Weekend Hi Tea Dan Ala Carte Dine In Di Hotel Tenera Bangi
Weekend Hi-Tea Dan Ala Carte Dine-In Di Hotel Tenera Bangi | Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah, perancangan untuk lari dari kesibukan kerja dan bercuti bersama kawan-kawan akhirnya terlaksana. Bukan senang nak kumpul ramai-ramai ni tau. Kami memilih lokasi yang dekat je iaitu di Hotel Tenera Bangi. Korang boleh baca pengalaman sis bersama kawan-kawan di sini 👇
>> Pengalaman Staycation 2 Hari 1 Malam di Apartment Hotel Tenera Bangi <<
Ok, untuk entri kali ni sis nak sambung mengenai staycation sis di Hotel Tenera Bangi tapi nak fokus pada makanan sahaja. Memandangkan kami stay pada hujung minggu dan cuma duduk di Apartment sahaja jadi kami decide untuk lunch dan dinner di hotel je. Lagipun time ni la nak merasa makan kat hotel kan.. hehe. So, untuk lunch kami ambil Weekend Hi-Tea manakala untuk dinner kami makan Ala Carte Dine-In sahaja. Kedua-duanya di restoran Saffron Brasserie, Hotel Tenera Bangi
Weekend Hi-Tea Di Restoran Saffron Brasserie, Hotel Tenera Bangi
Untuk Weekend Hi-Tea ni dia bukannya bufet untuk minum petang tau. Biasanya kan Hi-Tea cuma ada pastri tapi ada juga menyediakan menu-menu lain termasuk menu berat. Kiranya ini adalah bufet makan tengah hari la. Tapi hanya untuk hari Sabtu dan Ahad sahaja. Masa sis makan tu siap ada Nasi Ayam, Nasi Briyani, Ayam Briyani, Daging Kandar, Kari Kepala Ikan Salmon dan Sayur Campur
Selain dari pilihan nasi, ada juga Lontong, sate, seleksi pasta, Chicken Popcorn, Roti John, Pepes, Pizza, Salad dan Rojak Buah. Tak lengkap la kalau makan tapi tak ada dessert kan. Ha, kat sini juga ada pelbagai jenis hidangan pencuci mulut, kuih-muih dan bubur. Ada juga ais krim dan ais kacang
Ha, banyakkan pilihan menu yang ada. Rambang mata sis nak makan mana satu. Alhamdulillah, semuanya memenuhi selera dan kalau korang tanya menu apa paling sis suka adalah Kari Kepala Ikan. Perghhhh, sedap weiii... So, kalau korang mencari-cari kat mana nak makan hujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan boleh datang ke Hotel Tenera Bangi. Ni sis share harga untuk Weekend Hi-Tea.
Weekend Hi-Tea
Harga : Dewasa RM78Kanak-Kanak RM48
Hari :Sabtu dan Ahad
Masa :12.00 tengah hari - 3.30 petang
Lokasi : Saffron Brasserie
Ala Carte Dine-In Di Restoran Saffron Brasserie, Hotel Tenera Bangi
Untuk dinner pula kami memilih untuk makan secara Ala Carte sahaja di Restoran Saffron Brasserie ni. Actually kan di retoran ni ada menyediakan menu Ala Carte bukan untuk dinner sahaja, kalau datang tengah hari pun boleh untuk lunch. Ada banyak juga pilihan menu untuk ala carte ni tau. Sampai pening masing-masing nak order apa. Setelah pilih punya pilih, ni menu yang kami order
🍽️ Tenera Kari Kepala Salmon (RM45)
🍽️ Mee Bandung Telur Pecah (RM28)
🍽️ Grilled NZ Cut Lamb Rack (RM88)
🍽️ Chicken and Mushroom Carbonara (RM25)
🍽️ Black And White Prawn Aglio-Olio (RM28)
🍽️ Smoked Salmon Caesar Salad (RM45)
🍽️ Hawaiian Chicken Pizza (RM45)
🍽️ Grilled Escalope Salmon (RM55)
🍽️ Fruits Fiesta (RM28)
🍷Café Mocha, Watermelon Juice, Green Apple Juice, Pink Guava (RM10-RM15)
Amacam, tergoda tak tengok menu-menu yang ada? Jujur sis cakap semua menu sedap. Abes semua licin tau kami makan. Memang berbaloi-baloi la datang makan kat sini. So, nak suggest juga kalau korang nak cari tempat untuk dinner, boleh la mai makan kat sini. Btw, setting table kat sini pun cantik tau. Sesuai kalau nak buat candle light dinner. ehemmm.. hehe
Ala Carte Dine-In
Hari :Setiap hari
Masa : 11.00am - 11.00pm
Lokasi : Saffron Brasserie
Untuk info lanjut boleh layari :https://tenerahotel.com.my/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.dikbee.com/2024/02/weekend-hi-tea-dan-ala-carte-dine-in-di.html