Lee Dohyun Atau Jung Sungil Penulis Beri Klu Hubungan Cinta Song Hyekyo Dalam The Glory 2
Rasanya ramai yang tak senang duduk menantikan bahagian dua “The Glory” di Netflix kan?
ARTIKEL BERKAITAN
"Tak Cantik.." - Song Hyekyo Ulas Persiapan Rakam Babak Tayang Badan Dalam 'The Glory'
Bagi memberi jangkaan buat penonton, para pelakon utama siri itu serta penulis dan pengarahnya telah menceritakan lebih mengenai apa yang boleh dinantikan dalam bahagian dua nanti.
Sejak awal promosi lagi, ramai yang menebak bahawa Song Hye-kyo dan Lee Do-hyun bakal menjalinkan hubungan cinta di dalam “The Glory”. Jelas penulis itu,
Kalau pengarah tak hentikan saya, pastinya ada babak ciuman pada episod ke-4. Ianya adalah peraturan tetap. Namun kerana itu, kami dapat pasangan yang sangat ‘cool’.
Bagi watak Ha Do-young (Jung Sung-il), penulis Kim Eun-sook menjelaskan bahawa dia direka sebagai ‘mata penonton’,
Di antara pelaku yang mengatakan mereka tak bersalah dan mangsa yang mengatakan mereka dibuli, dia adalah pusat di antara keduanya. Kita tahu apa yang diharapkan penonton di mana semua mahukan pelaku dihukum dengan berat.
Tambahnya lagi memberikan klu yang mungkin membuatkan penonton ternanti-nanti,
Semasa menulis babak kesudahan buat wataknya, ‘Oh, rupanya Ha Do-young ialah orang seperti ini’. Pada ketika itu, baru saya mengenali Ha Do-young sebenarnya.
Mendengarkan penjelasan Kim Eun-sook, penonton mendapat bayangan sepertinya watak Song Hye-kyo mungkin akan bersama watak Lee Do-hyun akhirnya dan watak Jung Sung-il akan menjalani perubahan yang tak dijangka.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/lee-dohyun-atau-jung-sungil-penulis-beri-klu-hubungan-cinta-song-hyekyo-dalam-the-glory-2/