Kerja Penulis Boleh Jadi Kaya Ke


Kerja sebagai penulis ni, boleh jadi kaya ke? 
 
Sejak akhir-akhir ini, saya banyak berfikir mengenai hal-hal berkaitan dengan kewangan. 
 
Saya merasakan ada beberapa perkara dan keputusan yang berkaitan dengan kewangan, yang saya sebenarnya telah tersilap langkah. Apa boleh buat, semasa keputusan diambil, saya merasakan itulah tindakan yang paling tepat, tapi ianya tetap mempunyai kesan "dimasa akan datang". 
 
Kini, that so called "masa akan datang" itu dah tiba. Saya perlu bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang pernah saya lakukan satu masa dulu. 

 
Boleh jadi, ini merupakan salah satu kesan sampingan, apabila saya mula banyak membaca bahan bacaan yang fokusnya adalah mengenai topik pengurusan kewangan. 
 
Sama ada suka ataupun tidak, saya kena fikirkan baik buruk dalam setiap keputusan yang diambil, terutama sekali apabila keputusan tersebut dapat memberi impak terhadap kedudukan kewangan peribadi saya. 

 
Soalan ini serius. 
 
"Boleh kaya ke kalau kerja jadi penulis ni sebenarnya?" 
 
Sebelum tu, perbincangan ini adalah tentang sama ada kita boleh jadi kaya atau tak bila kerja sebagai penulis. 


Saya bukannya nak bincangkan sama ada kerja sebagai penulis ini, boleh buat duit ataupun tak. 
Baca juga: Nak buat duit dengan menulis? Ini yang anda perlu tahu...



Setakat hari ini, saya sendiri bekerja sebagai seorang penulis, dan sudah tentu saya buat duit melalui kerja-kerja penulisan yang saya lakukan. 


Maknanya apa?

 
La... maknanya jadi penulis ini memang confirm boleh buat duit la... 


Walaubagaimanapun, bila topik perbincangan itu adalah mengenai potensi untuk jadi kaya, sama ada menulis ini boleh buat kita jadi kaya ataupun tidak... ia agak berbeza dan perlu dilihat dari sudut pandang yang agak berbeza. 


Ada satu pendapat yang saya pernah dengar. Saya rasa pendapat tersebut memang agak make sense la juga. 


Kalau nak jadi penulis, jangan jadi penulis yang menulis dalam bahasa Melayu. 
Jadi penulis yang campur-campur penggunaan bahasa pun jangan. 


Fokus untuk menulis dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. 
Rasionalnya? 


Bila kita menulis dalam bahasa Inggeris, target audience kita akan jadi lebih besar. 
 
Dalam dunia ini, ada lebih banyak orang yang faham bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu, dan penggunaan bahasa Inggeris ini juga sebenarnya lebih meluas kalau nak dibandingkan dengan penggunaan bahasa Melayu. 



Bukannya saya tak pernah cuba nak menulis dalam English. 
Of course la saya pernah cuba. 
 
Tapi tak bertahan lama. 
Saya rasa macam ada yang tak kena, bila menulis dalam bahasa yang saya sendiri rasa kurang selesa. 
 
Sedikit sebanyak, bila menulis dalam bahasa yang kita kurang mahir, ia menjejaskan perjalanan idea. Idea macam tersangkut-sangkut bila menulis.

 
Lalu, saya ambil keputusan untuk menulis sahaja dalam Bahasa Melayu. 

 
Jadi penulis! Boleh kaya! Jauh disudut hati, saya percaya bahawa peluang untuk jadi kaya, dengan menjadi penulis ini tetap ada. 
 
Walaupun saya tahu, pemikiran seperti ini adalah ibarat satu bentuk pemikiran yang idealistik. 
 
Saya yakin, kat luar sana mesti ramai yang berfikir sama seperti saya. Kalau boleh, kita nak jadi kaya melalui jalan pekerjaan yang kita suka, dan yang kita sendiri pilih. 
 
Bila saya pilih untuk jadi penulis, saya harap boleh jadi kaya dengan menjadi penulis. 
 
Bagi orang lain yang memilih untuk jadi pelukis, tak kan tak pernah terlintas dihati, untuk jadi kaya sebagai seorang pelukis? 
 
Cool kan... kita pilih kerja tu, dan kerja itu berbudi kepada kita, dengan merealisasikan impian kita untuk jadi kaya.
 
Sekadar bercita-cita besar, tak salah kan? Bukan nak kena bayar atau menyusahkan orang lain.  

 
Saya tak pernah anggap, nak jadi kaya dengan menjadi penulis itu jalannya mudah. 
 
Bukan setakat nak jadi, in fact nak buat duit sebagai penulis pun bukan mudah. 
Kalau hal ini mudah, mesti dekat luar sana dah ramai orang yang berjaya buat duit sebagai penulis. 
 
Yes, it can be challengging to make a living as a writer.  

Ini merupakan satu hakikat, yang saya, anda dan sesiapa sahaja yang nak buat duit sebagai penulis perlu sedar.
 
Namun, usaha untuk menjadikan impian ini satu realiti perlu bergerak seiring. Asasnya, ini adalah usaha yang perlu kita lakukan secara berterusan. 



(1) Hasilkan karya penulisan 
Penulis perlu menghasilkan karya penulisan. 


Tiada siapa yang tahu, setakat mana kemahiran dan kehebatan anda dalam bidang penulisan, selagi mana anda masih belum hasilkan sebarang karya. 


Kalau sesuatu idea penulisan hanya berada dalam kepala, atau peringkat idea, ia dianggap masih belum wujud. 
 
Ada ramai orang yang melontarkan kata-kata berikut setelah membaca karya penulisan orang lain...  

 
"Aku boleh hasilkan karya penulisan yang berkali ganda lagi baik dari penulis sekian sekian..." 
 
Ataupun dia kata
 
"Kalau setakat tulis tulis macam ni... hmmm aku pun boleh. Adik aku yang masih tadika pun boleh. Nenek aku yang buta huruf tu pun boleh..."  


"Tak guna punya blogger... tulis artikel sampah... aku boleh tulis lagi bagus dari blog sekian sekian..."

 
Saya faham, kata-kata itu mungkin sekadar berniat untuk troll.
Mungkin dia ada rasa sedikit menyesal, sebabnya selepas dia baca setiap bait perkataan yang dititipkan oleh penulis, rupa-rupanya tak ada satu pun yang berguna (bagi pembaca) dalam karya penulis tersebut. 

 
Tapi bidang penulisan ini, yang mana ilmu penulisan itu telahpun diajar kepada setiap orang yang pernah bersekolah, perlu dibuktikan bukan sekadar dengan berkata-kata. 
 
Kalau betul bagus, buktikan. 
Tunjukkan karya penulisan saudara. 
 
Kita sama-sama baca, dan kemudian kita sama-sama nilaikan. 
Betul ke anda boleh hasilkan karya penulisan yang lebih baik berbanding karya orang lain yang anda kritik dan kecam tersebut.  




(2) Pilih niche yang sesuai Niche ini merujuk kepada topik atau bidang yang kita nak fokus dalam bidang penulisan kita. 


Niche pilihan kita selalunya berkait rapat dengan 
i. Apa yang kita minat
ii. Apa kepakaran yang kita ada 
iii. Pengalaman yang kita ada 
iv. Latarbelakang pendidikan 
 
Apabila kita minat pada sesuatu niche, kita tak akan rasa terbeban dan tertekan untuk terus menulis dalam niche tersebut. 



(3) Bina kumpulan pengikut Sama ada suka ataupun tidak, penulis kalau nak jadi kaya dan berjaya, perlu mempunyai pengikut (follower) sendiri. 
 
Follower ini basically adalah terdiri daripada individu lain yang berminat dengan penyampaian dan karya penulisan kita. 
Its a good thing bila ada pengikut sendiri. 
 
Kadang-kadang perkara ini boleh backfire. 
Orang suka untuk ikut kita disebabkan cara penulisan kita. 
 
Tapi satu hari, bila pengikut dah mula bertambah ramai, penulis terpaksa ubah  gaya dan cara penulisan bagi memuaskan hati para pengikut.
Betul ke buat macam ini?  



(4) Berinteraksi dengan pengikut melalui akaun media sosial Jangan berhenti setakat bina kumpulan pengikut. Sebaliknya cari juga peluang untuk berinteraksi dengan pengikut yang berminat untuk mengikuti hasil kerja kita. 
 
Cara paling mudah dan munasabah untuk berinteraksi dengan follower adalah melalui akaun media sosial. 


Memandangkan pada hari ini, terdapat banyak pilihan akaun media sosial yang anda boleh manfaatkan, maka pilih sajalah mana-mana satu yang sesuai dengan cara kerja anda. 
 

(5) Terus hasilkan karya walaupun kurang sambutan Anda dah buat karya penulisan, tapi macam tak ada sambutan? 
 
Dengan view yang tak seberapa. 
Komen pada artikel yang dihasilkan pun seperti tak ada. 
 
Apa nak buat kalau berlaku keadaan seperti ini? 
 
Don't give up. 
Never give up. 
 
Kita terima hakikat. 
Baiklah, nampak gayanya pembaca dan pengikut tak berapa gemar hasil penulisan yang ini. 
 
Bermakna, ada kerja yang kita perlu lakukan. 
Next time, kena buat hasil karya yang lebih baik, lebih berguna, dan lebih bermanfaat untuk para pembaca. 
 
Ataupun cara lain, kita tanyalah terus kepada pembaca kita. 
Kan kita dah bina kumpulan pengikut sebelum ini. 
 
Kita terus tanya pada mereka. 
"Wahai pembaca kesayangan, korang ni sebenarnya suka nak baca artikel yang macam mana? Boleh tak tolong bagitahu." 
 
Kadang-kadang masalah kita ni (sebagai penulis) kita cenderung untuk menulis sejenis karya yang kita nak tulis, bukannya menghasilkan karya penulisan yang pembaca nak baca. 
 
Boleh juga kalau kita nak lihat situasi ini dari aspek ekonomi, iaitu konsep "supply and demand". 
Dalam konteks ini, kita cuba untuk bekalkan (supply) satu karya penulisan yang memang ada permintaan (demand). 
 
Mungkin dalam kelompok pembaca, yang memang berkenan dengan penulisan kita, lebih suka nak tahu cara-cara untuk buat duit online, berbanding nak tahu mengenai kisah sejarah, ilmu ekonomi, ilmu pengurusan kewangan dan sebagainya. 
 
Manakala dipihak kita pula, kita tak pernah lagi kongsikan artikel yang membincangkan cara untuk menghasilkan pendapatan di internet. 
 
Tapi saya percaya, jika anda cuba mendengar dan dapatkan maklum balas dari pembaca, apa sebenarnya yang mereka mahukan dari kita (merujuk kepada penulis), kita akan lebih mudah hasilkan karya yang sebenarnya memang dicari-cari oleh pembaca.   

 

Masih tetap nak jadi kaya dengan menulis? Saya masih lagi bersangka baik dengan idea, niat dan hasrat ini. 


Pada masa yang sama, kita mungkin perlu lakukan sedikit modifikasi pada cara kita menghasilkan karya penulisan. 


Sebagai contoh, kita cuba jadikan karya kita itu mempunyai satu fungsi tambahan yang berkeupayaan untuk membuat jualan. 


Ya, menjual melalui artikel. 
Cuma bila kita nak menggunakan kaedah ini, kita perlu berhati-hati supaya karya kita tak dilihat terlalu try hard untuk menjual sesuatu. 
 
Malahan pembaca juga akan rasa annoyed apabila setiap artikel kita, seperti matlamat utamanya adalah untuk menjual sesuatu. 
 
Senang kata, jangan sampai niat nak menjual barang itu overshadowed matlamat asal artikel itu dihasilkan. 
For me, kalau menjual barang itu sekadar untuk complimentary, atau sekadar untuk menyokong idea utama dalam artikel, ia masih lagi boleh dipraktikkan. 
 
Apabila kita menggunakan kaedah ini, kita akan nampak, berapa potential sales (potential income), yang boleh dihasilkan oleh sesebuah karya. 
 
Kita andaikan, satu artikel yang kita hasilkan, ada potensi untuk hasilkan income sebanyak RM10. 
Soalan dia, berapa banyak artikel perlu kita hasilkan bagi tujuan menghasilkan RM1 juta? 
 
Ok baru lepas tekan calculator. 
Saya dah dapat jawapan. 
 
Anda (dan saya) perlu hasilkan 100, 000 artikel! 
 
Fuh... banyak tu... kalau nak buat 100 ribu artikel. 
Nak hasilkan seribu artikel pun sakit... inikan pula nak capai 100 ribu artikel. 
 
By the way, ini hanyalah contoh pengiraan versi simplified. 
Saya kata, kalau nak capai RM1,000,000 kita kena hasilkan 100 ribu artikel yang mana setiap artikel berpotensi untuk contribute RM10. 
 
Cuba bayangkan. 
Satu hari nanti, somehow... anda berjaya mempunyai 100 ribu artikel. 
 
Tak kisahlah sama ada artikel ini
i. Anda tulis sendiri
ii. Anda upah orang untuk tulis 
iii. Ada orang dengan sukarela bantu anda tulis 
iv. Kombinasi kesemua diatas 
 
Pada waktu tu, anda berjaya hasilkan RM1 juta. 
Adakah pendapatan anda akan terhenti disitu? 
 
Sudah tentulah jawapannya adalah tidak. 
Pendapatan anda tak akan terhenti setakat itu. 
 
Artikel lama, yang telah siap diterbitkan, kesemua artikel tersebut akan terus menyumbangkan pendapatan kepada anda. 
 
Who knows... bila anda dah berjaya capai tahap tersebut... anda akan dapat income sebanyak RM1,000,000 setiap bulan. 
(atau mungkin setiap hari!) 
 
I know... 
Its too good to be true.
 
Sebelum nak cerita ada 100 ribu artikel, cuba dapatkan 10 ribu artikel dulu. 
Sebelum nak cerita pasal ada 10 ribu artikel, cuba dapatkan 1 ribu artikel dulu. 
 
Bila dah berjaya capai tahap tu, then kita nilaikan semula. 
Menjadi tak strategi ini? 
 
Saya merujuk kepada strategi menghasilkan artikel yang mampu berikan potensi pendapatan sebanyak RM10 per artikel. 
 
Let us try.    

Saya rasa lebih baik kita mencuba (kemudian gagal) daripada kita tak buat apa-apa, tapi hanya mengharapkan satu hasil yang baik. 
 
Apa pun, for me, honestly, saya memilih untuk percaya, yang kita boleh jadi kaya dengan menjadi penulis. 
 
Pendapat anda, apa? 
 
 



 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mohdsabree.com/2022/12/kerja-penulis-jadi-kaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerja Dari Rumah Dengan Hanya Menulis Boleh Jana Pendapatan Dengan Blog Dan Social Media

Kerja Dari Rumah Dengan Hanya Menulis Boleh Jana Pendapatan Dengan Blog Dan Social Media

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 209 hits
Saya mula menulis blog tahun 2009 Masa tu tengah trend menulis blog sebagai diari online Kurang lebih macam tu lah Kalau dulu menulis blog untuk suka suka Siapa sangka dengan hanya menulis blog boleh jana pendapatan juga Kerja pun dari ruma...
Soal Zuriat Nora Ariffin Masih Boleh Hamil Doktor Kata Boleh Tambah Lagi

Soal Zuriat Nora Ariffin Masih Boleh Hamil Doktor Kata Boleh Tambah Lagi

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 149 hits
Penyanyi Datuk Nora Ariffin tidak berhasrat bagi menambah zuriat walaupun doktor memaklumkan dia masih boleh berbadan dua selepas setahun berkahwin dengan suami Dr Rushdi Ramli Menerusi satu hantaran di laman Instagram penyanyi berusia 49 t...
Boleh Percaya Anwar Tak Campur Tangan Kes Mahkamah Soal Tun Faisal

Boleh Percaya Anwar Tak Campur Tangan Kes Mahkamah Soal Tun Faisal

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 359 hits
agendaily com20 12 2022Bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mempersoalkan ikrar Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak campur tangan dalam kes mahkamah Seorang bekas pemimpin UMNO meluahkan rasa kurang per...
Jangan Bikin Hanya Untuk Asal Boleh

Jangan Bikin Hanya Untuk Asal Boleh

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 256 hits
Semalam aku menonton video di medsoc Kak Lah MP Pas ceritanya air menerobos tembok tebatan banjir melimpah dan masuk ke perjiranan warga Jadi aku yakin projek tebatan itu tidak dibina sesuai dengan asakan perubahan iklim yang semakin membur...
17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

17 Cara Buat Duit Online Yang Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 364 hits
Ada terdapat banyak cara yang anda boleh cuba lakukan untuk buat duit online Menghasilkan pendapatan di internet sama ada RM1 RM10 atau mungkin RM1 000 yang pertama bukanlah sesuatu yang terlalu sukar atau mustahil untuk dilakukan Pada hari...
Syukur Nad Zainal Tidak Lagi Ditidurkan Dah Sedar Boleh Berbual Namun Perlu Berehat Panjang

Syukur Nad Zainal Tidak Lagi Ditidurkan Dah Sedar Boleh Berbual Namun Perlu Berehat Panjang

papar berkaitan - pada 20/12/2022 - jumlah : 191 hits
Syukur Nad Zainal tidak lagi ditidurkan Dah sedar boleh berbual namun perlu berehat panjang Alhamdulillah pelakon Nad Zainal yang sebelum ini dilaporkan berada di unit rawatan rapi di Hospital Ampang Puteri dipercayai akibat jangkitan kuman...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025