Pengalaman Staycation 2 Hari 1 Malam Di Apartment Hotel Tenera Bangi


Staycation 2 Hari 1 Malam di Apartment Hotel Tenera Bangi | Assalamualaikum semua.. Bila penat bekerja, alangkah seronoknya dapat bercuti kan. Tapi kalau nak pergi jauh susah pulak nak berkumpul ramai-ramai. Jadi memandangkan semua pun busy maka kami memilih untuk healing dekat je. Janji semua dapat hadirkan diri. So, untuk staycation kali kami memilih Hotel Tenera Bangi selama 2 hari 1 malam



Info Mengenai Hotel Tenera Bangi
Hotel Tenera diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd yang 100% dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad. Kalau korang nak tahu, nama Tenera sendiri adalah merupakan benih minyak sawit hibrid yang berasal daripada gabungan Dura Seed dan Picifera Seed. Tujuan benih hibrid pastinya memberikan hasil terbaik, pulangan paling banyak, dan paling bernilai


“..Memperkayakan Setiap Penginapan..” Merupakan tagline kepada Hotel Tenera di mana ia menunjukkan komitmen pihak Tenera dalam menyediakan perkhidmatan untuk memastikan setiap penginapan dihargai, momen yang tidak dapat dilupakan


Lokasi Hotel Tenera Bangi terletak di 👇
Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, SelangorPhone: 03-8929 9600

Check-In Di Hotel Tenera Bangi
Untuk staycation kali ini melibatkan 8 orang iaitu sis, Kak Min, Momi, Moka, Abg Wan, Abg Yee, Khai Artzfar dan juga Cyrill. Ha, bukan senang tau nak set time dengan orang-orang hebat ni. Masing-masing busy kan. Tapi akhirnya impian untuk bercuti bersama tercapai juga


Sesampai di lobi, sis, Momi dan Moka menunggu Kak Min untuk urusan Check-In. Di Hotel Tenera Bangi ni waktu untuk Check-In bermula 3.00 petang manakala waktu untuk Check-Out pula adalah 12.00 tengah hari. Sambil menunggu Kak Min tu sempat la sis usha sekitar lobi. Besar juga ye kawasan lobi Hotel Tenera ni. Ada banyak spot cantik nak OOTD sebab keliling dinding kaca. Jadi lighting memang On-Point laa.




Apartment Di Hotel Tenera Bangi
Memandangkan kami ramai, kami memilih penginapan jenis Apartment supaya lebih selesa. Apartment ni terletak di bangunan sebelah jadi kena menapak sikit la ke sana ataupun boleh juga naik buggy. Tapi kalau sesiapa yang drive kereta, parking hotel dan apartment ni bersambung tau, so korang boleh drop by je sekejap untuk check-in then nanti bawa kereta ke parking bahagian Apartment. Jangan risau, parking banyak kat sini


Kami ambil 2 unit Apartment jenis Double Room Suite dan kebetulan pula unit kami bersebelahan di tingkat 20. Jadi senang la kalau nak gather-gather kan. Apa yang bestnya mengenai Apartment di Hotel Tenera Bangi ni memang suasana dia macam rumah yang mempunyai 2 bilik, dapur dan ruang tamu. Memang sesuai kalau nak bawa keluarga atau kawan-kawan datang bercuti



Bilik Tidur Pertama
Dalam bilik tidur pertama ni ada katil besar (Saiz King kot kalau tak silap). Lepas tu ada side table, almari pakaian, meja solek dan ruang sofa untuk bersantai. Dalam almari pakaian tu ada hanger, iron dan juga sejadah. Ha, senang la nak iron baju dan solat kan. 


Dalam bilik tidur pertama ni ada bilik air sendiri tau. Apa yang menariknya, dalam bilik air ni ada bath tub. Wow, best kan. Kalau tau, boleh bawa Bath Bomb dan berendam. Tapi takpe la, kitorang stay pun 2 Hari 1 Malam je kan. Tak sempat pula nak manjakan diri.. ahak. Oh ya, kemudahan toiletries semua ada tau. So kalau tak bawa berus gigi, tak payah kalut ye.. hehe


Bilik Tidur Kedua
Dalam bilik tidur kedua pula, ada 2 katil single. Ha, kalau datang berkeluarga, anak-anak boleh suruh tidur kat bilik ni. Tak payah la sharing katil dengan mak ayah kan. Dalam bilik ni juga ada almari tapi bezanya tiada meja solek dan sofa la. Tapi jangan risau, kat almari tu dah ada cermin. So, boleh la nak bersiap. 

Dalam bilik tidur kedua ni pun ada bilik air sendiri tau tapi takde bath tub la. Jadi bilik air ni kelihatan lebih besar berbanding bilik air sebelah. Toiletries pun ada juga jadi tak perlu berebut ya




Ruang Dapur
Ruang dapur di sini lengkap dengan kitchen cabinet dan juga meja makan. Turut disediakan dapur dan juga peralatan untuk membuat air. Jadi boleh la nak masak light-light, panaskan makanan ataupun bancuh air. Tapi jangan la pulak korang masak macam nak kenduri bagai. Abes berkecah dapur nanti.. hehe




Ruang Tamu
Bahagian ruang tamu memang cukup selesa untuk bersantai. Ada sofa, coffee table dan televisyen. Dah macam kat rumah pulak rasanya. Berhadapan dengan ruang tamu ni ada balkoni. Bila buka je sliding door, menderu-deru angin masuk sebab apartment kami level 20 kan



Kemudahan Lain di Bangunan Apartment Hotel Tenera Bangi
Kalau tadi kita dah tengok ruangan dalaman dan kemudahan yang ada di dalam Apartment Double Room Suite kan. So, sekarang sis nak share kemudahan lain yang ada di dalam bangunan Apartment ni pula. Kebiasaannya kalau datang bercuti ni anak-anak mesti nak request mandi kolam kan. Jangan risau, kat sini ada swimming pool tau. Sis dengar di bangunan hotel pun ada juga swimming pool, siap ada swimming pool muslimah lagi. Tapi tak sempat pula nak ke sana


Selain dari swimming pool, ada juga kemudahan lain seperti Gymnasium, Wash & Go - Self Services Laundry (Ada kerusi urut ye dalam bilik ni, boleh la mengurut sambil tunggu baju siap) dan juga mesin Ezi Coffee. Kalau di bangunan hotel ada Grab & Go Convenience Kiosk




Breakfast Di Selasih Garden Restaurant
Bagi penginapan jenis Apartment ni kami ambil pakej sekali dengan breakfast untuk 4 orang. Jadi pagi Ahad tu tak payah nak kalut fikir nak makan mana kan. Lagipun boleh la cuba menu makanan kat sini sebab dengar kata sedap. Restoran dia pun cantik, siap ada kolam ikan. Rasa macam makan dalam taman gichuuu




Antara menu yang ada pada pagi tersebut adalah Nasi Lemak, Kuey Teow, Ayam Masak Merah, Capati, Noodle Soup Counter, Egg Counter, Bread Counter, Salad, Cereal dan banyak lagi. Waktu untuk sarapan pagi adalah pukul 7.00 pagi hingga 10.00 pagi



Oh ya, sepanjang berada di sini, sis sempat mencuba pelbagai menu di Hotel Tenera Bangi ni untuk makan tengah hari dan juga makan malam. Nanti sis akan kongsikan pada artikel lain ye. 

Lokasi Hotel Tenera Bangi Berhampiran KIPMall, Pasar Malam dan Pasar Tani
Kalau korang nak tahu lokasi Hotel Tenera ni memang strategik tau, tak jauh dari KIPMall Bangi. Siap ada pasar malam dan pasar tani di seberang jalan. Sis pula memang dah lama teringin nak pergi pasar malam. Apa lagi, lepas dinner je kami pun terus la menuju ke seberang. Waktu pagi pula, Kak Min, Abg Yee, Moka dan Khai gigih ye ke Pasar Tani. Sis dengan Momi dah tak mampu nak pergi sebab kekenyangan breakfast. Jadi kami decide balik ke apartment je




Pengalaman Sepanjang Staycation Di Apartment Hotel Tenera Bangi
Secara keseluruhannya memang best la stay kat Apartment Hotel Tenera Bangi ni. Dah la fasiliti semua lengkap, selesa pula tu. Memang sesuai untuk staycation beramai-ramai. So, kalau korang mencari-cari lokasi untuk bercuti atau staycation, boleh la datang ke Hotel Tenera Bangi


Untuk info lanjut boleh layari :https://tenerahotel.com.my/





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2024/02/pengalaman-staycation-2-hari-1-malam-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Weekend Hi Tea Dan Ala Carte Dine In Di Hotel Tenera Bangi

Weekend Hi Tea Dan Ala Carte Dine In Di Hotel Tenera Bangi

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 253 hits
Weekend Hi Tea Dan Ala Carte Dine In Di Hotel Tenera Bangi Assalamualaikum semua Alhamdulillah perancangan untuk lari dari kesibukan kerja dan bercuti bersama kawan kawan akhirnya terlaksana Bukan senang nak kumpul ramai ramai ni tau Kami m...
27 Hotel Menarik Di Ipoh Untuk Pengalaman Menginap Luar Biasa

27 Hotel Menarik Di Ipoh Untuk Pengalaman Menginap Luar Biasa

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 385 hits
Siapa tak kenal bandar yang meriah dengan bermacam tarikan pelancongan dan seni seni yang unik dan klasik Bandar ini mempunyai auranya yang tersendiri yang sukar di dapati di negeri negeri lain di Malaysia Kalau anda nak bagi pengalaman yan...
Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 122 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
8 Hari 7 Malam

8 Hari 7 Malam

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 202 hits
Sejak menetap di Perlis ini kali pertama kami meninggalkan rumah di Perlis dalam tempoh yang lama iaitu selama 8 hari 7 malam Kami pergi pada hari Sabtu 20 Januari 2024 dan balik pada hari Sabtu 27 Januari 2024 Selama 4 malam saya menginap ...
Sedetik Kemewahan Dan Inovasi Bersama Vivo Malaysia Dan Hap Seng Star Di Hari Pengalaman Vivo X100 Series

Sedetik Kemewahan Dan Inovasi Bersama Vivo Malaysia Dan Hap Seng Star Di Hari Pengalaman Vivo X100 Series

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 201 hits
Kerjasama yang benar benar istimewa telah muncul antara vivo Malaysia dan Hap Seng Star ketika mereka bersatu untuk Hari Pengalaman Siri Vivo X100 Eksklusif Acara itu yang diadakan di pengedar terkenal Hap Seng Star menghimpunkan keanggunan...
Video Begini Suasana Ikn Di Siang Dan Malam Hari

Video Begini Suasana Ikn Di Siang Dan Malam Hari

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 221 hits
VIDEO Begini Suasana IKN di Siang dan Malam Hari Masih Prose Pembangunan
Al Kahfi Kelebihan Membacanya Pada Malam Atau Hari Jumaat

Al Kahfi Kelebihan Membacanya Pada Malam Atau Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 271 hits
Al Kahfi Kelebihan Membacanya Pada Malam atau Hari Jumaat Surah Al Kahfi dalam Al Qur an merupakan surah ke 18 dan memiliki banyak keutamaan dan manfaat bagi sesiapa yang membacanya Surah ini mengandungi 110 ayat dan diklasifikasikan sebaga...
Jakarta Diguyur Hujan Deras Sejak Malam Ini Titik Titik Banjir Di Hari Pencoblosan Pemilu

Jakarta Diguyur Hujan Deras Sejak Malam Ini Titik Titik Banjir Di Hari Pencoblosan Pemilu

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 188 hits
BPBD melaporkan sejumlah wilayah terdampak banjir akibat hujan lebat yang mengguyur Ibu Kota semalam
Makan Malam Di Meldrum Buffet Bonanza Gbw Hotel Johor Bahru

Makan Malam Di Meldrum Buffet Bonanza Gbw Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 289 hits
Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru I Haritu Juju dengan dak Yash dinner di GBW Hotel Apa yang membuatkan Juju tertarik untuk dinner dekat sini sebab kalini GBW Hotel menyajikan hidangan ayam golek madu untuk pelangg...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation