Pengalaman Terkena Penyakit Hfmd


Korang mesti biasa dah dengar pasal penyakit HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease) ni, kan? Aku pun biasa je dengar, tapi tak pernah aware. Sampai la tahun ni (2023), 4 ketul anak dan diri sendiri kena serangan HFMD. Ya, aku yang dah tua umur hujung 30an ni pun boleh terkena HFMD tau. Huhu

Jadi, ini adalah coretan pengalaman aku sendiri handle dan merawat anak-anak termasuk diri sendiri. Selain tu aku kongsi juga la sedikit info berkaitan penyakit ni untuk rujukan aku dan pembaca blog ni. 



Kronologi Serangan HFMDSepanjang 9 tahun jadi mak, inilah pertama kali aku hadap pasal HFMD ni tau. Sebelum ni memang anak-anak tak pernah kena. Selalunya baca pasal anak-anak kengkawan dan sepupu-sepapat je yang kena HFMD

Kenapa anak-anak tak pernah kena? Sebab anak-anak bukan duduk kat taska. Aku yang jaga sendiri 24 jam. Takda connection dengan environment luar dan bebudak lain. Jarang bawa main kat tempat tumpuan ramai macam taman rekreasi atau indoor playground. Sebab aku lebih suka duduk dalam rumah. Anak-anak pun terpaksa rela 'berkurung' dalam rumah juga. Hahaha. Jadi memang takda potensi untuk kena jangkitan

Sejak dah sekolah, yang besar selalu la request nak main kat taman rekreasi atau indoor playground kalau pergi mall. Jadi risiko untuk kena tu memang ada, andai kat tempat-tempat tu pernah dikunjungi oleh bebudak yang dah dijangkiti. Selain tu, dah tentulah kat sekolah kalau ada kawan-kawan depa yang pernah kena HFMD tapi tak perasan pun sebab ingatkan demam biasa. Jadi lepas baik demam pergi sekolah macam biasa tak kuarantin


HFMD Kali PertamaAwal bulan September 2023. Sekali 3 anak kena HFMD. Si encem Iman (7 tahun), budak Ali (2 tahun) dengan baby Umar (8 bulan). Si encem Iman kan extra special, jadi dia memang fragile. Budak Ali dengan baby Umar umur bawah 2 tahun, memang imun tak berapa nak kuat sangat

Dapat detect lepas budak Ali baik dari demam. Dia yang demam dulu. Kami perasan ada blister muncul kat tangan dengan kaki dia. Jadi encik CH bawa pergi klinik dan doktor diagnos HFMD. 
Masa demam tu memang 2 hari dia tak makan langsung. Sebab sakit dalam mulut. Masa tu harapkan air je paksa minum taknak bagi lapar dan dehydrated. Susah hati oii anak jenis pemakan tetiba taknak makan apa langsung. 
Lepas dapat detect yang HFMD dah 'menyerang' kami pantau la anak-anak yang lain. Berdoa takde yang kena juga. Sekali baby Umar dengan si encem Iman pun dah terkena jugak

Baby Umar masa kena tu asyik merengek sebab tak boleh menyusu macam biasa. Tiap malam puas nangis sama-sama sebab dia lapar tapi aku nak susukan tak boleh. Aku terpaksa bagi susu yang aku perah dengan syringe. 😩
Tak sangka pun rupanya taknak makan dan minum a.k.a hilang selera tu tanda-tanda anak-anak kena HFMD. Tu aku kata aku tak pernah aware sebelum ni. Huhu. Pengajaran betul

Paling bersyukur si encem Iman sikit pun macam tak sakit tau. Rileks je dia. Boleh makan minum macam biasa walaupun dalam mulut penuh ulser. Ya Allah. Memang istimewa betul. Allah jaga dia

Mak mertua cakap,'Keistimewaan dia. Allah tak bagi rasa sakit langsung. Masa kecik dah hadap banyak kali pembedahan dah. Sebab tu badan dia kuat.'
Sumpah, bergenang air mata aku dengar mak mertua cakap macam tu. 🥺
Aku dengan encik CH suspek dapat virus HFMD ni kat Mydin Bukit Mertajam. Sebab anak sedara aku yang kecik sekali kat Penang pun kena jugak masa kami bagitau kat family sana yang budak Ali doktor diagnos HFMD. Masa tu kami bawa dia, mak dan anak-anak pergi Mydin. Saja berjalan cuci mata sebelum balik Ganu. Ada la depa pi masuk main kat pusat mainan game kat situ. Aku rasa betul dah kena kat situ. Confirm


Tangan aku yang penuh dengan blister terpenyet 😂

HFMD Kali KeduaPenghujung bulan Oktober 2023. Yang ni confirm pembawanya Cik Merah. Sebab ada kawan sekelas dia yang kena HFMD dan parents budak tu maklumkan pada semua. Depa siap buat laporan kat Klinik Kesihatan dan ada pegawai kesihatan yang datang buat pemeriksaan kat sekolah

Kali ni yang kena Cik Merah, budak Ali, baby Umar, si encem Iman dan aku. Sebab anak-anak dah pernah kena, jadi aku dan encik CH lebih aware. Si encem Iman, budak Ali dengan baby Umar la kesian sebab kena lagi untuk kali yang kedua.  
Cuma part aku je yang tak sangka boleh dijangkiti juga masa tu. Patut la lain macam demamnya. Sejuk gigil sampai tak boleh nak buat apa. Dengan sakit kepalanya. Memang tak larat gila. Aku bangun untuk solat dan mandi koboi je

Lepas baik demam, tekak pun start sakit. Nak menelan langsung tak boleh. Sekali je aku makan masa tu. Kena paksa jugak makan sebab risau takda susu untuk budak Umar pulak. Huhu. 
Malamnya aku tak boleh nak tidur sebab tangan dengan kaki rasa sakit berdenyut dan merenyam sangat-sangat. Macam ada benda gerit-gerit bertubi-tubi tak berhenti weh. Sampai tak ketahuan arah, aku lumur dengan krim WD. 
Esok tu terus berlambak blister keluar tapi macam terpenyet. Patutnya kan dia timbul macam gelembung air kena minyak panas tu. Aku rasa sebab aku lumur WD yang dia jadi penyet tu. Hahaha. Bila dah keluar blister tu, jenuh nak jalan. Sakit bila pijak lantai

Duk sebut sangat dalam hati, 'Transfer la demam anak-anak kat aku, ya Allah.' Nahhh..sekali Allah bagi aku rasa sendiri  macam mana azabnya bila kena HFMD. Patut la anak-anak meragam sakan. Memang sakit. 😌
Pengalaman yang tak boleh dilupakan sungguh. Sehingga saat ini, blister kat kaki aku masih lagi mengelupas kulitnya. Tapi syok jugak. Habis kulit-kulit kaki yang dah keras dan mati terkopek sekali. Halus mulus kulit tapak kaki aku tau


Rawatan Kendiri Di RumahAlhamdulillah sebab kami semua tak kena warded pun. Doktor cuma bagi ubat dan dia minta pantau condition kat rumah je. Jika makin melarat macam demam tak kebah dan berlarutan sampai nampak dehydrated, kena cepat-cepat pergi hospital bahagian kecemasan. 
Sepanjang tempoh tu, mandi memang pakai sabun antibakteria. Pakaian pun basuh cari sabun pencuci jenis antibakteria. Sentiasa pastikan minum air yang cukup. Paksa makan walaupun sikit dengan cara sembur dulu ubat kebas dalam mulut. Makan ubat ikut waktu dan pantau suhu demam. Sapu calamine lotion kat blister untuk kurangkan rasa gatal dan bagi effect sejuk. Persekitaran rumah dan mainan pun kena pastikan sentiasa bersih. 
Itu je la yang kami buat kat anak-anak masa tu. Bimbang kat si encem Iman, budak Ali dengan baby Umar je lebih. Depa bertiga kan kategori fragile. Mujur tak melarat teruk. Alhamdulillah Allah pelihara. 



Info Tentang HFMDItulah kisah kami anak-beranak dijangkiti HFMD. So, aku nak kongsi sedikit info tentang penyakit ni dengan korang juga. Tentang kesihatan ni kita wajib ambil tahu. At least ada ilmu dan persediaan nak buat apa jika terkena. 

Apakah Penyakit HFMD?Buat yang tak tahu, HFMD adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus Coxsackie A16 dan Enterovirus-71(EV71). Virus ini boleh merebak melalui air liur, sentuhan cecair blister dan juga najis dari mereka yang telah dijangkiti

Dipanggil juga sebagai Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut kerana 3 bahagian ini paling ketara nampak kesan jangkitan iaitu blister. Tapi blister ini sebenarnya boleh naik di seluruh badan. Dalam mulut kita sebut ulser, bahagian anggota badan kita sebut ruam. Blister ni sangat gatal dan akan melepuh sehingga menimbulkan rasa sakit

Kebiasaannya kita dengar penyakit ini hanya dijangkiti oleh anak-anak kecil berusia bawah 5 tahun. Kemungkinan disebabkan antibodi yang belum cukup kuat untuk protect serangan kedua-dua virus HFMD. Tapi jangan tak tahu yang orang dewasa juga boleh dijangkiti. 90% adalah kanak-kanak dan 10% lagi orang dewasa


Orang Dewasa Pun Boleh Terkena Jangkitan HFMD?Ya. Boleh. Macam yang aku tulis kat atas tu, 10% orang dewasa boleh dijangkiti HFMD. Terutamanya warga emas yang kita pun tahu tahap imun dah makin berkurangan. Selain tu, dewasa yang ada sakit tertentu. Macam aku sendiri. Umur baru 30an pun boleh terkena jangkitan. 
Doktor yang rawat aku untuk masalah batu karang dalam buah pinggang aku ni pernah pesan yang badan aku tak kuat sangat. Senang kena jangkitan virus. Sebab kat buah pinggang aku sendiri dah jadi 'rumah' untuk kuman apa nama entah. Dia memang pesan kat aku, kalau demam aku kena warded. Bimbang keadaan aku makin worse. Maklum la bulan 2 baru nak operate. Tapi hari tu masa kena HFMD aku tak warded pun la. Kuarantin dan pantau kat rumah je

Jadi, orang dewasa juga berisiko kena HFMD tau. Umur 50 ke atas dan dewasa yang ada masalah kesihatan. Fragile la kiranya. Macam aku sendiri mungkin terjangkit sebab duk uruskan anak-anak yang terkena jangkitan. Duk basuh berak depa dan air liur si budak Umar yang asyik menjejes kena kat aku


Tanda-tanda Telah Dijangkiti HFMDHanya doktor saja yang boleh diagnos tau penyakit HFMD ni. Kita tak boleh memandai-mandai nak diagnos sendiri. Sebab penyakit ni walaupun nampak macam biasa-biasa (99.9% kes), tapi sebenarnya ada bahayanya juga. Boleh effect otak dan jantung sehingga menyebabkan kematian. Komplikasi pada otak dan jantung ialah keradangan iaitu myocarditis (radang jantung) dan encephalitis (radang otak)

Tapi kita juga boleh alert dari awal sebagai langkah berjaga-jaga dan rawatan kecemasan.  Kebiasaannya, pesakit akan demam yang teruk dengan suhu tinggi melebihi 39°C. Demam menggigil kesejukan dengan sakit kepala dalam 1- 2 hari. Memang tak boleh nak buat apa. Melepet je.
Masa demam ni memang tak lalu nak makan sebab tekak memang sakit walaupun takde nampak lagi ulser. Rasa macam perit gila kat tekak. Nak minum air pun seksa. Tapi kena paksa jugak la taknak dehydrated. 
Lepas tu blister akan muncul di tapak tangan dan kaki serta ulser dah penuh dalam mulut. Ini kira last stage la kena hadap. 



Tanda bahaya/Danger sign HFMDInfo ni aku dapat dari perkongsian Dr. Saleh di FB beliau. Jadi aku kongsikan untuk bacaan kita bersama. Ini adalah tanda-tanda awal myocarditis atau encephalitis yang kita kena alert. Kalau terjadi kena segera dapatkan rawatan di hospital

1. Kelesuan (lethargy)
Boleh jadi anak anda lesu dan letih kerana tak dapat makan/ minum. Boleh jadi juga tanda awal nak jadi lebih teruk. Jadi, kalau anak anda kelihatan lesu, jangan berlengah

2. Muntah berterusan

3. Sakit kepala yang berterusan. 
4. Tangan sejuk

5. Terkejut-kejut semasa tidur
Ini antara tanda awal ada radang di otak di kawasan brain stem. MEMANG DANGER SIGN! 
6. Demam melebihi 2 hari

7. Meracau dan bercakap benda pelik-pelik (contoh : nampak benda terbang)
Terutama semasa demam. Ramai yang akan kaitkan dengan benda mistik. Be careful. Ini antara tanda major untuk encephalitis

8. Tidak sedarkan diri atau nampak macam hanyut (delirious, altered concious level)

9. Sawan
Even semasa demam. Jangan anggap ini hanya sawan demam. Ini adalah tanda BAHAYA. 
Ini antara tanda bahaya yang  kita kena perhatikan. Jangan ambil mudah tau. Memang kena alert sentiasa keadaan anak-anak. Kalau dah ada tanda-tanda ni, bertindak dengan cepat jangan bertangguh. 
Dr. Saleh juga ada tulis peringatan untuk doktor yang dapat kes HFMD supaya perhatikan extra sign menandakan pesakit dalam keadaan bahaya, iaitu : 1. Sinus tachycardia2. Poor perfusion, cold peripheries3. Gallop rhythm4. Hepatomegaly5. Hyperreflexia, clonus6. Paralysis one limb7. Raised total white count 

Langkah Pencegahan Jangkitan HFMDDari pengalaman aku sendiri, jadi ini pandangan aku yang dirasakan relevan untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus HFMD. 
1. Elakkan pergi di kawasan yang sesak dan diragui kebersihan (takda maintenance pembersihan) seperti taman permainan terbuka atau indoor. 
2. Sentiasa bersihkan tangan dengan hand sanitizer bila menyentuh permukaan tempat-tempat awam. 
3. Didik anak tentang kebersihan diri dan sentiasa ingatkan supaya tak menyentuh sana sini sesuka hati bila di kawasan awam. 
4. Jauhkan diri dari mereka yang sedang tak sihat (demam, batuk, selesema). Jangan ada contact/sentuhan buat sementara waktu. Kalau terpaksa, pastikan penjagaan kebersihan diri tip top. Sentiasa cuci tangan atau bersihkan diri selepas berjumpa/bermain. 

Apa Nak Buat Jika Dah Dijangkiti HFMD? Selalunya bila dah kena, baru kita beringat nak mencegah. Kalau tidak, memang kita buat rileks je. Huhu. Tapi takpa la. Kekadang benda tu tak dijangka. Jadi, aku kongsikan juga apa yang patut kena buat bila dah dijangkiti HFMD berdasarkan pengalaman aku sendiri

1. Kena pastikan kebersihan diri dan persekitaran sentiasa terjaga. Boleh cuba dengan mandi menggunakan sabun antibakteria. Kawasan sekitar dan alat mainan anak-anak pun boleh cuci dengan pencuci antibakteria. Pastikan pampers dan najis anak-anak dibuang serta dibersihkan dengan elok. 
2. Pastikan makan dan minum cukup supaya tak lesu dan dehydrated. Tekak memang sakit sebab mulut penuh dengan ulser. Tapi kena paksa. Sembur dulu dengan ubat sembur mulut yang kebaskan rasa sakit tu. 
3. Sapu ubat atau calamine lotion dengan kerap di tangan dan kaki yang dinaiki blister. Selain dapat keringkan blister dengan cepat, ia juga dapat kurangkan rasa gatal dan sakit. Boleh la elakkan aktiviti menggaru yang boleh menyebarkan air bisa dari blister tu menjangkiti orang lain. 

Alert! Jangan Pandang Ringan Tentang HFMD. 
Info dari Dr. Saleh juga, antara April hingga Jun 1997, 29 kanak-kanak meninggal dunia di Sarawak kerana HFMD. Varian EV 71. 
Ni dah nak masuk tahun 2024 dah korang. Tak tahu la sepanjang 27 tahun lepas dari kes kat Sarawak tu dah berapa ramai dijangkiti HFMD dan meninggal dunia sebab komplikasi. Maklum la setiap tahun mesti kita akan dengar pasal HFMD ni terjadi di sekeliling kita, kan? 
Apa pun, kena sentiasa ingat yang HFMD bukan demam biasa. Just be careful. Jaga kebersihan yang paling penting sebagai langkah pencegahan. 

Bisik-bisik :: Orang cakap mak tak boleh sakit. Tapi pada aku, mak pun manusia biasa juga. Kalau Allah nak bagi rasa sakit tu, siapa kita nak menidakkan?


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2023/12/pengalaman-terkena-penyakit-hfmd.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Penyakit Cari Penyakit

Tak Ada Penyakit Cari Penyakit

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 186 hits
Pertama sekali dia gatal buat fitnah pasal apa Kalau dia tak buat fitnah tak ada yang nak saman Kedua ego tak bertempat Dah buat fitnah bila orang tuntut permohonan maaf minta maaf je la Tapi tak Masih nak menegakkan benang yang basah Dah k...
Penyakit Bawa Maut Rusa Zombi Merebak Di Amerika Syarikat

Penyakit Bawa Maut Rusa Zombi Merebak Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 172 hits
nbsp Penyakit rusa zombi dilaporkan merebak di Amerika Syarikat selepas ianya dikesan buat pertama kali di Taman Negara Yellowstone Penyakit yang membawa maut Penyakit Buangan Kronik boleh menyebabkan perubahan kepada otak haiwan sehingga m...
Panduan Berhadapan Dengan Kesukaran Dalam Perniagaan Berdasarkan Pengalaman Saya Sendiri

Panduan Berhadapan Dengan Kesukaran Dalam Perniagaan Berdasarkan Pengalaman Saya Sendiri

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 312 hits
Masa awal mula berniaga dulu ada sekali tu saya hadapi kesukaran untuk selesaikan gaji pekerja Duitnya ada tapi sekadar atas kertas kerana pelanggan belum bayar Janjinya dalam tempoh dua minggu lagi bayaran akan diterima sedangkan saya perl...
Pmx Pengalaman Dzulkefly Diperlukan Terajui Kkm

Pmx Pengalaman Dzulkefly Diperlukan Terajui Kkm

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 160 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI nbsp Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau percaya dengan pengalaman dimiliki Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk menguruskan sektor kesihatan negara Dr Dzulkefly yang juga Pengarah Strategi...
14 Tanda Penyakit Bipolar Yang Wajib Anda Ketahui

14 Tanda Penyakit Bipolar Yang Wajib Anda Ketahui

papar berkaitan - pada 24/12/2023 - jumlah : 229 hits
14 Tanda Bipolar Penyakit merupakan penyakit mental ketiga terbesar yang amat berbahaya Penyakit ini mencatat sebanyak 2 6 peratus hingga 6 5 peratus kes di seluruh dunia Oleh itu kita hendaklah mengetahui apakah tanda penyakit Bipolar Seca...
Kemenko Pmk Luncurkan Aplikasi Pendeteksi Penyakit Menular Hewan Ke Manusia

Kemenko Pmk Luncurkan Aplikasi Pendeteksi Penyakit Menular Hewan Ke Manusia

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 139 hits
Penyakit menular dari hewan ke manusia seperti rabies antraks leptospirosis flu burung semakin meningkat
Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 364 hits
Penyakit gout antara penyakit yang cukup digeruni terutama mereka yang meminati makanan laut Penyakit ini terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesa...
5 Doa Sembuh Penyakit Bagi Sesiapa Ditimpa Kesakitan Berpanjangan

5 Doa Sembuh Penyakit Bagi Sesiapa Ditimpa Kesakitan Berpanjangan

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 258 hits
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ini admin ingin berkongsikan mengenai 5 doa sembuh penyakit dan amalan atau doa yang mustajab untuk kita amalkan bagi sesiapa yang dalam kesakitan atau saudara mara sakit Kita sebagai orang Islam h...
Jokowi Suasana Hijau Ikn Bikin Penyakit Jantung Dan Stroke Menjauh

Jokowi Suasana Hijau Ikn Bikin Penyakit Jantung Dan Stroke Menjauh

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 114 hits
Jokowi meyakini suasana di Ibu Kota Nusantara yang hijau bisa membuat orang senang
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Hiking Gunung Bubu Gerik

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Empat Cara Mengawal Kemarahan

Jihad Membela Fitnah Pas

Lembaga Kursus Untuk Profesional Guna Meningkatkan Teknik Komunikasi

Kaya Homemade Sukatan Untuk Stok Seminggu

Surah Adh Dhuha

Pulau Besar Melaka Aktiviti Menarik Dan Lokasi