Najis Hijau Ada Darah Ibu Ini Pesan Anak Muntah Cirit Birit Jangan Ambil Mudah
Buat ibu bapa yang ada anak cirit birit dan muntah berlarutan jangan anggap ia perkara biasa. Mesti ada yang tak kena pada anak. Jika orang dewasa boleh beritahu ketidakselesaan tersebut tapi anak kecil hanya boleh merengek sahaja.
Menerusi perkongsian seorang ibu, Puan Aisyah Hussain, pengalaman anaknya yang muntah dan cirit birit berpanjangan sehingga disahkan mengalami jangkitan salmonella ini boleh dijadikan peringatan bersama.
IBU JANGAN AMBIL MUDAH BILA ANAK CIRIT BIRIT DAN MUNTAH!
Mase ni Aisy baru 4 bulan lebih. Berdebar-debar jantung bila teringat kisah tu. Kisahnya bermula bila Aisy start muntah dan cirit birit. Kalau ada anak ibu-ibu yang ada muntah dan cirit, tolong la jangan ambil mudah, jangan sambil lewa.
Mungkin penulisan ni agak panjang sikit, harap ibu-ibu dapat baca sampai habis tau.
Pada malam kejadian tu, saya bawa Aisy ke hospital sebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Tapi 2 minggu sebelum tu memang dia dah start cirit-birit dan muntah-muntah. Ingat biasa-biasa je.
Mulanya ingatkan biasa dengan harapan akan baik 2 3 hari selepas tu. Tapi cirit-birit dan muntah tu berlarutan sampai 2 minggu lagi. Sebenarnya lepas seminggu saya ada bawa ke hospital. Doktor dah check, ambil darah, doktor kata tak ada apa dan suruh balik.
Najis bertukar warna
Minggu seterusnya masih lagi tak berhenti. Mak mana yang tahan tengok anak macam tu, terus bawa ke hospital tambah pernafasan laju pulak masa tu. Alahai baru 4 bulan kan, takut sangat masa tu, kesian tengok Aisy.
Simptom-simptom kat rumah yang saya nampak macam demam dengan suhu yang tinggi 39 tak turun, cirit birit yang kerap, tak sampai setengah jam dah cirit, pampers jangan cakap la tak sampai seminggu dah habis, najis dia mula-mula warna oren plus, namun selepas 2 minggu najis tu bertukar jadi warna hijau. Najis tu pulak baunya macam bau bangkai. Ingat sebab susu Aisy.
Masa dekat hospital doktor periksa darah ok die bagi nap dekat Aisy, sebab nafas laju. Aisy ditahan dalam wad. Mula-mula masuk wad kanak-kanak biasa selepas 2 hari dimasukkan ke bilik kuarantin sebab cirit-birit ni doktor kata boleh berjangkit.
Hari pertama dan kedua masih cirit macam biase, hari ketiga dah start ada darah. Saya dah makin takut. Bila doktor datng check beritahu yang najis dah ada spot darah terus doktor ambil sample najis.
Hari ke 4, doktor beritahu Aisy dijangkiti kuman salmonella. Terkejut dan terus menitik air mata sebab selama ni lambat bawa ke hospital. Doktor cakap salmonella ni boleh rosakkan buah pinggang dan paling takut boleh menyebabkan kematian.
Doktor ada cakap nak ambil air tulang belakang, tapi tak ingat dah hari ke berapa nak tengok same ada kuman tu sampai kat otak ke tidak, tapi sebab Aisy ada perubahan, doktor batalkan.
Mulalah Aisy bertarung dengan jarum. Boleh dikatakan hari-hari kena cucuk. Jarum asyik tercabut je. 11 hari kat hospital, 20 kali pasang jarum baru. Kita yang besar ni tak tahan, apakan lagi baby.
Samonella ni berpunca dari persekitaran contoh macam kita terpegang daging, ayam, sayur atau ikan mentah lepas tu kita terus pegang anak. Dari situ kuman tu boleh berjangkit pada anak, atau pun kita nak buat susu anak, sebelum tu ada terpegang yang mentah-mentah tu terus kita buat susu. Ini pun boleh berjangkit. Selain itu botol susu tak direbus, doktor sarankan beli 6 botol susu untuk anak, bila habis pakai, tukar botol lain. Dan kena rebus botol selalu.
Apa itu kuman samonella:
Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia. Tanda-tanda terkena jangkitan kuman salmonella ni ialah mual, cirit birit, perut cramp, badan menggigil, demam dan darah pada najis. Kalau ada tanda-tanda ni ibu tolong alert ye!
Lepas 9 hari on antibiotik sekali lgi doktor ambil najis dia untuk tengok kuman ada lagi ke tak dan akhirnya hari ke 10 result dah negatif. Masa ni lega sangat. Hari ke 11 dah discharge.
Jadi bayi ni kena alert ye! Botol susu, orang pegang semua kena beringat. Bayi ni sensitif sikit. Salmonella ni sangat bahaya untuk bayi. Kena kerap basuh tangan sebelum nak pegang baby, atau nak buat susu baby.
Kredit: Aisyah Hussain
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
The post “Najis Hijau, Ada Darah.” Ibu Ini Pesan, Anak Muntah & Cirit Birit Jangan Ambil Mudah! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/najis-hijau-ada-darah-ibu-ini-pesan-anak-muntah-cirit-birit-jangan-ambil-mudah/