Pediatrik dan Respiratori Kanak-kanak, Dr. Noor Zehan Abdul Rahim.
Mereka akan memberi pandangan tentang bagaimana influenza memberi kesan yang berbeza kepada orang dewasa dan kanak-kanak, serta menekankan kepentingan mengambil langkah proaktif untuk membendung penyebarannya.
Influenza pada Orang Dewasa: Ancaman yang Tidak Boleh Diabaikan Menurut Dr. Megat, peningkatan kes influenza sering berlaku semasa cuti sekolah apabila rakyat Malaysia pulang dari luar negara dan membawa virus tersebut. Disebabkan influenza mudah merebak melalui titisan cecair di udara dan kontak rapat, tempat seperti sekolah, pejabat, dan pengangkutan awam menjadi kawasan berisiko tinggi penyebaran jangkitan.
Influenza jauh lebih teruk daripada selesema biasa, dengan gejala seperti demam panas, sakit tekak, sakit badan, dan keletihan melampau.
“Bagi kebanyakan orang, ia tidak selesa tetapi masih terkawal. Namun, bagi golongan warga emas, wanita hamil, kanak-kanak kecil, dan mereka yang mempunyai penyakit kronik seperti asma atau penyakit jantung, ia boleh menjadi serius dengan cepat,” kata Dr. Megat.
Komplikasi seperti pneumonia dan kegagalan pernafasan boleh mengancam nyawa, justeru rawatan awal amatlah penting. Cabaran untuk mengesannya adalah gejala influenza sering menyerupai COVID-19 dan jangkitan virus lain.
“Ujian pengesanan adalah penting untuk mendapat diagnosis yang tepat,” jelas Dr. Megat.
Tanda amaran influenza yang teruk termasuklah demam berpanjangan melebihi tiga hingga empat hari, dehidrasi, loya, muntah, atau cirit-birit.
“Ubat antivirus paling berkesan dalam tempoh 48 jam. Selepas lima hingga tujuh hari, komplikasi seperti pneumonia bakteria boleh bermula,” kata beliau.
Influenza pada Kanak-kanak: Risiko Lebih Tinggi Walaupun influenza boleh menjangkiti sesiapa sahaja, namun kanak-kanak terutama yang berumur di bawah lima tahun adalah antara kumpulan paling berisiko. Sistem imun yang belum matang menyebabkan mereka lebih mudah mengalami gejala teruk berbanding orang dewasa.
“Influenza boleh merebak dengan cepat pada kanak-kanak. Oleh itu, intervensi awal amat penting untuk mengelakkan komplikasi jangka panjang yang boleh menjejaskan fungsi paru-paru mereka,” ujar Dr. Noor Zehan.
Influenza yang teruk pada kanak-kanak boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti pneumonia, dehidrasi, dan dalam kes yang jarang berlaku, jangkitan otak atau jantung seperti ensefalitis atau miokarditis. Gejala seperti demam panas, sakit badan, batuk, dan keletihan tidak boleh diabaikan dan menganggapnya sebagai masalah kesihatan biasa kanak-kanak.
“Jika mengalami gejala berterusan melebihi 48 jam atau demam yang tidak kebah dengan ubat, ibu bapa perlu segera mendapatkan rawatan perubatan,” saran beliau.
Kesukaran bernafas, muntah berterusan, dan tanda-tanda dehidrasi adalah tanda amaran yang memerlukan penjagaan segera.
Vaksinasi Flu: Langkah Mudah untuk Mencegah Penyakit Serius Walaupun terbukti berkesan, vaksinasi influenza sering disalah faham.
“Vaksin influenza adalah selamat dan disyorkan untuk kanak-kanak seawal usia enam bulan. Ia dapat mengurangkan risiko penyakit yang serius dan kemasukan ke hospital dengan ketara,” kata Dr. Noor Zehan.
Beliau menasihatkan ibu bapa untuk tidak mempercayai mitos bahawa vaksin boleh menyebabkan influenza.
“Vaksin mengandungi strain virus yang tidak aktif atau dilemahkan, bermakna sebarang gejala ringan selepas vaksinasi adalah tindak balas semula jadi imun badan,” tambahnya.
Jangkitan influenza berulang bukan sahaja menimbulkan risiko serta-merta, tetapi juga kesan jangka panjang. 
“Keradangan berulang akibat influenza boleh meningkatkan risiko asma pada kanak-kanak. Walaupun kanak-kanak sering mengalami jangkitan saluran pernafasan atas, jangkitan yang kerap dan teruk menandakan risiko yang lebih tinggi. Vaksinasi influenza berkala dan pengurusan asma yang betul adalah penting untuk mengurangkan risiko ini,” jelasnya.
“Vaksinasi tetap kekal sebagai pertahanan terbaik,” tegas Dr. Megat pula. Beliau lega melihat kerjasama pesakitnya dalam mendapatkan vaksinasi dan kesedaran yang meningkat, terutamanya selepas pemergian Barbie Hsu. Beliau juga memuji inisiatif kerajaan dalam menyediakan vaksin kepada warga emas dan kumpulan berisiko tinggi.
Bagi individu yang sering ke luar negara, terutamanya ke destinasi musim sejuk, langkah berjaga-jaga tambahan adalah penting.
Dr. Megat menyarankan individu untuk mengambil vaksinasi tahunan dan memaklumkan doktor tentang rancangan perjalanan mereka kerana strain influenza mungkin berbeza mengikut rantau.
“Adalah penting untuk mengamalkan kebersihan tangan yang baik dan mengelakkan tempat yang sesak,” tambah beliau.
Memakai pelitup muka, mengamalkan gaya hidup sihat, dan membawa cecair pembasmi kuman boleh mengurangkan lagi risiko jangkitan.
Melindungi Kanak-kanak di Sekolah dan Rumah Pencegahan influenza perlu bermula dari peringkat awal, terutamanya di sekolah dan pusat penjagaan kanak-kanak yang merupakan tempat lazim penularan penyakit ini.
“Sekolah perlu menggalakkan amalan mencuci tangan yang kerap, memastikan pengudaraan yang baik, menyediakan makanan berkhasiat, dan mengatur aktiviti luar untuk menguatkan sistem imun kanak-kanak,” cadang Dr. Noor Zehan.
Mengajar kanak-kanak untuk menutup mulut apabila bersin dan mencuci tangan dengan kerap boleh membantu mengurangkan penyebaran.
“Melindungi diri dan anak-anak daripada influenza adalah tanggungjawab bersama,” tegas Dr. Noor Zehan.
Beliau mengingatkan ibu bapa bahawa influenza boleh merebak sebelum gejala muncul, justeru pencegahan adalah sangat penting.
“Pencegahan sentiasa lebih baik daripada rawatan,” tambahnya.
Sebagai sebuah, hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway terus menetapkan piawai untuk kecemerlangan perubatan. Dengan lebih 60 kepakaran termasuk penyakit respiratori dewasa dan kanak-kanak, dan disokong oleh pasukan pelbagai disiplin.
Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway juga mempunyai Jabatan Kecemasan dewasa dan Jabatan Kecemasan Kanak-kanak khusus yang pertama antara hospital swasta di Malaysia, dan kekal komited memberikan rawatan peribadi dan holistik.
BACA: Memahami Influenza Kanak-kanak: Menepis Mitos & Salah Faham
Sumber: Dr. Megat Razeem Abdul Razak, Dr. Noor Zehan Abdul Rahim
The post Influenza: Tip Penting Bantu Lindungi Anda & Keluarga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/15/influenza-tip-penting-bantu-lindungi-anda-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

Kerajaan Berdiri Teguh Jamin Bantu Keluarga 34 Rakyat Malaysia Sertai Gsf Fahmi

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 174 hits
Kerajaan jamin bantu keluarga 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza selain memastikan sokongan disalurkan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berk...
Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 213 hits
LIPIS Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aspek tersebut juga menjadi asas kepada p...
11 Aturan Keluarga Yang Sering Hilang Batasan Penting Yang Terlalu Lama Dinormalisasi

11 Aturan Keluarga Yang Sering Hilang Batasan Penting Yang Terlalu Lama Dinormalisasi

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 199 hits
Keluarga yang sehat dibangun dari aturan sederhana tapi penting menghargai privasi komunikasi tanpa bentakan melibatkan anak dalam keputusan dan tugas rumah memberikan ruang mengejar minat menghargai kesehatan mental menghentikan perbanding...
Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

Bakat Amp Bplant Hasilkan Produk Kelio Inisiatif Bantu Ekonomi Keluarga Atm

papar berkaitan - pada 20/10/2025 - jumlah : 187 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan pelancaran rasmi KELIO iaitu Madu Kelulut Multiflora hasil kerjasama strategik antara Boustead Plantations Berhad dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera di bawah Progra
Teh Daun Jambu Batu Bantu Rawat Influenza Secara Semula Jadi

Teh Daun Jambu Batu Bantu Rawat Influenza Secara Semula Jadi

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 249 hits
Kes demam influenza semakin menular ketika ini di seluruh negara Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak 97 kluster influenza telah direkodkan setakat minggu ini berbanding 14 kluster sebelumnya Serangan influenza biasanya m...
6 Cara Bantu Legakan Influenza

6 Cara Bantu Legakan Influenza

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 149 hits
6 Cara Bantu Legakan Influenza Sejak kebelakangan ini ramai yang mula merungut demam sakit kepala batuk dan hidung berair Klinik pun makin sibuk malah ramai juga yang berkongsi pengalaman mencari ubat Tamiflu atau baru nak ambil vaksin Infl...
Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

Turkiye Terus Bantu Malaysia Usaha Bebaskan Sembilan Aktivis Pm Anwar

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 192 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Turkiye akan terus bantu Malaysia dalam usaha membebaskan sembilan aktivis negara ini yang kini berada dalam tahanan rejim Israel Beliau berkata perkara itu disampaikan sendiri oleh Presi...
Rakyat Kenang Pengorbanan King Sing Bantu Mangsa Banjir Dia Turun Padang Mandi Hujan

Rakyat Kenang Pengorbanan King Sing Bantu Mangsa Banjir Dia Turun Padang Mandi Hujan

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 241 hits
Sejak kebelakangan ini nama Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing menjadi bualan hangat ramai gara gara isu hidangan minuman keras kepada rakan rakan industri antarabangsa dalam sebuah majlis baru baru ini Bagaimana...
Langkah Demi Langkah Bantu Anak Atau Murid Kuasai Kemahiran Menggunting

Langkah Demi Langkah Bantu Anak Atau Murid Kuasai Kemahiran Menggunting

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 175 hits
Ramai ibu bapa risau bila anak belum boleh menggunting dengan betul Tapi tahukah anda kemahiran menggunting bukan sekadar pegang gunting dan potong kertas Hal ini kerana kemahiran menggunting memerlukan 6 kemahiran asas yang saling berkait ...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi