Penulis Upahan Berbaloi Ke Bina Kerjaya Dalam Bidang Ini


Apa yang terlintas difikiran anda apabila saya sebut istilah penulis upahan?
 
Pada pandangan anda secara peribadi, adakah istilah penulis upahan itu membawa satu konotasi positif, atau negatif?
 
Tahukah anda, satu kaedah yang memang confirm boleh buat duit dengan menulis adalah dengan menjadi penulis upahan. Bayarannya pula bergantung kepada jenis projek dan siapa yang memberi tugasan kepada anda.
 
Ada projek penulisan yang boleh memberikan anda pendapatan yang sangat lumayan, ada projek yang bayaran tak seberapa namun masih mampu memberi pulangan yang berbaloi.

Penulis upahan ini dikenali dengan pelbagai nama dan latar belakang.
Posting kali ini, saya ingin memperkenalkan kepada anda, jenis-jenis penulis upahan yang terdapat diluar sana.
 
Penulis upahan ini adakalanya dikenali dengan nama yang berbeza. Antaranya

 
(1) Ghostwriter Ghostwriter ini merujuk kepada seorang individu yang menawarkan khidmat penulisan untuk menulis karya dalam bentuk artikel, buku, ebook, skrip, rencana, laporan atau sebarang bentuk bahan penulisan.
 
Mereka ini akan menghasilkan karya penulisan bagi pihak klien atau sesiapa sahaja yang memberikan mereka tugasan menulis.
 
Disesetengah tempat, ghostwriter juga dipanggil dengan istilah penulis bayangan.
Kenapa istilah penulis bayangan ya?
 
Boleh jadi sebab penulis akan membayangkan dirinya sebagai klien yang memberikan tugasan menulis kepada dirinya.
 
Ada ketikanya, seorang ghostwriter perlu menyesuaikan gaya penulisan mengikut gaya klien yang memberi tugasan menulis tersebut. Kita bayangkan kalau klien kita itu adalah seorang yang memang cukup terkenal. Contohnya Tun Dr Mahathir.
 
Kalau kita nak jadi ghostwriter bagi pihak tun, pertama sekali kita perlu biasakan membaca hasil karya yang ditulis sendiri oleh tun. Kemudian kita perlu menulis mengikut gaya bahasa dan style penulisan beliau, supaya hasil kerja kita nanti akan nampak sama atau seakan-akan sama dengan gaya penulisan tun.
 
Jadi, boleh fahamkan, kenapa dipanggil penulis bayangan?
 
Hasil kerja yang telah siap, kredit diberikan sepenuhnya kepada klien yang mengupah penulis ghostwriter tersebut. Sebagai penulis, anda tak boleh claim bahawa penulisan tersebut adalah karya anda.
 
Biasanya akan wujud perjanjian menjaga rahsia antara penulis dengan klien.
 
Projek penulisan ghostwriter ini boleh jadi satu projek jangka masa panjang, seperti projek untuk menulis buku atau ebook, dan ia juga boleh jadi projek jangkamasa pendek, contohnya menulis artikel.

Pendapatan seorang ghostwriter ini bergantung kepada jenis projek yang berjaya diperolehi.
 
Jika anda mampu dapatkan projek yang bernilai tinggi, maka potensi pendapatan yang bakal anda hasilkan juga tinggi. Biasanya orang yang ada pengalaman jadi penulis ghostwriter ini tahu bagaimana cara nak dapatkan projek penulisan.
 
Mereka tak risau jadi penulis yang tak dikenali atau tak popular. Apa yang paling penting, mereka dapat bekerja dalam bidang (penulisan) yang memang mereka minati dengan sepenuh hati. Soal menjadi popular atau tidak, itu perkara nombor dua.
 
Dengan pengalaman yang dia lalui, bekerjasama dengan klien yang berbeza, penulis ghostwriter pasti mampu untuk membina populariti dengan caranya yang tersendiri.
 
Kalau anda minat nak baca dengan lebih mendalam mengenai karier sebagai penulis ghostwriter, boleh teruskan pembacaan dilaman web ini.
 
(2) Copywriter Copywriter ini apa pulak?
Copywriter pula adalah seseorang yang menghasilkan bahan penulisan bagi tujuan pemasaran dan pengiklanan.
 
Khidmat copywriter diperlukan dalam menghasilkan bahan penulisan untuk iklan, surat jualan (sales letter), brosur, laman web jualan, blog berkaitan perniagaan, posting media sosial, emel dan sebagainya.
 
Copywriter memainkan peranan yang sangat penting dalam mencipta kandungan yang bertujuan untuk mempromosikan produk, perkhidmatan, atau jenama.
 
Copywriter ini juga kita boleh katakan adalah seorang salesman (jurujual) yang mahir dalam menggunakan teknik penulisan. Setiap ayat dan perkataan yang digunakan oleh copywriter, mampu mempengaruhi bakal pelanggan untuk merasa terpikat dan tertarik dengan produk atau perkhidmatan yang dipromosikan hingga akhirnya berlaku jualan.
 
Hasil penulisan seorang copywriter mampu untuk mempengaruhi bakal pelanggan untuk membuat sebarang keputusan yang biasanya akan berkesudahan dengan bakal pelanggan membuat pembelian. Setiap maklumat yang copywriter salurkan kepada pembaca selalunya telahpun disusun mengikut latar belakang kelompok pembaca itu sendiri.
 
Tujuannya adalah supaya pembaca rasa percaya dan lebih yakin untuk membuat pembelian.
 
Sekiranya anda merupakan seorang usahawan, dan ingin menjadikan medium penulisan sebagai salah satu alat untuk membuat jualan, maka anda perlukan seseorang yang mempunyai kemahiran sebagai copywriter dalam pasukan pemasaran anda.
 
Peranan dia?
Hasilkan seberapa banyak konten yang boleh.
Andaikan dia berjaya hasilkan 100 konten.
Ibaratnya seperti anda mempunyai 100 jurujual yang bekerja untuk menghasilkan jualan bagi pihak anda.
 
Walaubagaimanapun, menjadi seorang copywriter bukanlah satu tugas yang mudah.
Berita baiknya ialah, skil untuk menjadi copywriter ini boleh dipelajari.
 
Terdapat banyak bahan bacaan yang kita boleh jadikan rujukan untuk memahirkan teknik copywriting.

Misalnya seperti buku berjudul The Art of Copywriting tulisan saudara Aqif Azizan ini.
Anda boleh dapatkan dari sini.
 
Diluar negara juga terdapat banyak tokoh-tokoh copywriter bertaraf lagenda yang kita boleh follow dan ikuti. Antaranya adalah seperti
i. Joe Coleman
ii. Brian Clark
iii. Claude C. Hopkins
iv. Gary Halbert
v. David Ogilvy
 
Sebenarnya ada ramai lagi copywriter luar negara yang kita boleh ikuti dan belajar daripada hasil kerja mereka.
 
Lazimnya, usahawan dan pemilik perniagaan ini tak ada masa untuk pelajari teknik copywriting ataupun berlatih untuk menjadi seorang copywriter yang hebat menghasilkan jualan.
 
Daripada mereka habiskan masa untuk belajar skil copywriting, lebih munasabah untuk mereka upah penulis copywriter untuk hasilkan konten berkaitan bagi pihak mereka.
 
(3) Freelance blogger Freelance blogger ini pula adalah merupakan penulis yang bekerja secara bebas menulis artikel di platform blog, sama ada blog milik peribadi ataupun blog kepunyaan pelanggan.
 
Seorang freelance blogger boleh bekerja untuk dirinya sendiri atau bekerja untuk klien yang memerlukan khidmat penulisan dari dia.
 
Andai kata dia memilih untuk bekerja untuk diri sendiri, dia akan bangunkan beberapa buah blog dalam niche yang dia mempunyai kepakaran.
 
Seterusnya bagi tujuan menghasilkan pendapatan, lazimnya mereka akan memilih
i. Program pengiklanan
Antara program pengiklanan yang popular adalah Google Adsense, MGID, Innity dan sebagainya.
 
ii. Program affiliate
Program affiliate juga berpotensi untuk menyumbangkan pendapatan yang baik kepada penulis blog. Lazimnya mereka akan memilih program affiliate yang berkait rapat dengan niche blog yang dibangunkan.
 
Sekiranya blogger tersebut memilih niche percutian, antara program affiliate yang sesuai diberikan tumpuan adalah seperti Agoda, Booking.com dan banyak lagi.
 
iii. Sponsored content
Ini merupakan penulisan berbayar sama ada dalam bentuk artikel review ataupun advertorial. Blogger akan bekerjasama dengan mana-mana pemilik bisnes yang memerlukan khidmat penulisan dari blogger tersebut.
 
Ada juga freelance blogger yang lebih selesa untuk menulis dalam blog milik kliennya. Mereka ini dibayar upah untuk menulis artikel baru dan mengemaskini blog milik klien.
 
Kalau anda perhatikan, diluar sana terdapat banyak juga laman blog yang mempunyai barisan penulis yang agak ramai. Dalam kalangan penulis tersebut, mungkin ada diantaranya adalah merupakan seorang freelance blogger.
 
(4) Content marketer Seterusnya, ada juga penulis yang lebih selesa memperkenalkan diri mereka sebagai content marketer.
 
Mereka ini mempunyai kemahiran dan skil untuk menghasilkan sebarang bentuk konten, sama ada artikel, video, infografik, poster dan sebagainya.

Seorang content marketer boleh menghasilkan sebarang bentuk konten sama ada untuk disiarkan di media sosial, blog, laman web, Youtube, dan sebagainya.
 
(5) SEO writer SEO ini merujuk kepada istilah Search Engine Optimization. Manakala SEO writer ini pula adalah merupakan individu yang mempunyai kemahiran menghasilkan bahan penulisan yang dioptimasikan dengan peraturan SEO.
 
Matlamat penulisan yang dihasilkan adalah supaya konten tersebut berjaya masuk ke mukasurat pertama halaman enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya bagi kata kunci yang disasarkan.
 
Sebagai contoh, salah satu artikel yang saya tulis berjaya masuk ke halaman pertama enjin carian Yahoo.com.my untuk kata kunci “buat duit online“.

Penulis SEO akan menulis artikel yang berkualiti tinggi dan pada masa yang sama, beliau akan fokus untuk memastikan suatu kata kunci yang spesifik dan relevan dengan topik digunakan dalam penulisan tersebut.
 
Bagi menentukan, kata kunci apa yang akan difokuskan, kebiasaanya penulis SEO akan membuat kajian kata kunci (keyword research) terlebih dahulu. Setelah dia menemui kata kunci yang mempunyai potensi yang baik, iaitu kata kunci yang mempunyai jumlah carian yang besar, barulah dia akan menulis artikel berkenaan.
 
Penulis SEO akan cuba memastikan artikel yang ditulis relevan dengan kata kunci tersebut. Rasionalnya ialah, apabila artikel tersebut berjaya masuk ke muka surat pertama hasil carian, artikel ini akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk dibaca pengguna internet yang membuat carian berdasarkan kata kunci tersebut.
 
(6) Social media manager Atau dikenali juga dengan nama pengurus akaun media sosial.
 
Mereka ini juga perlu terlibat dalam kerja-kerja penulisan. Pengkhususan mereka yang bergiat aktif sebagai pengurus media sosial, adalah menghasilkan kandungan di media sosial bagi pihak klien mereka.
 
Macam mana nak buat duit sebagai penulis upahan? Baiklah, setakat ini kita telah pun bincangkan mengenai jenis-jenis penulis upahan yang ada diluar sana.
 
Sebelum kita bercakap tentang cara nak buat duit sebagai penulis upahan, apa kata kita tentukan dulu, kita nak jadi penulis upahan dalam kategori yang mana satu? Adakah
1. Ghostwriter
2. Copywriter
3. Freelance Blogger
4. Content Marketer
5. SEO Writer
6. Social Media Manager
 
Setiap satu kategori mempunyai strategi dan kaedah yang berlainan.
Tetapi kalau kita nak bincangkan secara umum, apakah kaedah yang penulis ini boleh lakukan untuk buat duit dan seterusnya menerima bayaran dari bakal klien, maka kaedah berikut boleh dilakukan.
 
1. Bina portfolio Saya berpandangan, langkah untuk membina portfolio penulisan adalah merupakan langkah yang sangat penting, sekiranya anda ingin menceburkan diri dalam bidang ini.
 
Sebelum bakal klien bersetuju untuk memberikan projek penulisan kepada mana-mana penulis, mereka akan meminta sample kerja terlebih dahulu. Dari sample kerja tersebut barulah mereka akan buat pertimbangan sama ada cara penulisan anda sesuai atau tidak dengan keperluan mereka.
 
Semua orang boleh kata “saya boleh menulis”.
Tapi, untuk menghasilkan suatu penulisan yang boleh mencapai satu objektif tertentu, bukanlah suatu perkara yang mudah.
 
Tak percaya?
Cubalah hasilkan satu artikel atau rencana, yang matlamatnya adalah untuk menjual sesuatu produk atau servis.
Dalam situasi ini, anda cuba letakkan diri anda sebagai seorang copywriter.
 
Kemudian, selepas sebulan atau satu tempoh masa yang realistik, cuba anda buat analisa, berapa banyak jualan yang berjaya anda hasilkan melalui penulisan tersebut.
 
Jika ada jualan yang terhasil melalui artikel tersebut, tahniah saya ucapkan. Maknanya anda mempunyai kebolehan dan skil yang diperlukan untuk menjadi seorang copywriter.
 
Tapi, bagaimana kalau tiada sebarang jualan yang terhasil?
Jangan putus asa.
 
Jika anda benar-benar mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan dan ingin menjadi seorang copywriter yang berjaya, teruskan belajar dan kuasai teknik penulisan copywriting.
 
2. Cari kerja melalui laman carian kerja Hasil carian yang saya lakukan melalui laman carian kerja maukerja.my saya dapati terdapat sekurang-kurangnya 561 kerja kosong untuk posisi penulis (atau writer).
 
Lihat screenshot dibawah.

Gaji yang ditawarkan pula adalah antara RM3,000 – RM5,000 sebulan.
 
3. Gunakan laman web freelancer Beberapa laman web freelancer yang anda boleh gunakan untuk mengiklankan perkhidmatan penulisan anda ialah
i. Upwork
ii. Freelancer.com
iii. Fiverr.com

Satu kekurangan apabila mengiklankan khidmat penulisan yang kita tawarkan menerusi kaedah ini ialah, kita terpaksa bersaing dengan ramai lagi penulis lain yang turut menggunakan platform yang sama.
 
4. Guna blog untuk iklankan perkhidmatan Memandangkan persaingan yang bakal berlaku melalui platform freelancer adalah begitu sengit, maka saya lebih menggalakkan anda untuk mendapatkan klien dengan cara mengiklankan perkhidmatan anda melalui blog anda sendiri.
 
Jika anda belum pernah mempunyai laman blog, mungkin boleh mula pertimbangkan untuk menulis blog. Blog boleh memainkan banyak peranan untuk anda.
 
Anda boleh jadikan blog anda sebagai online portfolio anda.
Anda juga boleh buat duit dengan blog anda.
 
Kalau ditakdirkan tak ada sesiapa yang berikan anda projek penulisan sekalipun, anda masih boleh buat duit sebagai freelance blogger.
 
5. Aktifkan diri di LinkedIn Kalau anda mempunyai akaun di LinkedIn, anda juga boleh mendapatkan maklumat kerja kosong berkaitan dengan bidang yang anda pilih melalui platform tersebut.
 
Memandangkan kita tengah bercerita tentang kerja sebagai penulis, maka saya tunjukkan beberapa contoh tawaran kerja kosong yang diiklankan melalui platform LinkedIn.

Dari masa ke masa saya juga akan dapat notifikasi mengenai tawaran kerja kosong yang diiklankan di platform ini.
 
6. Hubungi bakal pelanggan untuk anda tawarkan khidmat Cara seterusnya adalah kita hubungi terus mana-mana pemilik perniagaan yang kita rasakan sesuai untuk menggunakan perkhidmatan kita.
 
Sudah tentu, untuk meyakinkan mereka ini mengambil khidmat dari kita, kita perlu tunjukkan hasil kerja yang pernah kita lakukan sebelum ini.
 
Kalau anda ada blog, boleh jemput pemilik bisnes tersebut untuk baca blog anda. Dari situ, mereka boleh buat penilaian, sejauh mana kemampuan dan skil penulisan yang ada pada anda.
 
Kesimpulan Menjadi penulis upahan mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
 
Apabila kita berpeluang untuk bekerjasama dengan pemilik perniagaan dari latarbelakang yang berbeza, secara tak langsung kita boleh pelajari banyak perkara baru yang berkaitan dengan industri tersebut.
 
Dari pengalaman saya sendiri terlibat dalam kerja-kerja penulisan untuk mempromosikan perniagaan jenis homestay, ada banyak “insider secret” yang saya dapat pelajari mengenai bisnes ini.
 
Memang betul, pada peringkat permulaan, kita tertarik dengan sesuatu peluang kerja kerana pendapatan yang bakal diperolehi. Namun, apabila sudah berada dalam bidang tersebut, kita sebenarnya bertuah sebab selain dapat pendapatan, kita juga boleh dapat pengalaman yang berharga.
 
Akhir kata, jangan malu jangan segan untuk cuba bidang penulisan ini.
Tak perlu jadi penulis sepenuh masa, sebabnya kerja penulisan ini kita boleh lakukan secara part time.
 
 
The post Penulis Upahan – Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/penulis-upahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Dalam Industri Kwon Sohyun Berjaya Bina Nama Menerusi Kerjaya Lakonan

Masih Dalam Industri Kwon Sohyun Berjaya Bina Nama Menerusi Kerjaya Lakonan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 128 hits
Walaupun kumpulan dah dibubarkan ternyata artis ini masih dalam industri ARTIKEL BERKAITAN Pembubaran kumpulan 4Minute pada 2016 semestinya mengejutkan industri hiburan K Pop terutamanya peminat mereka Sehingga kini jarang sekali kita mende...
Pengalaman Penulis Upahan Seeding Keyword

Pengalaman Penulis Upahan Seeding Keyword

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 180 hits
Pengalaman sebagai penulis upahan seed keyword Selagi ada permintaan disitu lah kerja sebagai penulis upahan itu wujud Saya biasanya menerima tawaran menulis artikel SEO iaitu Search Engine Optimization Tetapi seminggu sebelum berakhirnya b...
Cara Mudah Bina Tabiat Baru

Cara Mudah Bina Tabiat Baru

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 258 hits
1 Pendekkan masa yang diambil untuk melakukan sesuatu Sekiranya anda ingin amalkan tabiat membaca ambil masa 1 minit sehari untuk membaca buku dan sebagainya Lama kelamaan anda sudah terbiasa dengan tabiat tersebut Mulakan masa pembacaan ya...
Kerajaan Pahang Bakal Bina Kemudahan Proses Pasir Silika Bernilai Rm2 Bilion

Kerajaan Pahang Bakal Bina Kemudahan Proses Pasir Silika Bernilai Rm2 Bilion

papar berkaitan - pada 23/12/2022 - jumlah : 189 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang merancang membina kilang memproses pasir silika bernilai RM2 bilion di Gebeng dekat sini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia merupakan inisiatif menarik pelaburan dan memajukan ekonomi neg...
Terkini Peluang Kerjaya Bersama Airasia 2023 Kini Dibuka Minima Spm Layak Memohon

Terkini Peluang Kerjaya Bersama Airasia 2023 Kini Dibuka Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 168 hits
Terkini Peluang Kerjaya Bersama AirAsia 2023 Kini Dibuka Minima SPM Layak Memohon Makluman gembira buat seluruh warganegara Malaysia kini syarikat penerbangan yang terkenal di Malaysia dengan sebuah syarikat penerbangan tiket yang murah iai...
Menerima Kunjungan Syarikat Besar Dari Thailand Dalam Bidang Industri Elektrik

Menerima Kunjungan Syarikat Besar Dari Thailand Dalam Bidang Industri Elektrik

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 154 hits
Anwar IbrahimPagi tadi saya menerima delegasi dari Thailand yang diketuai oleh Somphote Ahunai yang mewakili Energy Absolute Malaysia Sdn Bhd Saudara Somphote adalah Elon Musk of Thailand dan Energy Absolute adalah sebuah peneraju tenaga bo...
Mula Membina Kerjaya Dan Perniagaan Sendiri

Mula Membina Kerjaya Dan Perniagaan Sendiri

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 211 hits
Sangat sesuai dan tepat untuk mereka yang mencari peluang untuk mula membina kerjaya dan perniagaan sendiri Sumber pendapatan yang bukan berasas dari jualan tetapi memperkongsikan ilmu dan pengalaman sendiri Agak mustahil untuk dikaitkan de...
Masjid Ubudiah Warisan Seni Bina Kolonial British Terindah Unik Dan Terunggul

Masjid Ubudiah Warisan Seni Bina Kolonial British Terindah Unik Dan Terunggul

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 212 hits
Masjid Ubudiah terletak di atas Bukit Chandan berhampiran Sungai Perak di Kuala Kangsar dikatakan antara masjid tercantik di negara ini Masjid Diraja Ubudiah pernah menjadi Masjid Negeri sebelum Masjid Sultan Idris Shah II dibina Makam dira...
Maksud B60 Dan Perbezaannya Dengan B40

Showcase Misha Omar

Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Makanan Dari Bakal Kakak Ipar

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Drama Antara Dua Syurga


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Tips Pindah Rumah Di Lembah Klang Dengan Murah Dan Mudah

Air Laici Bunga Telang Minuman Sejuk Yang Menyegarkan

Relatif Berdasarkan Perbandingan

Munas Iv Relawan Tik Indonesia Hani Purnawanti Lanjutkan Tongkat Estafet Kepemimpinan

Lelaki Pengsan Dipukul Bekas Teman Wanita

Berang Kena Kacau Warga Asing Korek Mata Lelaki Tempatan