Penganalisis Pulih Hak Orang Asli Dulu Peluk Islam Kemudian


Ainaa Aiman Pensyarah USM Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, keutamaan sekarang ialah memulihkan hak Orang Asli yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. PETALING JAYA: Seorang pensyarah sains politik berkata, kerajaan negeri pimpinan PAS di Kelantan perlu mendahulukan pemulihan hak Orang Asli, bukannya mengajak mereka memeluk agama Islam.

“Jika sekarang PAS berfikir mahu berdakwah kepada Orang Asli, maka keutamaannya ialah memulihkan hak penduduk pribumi ke atas tanah dan sumber asli mereka yang dijamin oleh perlembagaan,” kata Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM).

“Ini adalah dakwah ‘bil-hal’ atau dakwah melalui contoh teladan, bukan dengan ‘berlagak suci’ dan melayan mereka secara paternalistik,” katanya kepada FMT.

Dilaporkan bahawa Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bercadang mengislamkan semua Orang Asli di negeri itu dalam tempoh 30 tahun.
Akhbar Utusan Malaysia memetik Timbalan Yang Dipertua Maik, Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, kira-kira 5,000 daripada 16,000 Orang Asli di negeri itu kini adalah orang Islam.

Azlan berkata, terdapat lebih 100 pendakwah dan pekerja komuniti Maik di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang ditugaskan menjaga kebajikan Orang Asli dan memberi pendidikan kepada mereka.

“Rancangan kami ialah mempunyai 500 orang akhir tahun ini. Kita boleh berdakwah dan insyaAllah dalam 30 tahun semua Orang Asli di negeri ini akan memeluk Islam,” katanya.

Fauzi berkata, rekod kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dalam menangani Orang Asli tidaklah terlalu baik.

Katanya, kerajaan negeri itu terus menafikan hak tanah adat Orang Asli dengan membenarkan syarikat pembalakan memasuki kawasan seperti di Gua Musang yang merosakkan kredibiliti PAS di mata masyarakat pribumi di Kelantan.

“Bagi ramai Orang Asli, imej orang Melayu sebagai ‘penjajah’ kekal dalam fikiran mereka.
Tiljah Yak Chopil.“Salah urus hak tanah Orang Asli oleh kerajaan negeri sebelum ini hanya akan menyebabkan mereka terus meragui Islam kerana PAS selalu mendakwa ia mewakili agama itu,” katanya dengan menambah bahawa ia tidak menguntungkan Islam yang bersifat inklusif secara semula jadinya.

Dalam pada itu, aktivis Orang Asli, Tiljah Yak Chopil, yang merupakan pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia berkata, kerajaan negeri harus menghormati hak kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, pemelukan agama secara paksa, asimilasi atau aktiviti dakwah berterusan ke atas individu atau kumpulan adalah salah dari segi moral dan etika hak asasi manusia.

Tiljah berkata, dalam konteks komuniti suku Batek di Kelantan, jelas mereka memeluk Islam walaupun tidak benar-benar memahami atau mengamalkan agama itu.

“Sebagai contoh, mereka masih mengamalkan adat pengebumian mengikut resam suku Batek,” katanya.

Beliau berkata, rancangan Maik itu hanya akan menambah persepsi negatif terhadap suku Batek dan menunjukkan pihak yang bertanggungjawab mengislamkan mereka tidak benar-benar mendidik kelompok itu.

Tiljah berkata, keutamaannya bukanlah pemelukan agama, tetapi mengatasi masalah kekurangan infrastruktur asas Orang Asli seperti pendidikan dan kemajuan kendiri.

“Agama boleh datang kemudian, selepas semuanya terpelihara dan mencukupi.

“Sekarang Orang Asli perlukan hak tanah adat mereka dan tidak diganggu bagi membolehkan mereka membangunkan ekonomi dan memulihara kebudayaan, pengetahuan warisan, sejarah dan leluhur mereka supaya dapat hidup aman, sihat dan selamat,” katanya.
Colin Nicholas.Tiljah berkata, kes kematian dan penyakit dalam kalangan Orang Asli di Kampung Kuala Koh di Gua Musang menunjukkan pihak berkuasa tidak benar-benar tahu tentang langkah yang perlu diambil bagi menjaga kebajikan komuniti itu.

“Keadaan yang berlaku berpunca daripada kelemahan dalam penyediaan infrastruktur kepada Orang Asli dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa),” katanya.

Pengarah eksekutif Center for Orang Asli Concern, Colin Nicholas memberi amaran bahawa pemelukan agama tertentu tidak bermakna kehidupan Orang Asli akan menjadi lebih baik.

“Kampung Kuala Koh merupakan contoh klasik,” katanya.

Beliau berkata, pemelukan agama sepatutnya menjadi pilihan peribadi dan tidak harus “dipaksakan” ke atas mana-mana orang atau kumpulan.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/penganalisis-pulih-hak-orang-asli-dulu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Jenazah Orang Asli Dikebumikan Secara Islam

15 Jenazah Orang Asli Dikebumikan Secara Islam

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 259 hits
GUA MUSANG Jenazah lima belas Orang Asli suku Batek yang meninggal dunia dipercayai akibat demam campak disembahyangkan di Masjid Tengku Faiz Petra Gua Musang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Koh hari ini Sembahya...
Tuang Dulu Air Masak Kemudian Air Panas Barulah Anak Dapat Khasiat Minum Susu

Tuang Dulu Air Masak Kemudian Air Panas Barulah Anak Dapat Khasiat Minum Susu

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 660 hits
Seperti kita ketahui yang susu ibu adalah makanan terbaik untuk anak kecil namun tidak semua ibu mampu atau berpeluang untuk menyusukan anak atas sebab sebab tersendiri Oleh itu ada yang menggantikan dengan susu formula untuk memastikan si ...
Penganalisis Kesan Tuduhan Skandal Seks Tak Macam Dulu

Penganalisis Kesan Tuduhan Skandal Seks Tak Macam Dulu

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 653 hits
Penganalisis Kesan tuduhan skandal seks tak macam dulu Bagaimanapun rata rata penganalisis melihat tuduhan seumpamanya tetap akan mendapat tumpuan kerana unsur kontroversi dan sensasi
Hadi Utamakan Islam Kemudian Baru Integriti

Hadi Utamakan Islam Kemudian Baru Integriti

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 293 hits
Diterbitkan Hari ini 8 44 malam MUKTAMAR PAS PAS memberi penegasan betapa Islam perlu diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum intergriti walaupun ia tetap diwajibkan agama Presidennya Abdul Hadi Awang berkata itulah yang menjadi rahsia men...
3 Bulan Peluk Islam Ayana Jihye Moon Dedah Wajah Adik Lelaki

3 Bulan Peluk Islam Ayana Jihye Moon Dedah Wajah Adik Lelaki

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 1031 hits
3 bulan peluk Islam Ayana Jihye Moon dedah wajah adik lelaki Tindakan Instafamous muslimah mualaf Ayana Jihye Moon mendedahkan wajah adik lelakinya hujung minggu lalu mengundang perhatian ramai terutama kaum wanita Menerusi laman Instagram ...
Kurikulum Islam Bina Bangsa Malaysia

Kurikulum Islam Bina Bangsa Malaysia

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 200 hits
DALAM artikel ini saya ingin memberi beberapa cadangan penting terhadap pengubahsuaian subjek Islam yang di ajar di sekolah Pasukan petugas yang ditubuhkan Dr Maszlee Malik kini dalam peringkat kajian tentang proses itu Syabas diucapkan kep...
Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2020 Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru

Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2020 Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 1054 hits
Permohonan Kemasukan Murid Tahun 1 Sesi 2020 Sekolah Rendah Islam Hidayah Johor Bahru SYARAT UMUM KEMASUKAN SEKOLAH RENDAH ISLAM HIDAYAH The post appeared first on
Mana Wanita Bukan Islam Dalam Pasukan Petugas Khas Soal Isteri Aktivis Hilang

Mana Wanita Bukan Islam Dalam Pasukan Petugas Khas Soal Isteri Aktivis Hilang

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 275 hits
Mana wanita bukan Islam dalam pasukan petugas khas soal isteri aktivis hilang Dikemas kini 36 minit yang lalu Diterbitkan p
Cucu Mandela Masuk Islam Cetus Kebimbangan Pemimpin Tradisional

Cucu Mandela Masuk Islam Cetus Kebimbangan Pemimpin Tradisional

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 239 hits
RABAT Cucu bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mencetuskan kontroversi dengan memeluk Islam menyebabkan pemimpin tradisional negara itu mula menyuarakan keresahan mereka berhubung perkara berkenaan Mandla Mandela 42 memegang jawata...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet

Tauhu Bunga Untuk Sarapan Pagi