Kerjasama Grs Ph Penting Kukuh Muafakat Kerajaan Negeri Pusat Kata Armizan


Timbalan setiausaha agung GRS berkata permuafakatan itu beri ruang lebih kukuh untuk Sabah perjuang hak bawah Perjanjian Malaysia 1963.
Timbalan Setiausaha Agung Armizan Mohd Ali dalam Majlis Pelancaran Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi DUN Limbahau di Dewan Ulu Sapat. (Gambar Facebook)PAPAR: Kerjasama antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Sabah ke-17 penting bagi mengukuhkan muafakat kerajaan negeri dan persekutuan, khususnya dalam menangani isu melibatkan kedua-dua pihak
Timbalan Setiausaha Agung GRS, Armizan Mohd Ali, berkata permuafakatan itu memberi ruang lebih kukuh untuk Sabah memperjuangkan hak bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk tuntutan 40% hasil negeri serta kadar pemberian khas kepada Sabah.
“Kita ambil pendekatan bekerjasama kerana sebahagian besar tuntutan ini berada di bawah bidang kuasa persekutuan dan memerlukan kesepakatan antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
“Kita mempunyai wakil dalam kerajaan persekutuan, jadi saya optimis dengan kepimpinan kerajaan ketika ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bagi DUN Limbahau di Dewan Ulu Sapat.
Armizan,yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup, berkata beliau melihat komitmen Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menunaikan tuntutan bawah MA63, termasuk kenaikan kadar pemberian khas Sabah yang ditingkatkan kepada RM600 juta.
Beliau berkata ketika pentadbiran Warisan, kadar itu hanya meningkat daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta, satu angka yang masih jauh daripada tuntutan 40% hasil negeri.
“Jumlah ini amat kecil jika dibandingkan dengan tempoh 45 tahun tanpa semakan, apatah lagi amat jauh daripada kadar 40%,” katanya.
Armizan turut mengesahkan isu MA63 akan menjadi antara teras manifesto GRS pada PRN Sabah nanti.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Papar mengingatkan jentera parti memberikan penerangan tepat kepada rakyat agar pembangkang khususnya Warisan, tidak memanipulasi isu 40% hasil dan MA63, sedangkan ketika berkuasa mereka tidak menunjukkan ketegasan dalam memperjuangkan perkara berkenaan.
Pada pembentangan Belanjawan 2026, perdana menteri mengumumkan kadar pemberian khas kepada Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta berbanding RM300 juta pada 2023, sebagai komitmen kerajaan Madani untuk mempercepat pembangunan dua wilayah itu selaras semangat MA63. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/10/kerjasama-grs-ph-penting-kukuh-muafakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

Kerajaan Pahang Gunakan Empat Pendekatan Untuk Suburkan Aktiviti Serta Memperkasakan Syiar Islam Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang menggunakan empat pendekatan untuk menyuburkan aktiviti serta memperkasakan syiar Islam di negeri itu Ia merangkumi dasar kebajikan pendidikan dan dakwah menerusi 14 Rang Undang Undang yang diluluskan Dewan Un...
Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

Kerajaan Pahang Hargai Keprihatinan Kerajaan Pusat Dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam Belanjawan 2026

papar berkaitan - pada 13/10/2025 - jumlah : 260 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan besar yang diberikan kepada Pahang menerusi pembentangan Belanjawan 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan ...
Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

Pas Pahang Dakwa Parti Itu Tidak Pernah Melontarkan Tuduhan Bahawa Kerajaan Negeri Tidak Islamik Bersifat Sekular

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 344 hits
KUANTAN PAS Pahang mendakwa parti itu tidak pernah melontarkan tuduhan untuk mendakwa kerajaan Pahang tidak Islamik atau bersifat sekular sebaliknya ia sengaja dibangkitkan Umno untuk mengelirukan rakyat sekali gus membenci PAS Timbalan Pes...
Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 269 hits
LIPIS Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata aspek tersebut juga menjadi asas kepada p...
Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

Basmi Kemiskinan Perlu Kerjasama Semua Pihak Bukan Kerajaan Sahaja Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 9/10/2025 - jumlah : 264 hits
Agenda membasmi kemiskinan tidak boleh dipikul oleh kerajaan sahaja sebaliknya memerlukan kerjasama semua pihak kata Timbalan Presiden PKR Nurul Izzah Anwar Beliau berkata pihak terbabit termasuk universiti sektor swasta badan masyarakat si...
Inkues Zara Baru 19 Mungkin Berlarutan Hingga Selepas Prn17 Kata Peguam

Inkues Zara Baru 19 Mungkin Berlarutan Hingga Selepas Prn17 Kata Peguam

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 1085 hits
Ramai saksi masih belum beri keterangan ditambah dengan saksi tambahan yang dijangka dipanggil menurut peguam Ram Singh Peguam Ram Singh berkata pihaknya mungkin akan memanggil saksi tambahan beri keterangan pada inkues berhubung kematian Z...
Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang Pasukan Pertama Wujud Di Negara Ini Lindungi Hasil Kerajaan Negeri Daripada Ketirisan

papar berkaitan - pada 18/10/2025 - jumlah : 222 hits
KUANTAN nbsp Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang merupakan pasukan penguatkuasaan bersepadu pertama di negara ini yang diwujudkan bagi menjaga kepentingan mencegah kehilangan dan ketirisan hasil Kerajaan Negeri Pahang Ditubuhkan pada 9 Oktobe...
Pelaksanaan Inisiatif Budi Madani Ron95 Di 275 Stesen Minyak Seluruh Negeri Pahang Berjalan Lancar

Pelaksanaan Inisiatif Budi Madani Ron95 Di 275 Stesen Minyak Seluruh Negeri Pahang Berjalan Lancar

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 212 hits
KUANTAN Pelaksanaan inisiatif Budi Madani RON95 di 275 stesen minyak seluruh negeri ini berjalan lancar tanpa sebarang gangguan besar sekali gus memberi kelegaan kepada pengguna yang kini menikmati harga petrol lebih murah Pengerusi Jawatan...
Buat Julung Kalinya Seminar Aspirasi Pahang 1st Jelajah Seluruh Daerah Demi Pendidikan Anak Negeri Ini

Buat Julung Kalinya Seminar Aspirasi Pahang 1st Jelajah Seluruh Daerah Demi Pendidikan Anak Negeri Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 201 hits
KUANTAN Buat julung kalinya kerajaan negeri Pahang menganjurkan Seminar Aspirasi Pahang 1st membabitkan pelajar tingkatan enam di seluruh negeri Menerusi inisiatif Akademi Pahang 1st seramai kira kira 800 orang pelajar tingkatan enam dari e...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Woit Modal Dah Habis Ke

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Kos Homestay Yang Wajib Anda Ketahui

Daging Cincang Dengan Chives Dan Akhlak Ketika Ditimpa Musibah

Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Azam Tahun Baru 2026 Idea Realistik Yang Mudah Kekal Konsisten

Pengalaman Saya Buka Akaun Atlas By Bank Muamalat

Mengapa Syarikat Packaging Penting Untuk Bisnes Anda Ketahui Kesannya Pada Jualan Jenama

Transformasi Kewangan Peranan Ai Dalam Pengurusan Ringgit

Lelaki Yang Penat Menjadi Pilihan Kedua

Saham Pembuat Cip Ai China Melonjak Cabar Dominasi Nvidia