8 Hari 7 Malam


Sejak menetap di Perlis, ini kali pertama kami meninggalkan rumah di Perlis dalam tempoh yang lama iaitu selama 8 hari 7 malam. Kami pergi pada hari Sabtu 20 Januari 2024 dan balik pada hari Sabtu 27 Januari 2024.
Selama 4 malam saya menginap di rumah NS, manakala 3 malam berikutnya di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perak

Permusafiran kali ini juga mencatat satu lagi rekod, iaitu kami berulang-alik KL-Perlis-Putrajaya dalam tempoh kurang dari 24 jam! Semuanya kerana hal di luar jangkaan berkaitan urusan kerja Encik Suami. Tiba dari KL, sempatlah kami berada di rumah Perlis kira-kira 1 jam 15 minit sahaja. Selepas itu kami kembali di jalanan menuju ke Putrajaya pula. Semoga selepas ini tak akan terjadi lagi hal yang memerlukan kami buat ‘kerja gila’ begini. Letih sungguh

Saya sertakan beberapa foto buat kenangan dan rujukan sendiri pada masa akan datang :
24 Januari 2024 | Pemandangan malam dari jendela bilik Hotel Tamu, KL

25 Januari 2024 | Sebelum bertolak balik ke Perlis, kami sarapan nasi lemak di Jalan Raja Muda Musa. Jalan yang terkenal sebagai syurga makanan ini nampaknya sudah berwajah baru dengan laluan pejalan kaki yang baik dan lanskap yang sedap mata memandang

KL ke Perlis | Perjalanan mengambil masa kira-kira 7 jam 30 minit. Tiba di rumah pada pukul 5 petang dan bertolak semula menuju ke Putrajaya pada pukul 6.15 petang

26 Januari 2024 | Suasana jalan lengang pada pukul 2 pagi di Shah Alam

Perlis ke Putrajaya | Perjalanan mengambil masa kira-kira 8 jam 15 minit. Kami selamat tiba di The Everly Putrajaya sekitar pukul 2.30 pagi. Selesaikan itu ini, sekitar pukul 3.45 pagi baru kami dapat tidur

Pemandangan dari jendela hotel. Mampu tengok jelah taman yang luas dan menarik untuk beriadah ni. Selepas sarapan di bawah, Encik Suami pergi kerja dan saya pula kembali ke bilik untuk memenuhi tuntutan mata yang mengantuk dan kepala yang terasa berat. Orang yang memandu kenderaan masih sihat, penumpang sebelah pulak yang lebih-lebih mengantuk siap pakej sakit kepala sebab tak cukup tidur. Hmmm…
Putrajaya ke Perlis | Petang 26 Januari tersebut kami bertolak balik ke utara. Tapi sebab dah keletihan, kami singgah bermalam di Valya Hotel Meru, Ipoh. Esok siangnya barulah kami menyambung perjalanan ke Perlis

27 Januari 2024 | Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah Perlis pada waktu petang. Hilang sikit rasa letih badan bila nampak kuntuman pertama bunga orkid! Mungkin dah berkembang beberapa hari lalu, tapi saya rekod ikut tarikh saya nampak ia buat kali pertama. Kesian daunnya berkedut dek kekurangan air. Lapan hari ditinggal tanpa siraman dan tiada curahan hujan. Agak berbeza dengan negeri lain yang sedang mengalami musim hujan, Perlis kini sedang mengalami cuaca panas dan berangin (musim angin Timur)


Permusafiran selama 8 hari 7 malam yang sangat meletihkan! Syukur ke hadrat Allah yang memberi kesihatan dan keselamatan buat kami. Bila dah sampai rumah, malam tersebut barulah macam-macam penyakit muncul. Saya mulai demam, batuk agak teruk dan sakit kepala. Alhamdulillah hari ini semakin sihat bolehlah mencatat di blog. Niat hati nak tulis pendek, eh jadi panjang jugak









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/01/8-hari-7-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Begini Suasana Ikn Di Siang Dan Malam Hari

Video Begini Suasana Ikn Di Siang Dan Malam Hari

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 221 hits
VIDEO Begini Suasana IKN di Siang dan Malam Hari Masih Prose Pembangunan
Padang Bukit Tinggi 4 Hari 3 Malam Bersama Kami Best Kerana

Padang Bukit Tinggi 4 Hari 3 Malam Bersama Kami Best Kerana

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 269 hits
Pakej kami sudah termasuk semua Tinggal bawa duit shopping sahaja Dah termasuk tiket elaun luggage 20kg dan lain lain Satu group 20 24 orang sahaja Hotel yang kami sediakan semua ada lif tak perlu naik tangga Mesra warga emas dan orang penc...
Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di Chalet Baling Hotspring

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 121 hits
Baru baru ini AlongMurni telah mengikuti NATURE BASED TRAVELERS FAM TRIP selama 5 hari 4 malam bersama dengan para penulis blog dan pempengaruh lain dalam mempromosikan pariwisata menarik di daerah Baling Kedah Dalam program ini AM berpelua...
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Sara Hidup Bernilai Rm1200 Hari Ini

Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Sara Hidup Bernilai Rm1200 Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 200 hits
Program SARA adalah singkatan daripada Sumbangan Asas Rahmah sebuah program bantuan subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2023 Program ini bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan memb...
Dua Hari Pakaian Seragam Sekolah Dua Hari Baju Sukan Mak Ayah Boleh Tarik Nafas Lega

Dua Hari Pakaian Seragam Sekolah Dua Hari Baju Sukan Mak Ayah Boleh Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 198 hits
Ibu bapa boleh menafas lega bila mana pemakaian baju sukan masih lagi diteruskan pada hari biasa persekolahan manakala pemakaian seragam sekolah selama dua hari sahaja bagi setiap minggu Hal ini dikongsikan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina ...
Hanya 2 Hari Pakaian Seragam Sekolah Garis Panduan Baharu

Hanya 2 Hari Pakaian Seragam Sekolah Garis Panduan Baharu

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 210 hits
nbsp Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan baharu berkaitan pemakaian seragam sekolah untuk sesi persekolahan yang bakal bermula Mac ini Dua hari pakai pakaian seragam dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko kuriku...
Arsul Sani Bacakan Sumpah Hakim Konstitusi Di Depan Jokowi Hari Ini

Arsul Sani Bacakan Sumpah Hakim Konstitusi Di Depan Jokowi Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 214 hits
Agenda pengucapan sumpah hakim konstitusi rencana akan dilangsungkan pukul 10 00 WIB
Sprm Arah Mirzan Mahathir Isyitihar Aset Dalam 30 Hari

Sprm Arah Mirzan Mahathir Isyitihar Aset Dalam 30 Hari

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 246 hits
Malaysiakini nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyerahkan perintah notis kepada ahli perniagaan Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan aset dalam tempoh 30 hari dalam siasatan berhubung maklumat dalam Kertas Panama Dalam ken...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation