Pengalaman Tahun Kedua Kak Iman Di Sam Bestari Subang Jaya


As Salam,Pengalaman Tahun kedua Kak Iman di SAM Bestari (SAMBEST), Subang Jaya.Alhamdulillah.Tahu-tahu sudah hampir dua tahun puteri sulung saya, yang kami panggil Kak Iman mengikuti pembelajaran di sekolah ini.Saya terdorong untuk berkongsi pengalaman pembelajaran Kak Iman di sekolah ini memandangkan saya mendapat banyak komen dan respon daripada kalangan ibu bapa yang menunjukkan minat terhadap sekolah ini

 Pada Hari Pendaftaran, kali pertama Kak Iman datang Sambest dan kali pertama juga kami akan meninggalkannya berjauhan dengan keluarga dalam tempoh yang lama

Pendaftaran di adakan di Dewan Uthman Ibni Affan,Sambest, dengan mengikut kelas yang sudah disenaraikan iaitu Biruni, Farabi, Jazari dan Kindi.Masa ni pihak sekolah sudah senaraikan nama murid mengikut kelas di luar dewan.Ibu bapa akan semak nama anak berdasarkan senarai tersebut

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan kepada para ibu bapa yang komited untuk menghantar anak ke aliran agama di sekolah menengah.InshaAllah.Saya teringat perbualan saya semasa menunggu anak kedua menghadiri Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh ( UKSBP ) di SM Sains Perempuan Seremban (SGS) beberapa hari lalu

Katanya, selagi boleh memilih sekolah terbaik untuk pembelajaran anak, kita pilihlah sekolah yang terbaik.Walaupun ada ibu bapa lain yang melontarkan pandangan sekolah di mana-mana pun sama asalkan anak mahu belajar. Sekurang-kurangnya bila anak kita berada dalam lingkungan rakan-rakan sebaya yang mahu belajar, pemikiran yang positif, yang mempunyai hala tuju dalam hidup, kita berharap anak kita juga akan terikut dengan cara hidup yang sama

Suasana pada hari pendaftaran Tingkatan 1 di Sambest

Walaupun perkara negatif ada dimana-mana, sebagai ibu bapa, saat kita lepaskan anak ke asrama atau dunia luar selain ibu bapa dan keluarga, maka kebimbangan kita sangat nyata dan merisaukan. 
Pastinya berbeza jika rakan sebaya anak adalah dalam kalangan pelajar yang hanya pergi balik sekolah seolah "hanya menghabiskan beras". Persekitaran positif dengan pengisian program dan budaya pembelajaran di sekolah sangat penting supaya anak yang meningkat remaja mendapat bimbingan dan panduan yang terbaik dan bermakna

Susun atur dalam asrama puteri di Sambest
Kak Iman kini sudah berada dalam tingkatan 2 di Sambest, merupakan seorang Pengawas Sekolah ( berdiri dua dari kiri bahagian hadapan ) bersama teman-teman sekelas

Teman yang baik ibarat kita bersahabat dengan seorang saudagar minyak wangi, walau kita tidak menjualnya, wangian minyak wangi itu juga pasti terpalit kepada kita:)
Orait, tahun kedua Kak Iman di Sambest memang ada beberapa perubahan.Masa tahun pertama, Kak Iman memang ada tunjukkan "homesick" setiap kali kami hantar pulang ke asrama.Terpaksa saya pujuk dan ingatkan dia, apa yang dia tidak sukai itu hanya sekejap dan sementara.Saya tahu, dia rindukan suasana belajar dan kehidupan di rumah yang serba selesa tapi bila di asrama, semua urusan dia kena selesaikan sendiri dari bangun pagi sampai tidur.Kak Iman sebenarnya anak sulung yang agak manja dan tidak begitu berdikari walaupun pada luarannya dia nampak sangat berkeyakinan dan berani

Setiap kali saya tinggalkan dia di asrama, saya akan pesan padanya, cari sebab untuk dia stay dan seronok belajar dan tinggal di hostel.Alhamdulillah, masuk tahun kedua, Kak Iman semakin bijak mengurus pembelajaran dan kehidupan sebagai budak asrama.

Kak Iman bersama teman sekelas meraikan kemenangan dalam persembahan drama patriotik sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan  peringkat sekolah

Jadi, panduan kepada ibu bapa jika anak anda adalah anak sulung yang bakal kali pertama hidup di asrama, jangan aspect tinggi sangat yang dia dapat terus sesuaikan diri, walaupun sekolah  dan asrama itu taraf lima bintang sekalipun.hehe. Anak kita tetap manusia biasa yang perlukan masa untuk menyesuaikan diri walaupun dia pelajar hebat dengan keputusan UPSR 6A dan PSRA Mumtaz.Percayalah

Saya hanya dengar apa sahaja yang Kak Iman luahkan, bagi motivasi dan selebihnya berdoa semoga Allah permudahkan semua urusan pembelajaran Kak Iman di sekolah.InshaAllah, dengan adanya kawan yang baik, program dan budaya di asrama yang mementingkan pengisian rohani, anak kita akan bertambah positif dan mempunyai nilai hidup yang lebih baik.

Kak Iman dan rakan-rakan satu aliran semasa mengikuti Program lawatan sekolah ke Pulau Pinang

Program lawatan ke Pulau Pinang adalah sebahagian daripada projek dalam Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolahnya

Sebagai Ibu dan juga bapa, Saya dan Encik Suami tidaklah begitu stright dalam memastikan Kak Iman sentiasa cemerlang dalam prestasi akademiknya.Kami juga faham, seperti zaman remaja kami, dan Iman juga begitu, pasti mahu berseronok dengan rakan-rakan sebaya dan seasrama

Walaupun dalam peperiksaan, terdapat subjek yang Kak Iman tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, saya nasihat ( selepas saya bebel style mak-mak) supaya kekal berusaha dan positif bahawa dalam menuntut ilmu pasti ada banyak cabaran.Dia harus faham, bila result dia kurang memuaskan, itu lah cabaran yang harus dia tempuhi dan atasi dengan sabar dan tekun.InshaAllah, manjaddawajada:)
Tambah lagi, bila tinggal di asrama bersama rakan sealiran yang bukan calang-calang kepandaian mereka, ia sepatutnya menjadi penguat semangat dan asbab untuk Kak Iman kekal bermotivasi dalam pelajaran.

Kehidupan Kak Iman di asrama kelihatannya sangat padat.Banyak kali juga dia merungut, namun saya hanya katakan padanya, memang kami hantar dia ke asrama untuk belajar.Jadi, tak payah pening fikir pasal lain.haha.

Mengikut cerita Kak Iman, rutin harian solat berjemaah setiap kali solat lima waktu merupakan antara aktiviti wajib di asrama, selain amalan membaca Al Mulk setiap kali sebelum tidur pada sebelah malam. Ada juga aktiviti usrah atau taklim dan program bimbingan Fardhu Ain pada hujung minggu jika tidak balik wajib, selain aktiviti prep dan gotong royong.

Mengikut andaian saya, tugas Kak Iman jadi berganda apabila dia terpilih sebagai Pengawas di bawah Biro BADAR sekolahnya.Pengawas junior katakan, setiap pagi tugasnya menjadi alarm kepada pelajar asrama agar bersegera turun  dari dorm masing-masing untuk ke sekolah sebelum pagar asrama ditutup seawal jam 7 pagi.

Ada sesekali dia akan tanya pendapat saya tentang situasi atau cabaran berhadapan dengan pelbagai ragam teman di asrama, saya lebih banyak membimbingnya supaya lebih banyak melihat perkara dengan positif sahaja.Tak payah stres-stres sangat.hehe.

Kak Iman ketika menerima hadiah kategori Hiwar dalam Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Negeri Selangor.Kak Iman dan dua rakannya mewakili daerah Petaling Jaya ke peringkat Negeri dan mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Hiwar ialah pertandingan perbualan atau berdialog dalam Bahasa Arab. 
Para pelajar dan guru pembimbing serta pengiring yang mewakili Sambest dalam pelbagai acara dalam Majlis Ihtifal Peringkat Negeri Selangor

Sebelum menyertai Hiwar, Kak Iman sebenarnya juga telah mewakili sekolahnya dalam Syarahan Bahasa Arab, dalam Kemahiran Amal Islami (KAMIL) dan mendapat Naib Johan.Kemudian dia menyertai Hiwar dalam Majlis Ihtifal negeri dan pasukannya terpilih mendapat Naib Johan.

Kak Iman tidaklah terus menunjukkan minat terhadap syarahan atau yang seumpama dengannya melainkan telah mendapat bimbingan daripada guru-gurunya di Sekolah Rendah Islam Al Huda, Gombak ( sekolah rendah Kak Iman) ketika dia dalam darjah 4-6.Pernah sekali, ketika Kak Iman mewakili sekolahnya dalam pertandingan Syarahan Bahasa Melayu dalam Majlis Ihtifal Kebangsaan sekolah-sekolah SERI ABIM se-Malaysia, dia tewas dalam pertandingan tersebut sehingga saya terpaksa memujuknya seperti yang saya kongsikan dalam post ini : Rahmat di Sebalik Dugaan Gagal-

Kak Iman ketika mewakili sekolah rendahnya dalam acara Syarahan Bahasa Melayu.Dia tidak mendapat sebarang tempat dalam pertandingan ini

Saya percaya dan katakan padanya, mana-mana insan hebat sekalipun bukanlah mendapat kejayaan pada kali pertama usaha mereka, melainkan harus lalui berulangkali kekalahan dan kegagalan.Malah mungkin, Allah takdirkan kemenangannya nanti pasti pada waktu yang paling baik untuknya.aamiin.

AlHamdulillah, semoga Allah beri peluang lebih banyak kepada anak-anak ibu bapa semua memilih sekolah yang terbaik, yang kita harap dengan niat baik kita, Allah lorongkan dan luaskan jalan-jalan mencapai kejayaan dan anak-anak kita bakal menjadi Daie-daie hebat yang menegakkan Islam tercinta.aamiin


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2018/10/pengalaman-tahun-kedua-kak-iman-di-sam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
June Wei Gagal Mencapai Kejuaraan Kedua Tahun Ini

June Wei Gagal Mencapai Kejuaraan Kedua Tahun Ini

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 325 hits
Pemain perseorangan lelaki muda negara Cheam June Wei terpaksa berpuas hati sekadar menjadi naib juara dalam Kejohanan Badminton Terbuka Belanda June Wei yang sebelum ini menumpaskan pilihan kelapan dari India P Kashyap serta juara remaja E...
Ulang Tahun Yang Kedua Artikel Akan Bermula Sekarang

Ulang Tahun Yang Kedua Artikel Akan Bermula Sekarang

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 268 hits
Assalamualaikum Dua tahun yang lepas Scam List Malaysia ada menerbitkan artikel yang bertajuk dan alhamdulillah artikel tersebut telah banyak membantu mereka diluar sana dalam mendapatkan maklumat scammer di Malaysia Jadi pada hari ini 20 D...
Pengalaman Jaga Colostomy Stoma Si Encem Iman

Pengalaman Jaga Colostomy Stoma Si Encem Iman

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 260 hits
Assalamualaikum Hai Sebenarnya dah lama nak kongsi pasal ni tapi asyik la bertangguh nak tulis Saja nak buat coretan untuk kenangan diri sendiri Nanti nanti boleh baca balik mengimbau kenangan pernah jaga colostomy stoma si encem Iman tu sa...
Kongsi Pengalaman Anak Hadir Ujian Online Uksbp Tingkatan 1 Tahun 2019

Kongsi Pengalaman Anak Hadir Ujian Online Uksbp Tingkatan 1 Tahun 2019

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 838 hits
As Salam Pengalaman Hadir Ujian Online UKSBP Tingkatan 1 Tahun 2019 Alhamdulillah Anak kedua saya baru sahaja selesai menjawab Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh bertempat di SM Sains Tuanku Aishah Rohani Seremban Sekolah ini juga dike...
Tahun Depan Polda Metro Jaya Akan Perluas Pemasangan Cctv

Tahun Depan Polda Metro Jaya Akan Perluas Pemasangan Cctv

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 274 hits
PLT Kepala Dinas Perhubungan DKI Jakarta Sigit Widjatmoko mengakui ujicoba ETLE mampu mengurangi kemacetan di ruas Sudirman Thamrin khususnya wilayah Patung Kuda dan Sarinah Meskipun tidak menejelaskan detail presentase pengurangan kemaceta...
Suku Tahun Pertama Selamat Maju Jaya Eh

Suku Tahun Pertama Selamat Maju Jaya Eh

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 432 hits
Cepat je masa berlalu kan tup tup masuk bulan April dah tak sedar betul macam baru je beberapa minggu lepas kita menyambut tahun baru kejap lagi bulan puasa pulak ce korang kira rasanya dah tak sampai seratus hari dah kot bulan Ramadhan aka...
Vegetarian Food Di Medifood Subang Jaya

Vegetarian Food Di Medifood Subang Jaya

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 361 hits
Assalamualaikum semua Ehem ehem This time tak mahu cerita betapa berhabuknya aku punya laman sesawang ni ye haha Well kali ini simple post on our lunch menu Disebabkan tak ada idea lagi nak makan kat mana so one of hakak opis ni mencadangka...
Alhamdulillah Konvo Tahun Ini

Alhamdulillah Konvo Tahun Ini

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 306 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSyukur alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menulis sepatah dua kata dalam artikel di blog ini Sebenarnya banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku sejak beberapa minggu belakangan ini Antaranya adalah ...
Remaja 14 Tahun Dinobat Juara Seni Tarian Di China

Remaja 14 Tahun Dinobat Juara Seni Tarian Di China

papar berkaitan - pada 14/10/2018 - jumlah : 282 hits
Kecederaan kaki dialami ketika bergiat cergas dalam sukan gimnastik kira kira empat tahun lalu sedikit sebanyak memberi kesan emosi kepada dirinya selepas disahkan terpaksa meninggalkan sukan itu buat selamanya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game