Kurikulum Islam Bina Bangsa Malaysia


DALAM artikel ini saya ingin memberi beberapa cadangan penting terhadap pengubahsuaian subjek Islam yang di ajar di sekolah. Pasukan petugas yang ditubuhkan Dr. Maszlee Malik kini dalam peringkat kajian tentang proses itu.
Syabas diucapkan kepada Dr. Maszlee yang berani mengorak langkah penting walaupun dihumban dengan segala tohmahan oleh golongan ekstremis Melayu yang hanya berfikir secara sempit dan ‘kedekut’. Malaysia ini milik semua rakyat dan subjek Islam perlu memberi pengiktirafan demikian.
Ada yang menuduh bahawa Islam nanti akan dikompromi tetapi saya yang banyak membaca buku, hadis dan tafsir al-Quran berpandangan bahawa Islam itu luas, progresif dan lebih terbuka dari apa yang difahami golongan agamawan tradisional yang tidak faham sistem ekonomi, ilmu, pentadbiran moden serta semangat Sustainable Development Goals yang dirangka oleh United Nations.
Kita perlu berubah, kalau tidak dunia akan mengubah nasib kita dengan cara memboikot umat Islam daripada kemajuan bersama.
Pertama sekali, dalam bab sejarah Islam adalah amat perlu satu mesej utama disajikan kepada pelajar. Mesej yang satu itu adalah bahawa kebanyakan peperangan antara orang Islam dengan orang Kristian seperti Perang Salib di zaman silam dan zaman moden di antara Islam dan Yahudi ada mempunyai aspek-aspek politik serta agenda-agenda peribadi tokoh politik.
Bukan kesemua sebab musabab adalah antara satu agama dengan agama lain. Perkara ini penting agar peristiwa silam tidak dijaja golongan ekstremis bagi agenda mengebom atau membunuh bukan Islam atau menjalin hubungan baik antara manusia.
Sejarah itu banyak interpretasinya dan tidak semestinya ia menjadi pembentuk persepsi negative atau sikap buruk terhadap sesuatu agama, kaum atau individu.
Dalam bab Tauhid perlu satu mesej penting juga. Bahawasanya agama Islam itu adalah kesinambungan agama Kristian dan Yahudi. Kesinambungan konsep serta nilai-nilai kemanusiaan yang merentas ketiga-tiga agama itu perlu dijelaskan.
Janganlah disebut agama-agama ini telah ‘sesat’ tetapi sebut penganutnya membawa agama itu ke jalan lain bagi kesenangan diri sendiri dalam kehidupan dipilih mereka.
Kita tidak mahu aspek comparative religion cara Zakir Naik dimuat sebagai Islam itu benar dan yang lain itu ‘salah’. Ada orang Melayu yang kurang senang dengan cadangan ini kerana pemikiran mereka adalah kebudak-budakan walaupun dah ada PhD dari universiti tempatan.
Kita tahu bahawa ilmu itu sesuatu yang kompleks dan mustahil bagi kita semua mendalami kesemuanya. Harus ada ruang doubt atau ‘keraguan’ agar kita masih belajar hingga ke liang lahad.
KITA SAJA YANG BETUL
Yang menjadi masalah adalah orang Melayu dan agamawan banyak berfikir dia dah khatam semua ilmu sejarah, agama dan antropologi, jadi dia boleh menghukum kiri dan kanan. Ini tidak benar.
Kita harus sajikan ilmu apa yang kita tahu dan tahu apa yang kita tidak tahu. Maka itu dalam bab ini jika diketengahkan kesamaan nilai-nilai kemanusiaan antara agama maka tidaklah umat Islam jadi bongkak dan takbur kononnya dia saja yang betul dan orang lain tidak.
Iman dalam hati boleh tulus kepada satu keyakinan tetapi ilmu akademik tidak boleh sedemikian kerana masyarakat kita akan terperangkap dalam kejumudan intelek.
Dalam bab fikah, harus dijelaskan beberapa perkara penting juga. Di antaranya sikap haram dan halal. Pada masa kini timbul suasana tidak sihat apabila golongan agamawan mengajar orang bukan Islam adalah ‘najis’ dan ‘kotor’ kesemuanya.
Maka itu tubuh mereka ini tidak layak menyediakan makanan atau memijak karpet masjid. Saya telah banyak mempelajari hadis-hadis Rasulullah dalam banyak kitab tidak pun saya terasa demikian. Bagaimana pula kita beranggapan seperti ini?
Ini tidak lain adalah sifat takbur dan bangga diri yang tersalah tempat. Maka timbul isu berbuka puasa di tempat ibadat lain itu kotor sifatnya dari aspek fizikal dan spiritual.
Kalau ini tanggapannya, kalau saya orang bukan Islam, saya akan terasa terhina dan mungkin ‘menyampah’ dengan orang Islam. Bagaimana anak-anak kita nak cari kerja di masa hadapan kalau orang lain mengambil sikap membenci umat Islam yang menganggap orang lain itu kotor-sekotornya?
Dalam bab ibadat, saya ingin menyentuh tentang senibina masjid dan perkaitan ibadat dengannya. Subjek ini adalah tesis kedoktoran saya.
Pertama, perlu dididik bahawa penggunaan kubah dan menara adalah sesuatu yang tidak perlu sama sekali. Saya berani menghujah bahawa dalam Islam Rasulullah, kedua-duanya boleh dianggap ‘membazir’ dalam banyak aspek.
Hanya dalam Sunnah Melayu sahaja ia dianggap amat perlu. Malah ada seorang profesor Melayu di institusi Islam menyindir saya dalam suatu wacana akademik bahawa beliau akan terasa kekurangan spiritual ibadat kalau berada di masjid yang tiada kubah dan menara!
Saya juga terdengar rungutan orang Sikh bahawa di sesebuah negeri, Gurdwara mereka tidak dibenarkan pembinaan kubah kerana ia hanya khusus pada masjid.
Ada juga seorang Kristian memberitahu saya bahawa bumbung gereja mereka tidak dibenarkan lebih tinggi dari menara masjid. Saya sudah belajar berpuluh-puluh tahun tentang senibina Islam dan aspek kehidupan serta nilai Islam dari sunnah Rasulullah.
DAKWAH BERHIKMAH
Dari mana datangnya persepsi golongan agamawan sedemikian? Bagi saya perkara-perkara ini akan membuat umat lain membenci Islam tak semena-mena kerana jelas dalam penyelidikan saya, Rasulullah tidak bersikap begini.
Malah Rasulullah pernah menegur ketinggian menara dan pembinaan kubah yang membazir serta yang ‘menayang’ keangkuhan sesuatu bangsa.
Juga dalam bab ini perlu ditegur tentang konsep perkara yang mengganggu ketenteraman dan kemudahan orang lain. Contohnya, apakah ibadat kita diterima Allah jika kita bergegas-gegas mengejar sembahyang Jumaat dan meletak kereta sewenang-wenangnya mengganggu laluan trafik?
Apakah afdal kita menyiarkan bacaan al-Quran pada pembesar suara di pagi hari selama setengah jam lantas mengganggu tidur semua orang? Adakah diterima Allah ibadat kita yang seronok mendengar ceramah agama waktu Isyak yang dilaungkan melalui pembesar suara dengan kuat.
Rasulullah mengajar kita berdakwah secara hikmah. Rasulullah juga menegah menyukarkan orang. Contohnya Rasulullah memarahi imam solat yang memanjang bacaan al-Quran kerana ada orang tua, sakit, ada hal serta ibu yang menyusu.
Ada seorang tua yang memohon rumahnya dijadikan masjid kerana terlalu jauh bagi beliau datang solat maka Rasulullah bersetuju dan pergi ke rumah beliau serta bersolat di sana untuk mengiktiraf penubuhan masjid qariah.
Umar Ibnu Aziz pun pernah ditegur rakyat biasa apabila beliau membaca Quran dengan kuat untuk membangunkan orang sekeliling untuk solat Tahajud.
Rakyat itu berkata kalau nak bagi Allah dengar, maka Allah Maha Mendengar dan kalau nak menunjuk-nunjuk, baik tidur kembalilah! Kisah ini dirakam oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin.
Walaupun ada banyak lagi cadangan pengubahsuaian tetapi saya ingin menutup dengan mesej Dr. Maszlee terhadap masalah sebenar ilmu agama Islam. Beliau pernah berkata bahawa yang penting dalam pelajaran agama adalah sikap serta nilai love and empathy atau kasih sayang serta empati.
Bagi saya, agama Islam kini telah hilang kasih sayang terhadap semua manusia dan hanya menjadi sebuah kelab perkauman. Kita tidak lagi boleh empathise atau merasakan diri kita sebagai minoriti atau orang lain yang terpaksa berhadapan dengan kejumudan fikiran sesuatu penganut agama.
Semoga subjek Islam masa depan membina bangsa Malaysia dan jaringan global yang sihat dan bukannya meruntuhkan tali hubungan manusia keseluruhannya.
PROFESOR DR. MOHD TAJUDDIN MOHD. RASDI ialah pensyarah senibina.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/06/27/kurikulum-islam-%E2%80%A8bina-bangsa-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuja Tokong Mohon Maaf Kepada Umat Islam Di Malaysia

Pemuja Tokong Mohon Maaf Kepada Umat Islam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 369 hits
Pemuja tokong mohon maaf kepada umat Islam di Malaysia nbsp Dikemas kini 52 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Jun 2019 11
Laporan Penyeludupan Manusia 2019 Malaysia Disenarai Di Tingkat 2 Senarai Amatan

Laporan Penyeludupan Manusia 2019 Malaysia Disenarai Di Tingkat 2 Senarai Amatan

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 318 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Dr M Malaysia Will Consider Selling Mas If Offer Is Good

Dr M Malaysia Will Consider Selling Mas If Offer Is Good

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 291 hits
Malaysia is willing to consider selling the national carrier Malaysia Airlines Bhd if there is a good offer for the company said Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad He said this in conjunction with the ASEAN Business Summit in Bangkok Th...
Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Fa Malaysia 22 Jun 2019

Keputusan Separuh Akhir Pertama Piala Fa Malaysia 22 Jun 2019

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 831 hits
Dua perlawanan bola sepak Piala FA Pusingan Pertama yang berlangsung pada 22 Jun 2019 9 00 malam melibatkan empat pasukan di Stadium Darul Aman dan Stadium Darul Makmur KEPUTUSAN PENUHKedah 1 0 Felda United69 Fernando Rodriguez penalti Paha...
Kos Penganjuran Fit Malaysia Hanya Rm300 Ribu

Kos Penganjuran Fit Malaysia Hanya Rm300 Ribu

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 318 hits
Kementerian Belia dan Sukan berjaya kurangkan kos penganjuran program Fit Malaysia kepada 300 ribu ringgit sahaja Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan penganjuran program itu sebelum ini telan belanja sejuta ringgit JOHORTIM...
Perdana Menteri Rasmikan Malaysia Fest 2019

Perdana Menteri Rasmikan Malaysia Fest 2019

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 307 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Malaysia Fest 2019 yang menampilkan kebudayaan pelbagai etnik tradisi produk dan destinasi pelancongan negara di pusat beli Central World Bangkok JOHORTIMES MY hubungi kami dengan ...
Rcep Malaysia Kekal Pendirian Perdagangan Adil Bebas

Rcep Malaysia Kekal Pendirian Perdagangan Adil Bebas

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 262 hits
Malaysia kekal komited dengan pendirian untuk memastikan perdagangan yang adil dan bebas dapat dilaksanakan menerusi kerjasama perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN S...
10 Universiti Terbaik Di Malaysia 2020

10 Universiti Terbaik Di Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 732 hits
Ranking universiti di Malaysia tahun 2020 Kalau anda bekerja dalam sektor pendidikan dan pengajian tinggi anda pasti tahu betapa pentingnya ranking atau kedudukan universiti anda di mata dunia Semakin tinggi ranking universiti anda maka ban...
Laporan Perlawanan Persahabatan Xplayer Sabah 1 3 Xplayer Malaysia

Laporan Perlawanan Persahabatan Xplayer Sabah 1 3 Xplayer Malaysia

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 327 hits
Laporan perlawanan persahabatan xplayer Sabah 1 3 xplayer MalaysiaPasukan Persatuan Bekas pemain Sabah Datuk James Wong Matlan Marjan Gerard Mojiliu Razali Zinin Karti Tukimin Yap Wai Loon Aliron Nulantan Matusin Bowie Abdullah Adi Dul Alia...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation