Pemuda Umno Pahang Tempelak Pemuda Pas Atas Dakwaan Kelirukan Rakyat Mengenai Isu Hutang Awam Kerajaan




KUANTAN: Pemuda UMNO Pahang menempelak Pemuda PAS atas dakwaan cuba mengelirukan rakyat mengenai isu hutang awam kerajaan.
Ketuanya, Mohd Kamil Ibrahim berkata, parti pembangkang itu sering memainkan persepsi, dan kini menjadikan isu hutang sebagai bahan untuk meraih simpati melalui politik murahan.
Menurutnya, hakikat sebenar ialah hutang kerajaan negeri bukan beban, sebaliknya merupakan pelaburan untuk rakyat dan masa depan negeri.
“Hendak mudah faham, hutang kerajaan negeri ini bukan macam hutang Along, bukan pinjaman suka-suka.
“Semua pinjaman dibuat mengikut undang-undang, diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan dan tujuannya jelas untuk membiayai projek seperti Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), bekalan air bersih, kemudahan asas luar bandar serta projek pembangunan ekonomi negeri (PKEN),” katanya dalam satu kenyataan pada malam Ahad.
Beliau berkata demikian bagi menyangkal reaksi Pemuda PAS yang mendakwa Pahang merupakan satu-satunya negeri di Pantai Timur yang mencatatkan kenaikan hutang awam pada 31 Disember 2024 berbanding 31 Disember 2023.
Beliau memaklumkan, menurut Kementerian Kewangan, sehingga 31 Ogos lalu, jumlah pinjaman yang diluluskan untuk negeri-negeri mencecah keseluruhan RM24.15 bilion.
Katanya, setiap pinjaman tertakluk kepada kawalan ketat, kadar faedah yang adil dan berdasarkan kemampuan negeri untuk membayar balik.
Tegasnya, ini bermakna hutang tersebut dirancang dengan teliti dan menunjukkan kerajaan negeri tahu mengurus kewangan dengan bijak.
“Kalau hendak nilai kemampuan sebenar, tengok prestasi ekonomi Pahang sekarang. Tahun 2024, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Pahang capai RM68.7 bilion, dengan pertumbuhan 5.7 peratus iaitu lebih tinggi daripada kadar nasional iaitu 5.1 peratus.
“Tiga tahun berturut-turut (2022 hingga 2024), ekonomi Pahang tumbuh lebih baik daripada purata negara dan itu bukan nasib, tetapi hasil kerja pentadbiran yang cekap dan berpandangan jauh,” katanya.
Mohd Kamil turut membuat perbandingan dengan Kelantan dan Terengganu serta negeri-negeri yang ditadbir PAS selama bertahun-tahun namun masih belum menunjukkan hala tuju jelas dalam usaha memajukan rakyat.
“Kalau ada pun bangunan besar atau projek yang masih berjalan, semuanya adalah warisan daripada usaha kerajaan Barisan Nasional dahulu.
“Sampai sekarang, negeri-negeri itu masih jauh tertinggal kerana tidak mempunyai perancangan dan kepimpinan yang tahu mengurus pembangunan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menasihati Pemuda PAS Pahang agar tidak memperlekehkan soal pengurusan kewangan negeri.
“Kalau tak faham cara kerajaan urus hutang, jangan sebarkan cerita mengarut semata-mata hendak memburukkan kerajaan dengan maklumat yang tidak tepat.
“Kita yakin bahawa hutang awam sejak dahulu bukan beban, tetapi bertujuan untuk pembangunan.
“Selagi ia diurus secara cermat, berstrategi dan berintegriti, selagi itu rakyat akan dapat manfaatnya daripada jalan raya yang baik, bekalan air bersih, hingga kepada peluang pekerjaan baharu,” katanya. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/10/pemuda-umno-pahang-tempelak-pemuda-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perhimpunan Hogoh Jelai Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Ia Tanda Pas Sudah Tekan Butang Panik Kerana Terdesak

Perhimpunan Hogoh Jelai Ketua Pemuda Umno Pahang Dakwa Ia Tanda Pas Sudah Tekan Butang Panik Kerana Terdesak

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 121 hits
KUANTAN Perhimpunan Hogoh Jelai yang dijadualkan esok di Sungai Koyan Kuala Lipis menandakan signal pihak pembangkang di negeri ini sudah menekan butang panik akibat terdesak Ketua Pemuda Pergerakan UMNO Pahang Mohd Kamil Ibrahim berkata ia...
Penahanan Sukarelawan Gsf Umno Pahang Kesal Marah Dan Desak Kerajaan Gunakan Semua Saluran Diplomatik

Penahanan Sukarelawan Gsf Umno Pahang Kesal Marah Dan Desak Kerajaan Gunakan Semua Saluran Diplomatik

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 182 hits
KUANTAN UMNO Pahang merakamkan rasa kesal marah dan kebimbangan mendalam terhadap penahanan 15 rakyat Malaysia oleh rejim Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla bagi membawa bantuan ke Gaza Pengerusi Badan Perhubunga...
Kehadiran Ciput Pemuda Pas Gagal Tunggang Isu Sumud Untuk Demontrasi Tolak Ura

Kehadiran Ciput Pemuda Pas Gagal Tunggang Isu Sumud Untuk Demontrasi Tolak Ura

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 195 hits
NAK TUNGGANG URA MENTERI PAS LA DULU PUNYA KERJA NAK TUNGANG SUMUD FLOTILA LEBAI PAS TAK BUAT APA PUN DULU LALU KAPAL TERBANG HADI TAK CAMPUR KIOK LA PEMUDA PAS PUSAT MEMPOLITIKAN ISU PEMBEBASAN AKTIVIS GLOBAL SUMUD FLOTILLA Himpunan Tolak ...
Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 208 hits
KUANTAN PAS Pahang mendakwa parti itu tidak pernah melontarkan tuduhan untuk mendakwa kerajaan Pahang tidak Islamik atau bersifat sekular sebaliknya ia sengaja dibangkitkan Umno untuk mengelirukan rakyat sekali gus membenci PAS Timbalan Pes...
Pemuda Pas Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Penyebaran Poster Palsu Program Isi Minyak Percuma Di Sungai Koyan

Pemuda Pas Pahang Nafi Sekeras Kerasnya Penyebaran Poster Palsu Program Isi Minyak Percuma Di Sungai Koyan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 119 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang menafikan sekeras kerasnya penyebaran poster palsu yang sedang tular kononnya menganjurkan program isi minyak percuma di Stesen Petronas Sungai Koyan 3 atas nama nbsp PAS dan Perikatan Nasional sempena program HOGO...
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 141 hits
KUANTAN nbsp Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang merupakan pasukan penguatkuasaan bersepadu pertama di negara ini yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan mencegah kehilangan dan ketirisan hasil Kerajaan Negeri Pahang Ditubuhkan pada 9 Oktobe...
Pas Akan Teruskan Misi Tawan Pahang Anjurkan Himpunan Hogoh Di Kawasan Dun Benta Pula Pada Tahun Depan

Pas Akan Teruskan Misi Tawan Pahang Anjurkan Himpunan Hogoh Di Kawasan Dun Benta Pula Pada Tahun Depan

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 136 hits
LIPIS Dewan Undangan Negeri Benta menjadi lokasi seterusnya pada tahun depan selepas penganjuran Himpunan H30K Hogoh Jelai pada Ahad Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Rosli Abdul Jabar mengumumkan keputusan tersebut ketika berucap dalam himpunan...
Pembubaran Dun Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu

Pembubaran Dun Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 162 hits
Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu KOTA KINABALU 6 Okt Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 17 membuka peluang kepada rakyat neg...
Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy

Himpunan Hogoh Jelai Pn Hambar Rakyat Pahang Sebenarnya Masih Terlalu Yakin Dan Amat Memerlukan Kepimpinan Wan Rosdy

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 214 hits
Biar pun musuh menyerang kawasannya di DUN Jelai dengan mengadakan Himpunan Hogoh Jelai baru baru ini namun kreadibiliti dan kepercayaan rakyat di situ terhadap Menteri Besar Pahang Dato Sri Hj Wan Rosdy Wan Ismail ternyata terlalu sukar un...
Ryt Bank Malaysia Bank Digital Dengan Dividen Harian Permohonan Mudah

Ayam Goreng Pedas Ala Permaisuri Resipi Dari Dapur Istana

Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Probe Into Bloomberg Report On Pm S Alleged Interference In Macc Classified As Nfa

Kawasan Sekitar Kubur Abu Jahal Bagaikan Tanah Mati Yang Kering Dan Gersang

Lirik Lagu Ku Siapa Eabidak And Rith Parker

Hilton Petaling Jaya Presents The Season To Savor A Celebration Of Festive Feasts And Stays

Siti Kasim Berates Holier Than Thou Critic Of Syed Saddiq S Tight Sporting Gear His Affectionate Bass Ship


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Totiq 4 Minggu Akhir Yang Sarat Amanah Dan Refleksi Hamba Allah

Tasik Blausee Yang Menggamit Kenangan Day 7

Mailbox Quota 97 Full Clear Your Cache

Sekadar Celoteh Petronas Buang Pekerja

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Trip Hiking Aku Ke Air Terjun Pelangi Sungai Lembing