Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring


 
Baru-baru ini AlongMurni (AM) telah mengikuti ‘NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP’ selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling, Kedah.

Dalam program ini AM berpeluang merasai pengalaman pemetaan Perjalanan Eko-Pelancongan di Baling, Kedah (Nature-Based Travellers to Malaysia - NBT2MY) dan mewar-warkan secara meluas kepada orang ramai di dalam dan juga antarabangsa tentang keunikan dan keindahan Baling.

PENGINAPAN 2 HARI 1 MALAM DI CHALET BALING HOTSPRING. Sepanjang melakukan aktiviti menerokai Baling, AM telah menginap selama 2 hari 1 malam di Chalet Baling Hotspring. AM memilih Chalet Pool View dengan harga RM 135 sehari. Chalet AM betul-betul menghadap kolam air panas.

Antara kemudahan fasiliti yang ada adalah:


2 Single BedTelevisyen Langganan AstroPenghawa DinginMini BarSejadahBilik Air











PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong adalah salah satu Pusat Pelancongan di Daerah Baling, Kedah Darul Aman, yang mula beroperasi sejak Tahun 1998. Lokasinya terletak di Mukim Siong kira-kira 22KM dari Pekan Baling.

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini ditadbir urus sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling.

KOLAM MANDIAN AIR PANAS Kolam mandian air panas yang disediakan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu:

KOLAM UTAMA Kolam utama membekalkan sumber air panas kepada kolam-kolam yang lain. Berkeluasan 544.70 mps dan merupakan kolam yang terbesar. Para pengunjung tidak dibenarkan mandi di kolam ini kerana suhunya mencecah darjah kepanasan 50' C. Para pengunjung dapat melihat sumber mata air panas yang keluar di celah-celah batu sulfur yang terdapat di dalam kolam ini. Tahap kedalaman kolam ini ialah 1.6 meter.

KOLAM DEWASA Kolam yang sesuai untuk pengunjung yang datang berkeluarga atau pun berkumpulan. Pihak pengurusan menyediakan 4 buah kolam yang berkeluasan 400mps.Kadar kedalaman kolam diantara 1.3-1.6-meter dengan suhu mencecah 40'C. Para pengunjung dapat merendamkan kaki dengan selesa dan akan merasai khasiat rendaman di dalam air panas semulajadi.

KOLAM WANITA Kolam ini dikhaskan untuk pengunjung wanita yang tidak selesa untuk mandi di kolam dewasa. Penghadang diwujudkan bagi menghalang pandangan orang ramai.

KOLAM KANAK-KANAK Kolam ini berkeluasan 148.17 mps dan suhu maksimum bagi kolam ini ialah 39'C. Kadar kedalaman kolam ini ialah 0.5-0.6 meter dan sesuai untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.Kanak-kanak yang mandi di kolam ini perlu diawasi oleh ibu bapa bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

MAKAN MALAM DI KEDAI MAK MAH. Terdapat pelbagai gerai makan di dalam kawasan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong ini. AM dan team sempat singgah menjamu selera di Kedai Makan Mak Mah. Antara menu yang dipesan adalah Nasi Putih, Ayam Goreng Kunyit, Paprik Daging, Telur Dadar, Ulam-Ulaman, Sambal Belacan dan Buah-buahan.

EMBUN AIS KRIM BUATAN SENDIRI Semasa AM santai merendam kaki di Kolam Air Panas, sempat juga mencuba keenakan ais krim buatan sendiri yang dijual di dalam Pusat Rekreasi Kolam Air Panas ini. Memang sedap dan AM sarankan kalau ke sini kena rasa Embun Ais Krim ini. Harga cuma RM 1 sahaja bagi Kon AisKrim yang sedap ini. Boleh dapatkan Embun Ais Krim dari seorang pakcik yang menjual di sekitar kolam air panas dengan menggunakan kereta sorong.

KATA ALONGMURNI Ribuan terima kasih buat QTT Group PLT yang menaja sepenuhnya penginapan AM dan yang lain sepanjang 2 hari 1 malam di Chalet Baling Hotspring termasuk dengan makan dan minum sepanjang di sana.

Untuk mendapat Pakej Nature-Based Travelers bagi menerokai lokasi menarik di Baling, Kedah, boleh hubungi

📱+60174079734

📱+60193036008

📩 : [email protected]



NATURE-BASED TRAVELERS FAM TRIP telah diadakan pada 13 Januari 2024–17 Januari 2024. FAM TRIP ini merupakan anjuran QTT Group PLT bersama dengan rakan bersekutu Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan dibantu Team KembaRojak.

Sekalung penghargaan buat Pejabat Tanah Daerah Baling, Majlis Daerah Baling, APM Baling, Malim Gunung, dan Team Gua Sireh.

#UluLegongBalingKedah #UluLegongHotSpring #JomMaiKedah #KembaRojak #KedahWhereItAllBegan #EscapeToBeautifulNature #QttGroupTravel #NatureBasedTravelers #KolaGlobalTravel


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.alongmurni.com/2024/01/penginapan-2-hari-1-malam-di-chalet-baling-hotspring.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Begini Suasana Ikn Di Siang Dan Malam Hari

Video Begini Suasana Ikn Di Siang Dan Malam Hari

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 250 hits
VIDEO Begini Suasana IKN di Siang dan Malam Hari Masih Prose Pembangunan
8 Hari 7 Malam

8 Hari 7 Malam

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 219 hits
Sejak menetap di Perlis ini kali pertama kami meninggalkan rumah di Perlis dalam tempoh yang lama iaitu selama 8 hari 7 malam Kami pergi pada hari Sabtu 20 Januari 2024 dan balik pada hari Sabtu 27 Januari 2024 Selama 4 malam saya menginap ...
Padang Bukit Tinggi 4 Hari 3 Malam Bersama Kami Best Kerana

Padang Bukit Tinggi 4 Hari 3 Malam Bersama Kami Best Kerana

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 275 hits
Pakej kami sudah termasuk semua Tinggal bawa duit shopping sahaja Dah termasuk tiket elaun luggage 20kg dan lain lain Satu group 20 24 orang sahaja Hotel yang kami sediakan semua ada lif tak perlu naik tangga Mesra warga emas dan orang penc...
Hari Rabu

Hari Rabu

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 147 hits
Assalamualaikum Selamat hari rabu Walaupun tak bekerja lagi nieyl tetap bangun pagi seperti pergi kerja sebab tak nak manjakan diri ni kang dah start kerja dia susah nak setting balik hahahaHappy working nbsp
Jokowi Kembali Membangun Masa Depan Groundbreaking Proyek Ikn Hari Ini

Jokowi Kembali Membangun Masa Depan Groundbreaking Proyek Ikn Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 185 hits
Sejumlah groundbreaking dilakukan menjelang penyelenggaraan upacara 17 Agustus 2024
Makan Malam Di Meldrum Buffet Bonanza Gbw Hotel Johor Bahru

Makan Malam Di Meldrum Buffet Bonanza Gbw Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 317 hits
Makan Malam di Meldrum Buffet Bonanza GBW Hotel Johor Bahru I Haritu Juju dengan dak Yash dinner di GBW Hotel Apa yang membuatkan Juju tertarik untuk dinner dekat sini sebab kalini GBW Hotel menyajikan hidangan ayam golek madu untuk pelangg...
Makan Malam Di Saudagar Kofi

Makan Malam Di Saudagar Kofi

papar berkaitan - pada 4/2/2024 - jumlah : 207 hits
Balik dari membeli barang dapur di Mydin Malam tadi ingatkan nak singgah makan di Sekali tengok penuh tak ada meja kosong Kecewa betul Malas nak menunggu carilah kedai lain Masa tu jam hampir pukul 10 malam Kebanyakkan waktu macam tu banyak...
Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin

Cerita Malam Pertama Berjumpa Dengan Gadis Jiran Sebelah Rumah

Celebrate Lunar New Year With Elevete Patisserie S Exquisite Festive Delights

225 Confesssion In Bahasa Malaysia

Hiburan Terlalu Bergantung Pada Teknologi Wanita Anggap Guna Ai Chatgpt Buat Manusia Makin Lembab Jadi Malas B Doh Slow


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Suspek Ugut Harith Iskander Direman Hingga Selasa

Ulama Perlu Utama Keredaan Allah Bukan Populariti

Fail Rpm2025 Fail Rekod Persediaan Mengajar Sesi 2025 2026

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina