14 Tanda Penyakit Bipolar Yang Wajib Anda Ketahui


14 Tanda Bipolar Penyakit Bipolar merupakan penyakit mental ketiga terbesar yang amat berbahaya. Penyakit ini mencatat sebanyak 2.6 peratus hingga 6.5 peratus kes di seluruh dunia. Oleh itu, kita hendaklah mengetahui apakah tanda penyakit Bipolar? Secara umumnya, penyakit Bipolar ini adalah masalah kesihatan mental yang menyebabkan individu mengalami perubahan emosi secara mendadak. Perubahan emosi yang berlaku secara tiba-tiba ini adalah berbeza dengan perubahan emosi yang dialami oleh individu normal.
Tanpa kita sedari, sebenarnya masalah mental ini membimbangkan masyarakat di seluruh penjuru dunia. Walaupun kesedaran tentang isu ini telah bangkit namun masih terdapat sesetengah golongan yang mempunyai stigma negatif terhadap hal ini. Masalah ini berlaku disebabkan oleh kurangnya ilmu pengetahuan dalam hal ini. Oleh itu, penting untuk kita mengetahui dengan mendalam tentang sesuatu perkara.
Maksud dan Tanda-tanda Penyakit Bipolar Apa itu Bipolar? 14 Tanda Penyakit Bipolar Penyakit Bipolar adalah masalah kesihatan mental yang menyebabkan seseorang mengalami gangguan emosi yang melampau. Individu tersebut akan mengalami kecelaruan emosi iaitu episod kemurungan dan episod gembira yang melampau. Penyakit ini boleh menjejaskan tenaga dan keupayaan fizikal seseorang.
Individu yang mengalami penyakit mental seperti ini berasa sukar untuk membuat kerja-kerja biasa contohnya mereka tidak dapat berinteraksi dengan orang lain dan mengalami perubahan pada emosi dan kelakuan mereka. Penyakit ini boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia mahupun jantina.
Tanda-tanda Penyakit Bipolar 14 Tanda Penyakit Bipolar Penyakit Bipolar ini merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil sebarang rawatan atau mengalami tekanan hidup. Walau bagaimanapun, berbanding penyakit kecelaruan psikosis seperti schizophrenia, penyakit yang melibatkan kecelaruan emosi seperti bipolar ini mempunyai tahap penyembuhan yang lebih baik.
Berikut merupakan simptom-simptom penyakit Bipolar:
Berasa terlalu gembira untuk jangka waktu yang panjang. Kurang keperluan untuk tidur. Bercakap dengan cepat dan berfikir dengan cepat. Berasa sangat gelisah atau impulsif. Mudah terganggu. Keyakinan diri yang melampau terhadap kebolehan diri sendiri. Terlibat dalam tingkah laku berisiko seperti hubungan seks rambang dan berbelanja dengan besar. Berasa sedih atau putus asa untuk tempoh masa yang lama. Menjauhkan diri daripada rakan dan ahli keluarga. Hilang minat terhadap aktiviti yang pernah digemari. Mempunyai perubahan ketara dalam selera makan. Berasa letih atau kurang tenaga. Mempunyai masalah dengan ingatan, tumpuan dan semasa membuat keputusan. Mencuba bunuh diri atau kerap berfikir tentang kematian. Jenis-jenis Bipolar Tanda bipolar dan simptom kecelaruan bipolar adalah berbeza-beza. Kebanyakan simptom ini juga boleh berlaku disebabkan keadaan lain yang boleh menyebabkan keadaan ini sukar untuk didiagnosis.
Tanda gangguan bipolar boleh dibahagikan kepada fasa mania dan kemurungan. Berikut adalah jenis-jenis bipolar:
1) Bipolar I
Terdapat sekurang-kurangnya satu fasa mania tidak kira samada terdapat fasa kemurungan ataupun tidak. Biasanya fasa kemurungan mendahului fasa mania dan menyebabkan ada pesakit yang didiagnos mempunyai kemurungan atau ‘Major Depressive disorder’ pada permulaan sebelum didiagnos mengalami bipolar. Gejala seperti halusinasi serta delusi boleh berlaku pada pesakit bipolar jenis ini.
2)Bipolar II
Berbeza dengan gangguan bipolar II, pesakit di fasa ini tidak pernah mengalami fasa mania. Namun begitu, fasa yang akan dihadapi adalah hypomania dan kemurungan.
3. Gangguan siklotimia (cyclothymia)
Gangguan siklotimia yang berlaku menyebabkan seseorang mengalami fasa hipomanik atau kemurungan selama dua tahun atau lebih. Pesakit dalam keadaan ini akan terlihat normal tetapi sebenarnya pesakit murung dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Gangguan ini biasanya akan berkembang pada waktu remaja.
4. Gangguan bipolar campuran (mixed features)
Apabila gangguan bipolar campuran ini berlaku, pesakit akan mengalami gejala depresi dan mania pada waktu yang sama.
Kesan-kesan Bipolar Penyakit Bipolar yang tidak ditangani dengan baik dan serius akan menyebabkan kesan yang bahaya kepada individu.
Antara kesan Bipolar adalah seperti di bawah ini:
Halusinasi Hubungan sosial yang terjejas Melakukan jenayah Melakukan percubaan bunuh diri Prestasi kerja atau akademik yang buruk Rawatan Untuk Menangani Penyakit Bipolar 14 Tanda Penyakit Bipolar Terdapat beberapa rawatan yang boleh didapatkan untuk merawat penyakit Bipolar ini seperti ubat-ubatan, terapi psikologi, sokongan sosial dan spiritual.
Ubat-ubatan Ubat-ubatan yang kerap digunakan adalah ubat penstabil emosi, antipsikotik dan ubat kemurungan. Ia perlu diambil setiap hari mengikut nasihat dan perbincangan bersama doktor pakar anda.
Adakalanya, pil penenang seperti benzodiazepines juga akan diberikan bagi jangka masa pendek bagi mengurangkan keresahan dan membantu seseorang itu menjadi lebih tenang.
2. Terapi psikologi
Pesakit juga boleh menjalani terapi psikologi bersama pakar yang akan mensyorkan jenis terapi sesuai mengikut keperluan pesakit.
Antara terapi yang sering disarankan adalah ‘interpersonal social rhythm therapy’ (IPSRT) boleh membantu individu mengawal tekanan dan memastikan pengambilan ubat mengikut waktu yang ditetapkan. Terapi ini bertujuan membantu mereka agar mendapat semangat bagi menghadapi cabaran hidup.
3. Sokongan sosial
Dari segi sosial pula, pesakit akan diajar untuk menangani isu persekitaran mereka dan akan dibantu untuk mendapat pekerjaan bagi mereka yang belum mendapat pekerjaan.
4. Sokongan spiritual
Dari segi spiritual seperti aktiviti keagamaan dapat membantu individu tertentu dalam proses penyembuhan dan mengelakkan penyakit berulang semula.
Ujian Pemeriksaan Bipolar Pesakit yang mengalami Bipolar perlulah dipastikan bahawa gejala-gejala yang dialami bukanlah disebabkan oleh kesan pengambilan dadah atau penyakit fizikal. Untuk itu, selain daripada pengambilan rekod sejarah penyakit dari pesakit dan keluarga, pemeriksaan fizikal, ujian makmal serta adakalanya ujian radiologi perlu dijalankan untuk mendapatkan kepastian.
Berakhirlah perbincangan kita pada hari ini dan diharapkan bahawa segala persoalan dapat dijawab melalui perkongsian kali ini. Untuk mereka yang mengalami masalah ini adalah dinasihatkan untuk bertemu dengan individu yang pakar akan hal ini bagi mengambil langkah awal untuk mencegah penyakit ini daripada berterusan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2023/12/tanda-penyakit-bipolar-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

Penyakit Gout Kenali Punca Tanda Risiko Dan Cara Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/12/2023 - jumlah : 388 hits
Penyakit gout antara penyakit yang cukup digeruni terutama mereka yang meminati makanan laut Penyakit ini terjadi akibat dua faktor iaitu akibat asid urik yang berlebihan di dalam badan dan akibat asid urik yang tidak dibuang dengan berkesa...
Nak Cepat Luka Sembuh Waktu Bersalin Buah Oren Wajib Ada Waktu Pantang

Nak Cepat Luka Sembuh Waktu Bersalin Buah Oren Wajib Ada Waktu Pantang

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 221 hits
Sebaik sahaja selesai melahirkan anak menu pertama pastinya nasi bersama buah oren yang setia menjadi menu utama Sudah tentu buah oren jadi pilihan kerana sihat penyembuhnya yang luar biasa Dek kerana itulah buah kesukaan ramai ini begitu d...
Sekolah Laksana Dlp Wajib Pastikan Murid Kuasai Bahasa Melayu Fadhlina

Sekolah Laksana Dlp Wajib Pastikan Murid Kuasai Bahasa Melayu Fadhlina

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 294 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pendidikan mendapati ada murid di sekolah yang melaksanakan Program Dwibahasa tidak mencapai tahap penguasaan asas bahasa Melayu dan bahasa ibunda Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan sekolah yang bersetuju
Fakta Menarik Seputar Pengeluaran Sgp Yang Wajib Diketahui

Fakta Menarik Seputar Pengeluaran Sgp Yang Wajib Diketahui

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 318 hits
Fakta Menarik Seputar Pengeluaran SGP yang Wajib Diketahui Siapa yang tidak kenal dengan pengeluaran SGP Tidak dapat dipungkiri permainan togel ini telah menjadi salah satu favorit di kalangan masyarakat Indonesia Namun tahukah Anda bahwa a...
5 Doa Sembuh Penyakit Bagi Sesiapa Ditimpa Kesakitan Berpanjangan

5 Doa Sembuh Penyakit Bagi Sesiapa Ditimpa Kesakitan Berpanjangan

papar berkaitan - pada 12/12/2023 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ini admin ingin berkongsikan mengenai 5 doa sembuh penyakit dan amalan atau doa yang mustajab untuk kita amalkan bagi sesiapa yang dalam kesakitan atau saudara mara sakit Kita sebagai orang Islam h...
Pemilik Restoran Sotong Cekik Darah Rm50 Dah Kena Serbu Ini Kata Kpdn Wajib Peniaga Jangan Baca

Pemilik Restoran Sotong Cekik Darah Rm50 Dah Kena Serbu Ini Kata Kpdn Wajib Peniaga Jangan Baca

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 140 hits
Pemilik premis menjual sotong manis dengan harga cekik darah RM50 seekor sudah pun dikenakan tindakan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sabah Tindakan tersebut dikenakan selepas pihak restoran di Kota Kinaba...
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul

Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 267 hits
Niat Mandi Wajib Beserta 10 Tatacara Mandi Wajib Dengan Betul 17 Niat mandi wajib sangat penting sebelum mandi wajib Purata pelajar sekolah menengah tak kira lelaki atau perempuan semestinya akan melalui pengalaman akil baligh di usia 13 ta...
Anak Lagi Mudah Fokus Kuat Ingatannya Tujuh Makanan Harian Ni Wajib Ada

Anak Lagi Mudah Fokus Kuat Ingatannya Tujuh Makanan Harian Ni Wajib Ada

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 180 hits
Anak yang sedang membesar dan masih bersekolah memerlukan makanan yang sihat untuk membantunya mengingati banyak perkara ketika belajar Bantulah anak kecil kita dengan memberikan makanan yang sihat dan baik Sebagai panduan ibu dan ayah tuju...
Orangtua Wajib Budayakan Literasi Demi Anak Di Era Digital

Orangtua Wajib Budayakan Literasi Demi Anak Di Era Digital

papar berkaitan - pada 13/12/2023 - jumlah : 164 hits
Keluarga merupakan pondasi awal untuk meningkatkan budaya literasi di era digital
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Bendang


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks