27 Hotel Menarik Di Ipoh Untuk Pengalaman Menginap Luar Biasa


Siapa tak kenal bandaraya Ipoh, bandar yang meriah dengan bermacam tarikan pelancongan dan seni-seni yang unik dan klasik.
Bandar ini mempunyai auranya yang tersendiri yang sukar di dapati di negeri-negeri lain di Malaysia.
Kalau anda nak bagi pengalaman yang unik kepada keluarga anda, datanglah ke Ipoh, tak menyesal punya, tempat makan banyak, kaya dengan lokasi bersejarah, tempat berhibur bersama keluarga pun bermacam-macam, hotel-hotel di Ipoh ini juga banyak yang menarik, tak percaya? Teruskan membaca senarai hotel menarik di Ipoh ini.
01. Regalodge Hotel Ipoh Regalodge Hotel Ipoh adalah sebuah penginapan menarik di Ipoh yang menawarkan bilik selesa yang dihias dengan elegan dan moden.
Sekiranya anda inginkan rehat yang sempurna, jauh dari kebingitan pelancong, inilah salah satu pilihan tepat.
Sambil bersantai di dalam bilik, anda boleh melayari internet dengan menggunakan wifi berkelajuan superb yang disediakan.
Teringin mengunyah sesuatu sambil berehat-rehat tu? Buka sahaja minibar dan anda bakal ‘dipersembahkan’ dengan minuman dan snek percuma yang diletakkan di dalamnya. Mana lagi nak cari hotel dalam harga bajet yang sebaik ni?
Mengenai kemudahan yang disediakan pula, hotel ini memiliki spa yang lengkap dengan kolam jakuzi air panas, kemudahan steam, sauna dan peralatan senaman.
Macam tak percaya dalam harga permulaan semurah ini, pelbagai kemudahan hotel 5 bintang turut ditawarkan.
Tercari-cari kedai makan yang best? Apa kata anda cuba Restoran Pakeeza yang terletak hanya 1 minit pemanduan dari hotel, nak jalan kaki pun boleh.
Kedai makan lain yang terletak dalam sekitar 6 ke 10 minit pemanduan dari sini adalah seperti Assam Greenhouse dan juga Hainan Chicken Rice.
Alamat: 131, Jalan Raja Ekram, 30450 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 02. WEIL Hotel Ipoh Untuk sesiapa yang bercitarasa tinggi, WEIL Hotel Ipoh boleh dijadikan pilihan utama anda sekiranya bercuti di Ipoh. Setiap sudut hotel ini diberikan sentuhan elegan dan penuh dengan gaya.
Lihat Tawaran Terkini Hotel Terbaik Di Ipoh
Bilik-biliknya yang dihias dengan minimal tetap lengkap dengan pelbagai kemudahan penting untuk keselesaan sepanjang percutian.
Lengkap dengan tab mandian, sekiranya ini masih tidak mencukupi, anda boleh menuju ke kolam renang untuk bermandi-manda dengan sepuas hati.
Setelah itu, bersantai pula di  bahagian rooftop hotel untuk menikmati pemandangan di sekeliling yang cukup menakjubkan.
Lokasinya, cukup menarik kerana terletak bersebelahan sahaja dengan pusat membeli-belah dan banyak pilihan kedai makan tanpa perlu bergerak jauh.
Alamat: 292, Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 03. Iconic Suites & Pods Hotel Melihat dekorasi dalamannya, barulah anda faham kenapa hotel ini diberikan nama Iconic Suites & Pods Hotel, sebab ia memang betul-betul ikonik.
Rekaan dalamannya sungguh menarik pandangan mata, seolah-olah diberikan perhatian yang terperinci pada setiap sudut.
Hotel ini menawarkan bilik dalam pelbagai tema, iaitu tema yang lebih eksklusif untuk penginap dewasa hinggalah kepada tema ceria seperti kartun Frozen untuk penginapan bersama keluarga.
Tema ini diketengahkan bukan hanya melalui wallpapernya tapi juga daripada pencahayaan yang digunakan.
Salah satu pengalaman percutian unik yang tak patut anda lepaskan bukan? Saiz biliknya juga cukup luas.
Lokasinya? Tak perlu pandang tempat lain lagi, cukup strategik, kerana ianya terletak berdekaan dengan MAPS Ipoh, kawasan kedai makan, pasaraya Mydin dan banyak lagi.
Alamat: 85 Jalan Meru Bestari B7, Medan Meru Bestari, 30020 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 04. 1969 Business Suites 1969 Business Suites adalah sebuah penginapan bergaya eksklusif dalam harga bajet yang terletak di Bandar Cyber, Ipoh.
Melihat daripada dekorasi dalamannya, tidak ubah seperti berada di dalam hotel 5 bintang.
Gabungan warna tema dan pencahayaannya dapat membuatkan sesiapa sahaja yang melangkah masuk seperti berada di dalam filem James Bond, memang stylish!
Mengenai kemudahan yang disediakan, hotel ini lengkap dengan restoran yang menghidangkan sajian enak.
Terasa bersalah sebab terlebih makan? Jangan risau, anda boleh terjah sahaja gimnasium yang disediakan untuk membakar kalori.
Setelah kepenatan bersenam, anda boleh berehat di dalam bilik sambil melayari internet menggunakan wifi percuma yang disediakan.
Selain itu, pihak hotel turut menyediakan khidmat shuttle untuk ke ETS KTMB Ipoh. Sekiranya anda ingin ke kawasan bandar, masa yang diambil hanyalah dalam sekitar 10 ke 15 minit.
Alamat: No.2, Jalan Lapangan Siber 9, Bandar Cyber, 31350 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 05. Majestic Ipoh Majestic Ipoh menawarkan apartment sebuah bilik dan juga apartment dengan 2 buah bilik yang datang dalam beberapa tema berbeza.
Antaranya adalah seperti tema yang biasa kita dengar iaitu gaya Inggeris, moden dan elegan hinggalah kepada tema yang unik seperti tema Transformers, Hello Kitty dan Avengers.
Dari ruang tamu hinggalah ke dalam bilik, tema ini diketengahkan dengan penuh kreatif.
Selain penginapan yang selesa dan menarik, anda juga boleh memanfaatkan kemudahan lain yang disediakan iaitu gimnasium dan juga bilik sauna.
Harganya? Cukup berpatutan kerana bermula dari hanya sekitar RM170+ semalaman untuk sebuah apartment yang serba lengkap dan dihias dengan teliti, tiada sebab untuk tak bookingkan?
Alamat: Jalan Dato Tahwil Azhar, 30300 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 06. Beds In Garden Hostel Ipoh Dari harga serendah RM35+ semalaman anda dapat menginap di sebuah penginapan yang selesa, Beds In Garden Hostel Ipoh. Hostel? Jangan risau, di sini juga turut terdapat bilik peribadi twin, quadruple dan juga studio dupleks untuk anda yang inginkan lebih privasi, juga dalam harga bajet.
Sepanjang penginapan di sini, anda boleh menggunakan dapur yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membuat hidangan atau minuman sendiri.
Anda juga boleh sahaja singgah ke kedai 7E yang terletak betul-betul bersebelahan dengan hostel ini untuk membeli kudapan.
Seperti namanya, “Beds In Garden,” anda dapat melihat keindahan taman ringkas yang dipenuhi tumbuhan hijau di sekitarnya, suasana yang cukup santai sesuai sekali dengan mood percutian.
Antara tarikan terkenal yang terletak tidak jauh dari sini adalah seperti Muzium Han Chin Pet Soo dan juga Ipoh Parade.
Alamat: AA, Lot 3435N Jalan Jubilee, Jubilee Park, 30450 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 07. Happy 8 Retreat Hotel yang terletak di Jalan Shah Bandar ini pada asalnya adalah sebuah tempat pameran seni-seni kayu  yang kini telah diubah menjadi tempat penginapan yang menjadikan alam semulajadi dan seni sebagai satu tema yang unik.
Setiap bilik di hotel ini berlantaikan kayu dan lengkap dengan segala kemudahan yang penting untuk keselesaan anda sewaktu penginapan seperti cerek elektrik, TV, bar mini dan bilik mandinya juga lengkap dengan tab mandi.
Hotel ini adalah sebuah penginapan yang tepat buat anda yang cintakan kesenian dan sukakan suasana natural.
Apa tidaknya, sinki hotel ini dibuat daripada kayu, tempat menggantung baju di bilik ini juga dibuat daripada dahan-dahan kayu, kreatif kan?
Ia juga berdekatan dengan banyak kawasan tarikan pelancong kerana terletak di tengah-tengah bandar. Anda hanya perlu berjalan kaki sahaja untuk ke stesen kereta api utama di bandar ini.
Alamat: 8, Jalan Shah Bandar, Taman Happy, 31650 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 08. Palm Suite Ipoh Octagon Palm Suite Ipoh Octagon menawarkan beberapa jenis penginapan berbeza yang boleh dipilih berdasarkan bilangan ahli keluarga yang bercuti bersama.
Anda boleh memilih sama ada apartment 2 bilik tidur atau apartment dengan 3 bilik tidur yang ditawarkan bergantung kepada bilangan geng percutian anda.
Setiap apartment dihias dengan gaya yang berbeza iaitu gaya klasik Viktoria yang beraura mewah, gaya moden dan juga penginapan dengan dekorasi yang agak artsy (Art Deco) untuk anda yang berjiwa seni.
Bukan sekadar menarik untuk dilihat, tapi kemudahan yang disediakan juga bertaraf premium, terasa berbaloi setiap sen yang dikeluarkan.
Mengenai kemudahannya pula, setelah puas mencuba bermacam kedai makan best yang ada di Ipoh, anda boleh menyelamatkan badan dengan melakukan senaman di gimnasium yang disediakan.
Untuk mengembalikan kesegaran pula, anda boleh berendam badan di dalam kolam renangnya yang terletak di bahagian rooftop.
Alamat: One Octagon, Jalan Raja Ekram, 30300 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 09. Grayhaus Soho Ipoh Seperti namanya, Grayhaus Soho Ipoh adalah sebuah penginapan bergaya minimal yang bertemakan warna kelabu.
Dekorasi dalamannya cukup sedap dipandang mata kerana dihias dengan simple dengan hanya menggunakan beberapa tona kelabu yang berbeza dan warna natural yang lain.
Harga yang ditawarkan juga terlampau murah untuk bilik peribadi yang lengkap dengan segala kemudahan.
Keselesaan yang lengkap dalam harga bajet? Tekan butang booking cepat sebelum terlepas.
Sepanjang penginapan di hotel bajet ini, anda boleh menggunakan pelbagai kemudahan lain yang disediakan pihak hotel seperti dapur kongsi yang lengkap dengan perkakasan penting (termasuk water dispenser).
Minuman seperti teh dan kopi pula sentiasa tersedia tanpa mengira waktu.
Mengenai sarapan paginya, agak simple namun cukup untuk mendapatkan tenaga sebelum meneroka sekitar Ipoh.
Mengenai lokasinya pula, hotel ini terletak tidak jauh dari Ipoh Parade yang berjarak kurang 1 km dari sini.
Alamat: 119 Jalan Sultan Idris Shah, 30000 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 10. MU Hotel Idamkan suasana penginapan yang lebih ‘upbeat’ daripada biasa? Anda tidak tersalah membuat pilihan sekiranya memilih MU Hotel. 
Atmosfera di sekitar hotel ini cukup menyegarkan disebabkan oleh penggunaan warna ceria yang sejuk dipandang mata pada setiap sudut.
Baca: Hotel Bajet Di Ipoh Yang Selesa
Bagi sesiapa yang kaki gym tu, anda tidak perlu mengabaikan aktiviti senaman walau pada waktu cuti memandangkan hotel ini juga sempurna dengan kemudahan gimnasium yang serba lengkap.
Nak bakar kalori dengan cara yang lebih chill? Apa kata kalau anda menyewa basikal yang disediakan pihak hotel? Sambil makan angin, bolehlah tingkatkan stamina sekali.
Untuk yang membawa anak kecil pula, anda boleh membawa mereka berseronok di playroom yang disediakan.
Dari kanak-kanak hingga dewasa, semua peringkat umur dapat menikmati keseronokan sekiranya menginap di sini.
Alamat: No 18, Jalan Chung Onn Siew, 30250 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 11. Belakang KongHeng By DreamScape Unik, dengan konsep retro dan minimalistik hotel ini memberikan anda satu pengalaman yang berbeza daripada penginapan yang lain.
Tidak dinafikan yang rekaan dalamannya agak ‘simple’ tetapi dalam waktu yang sama memiliki auranya yang tersendiri.
Asalnya, hotel ini merupakan hostel tempat tinggal  penghibur teater untuk sebuah teater yang terletak berdekatan namun teater itu telah dibakar pada tahun 50-an.
Walaupun pelbagai perubahan telah dilakukan, atmosfera klasik tempat penginapan ini tetap dikekalkan sebagai daya tarikan hotel ini.
Di bahagian bumbung hotel ini terdapat kolam renang untuk anda bersantai bersama keluarga sambil menikmati pemandangan sekitar bandar Ipoh.
Kawasan tarikan pelancong, Concubine Lane, hanyalah beberapa tapak dari hotel. Untuk menjamu selera, terdapat banyak kedai makan yang ‘cool’ berdekatan dengan hotel, mestilahkan, lokasi pun betul-betul di tengah Oldtown Ipoh.
Yang bestnya lagi, untuk anda yang suka minum kopi, anda akan terbau aroma kopi di sekitar hotel kerana di tingkat bawah hotel ini terdapat kedai kopi, bolehlah anda sekeluarga lepak di sini untuk minum kopi supaya terasa segar, barulah syok nak berjalan-jalan di sekitar Ipoh.
Alamat: 74, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 12. M Boutique Station Sebaik melangkah masuk ke hotel ini anda akan berasa seperti berada di dunia yang berbeza, manakan tidak, hotel ini memiliki ciri-ciri klasik inspirasi bar jazz.
Dengan warna-warna monokrom sebagai tema, ini adalah hotel yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan suasana klasik yang dalam masa yang sama mempunyai atmosfera yang ekslusif.
Setiap bilik di hotel ini mempunyai hiasan dalaman yang sangat menarik hati.
Sebagai sebuah hotel yang terletak di bandaraya ‘hipster’ dan terkenal dengan kopinya, hotel ini ibarat sebuah kota mini Ipoh dengan segala perincian rekaan dalaman yang menggambarkan karakter bandaraya ini.
Hotel ini bukan sahaja sejuk pada pandangan mata, malahan kelengkapan yang disediakan juga memuaskan hati, dengan kemudahan internet, televisyen, katil dan bantal yang selesa dan lain-lain lagi.
Ini membuatkan harganya sangat berbaloi untuk anda yang inginkan sebuah percutian yang sempurna bersama keluarga. Tidak jauh dari hotel ini juga terdapat pusat membeli-belah AEON.
Alamat: 15 – 23 Jalan Pengkalan Barat 35, Taman Pengkalan Jaya, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 13. Travelodge Ipoh Sebuah hotel bertaraf 4 bintang, Travelodge Hotel Ipoh terletak di Jalan Raja Dihilir, di bandar Ipoh. Hotel ini membawa look dan gaya yang cukup modern dan kontemporari.
Walaupun kelihatan simple dari luar, hotel ini dihias dengan cukup cantik dan nampak fresh.
Kemudahan yang mereka sediakan juga cukup menyeluruh dan lengkap.
Anda akan menikmati kemudahan seperti kolam renang outdoor, gim, bilik conference, laundry self-service dan juga playroom kanak-kanak.
Bilik-bilik penginapan mereka cukup luas dan selesa. Penggayaan yang baik memastikan anda dan keluarga dapat menikmati penginapan dengan penuh selesa.
Mereka juga mengetengahkan konsep “at-home feel” di mana bilik-bilik penginapan ini membawa suasana dan keselesaan rumah.
Anda boleh memilih antara bilik superior, deluxe, deluxe premier, family, dan suite. Yang istimewanya, hotel ini turut menyediakan bilik khas untuk golongan kurang upaya yang dipanggil Bilik Disabled.
Restoran in-house mereka juga menyaksikan pelbagai makanan dan buffet untuk anda menjamu selera dengan mudah.
Alamat: Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia
Selanjutnya Di Booking.com 14. Sunway Lost World Hotel Paling sesuai buat golongan yang berkeluarga dan ingin bercuti di Ipoh ialah Sunway Lost World Hotel. Seperti yang kita sedia maklum, Sunway merupakan sebuah jenama perhotelan yang mengetengahkan hiburan buat seisi keluarga.
Setiap resort dan hotel mereka membawa tema yang berbeza, dan yang di Ipoh ini membawa tema Jurassic.
Hotel yang disediakan bukan sahaja padat dengan hiburan, ia juga serba lengkap, selesa dan mewah. Hotel ini tentunya berkaitan dengan taman tema Sunway Lost World of Tambun.
Bukan sahaja taman tema air, mereka juga ada taman tema adventure, hiburan, petting zoo dan juga hot spring. Semuanya boleh dinikmati mengikut pakej-pakej pilihan anda.
Dari segi penginpana, Hotel Sunway Lost World ini memastikan percutian anda juga cukup selesa. Mereka menawarkan beberapa jenis bilik yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan keluarga anda.
Pilih saja antara bilik exotic, classical dan deluxe. Atau dapatkan unit lebih luas iaitu suite premier, executive, family atau super.
Penginapan jenis suite didatangkan bersama ruang tamu, ruang makan dan bagi Suite Super, siapa ada dapur mini untuk kegunaan anda.
Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 15. Brick Box Hotel Ipoh Sebuah lagi hotel yang boleh anda pertimbangkan untuk percutian anda ke Ipoh ialah Brick Box Hotel. Ianya terletak di Jalan Dato Maharajalela dan berada di kawasan bandaraya Ipoh yang tentunya strategik dan memudahkan.
Ia berdekatan dengan mall-mall Ipoh seperti AEON dan lain-lain.
Selain itu, lokasinya juga berdekatan dengan pusat-pusat pelancongan dan tarikan sekitar Ipoh, termasuk The Lost World of Tambun.
Jadi, jika anda ingin memaksimakan bajet percutian anda dengan mengurangkan bajet penginapan, hotel Brick Box ini sangat tepat untuk anda.
Sesuai dengan namanya, Brick Box Hotel ini dibina dan dihias dengan dinding-dinding exposed bricks atau batu-bata yang tidak dicat.
Ini menambahkan lagi gaya san style industrial dan kontemporari yang mereka ketengahkan.
Walaupun simple, hotel ini memastikan keselesaan anda terjamin dan bersedia menyediakan amenities lengkap buat setiap bilik.
Anda boleh memilih antara ilik single, deluxe atau bilik family. Yang kami pasti, lokasinya yang strategik, bilik-bilik yang selesa dan kemudahan kawasan sekitar hotel tentu akan membuatkan percutian anda lebih menyeronokkan.
Alamat: 31, Jalan Dato Maharajalela, 30000 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 16. Seemsoon Hotel Terletak di tengah-tengah bandar Ipoh ialah Seemsoon Hotel. Hotel yang cukup simple, selesa dan lengkap dengan kemudahan.
Buat anda yang ingin bercuti tanpa risau jauh dari mana-mana pusat tarikan dan pelancongan, hotel ini adalah antara pilihan terbaik buat anda.
Di sini, anda akan menikmati servis-servis seperti hotel lain tetapi dengan kadar yang cukup berpatutan.
Bukan sahaja dihias dengan cukup anggun dan cantik, bilik-bilik mereka juga lengkap dengan amenities asas. Anda boleh memilih antara bilik Superior, Deluxe dan Family.
Setiap bilik juga dilengkapi dengan bilik mandi en-suite, TV dan kemudahan membuat kopi/teh. Mereka juga menyediakan bilik-bilik acara untuk apa-apa majlis yang mungkin anda ingin anjurkan, termasuklah majlis perkahwinan tau.
Alamat: 2, Regat Dato Mahmud & Off Jalan Pasir Puteh, 31650 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 17. Bedrock Hotel Ipoh Bedrock Hotel terletak di Jalan Che Tak yang berada di tengah-tengah bandaraya Ipoh. Hotel ini dikategorikan sebagai hotel boutique kerana menyediakan penginapan low-density atau kapasiti rendah.
Namun, kualiti hotel ini tidak disangkal lagi dengan kemenangan beberapa anugerah dalam dunia perhotelan.
Keistimewaan hotel ini juga terletak pada suasananya yang aman dan tenteram.
Perhiasan dan penggayaan hotel yang menggabungkan estetika oriental dan modern juga menjadikan hotel ini tampak mewah, classy dan cukup anggun.
Ada 10 bilik penginapan di sini yang terbahagi kepada beberapa jenis. Anda boleh memilih antara bilik Deluxe, Executive Deluxe, Duplex Family, Bedrock Family dan Bedrock Suite.
Setiap bilik telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang akan memudahkan penginapan anda.
Ini termasuk penapis air coway tau. Anda juga akan berada berdekatan dengan pelbagai pusat-pusat pelancongan dan tarikan sekitar Ipoh.
Alamat: 13-15, Jalan Che Tak, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 18. Abby by The River Dari jauh, anda tentu akan tertarik dengan hotel ini. Dengan warna-warna ceria dan menarik, Abby by The River menarik perhatian ramai untuk menginap di sini.
Terletak di Kampung Jawa, Ipoh, ia menawarkan lokasi yang strategik dan memudahkan bagi para tetamu.
Anda bukan sahaja mudah berjalan-jalan sekitar bandar Ipoh dan destinasi-destinasi pelancongan yang popular, ia juga berdekatan dengan pelbagai tempat-tempat makan yang mesti anda cuba apabila di Ipoh nanti.
Di sini, Abby by The River menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan. Kesemuanya telah dihias dan digayakan dengan penuh ceria, menggunakan warna-warna striking seperti kuning, merah dan putih. Jika anda datang ke Ipoh bersama keluarga, boleh lah memilih antara bilik Superior King atau Family.
Namun, hotel ini turut menawarkan bilik berbentuk dorm yang boleh memuatkan dari 6 hingga 8 orang.
Bilik dorm ini lebih sesuai untuk golongan yang bercuti bersama rakan-rakan ataupun secara berkumpulan.
Dengan lokasinya yang bersebelahan sebuah sungai, anda boleh menikmati pemandangan dari 2 sudut yang berbeza, alam semulajadi ataupun bandaraya Ipoh.
Alamat: 55 57, Jalan Sultan Iskandar, Taman Jubilee, 30000 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 19. Cititel Express Ipoh Sebuah lagi hotel yang terletak di pekarangan Old Town, Ipoh, ialah Cititel Express Hotel. Hotel ini sangat simple, modern dan ceria.
Sesuai untuk para pelancong yang datang ke Ipoh until berjalan-jalan, lokasinya memudahkan anda untuk ke tempat-tempat pelancongan dan tarikan utama di sekitar Ipoh.
Anda boleh ikuti laluan heritage Ipoh, laluan makanan popular Ipoh, bangunan-bangunan bersejarah Ipoh dan banyak lagi.
Cititel Express Hotel ini juga berharga berpatutan dan mesra poket. Jadi, anda boleh menyediakan bajet yang lebih untuk makanan dan cendermata sepanjang percutian anda.
Bilik-bilik yang mereka sediakan di sini cukup selesa dan simple. Setiap bilik turut dilengkapi dengan kemudahan dan keperluan asas.
Anda boleh memilih antara bilik Standard, Superior, Deluxe atau Deluxe Executive.
Setiap jenis bilik ada menyediakan muatan yang berbeza-beza.
Jadi, mudah untuk anda sekeluarga untuk mencari yang paling sesuai dan selesa. Anda juga akan menikmati sambungan WiFi percuma dan TV berserta filem-filem tersedia.
Alamat: 2, Jalan S.P Seenivasagam, 30000 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 20. Casuarina @ Meru Buat anda yang mungkin mempunyai bajet yang lebih atau ingin mencari hotel yang lebih besar dan lengkap, boleh cuba Hotel Casuarina @ Meru yang terletak di Bandar Meru Raya.
Ia terletak beberapa minit perjalanan dari bandaraya Ipoh namun menawarkan pengalaman bercuti yang cukup lengkap, mudah dan selesa.
Hotel ini telah dihias dengan cukup menarik dan nampak elegan dan mewah.
Anda tentu akan berasa selesa dan mudah dengan kemudahan yang mereka sediakan di sini. Cukup lengkap dengan restoran in-house, bilik conference, dewan banquet dan banyak lagi.
Casuarina @ Meru menawarkan beberapa jenis bilik penginapan yang boleh anda pilih mengikut bajet dan keselesaan anda sekeluarga.
Anda boleh memilih antara bilik Superior atau bilik Deluxe yang merupakan bilik-bilik jenis standard. Atau anda boleh juga dapatkan bilik Studio Suite, Family Suite, Premier Suite, Presidential Suite atau Royal Suite.
Bilik-bilik jenis suite ini memberikan anda lebih ruang, amenities dan kelengkapan. Setiap suite didatangkan bersama ruang tamu yang berasingan dari bilik tidur.
Malah, untuk Presidential dan Royal Suite, anda juga boleh menikmati ruang tamu, ruang makan dan dapur yang cukup lengkap.
Alamat: No. 1-C, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 21. Golden Roof Hotel Hotel ini bukan sahaja memberikan penginapan untuk semalaman malahan anda juga boleh menginap di hotel ini mengikut jam ataupun ‘hourly’. Boleh dijadikan tempat persinggahan setelah penat meneroka bandar Ipoh yang penuh tarikan ni.
Sebuah penginapan yang sangat selesa dengan udara yang segar dan sunyi kerana agak jauh dari kacau-bilau kota.
Hotel ini lengkap dengan kemudahan televisyen bersaluran satelit, bilik air yang luas, katil yang sangat selesa dan lain-lain lagi.
Kalau anda ingin memanjakan diri, di tingkat bawah hotel ini terdapat pusat refleksologi. Bukan itu sahaja, untuk mengisi perut pula, terdapat warung dan kedai yang boleh dilawati di sekitar hotel.
Pasaraya Giant dan Lost World of Tambun juga terletak dekat sahaja dari hotel. Dengan segala kemudahan yang terdapat di hotel dan di sekitar hotel ini, bayaran yang dikenakan hotel ini adalah sangat berbaloi.
Alamat: Jalan Ampang Baru 6a, Kampung Ampang Baru, 31400 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 22. M Boutique Hotel Sebuah hotel yang menarik perhatian jurugambar kerana kecantikan dan keunikan rekaan dalamannya.
Menggunakan warna-warna klasik seperti coklat, putih dan hitam dalam rekaan menjadikan suasana hotel kelihatan hipster.
Penggunaan kayu di sekeliling hotel menjadikan suasana hotel tampak vintaj dan terasa lebih sejuk.
Setiap bilik di hotel ini lengkap dengan penghawa dingin, kemudahan membuat air teh dan kopi, selipar, peti ais dan lain-lain lagi.
Yang menambah keunikan hotel ini lagi adalah kerana setiap bilik turut disediakan dengan radio yang kecil untuk anda menghiburkan diri anda sambil bersantai di bilik. Hotel lain ada ke?
Untuk makan pula, anda bersama keluarga patut cuba menjamu selera di The Myth Café yang terletak bersebelahan dengan lobi hotel yang terkenal dengan kopi dan keknya.
Alamat: 2, Hala Datuk 5, 31650 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 23. S Boutique Hotel S Boutique Hotel adalah sebuah hotel yang agak simple dari segi dekorasi.
Bilik-bilik di hotel ini agak luas jadi sangat sesuai untuk anda yang datang bersama keluarga.
Ia juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin, kemudahan pengering rambut dan pemanas air.
Terletak berdekatan dengan kawasan bandar yang hanya 10 minit perjalanan untuk ke Ipoh Town.
Hotel ini juga merupakan lokasi pilihan untuk anda yang datang bersama keluarga untuk berseronok di taman tema Lost World of Tambun yang hanya 20 minit dari hotel.
900 meter dari hotel ini pula anda boleh melawat Jambatan Mineral dan Geosains yang agak terkenal dalam kalangan pelancong.
Baca: 53 Destinasi Pelancongan Menarik Di Ipoh
Kalau terasa lapar setelah puas menerokai bandar Ipoh, anda boleh singgah ke Taman Ipoh dan Taman Canning di mana terdapat banyak gerai-gerai dan kedai kopi untuk anda lepak sambil mengisi perut.
Alamat: 76, Jalan Raja Dihilir, Taman Canning, 30350 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 24. French Ipoh Hotel Terasa seperti menginap di hotel yang mahal walaupun harga yang ditawarkan sebenarnya sangat berpatutan.
Rekaan dalaman yang moden dan bilik yang luas memberikan keselesaan yang  diingini semua penginap hotel.
Keadaan bilik juga sangat sunyi membuatkan tidur malam anda sekeluarga sangat lena.
Bilik mandi dilengkapi dengan pancuran air hujan yang sangat menyegarkan badan.
Terletak bersebelahan sahaja dari hotel ini adalah pasar lambak Ahad yang sangat sesuai untuk anda yang ingin berjimat kerana terdapat banyak barangan ‘secondhand’ yang dijual di sini.
Untuk makan-makan bersama keluarga kurang 1 km dari hotel terdapat old town food street dan dalam 0.5 km pula new town food street, tak perlulah anda risau di mana nak cari makan. Pusat membeli-belah The Store pun 3 minit je dari hotel.
Alamat: Jalan Dato Onn Jaafar, 30300 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 25. Ipoh Bali Hotel Nak pergi Bali tapi jauh sangat, apa kata kalau anda menginap di hotel ini? Sekurang-kurangnya dapatlah ‘feel’ Bali tu walaupun dekat Malaysia.
Rekaan dalaman hotel ini sangat menarik dengan perabot-perabot kayu, sangkar buluh dan dekorasi yang berinspirasikan alam semula jadi. Satu atmosfera yang menenangkan sebaik anda melangkah masuk ke hotel ini.
Hotel ini memiliki 27 buah bilik yang dihias dengan 4 tema dekorasi yang berbeza berinspirasikan rekaan dalaman Bali. Untuk melahirkan suasana Bali yang sebenar, banyak barangan hiasan yang didatangkan daripada negera Indonesia sendiri.
Kalau anda nak berekreasi dengan keluarga sambil menikmati pemandangan di Ipoh, anda boleh menyewa basikal yang disediakan pihak hotel, kalau anda nak ke destinasi yang jauh sikit, sewa kereta pun ada, semuanya ada, senangkan?
Nak shopping? Pusat membeli-belah AEON dan Ipoh Parade, kedua-duanya dekat sahaja dari hotel. Nak relaks? Anda boleh mencuba khidmat spa yang disediakan di hotel ini.
Alamat: 12, Lorong Cheah Cheang Lim, 30350 Ipoh, Perak
Selanjutnya Di Booking.com 26. Brick Box Hotel @ Oldtown Ipoh Lokasi strategik, dekorasi pun gempak, tempat makan? Banyak. Semuanya lengkap dengan harga yang berpatutan.
Dengan harga yang ditawarkan, kualiti hotel ini ternyata melangkaui jangkaan penginapnya kerana rekaan dalaman yang sangat menarik.
Apabila anda melangkah masuk ke bilik hotel ini anda dapat melihat gabungan dinding daripada batu-bata, daripada simen yang berwarna dan di sudut lain pula dinding simen yang tidak berwarna, sangat ‘hipster looking.’
Bilik-bilik di hotel ini lengkap dengan penyejuk udara dan televisyen, agak santai.
Terletak di tengah-tengah bandaraya lama Ipoh,hotel ini berdekatan dengan stesen kereta api dan Concubine Lane yang terkenal dalam kalangan pelancong.
Kalau anda nak tahu, hotel ini turut menyediakan perkhidmatan shuttle dan basikal percuma kepada para pelanggan.
Bolehlah anda berjimat dari segi pengangkutan kalau menginap di hotel ini. Untuk membeli-belah, Ipoh Parade hanya 1.5 km dari hotel dan AEON pula hanya 5 km dari hotel.
Alamat: No 31 Jalan Dato’ Maharajalela, 30000 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com 27. The Banjaran Hotsprings Retreat Percutian yang menyegarkan. Pemandangan dari hotel ini sangat menyejukkan mata lebih-lebih lagi kerana villa ini dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur, udara dari villa ini juga sangat menyegarkan.
Anda sekeluarga dapat berendam badan dalam kolam renang air panas yang dipanaskan secara semulajadi.
Tak suka air panas sebab cuaca dah panas? Di sini turut terdapat mandian ais.
Kalau nak bersauna sahaja pun boleh di dalam gua mandian wap yang disediakan.
Kalau anda ke spa pula, anda dapat menikmati perubatan tradisional Melayu, terapi Ayuverda dan terapi ikan untuk kaki.
Kalau anda nak bersenam pula, anda boleh ke pusat kecergasan yang cukup lengkap dengan pelbagai alat senaman.
Makanan-makanan yang disediakan di villa ini sangat menyihatkan kerana segar dan organik.
Kalau anda singgah ke The Juice Bar, anda dapat menikmati minuman jus sayur-sayuran dan buah-buahan yang menyegarkan.
Lokasi ini memang sempurna untuk anda yang mengidamkan percutian yang relaks dan penuh privasi.
Alamat: No. 1, Persiaran Lagun Sunway 3, 31150 Ipoh
Selanjutnya Di Booking.com Banyak hotel menarik di Ipoh ni dan boleh dikatakan hampir kesemuanya memiliki daya tarikan yang tersendiri.
Anak-anak negeri Ipoh ini mungkin terlalu kreatif sampaikan ada juga hotel yang  memiliki tema yang berbeza-beza untuk setiap bilik.
Apa yang best lagi tentang percutian di Ipoh ni adalah makanannya, banyak tempat-tempat makan yang menarik bukan sahaja di mata tapi juga pada deria rasa, memang rugi kalau anda tak datang ke sini.
Kalau anda rasa harga-harga hotel ini sedikit lari dari bajet yang anda ada, anda boleh baca artikel kami tentang 25 hotel murah di Ipoh supaya dapatlah anda datang ke Ipoh walau macam manapun keadaan ekonomi sekarang ni.
Selain itu, kalau anda teringinkan tawaran harga yang terbaik untuk hotel-hotel yang disenaraikan, anda boleh layari laman web booking.com, di sini, anda akan mendapat harga yang terbaik untuk penginapan sewaktu percutian anda.
Akhir kata, terima kasih kerana membaca sehingga ke penghujung artikel, saya berharap artikel ini sedikit-sebanyak dapat membantu anda dalam merancang percutian. Semoga anda mendapat sebuah percutian yang sempurna di Ipoh nanti.
The post 27 Hotel Menarik Di Ipoh Untuk Pengalaman Menginap Luar Biasa appeared first on Mai Singgah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisinggah.com/hotel-menarik-di-ipoh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
19 Hotel Menarik Di Johor Bahru Untuk Percutian Bandar Yang Luar Biasa

19 Hotel Menarik Di Johor Bahru Untuk Percutian Bandar Yang Luar Biasa

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 422 hits
Walaupun terletak di pinggiran nun hujung di selatan Malaysia mustahil untuk memandang negeri ini dengan sebelah mata Bandar yang membangun dengan pesat ini semakin hari semakin bertambah tarikan tarikannya yang bukan main hebat lagi Terlet...
Ombudsman Puji Kapolri Rekrut Penyandang Disabilitas Jadi Polisi Itu Luar Biasa

Ombudsman Puji Kapolri Rekrut Penyandang Disabilitas Jadi Polisi Itu Luar Biasa

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 204 hits
Menurutnya hal ini menjadi kepedulian dan keberpihakan Polri untuk memberikan ruang kesempatan untuk bekerja dan mengabdi sebagai anggota Polri
Gibran Puji Sby Turun Gunung Kampanye Luar Biasa Sekali Menambah Semangat

Gibran Puji Sby Turun Gunung Kampanye Luar Biasa Sekali Menambah Semangat

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 130 hits
Pada pertemuan tadi Gibran mengakui banyak masukan dan evaluasi yang disampaikan kepadanya
Pengaruh Luar Biasa V Bts Jana Rm1 29 Bilion Dengan Jadi Duta Global Satu Jenama Mewah

Pengaruh Luar Biasa V Bts Jana Rm1 29 Bilion Dengan Jadi Duta Global Satu Jenama Mewah

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 277 hits
V BTS telah membuktikan pengaruhnya selepas berjaya menjana sebanyak RM1 29 bilion sepanjang menjadi duta global jenama Celine ARTIKEL BERKAITAN Sebuah platform pemasaran di Perancis iaitu Lefty telah menganalis semua hantaran V di Instagra...
Fifa Kagum Saksikan Kebangkitan Luar Biasa Malaysia

Fifa Kagum Saksikan Kebangkitan Luar Biasa Malaysia

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 274 hits
Aksi dramatik kebangkitan pasukan Malaysia berdepan Korea Selatan berjaya meraih perhatian dunia termasuklah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA dilihat meninggalkan komen di ciapan yang dibuat oleh Persatuan Bola Sepak Malay...
Berlimpah Anak Muda Gibran Ungkap Indonesia Punya Energi Luar Biasa

Berlimpah Anak Muda Gibran Ungkap Indonesia Punya Energi Luar Biasa

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 271 hits
Indonesia memiliki energi yang sangat luar biasa yang jarang dibicarakan yaitu energi anak muda
Dia Lebih Macho Genetik Luar Biasa Wajah Tampan Adik Lelaki Cha Eunwoo Tular

Dia Lebih Macho Genetik Luar Biasa Wajah Tampan Adik Lelaki Cha Eunwoo Tular

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 227 hits
Nampaknya satu keluarga Cha Eun woo memang ada genetik kacak ni ARTIKEL BERKAITAN Bukan sahaja sebagai seorang penyanyi dan pelakon berbakat pasti ramai yang juga turut mengenali Cha Eun woo kerana visualnya yang kacak Baru baru ini foto ad...
Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

Suara Rakyat Sambutan Luar Biasa Program Jualan Rahmah Di Rantau Abang

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 336 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023