Mufti Pahang Jangan Korbankan Nilai Islam Dalam Menganjurkan Majlis Rasmi Kerajaan Yang Dihadiri Orang Muslim




KUANTAN: Jangan korbankan nilai Islam dalam menganjurkan majlis rasmi kerajaan. Itu tegas Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim mengulas isu  penyajian arak dalam majlis rasmi kerajaan yang dihadiri oleh orang Muslim kerana ia bertentangan dengan ajaran Islam dan nilai-nilai yang dijunjung oleh majoriti rakyat Malaysia.
“Jika benar majlis kerajaan menghidangkan arak,  pada pandangan saya  perkara ini amat mengecewakan kerana bertentangan dengan syariat dan pegangan Islam serta konsep Islam Madani yang dibawa oleh Perdana Menteri.
“Pada hemat saya, penyajian arak dalam majlis rasmi kerajaan adalah tidak wajar dan tidak boleh diterima, tidak kira sama ada ia dibiayai menggunakan dana kerajaan mahu pun ditaja oleh pihak industri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Bagaimanapun kata Asmadi, hak bukan Islam untuk mengambil minuman keras secara peribadi tetap dihormati namun perkara itu tidak wajar dijadikan hidangan dalam majlis kerajaan.
Jelasnya, penganjuran majlis sedemikian pada hakikatnya menyusahkan banyak pihak apabila kakitangan awam beragama Islam yang bertugas terpaksa menguruskan minuman haram.
Malah jika majlis tersebut bersifat antarabangsa atau melibatkan tetamu bukan Islam, beliau berpendapat, kerajaan perlu bijak menjaga sensitiviti agama dan imej sebagai pemerintah di negara majoriti Islam.
Tindakan menyajikan arak dalam majlis kerajaan sekali gus boleh menimbulkan kekecewaan rakyat dan membuka ruang kepada polemik yang merugikan.
Tegas Asmadi, muslim yang bertakwa wajib menjauhkan diri daripada menghadiri majlis-majlis seumpama itu apatah lagi jika diadakan dalam negara ini tanpa sebarang keperluan.
Menurut beliau, budaya luar negara tidak boleh dijadikan alasan atau justifikasi meskipun pemimpin negara mungkin dijemput menghadiri mesyuarat atau taklimat di luar negara yang menghidangkan minuman keras.
Bagaimanapun, mereka tetap terikat untuk menolaknya dengan tegas demi memelihara maruah diri dan mematuhi tuntutan agama.
“Saranan saya perlu semua pihak hendaklah sentiasa patuh kepada garis panduan penganjuran majlis rasmi kerajaan yang melarang hidangan minuman keras, agar setiap aspek pelaksanaannya mematuhi nilai, adab serta prinsip yang selaras dengan ajaran Islam,” katanya. #MalaysiaGazette
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/mufti-pahang-jangan-korbankan-nilai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tolak Tindakan Hidang Alkohol Di Majlis Rasmi Kerajaan Malaysia Adalah Negara Islam

Zahid Tolak Tindakan Hidang Alkohol Di Majlis Rasmi Kerajaan Malaysia Adalah Negara Islam

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 149 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pendirian parti itu yang menolak sekeras kerasnya tindakan hidang minuman beralkohol dalam mana mana majlis rasmi kerajaan Tindakan hidang alkohol tak wajar Memetil laporan daripada ...
Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 126 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang menggunakan empat pendekatan untuk menyuburkan aktiviti serta memperkasakan syiar Islam di negeri itu Ia merangkumi dasar kebajikan pendidikan dan dakwah menerusi 14 Rang Undang Undang yang diluluskan Dewan Un...
Tidak Wajar Minum Arak Dalam Acara Rasmi Kerajaan Ppim Desak Pecat Tiong King Sing Sin Chew 07 10 2025

Tidak Wajar Minum Arak Dalam Acara Rasmi Kerajaan Ppim Desak Pecat Tiong King Sing Sin Chew 07 10 2025

papar berkaitan - pada 10/10/2025 - jumlah : 163 hits
Persatuan Pengguna Islam Malaysia turut menyatakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap tindakan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya yang membenarkan penyediaan minuman beralkohol secara terbuka dalam satu acara rasmi dan menggesa Pe...
Penahanan Sukarelawan Gsf Umno Pahang Kesal Marah Dan Desak Kerajaan Gunakan Semua Saluran Diplomatik

Penahanan Sukarelawan Gsf Umno Pahang Kesal Marah Dan Desak Kerajaan Gunakan Semua Saluran Diplomatik

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 165 hits
KUANTAN UMNO Pahang merakamkan rasa kesal marah dan kebimbangan mendalam terhadap penahanan 15 rakyat Malaysia oleh rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bagi membawa bantuan ke Gaza Pengerusi Badan Perhubunga...
Menteri Motac Jawab Isu Hidang Alkohol Tegaskan Majlis Bukan Anjuran Kerajaan

Menteri Motac Jawab Isu Hidang Alkohol Tegaskan Majlis Bukan Anjuran Kerajaan

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 173 hits
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing tampil menjawab dakwaan berhubung hidangan minuman beralkohol dalam satu majlis makan malam yang dikaitkan dengan agensi kerajaan baru baru ini Menteri MOTAC dakwaan MP Masjid T...
Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

Wan Rosdy Penjawat Awam Persekutuan Mungkin Dapat Merasa Sagu Hati Daripada Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1736 hits
KUANTAN Penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Pahang juga mungkin merasa sagu hati dari kerajaan negeri ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pemberian sagu hati itu akan dipertimbangkan sebagai tanda pengh...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 110 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

Kerajaan Pahang Perluaskan Program Anggun Suri Ke Sepuluh Daerah Tahun Ini Berbanding Tiga Pada Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 111 hits
LIPIS Kerajaan Pahang terus prihatin dengan memperluaskan ke 10 daerah tahun ini berbanding tiga pada tahun lepas bagi pelaksanaan Program Anggun Suri Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata tindakan itu membuktikan kesungguha...
Malaysia Ready To Join Un Force In Gaza Says Anwar

Saifuddin Joins Chorus Pushing For Muhyiddin Exit Wants Azmin Out Too

Bila Mak Penat Emosi Apa Perlu Buat

Suasana Ruang Boarding Hotel Kucing Spa Kinrara

Maiwp Tv Alhijrah Meterai Memorandum Persefahaman Lahirkan Projek Bangkit Sebagai Platform Transformasi Usahawan

Hilang Tiba Tiba Trump Dijangka Tinggalkan Malaysia Esok Pagi

Flavorful Beef Jerky Glaze Recipe

Dia Belum Jumpa Lagi 4124 Aiza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Aktiviti Harian Bakar Kalori Tanpa Sedar

Tuai Pisang Tanduk

Nak Cabut Gigi Tapi

Coelacanth Ikan Hidup Yang Menjadi Saksi Penciptaan

Microsoft Disaman Kerajaan Australia Tuduhan Menipu Halus Dalam Penggunaan Data Pengguna

Beego Ni Tak Faham Bahasa Jangan Sampai Saya Jadi Gila Linda Hashim