Pengerusi Pac Ingatkan Najib Laporan Pac Bukan Laporan Dap Tapi Konsensus Ahli Parlimen Semua Parti


 
Baca, Jangan Tak Baca ya PM6.
Laporan PAC dibentang ke Parlimen pada 04.08.22. PM6 kata tidak terlibat, tapi keluar 4 FB posting pada 06.08.2022. Ini suatu rekod. Saya hargai.
PM6 pegang jawatan PM dari 2009 sampai 2018. Isu Projek LCS mula tahun 2011.
PM6 mula dengan kata Pengerusi PAC itu dari DAP. Senang saja untuk kaitkan dengan DAP. Balik-balik DAP. Senang.
Cuma saya nak bagi tahu PM6, saya bukan lagi Ketua Pemuda DAP. Sudah 4 tahun saya lepas jawatan. Boleh Google. Simple facts macam ini tak patut salah tau, sebab nanti PM6 nak bincang LCS itu yang lagi teknikal, lagi cenderung salah.
Saya nak bagi tahu PM6, Laporan PAC bukan Laporan mana-mana Parti. 14 orang ahli, 3 UMNO 3 PPBM 2 DAP 2 PAS 1 GPS 1 PKR 1 Amanah 1 Warisan.
Kejap, saya bagi LINK website PAC, senang untuk PM6 confirm, nanti kata tak percayai Pengerusi PAC pulak.
https://www.parlimen.gov.my/pac/ahli-jawatankuasa-pac.html?


14 Ahli Parlimen dari Parti berlainan, kami satu hati. Satu hati untuk pastikan Wang Rakyat adalah terjaga. Segala keputusan adalah secara konsensus.
Kami independent, bukan macam dulu Kerajaan di bawah PM6, ada isu Laporan 1MDB disunting Pengerusi PAC lantikan PM6 masa itu.
PM6 kata kenyataan Pengerusi PAC salah. Saya hendak bagi tau kenyataan Pengerusi PAC itu adalah berdasarkan Pendapat, Rumusan dan Syor persetujuan secara konsensus PAC selepas hampir 2 tahun siasatan isu ini. Bukan pandangan Pengerusi PAC sendiri.
PM6 kata, ada salah faham Bajet Projek LCS adalah RM6b dan angka RM9b itu adalah sebab kos bertambah RM3b.
Saya tidak faham apa salah faham PM6. Mungkin PM6 salah faham apa yang PM6 salah faham. Mungkin PM6 tidak membaca Laporan penuh PAC.
Takpe, saya bagi LINK Laporan Penuh PAC, baca mukasurat 6 saja, ambil sedikit latar belakang. PAC kata nilai kontrak RM9.128b, bila kata Bajet hanya RM6b?
https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-257-312.pdf
Cuba tekan butang Ctrl-F RM9.128b, senang nak cari.
Nak baca hardcopy pun ada, ada atas meja Pekan. 3 Jilid jumlahnya. Baca, jangan tak baca PM6.
PM6 tanya kenapa kemajuan kerja hanya 44.10%. Ini pengesahan MINDEF ya, bukan PAC tulis suka sendiri. Boleh baca mukasurat 97. Baca, jangan tak baca PM6.
PM6 kata tidak campur tangan Projek LCS. Itu terpulang kepada PM6. Tapi mungkin boleh jawab kenapa surat bantahan PTL kepada PM6 berkenaan dengan penggunaan GOWIND tidak dijawab?
Kata PM6 lagi, Pengerusi PAC tidak tepat. PM6 kata kapal pertama perlu diserahkan tahun 2019 dan bukan tahun 2017.
PM6 tepat, memang 2019, tepat. Pengerusi PAC pun cakap tahun 2019, tepat. Mana PM6 dapat Pengerusi PAC cakap 2017? Dari Google?
Janganlah PM6, professional sedikit, anda PM6. Jangan baca Google saja, baca Laporan penuh. Baca, jangan tak baca PM6.
Malas nak baca, Pengerusi PAC bantu. Cuma baca info grafik Laporan PAC, mukasurat pertama selepas isi kandungan. PAC nyatakan Serahan LCS1 patut pada April 2019.
PM6 kata jangan menuding jari. PAC tidak. PAC cuma laksanakan tanggungjawab PAC kepada Parlimen, kepada Rakyat dan kepada Negara.
Reaksi PM6 terhadap Laporan PAC besar. Lepas pembentangan Laporan PAC ini, saya ada sikit masa. Saya baru menonton sebuah kartun lama, boleh kongsi sikit dengan PM6, “Jangan Monyet! Jangan!”
Mungkin PM6 perlu mengambil iktibar sedikit daripada respon MINDEF, BNS dan TLDM terhadap Laporan PAC ini. Saya bagi LINK sekiranya PM6 tak sempat nak baca.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/984334/mindef-teliti-laporan-pac-ambil-kira-semua-syor-teruskan-projek-lcs
BNS sokong tindakan tegas terhadap pihak terbabit salah laku projek kapal perang
Boustead Naval Shipyard berkata, kepimpinan baharu syarikat itu komited untuk meneruskan projek enam kapal tempur pesisir (LCS).
Free Malaysia Today (FMT)


Relaks, PM6.
WONG KAH WOH
Pemgerusi PAC.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/pengerusi-pac-ingatkan-najib-laporan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Antilompat Parti Sokongan Ahli Parlimen Yang Bersekongkol Itu Lucu Tapi Menyenangkan Anwar Ibrahim

Ruu Antilompat Parti Sokongan Ahli Parlimen Yang Bersekongkol Itu Lucu Tapi Menyenangkan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 212 hits
Firdaus AzilJulai 29 2022 Dewan Rakyat semalam mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan RUU dengan majoriti melebihi dua pertiga Foto fail BERNAMAKUALA LUMPUR Biarpun tindakan Ahli ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam aktiviti lomp...
Suara Rakyat Semua Ahli Parlimen Digesa Sokong Ruu Kawalan Tembakau

Suara Rakyat Semua Ahli Parlimen Digesa Sokong Ruu Kawalan Tembakau

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 229 hits
Tolong setuju Rang Undang Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 Itu gesaan yang disuarakan penduduk di Ipoh Perak berhubung pembentangan ruu berkenaan yang dijadualkan pada minggu depan di Dewan Rakyat Mereka yang ditemui Astro AW...
Pengerusi Pac Sanggah Zahid Hamidi Laporan Disediakan Berdasarkan Dokumen Dan Keterangan

Pengerusi Pac Sanggah Zahid Hamidi Laporan Disediakan Berdasarkan Dokumen Dan Keterangan

papar berkaitan - pada 10/8/2022 - jumlah : 151 hits
1 Saya membaca ulasan Datuk Seri Zahid Hamidi mengenai laporan PAC berhubung Perolehan Littoral Combatant Ship yang menyeru agar PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan khususnya isu keselamatan negara ...
Bagi Umno Pendedahan Skandal Lcs Dipertikai Kerana Pengerusi Pac Dari Dap

Bagi Umno Pendedahan Skandal Lcs Dipertikai Kerana Pengerusi Pac Dari Dap

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 234 hits
agendaily com12 08 2022Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan Skandal isu kapal tempur pesisir yang didedahkan dalam laporan Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara mengejutkan rakyat sudah RM6 bilion dibelanjakan tetapi tidak ada satu ka...
Pru 15 Umno Pahang Tidak Ada Bincang Soal Anak Najib Jadi Calon Kerusi Parlimen Pekan

Pru 15 Umno Pahang Tidak Ada Bincang Soal Anak Najib Jadi Calon Kerusi Parlimen Pekan

papar berkaitan - pada 12/8/2022 - jumlah : 1409 hits
KUANTAN Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang sudah sedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang termasuk jika Datuk Sri Najib Razak hilang kelayakan untuk bertanding Ketua Penerangan UMNO Pahang Dato S...
Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

Najib Mahu Umno Bn Menang Kerusi Parlimen Pekan Dengan Majoriti Lebih Besar Pru 15 Ini

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 212 hits
PEKAN Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu UMNO dan BN memenangi Pekan dan keempat empat kerusi DUN dalam parlimen itu dengan majoriti undi yang jauh lebih besar pada pilihan raya umum akan datang Kedudukan kita hari ini kuat d...
Dah Dapat View Banyak Kan Bang Fyp Kan Najib Asaddok Reda Tapi Pertimbang Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Farqhan

Dah Dapat View Banyak Kan Bang Fyp Kan Najib Asaddok Reda Tapi Pertimbang Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Farqhan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 408 hits
Dah dapat view banyak kan bang FYP kan Najib Asaddok reda tapi pertimbang ambil tindakan undang undang terhadap FarqhanKes sifu perniagaan koyak apabila diajukan soalan oleh netizen masih menjadi bualan di media sosial Terbaru Najib Asaddok...
15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dolar As Menguat Tipis Di Tengah Ketidakpastian Global Begini Dampaknya Ke Pasar Forex Hari Ini

Cancel Culture Antara Keadilan Sosial Dan Pengadilan Massa Digital

Insurance Binders A Temporary Coverage Solution

The Pros And Cons Of Different Mortgage Year Terms Choosing The Right Option For

Lebai Terus Memperbodohkan Walaun

Beto Tolak Babak Atas Katil Watak Lgbt Saya Tak Mahu Cemar Maruah Keluarga