Pengalaman Penulis Upahan Seeding Keyword
Pengalaman sebagai penulis upahan seed keyword. Selagi ada permintaan, disitu lah kerja sebagai penulis upahan itu wujud. Saya biasanya menerima tawaran menulis artikel SEO iaitu Search Engine Optimization. Tetapi seminggu sebelum berakhirnya bulan Disember 2022, saya di minta oleh klien supaya melakukan kerja-kerja seeding keyword bagi penulisan artikel SEO di website beliau.
Sungguh tidak sangka sebenarnya, jika dahulu pernah juga terfikir untuk buka slot seeding keyword ini, sebagai tambahan dalam servis penulisan selain menulis copywriting, SEO copywriting, e-book dan manuskrip buku. Namun begitu, servis ini kurang permintaannya. Dan, kemungkinan besar tiada prospek yang mahukan.
Ini adalah kerana, prospek hanya mahukan artikel yang siap ditulis dengan format SEO. Serta, mereka mahu terus siarkan artikel tersebut di website.
Tetapi kini, sangkaan saya meleset. Ada yang memerlukan seed keyword ini kerana klien sudah mempunyai penulis sedia ada.
Klien lama, dari tahun 2020. Sungguh tidak sangka, rupanya klien lama saya ni sekitar tahun 2020. Beliau sudah lama memerhatikan setiap posting saya di akaun media sosial Facebook. Bukan setakat 1 akaun je beliau ikuti saya, malah akaun ke-2 turut beliau ikuti saya. Allahuakbar!
Nak dijadikan cerita, saya ada juga reccomend kan beberapa ghostwriter kepada beliau. Cuma itu lah, rezeki sudah tertulis untuk saya. Beliau menawarkan saya juga untuk menulis artikel di website beliau, selain seeding keyword.
Tiada ghostwriting job, penulis upahan Kebetulan sangat, saya lapang ketika itu. Baru siapkan artikel SEO Tolongbeli. Sengaja whatsapp klien lama, bertanyakan mengenai artikel SEO. Mahu atau tidak saya bekalkan artikel SEO tersebut. Kiranya mahu follow up klien lama.
Beliau memberitahu saya bahawa, ketiadaan masa untuk seeding keyword. Dari sini lah, titik permulaan saya di minta untuk seeding keyword. Kalian boleh baca apa itu seed keyword .
Pengalaman pertama kali, klien minta seed keyword Kerja-kerja seed keyword ni, saya lakukan segera mungkin untuk klien. Beliau meminta servis seed keyword sebanyak 15 sahaja. Alhamdulillah. Nampak macam mudah? susah sebenarnya.
Saya seed dari petang selepas asar. Malam sebelum jam 10 malam, sudah siapkan 10 keyword tau.
Memang sakit lah mata, buat research semua perkara ni tau. Untuk mengetahui keyword apa yang mahu gunakan, saya perlu buka tools.
Tools yang saya gunakan adalah semrush dan Mangool serta lain-lain lagi tools. Berbayar beratus juga lah secara bulanan.
Tetapi, sangat berbaloi untuk saya gunakan sebagai penulis artikel SEO ini. Klien dah bayar saya, jadi memang patut saya gunakan yang berbayar.
Salah satu sebab perlu seed keyword adalah, nak jadikan artikel tersebut ranking di kedudukan terbaik Google.
Target bulanan sebagai penulis upahan Menjadi penulis upahan yang mempunyai target bulanan dan misi. Setiap kali job berjaya disiapkan, macam biasa saya akan lakukan kerja-kerja pemasaran lain bagi mendapatkan ghostwriting job.
Sejujurnya, dunia penulisan ghostwriter amat sukar jika tidak dicari. Rezeki tidak akan bergolek datang menyerah kepada kalian. Cuma yang membezakan kalian dengan penulis lain adalah rajin berusaha bagi mendapatkan ghostwriting job.
Pesan buat rakan penulis Jika ghostwriting job lambat masuk, rakan-rakan boleh cuba amalkan setiap pagi selepas subuh bersedekah dan membaca surah al-Waqiah.
Serta banyakkan juga berselawat serta cepatkan solat jika telah masuk waktu. Jangan lengahkan.
Seperti yang saya katakan diatas, pesanan buat rakan penulis. Jika personal branding tidak dibina dengan baik. Bagaimana mahu prospek percaya dengan servis penulisan kalian. Lagi satu, buat content di media sosial pastikan mempunyai 'target'. Apa yang saya perasan di wall rakan-rakan yang mempunyai masalah job adalah mereka tiada content.
Akhir kata, untuk menjadi penulis upahan yang dipercayai sila lah berkongsi pendapat dan kerja-kerja belakang tabir kalian di media sosial lain juga. Lagi satu, kalian jangan mudah berputus asa.
Bina content yang sesuai dengan niche kalian. Ada duit, jangan kedekut keluarkan untuk memasuki mana-mana kelas penulisan. Insya-allah, memang tidak rugi langsung.
Saya juga telah menghabiskan duit upah menulis dengan mengikuti kelas-kelas berbayar sejak tahun 2020 sehingga sekarang, bagi kemudahan bakal pelanggan ( prospek ). Dengan adanya ilmu, dengan mudah proses pitching klien berlaku. Sekian buat kalinya saya berkongsi pengalaman penulis upahan.
Sebelum saya terlupa, jika ada diantara kalian berstatus founder dan owner bisnes yang mahukan artikel Website SEO. Boleh terus whatsapp saya > wasap.my/60189107161/NakartikelSEO
Kalian yang perlukan seed keyword ( kata kunci yang boleh ranking di Google), boleh whatsapp terus > wasap.my/60189107161/nakseedingkeyword
Ikuti saya di blog : www.azlinaghostwriter.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2022/12/Pengalaman-penulis-upahan-seeding-keyword.html