Pengalaman Menunaikan Umrah Sewaktu Pandemik Disember 2021



Bismillah
Ini adalah sambungan dari entri aku sebelum ini. Kali ini, aku kongsikan cerita kami di Makkah

Day 6 (9 Dec 2021)

Mak abah kami dapatkan tukang tolak (kami upah pada harga SR450 seorang). Bukan kami tak mahu tolak sendiri, tapi mak abah yang suruh upah orang sebab aku dan F pun ni pengalaman pertama buat umrah. Jadinya biarlah masing-masing dapat fokcus pada ibadah umrah masing-masing. Syukur Ya Allah mak abah supportive sangat nak tengok aku dan F melalui pengalaman umrah yang sebaiknya. Aku juga yakin orang yang menolak mak abah pun dah buat yang terbaik dan sempurna. Untuk upah tukang tolak, kena beritahu mutawif awal tau. Jangan dah sampai Mekah baru nak order tukang tolak. Memang tak adalah jawabnya. Tapi jangan bimbang, mutawif dah tanya awal-awal kalau perlu tukang tolak. So decide cepat, dah sediakan wang tambahan ya

Kami sampai Hotel Anwar Deafah lebih kurang 11malam juga. Mutawif bagi naik bilik sekejap selepas makan malam (beg masih bertebaran di aras lain) untuk selesaikan hajat, rehat sekejap tapi mesti turun balik ke bawah jam 12 malam untuk bergerak ke Masjidil Haram bagi menunaikan umrah pertama kami. Kebetulan, hari tu adalah Khamis. Di Saudi, Khamis malam Jumaat mereka meriah macam kita Jumaat malam Sabtu. Esoknya cuti. So Jemaah agak ramai dan masjid agak padat

Kami berjalan menuju ke dataran masjid. Sampai di main enterence kena tunjuk umrah booking slot di apps Eatmarna pada polis yang jaga. During our time, ada satu je pintu yang membawa Jemaah ke dataran. Khas untuk yang berihram saja. Jemaah yang nak solat fardu, ada pintu lain yang bawa anda ke tingkat atas. Maksudnya, siapa yang pakai ihram (lelaki) je dapat masuk mataf (dataran). Jemaah perempuan macam linient sikit. Ad masa polis tak cek, kau boleh masuk cepat-cepat dan dapatlah solat di dataran. tapi kalau kena tangkap dengan polis sebab tak ada umrah slot, kau akan kena hambat keluar juga. Malam tu, rombongan kami masuk dengan tenang. Mak abah dah terpisah sebab laluan mereka berbeza. Mutawif pun dah pesan, jangan panik. Mak abah dalam jagaan orang yang amanah. Kat pintu masuk belah dalam, laluan lelaki dan wanita dipisahkan sebab polis nak cek beg. Aku dah cuak sebab terpisah dengan F. Tapi aku dah pesan kat F, tunggu aku kat depan. Aku kena tahan dengan polis wanita berjubah hitam. Dah cuak ni kenapa Ya Allahhh. Rupanya dia tanya aku sambal cek beg aku: Malizi? Aku angguk. Dia ajak aku angkat tangan sambal berdoa: 
F tanya aku kenapa lama sangat? Aku jawab polis tu doakan kebaikan untuk aku. Kami terus berjalan, menuruni tangga. Di anak tangga terakhir, aku angkat muka dan pandang depan. Nah, aku nampak Kaabah depan mata aku. Indescribable feelings. First time buat umrah, first time tengok kaabah depan mata sendiri. Allahu Akbar. Mata aku bergenang je mengenangkan kecilnya aku ni nak dibandingkan dengan izin dan peluang aku untuk sampai ke sini harini. 
Umrah malam tu- Walau padat, tapi aku boleh melangkah dengan tenang. Tak ada tolak menolak, tak ada tertinggal dari kumpulan malah aku dapat sentiasa dekat dengan F. Habis tawaf, kami dapat bersolat di belakang Maqam Ibrahim dan berjumpa balik dengan F dan ahli kumpulan kami sebelum menunaikan sa'ie. Kami naik ke tingkat 2 (masa tu, tak semua level dibuka sebab Jemaah tak ramai). Kami bersa'ie di atas perlahan-lahan dan chill-chill je sebab agak terasa penatnya. Yelah. datang dari Madinah dah 5 jam perjalanan lepas tu uruskan check-in hotel and non stop terus buat umrah. Fuh, mencabar. Tapi Alhamdulillah kami dapat siapkan umrah sebaik bertahallul dia tingkat 2 tu. Masa tu dalam pukul 2 pagi jugaklah. Mutawwif kata, siapa yang nak stay untuk solat Jemaah subuh, boleh stay sini dan jangan keluar. Sebab nak masuk balik takut dah tak boleh. Tapi aku dan F decide nak balik hotel sebab nak uruskan mak abah. Mereka mesti penat seharian berjalan. Aku nak cari beg kami (yang masih berada di mana-mana) lagi sebab dalam tu lah semua ada baju segala

Sampai je di hotel, aku nampak mak abah dah bersandar di sofa lobi hotel. Cepat juga selesai. Mak abah cakap, puas hati lah bayar tukang tolak. Tenaga habis kat baca doa je. Alhamdulillah terima kasih Allah jagakan mak abah








Dapat beg, dapat masuk bilik- masing-masing tersadai kepenatan

Bilik kami twin sharing. Mak + Abah satu bilik, aku + F satu bilik. Again, bilik kami sebelah-sebelah saja. Senang sangat nak urus mak abah.  Tapi as compared to hotel in Madinah, kau jangan expect bulan bintang sangat la ya. Bilik hotel di Makkah (Anwar Deafah ni) basic je. Kami duduk tingkat 10, dining hall kat M. Dalam bilik, kettle pun tak ada. Mujur aku bawa thermos untuk mak tapau air suam from dining hall tiap-tiap malam sebab mak memang sejenis minum air panas malam atau awal pagi
Tapi yang paling aku syukuri, Anwar Deafah is just a walking distance from Masjidil Haram. Wallahi dekat walau tak sedekat Safwah Royal Orchid

Day 7 (10 Dec 2021)
Free and easy 
Maksudnya apa? Maksudnya aktiviti bebas. Tak ada ziarah luar ke mana-mana. Jemaah boleh pergi masjid setiap kali waktu solat, boleh melontar (read=berbelanja), atau explore kawasan sekitar Masjidil Haram sendiri. 
Mak abah memilih untuk berada di bilik saja kecuali pada waktu solat. So apa kami laki bini buat? Biasalah kan. Kami explore kawasan Masjidil Haram ni seharian. Bila masuk waktu solat je, kami berlari ke masjid untuk solat. Waktu makan, kami balik sebab nak ensure mak abah makan. Lepas tu kami keluar lagi explore sungguh-sungguh. Masa ni kalau tengok step tracker aku, pernah cecah 30k steps/day sebab kerjanya berjalan je. Tapi Alhamdulillah tak ada rasa penat atau sakit apa. Alhamdulillah Allah beri izin







Kami ke Clock Tower dan masuk ke mall dan kedai-kedai yang berjual makanan, jubah dan pelbagai barangan. Tapi to be honest, aku lebih suka membeli belah di Madinah, sama seperti banyak review yang Jemaah lain pernah cakap. Aku hanya beli sehelai jubah dan tiga helai sejadah di Makkah. Selainnya aku dah siap melontar di Madinah. 
Day 8 (11 Dec 2021)
Hari ni kami ada ziarah luar Kota Makkah dan sesiapa yang nak buat umrah sunat (umrah kedua), boleh bawa kain ihram sebab nanti bas akan singgah di masjid untuk bermiqat. Kami tak buat umrah sunat ni sebab nak buat keesokan harinya. 
Ziarah luar ni merangkumi beberapa lokasi termasuklah Jabal Tsur (singgah je dan Mutawwif akan kongsi sedikit sejarah), masyair Haji (Arafah, Mina, Muzdalifah) dan terakhir adalah masjid untuk miqat sebelum kami masuk ke Haram semula. Macam aku cakap tadi, kami tak buat umrah ni sebab kami plan nak buat esoknya. 
















Sampai di hotel, kami terus ke masjid untuk tunggu masuk waktu Zohor dan balik untuk makan tengahari dan berehat. Bear in mind, aku bawa mak abah dan aku sangat pentingkan keselesaan mereka. Kalau mereka cakap penat, tak larat- Memang balik hotel terus jawabnya. Takde aku nak paksa-paksa duduk di masjid
Kadang tu, aku balik hantar mak abah, kemudian kami patah balik ke dataran masjid berdua dengan F dan explore lagi sampai masuk waktu makan seterusnya baru kami balik ke hotel untuk makan dengan mak abah
Begitulah rutin kami selama di sini. Aku juggle sebaiknya masa dengan mak abah dan juga dengan kekasih hati aku. Penat? Wallahi aku tak rasa pun malah aku rasa seronok sangat. Cuma, pastikan kesihatan kau terjaga dulu sebab nak kena jaga orang lain. Kau akan berjalan banyak. Macam aku, berulang hotel ke masjid dalam 3-4 kali sehari sebab hantar/ ambik mak abah. So carilah kasut yang selesa dan sesuai. Selebihnya aku dan F jadi explorer je. Seluruh ceruk area Masjidil Haram tu kami jelajah dan seronok dapat tengok suasana baru dan budaya orang. Paling penting, dapat rasa qahwa (kopi) yang perbagai rasa di sana. Tak dilupa, Bin Dawood Masjidil Haram
          Day 9 (12 Dec 2021)
Seawal 8am, kami dah berkumpul di depan hotel untuk bermiqat. Umrah harini dibuat waktu pagi sebab tak ada ziarah ke mana-mana. Mutawwif kata, kalau siap umrah pagi, petang boleh chill-chill di masjid. Jadi kami keluar ke tanah halal untuk miqat sahaja. Selesai miqat, kami terus ke masjid untuk menunaikan umrah. Umrah di awal pagi (around 10am) was great. Sejuk je rasa. Orang pun tak ramai sebab kebanyakan Jemaah balik hotel lepas solat Subuh dan akan slowly masuk balik menjelang waktu Zohor. Kami decide untuk berlama sikit di mataf. Kami beritahu Mutawwif yang kami akan gerak sendiri ke Safa untuk sai'e nanti. Aku duduk sorang-sorang depan Kaabah me-time situ. Ada masa aku senyum, ada masa air mata aku mengalir. Sengaja melayan perasaan sendiri sambil sebut doa-doa yang aku nak sebut
Kami aim habis umrah around 11am dan nak solat Zuhur di mataf sebaik tawaf. Tapi bila dicongak-congak, takut lambat pula habis umrah sebab lepas solat nak kena sai'e dulu. Takut kelaparan pulak mak abah haha! So F cakap kita selesaikan sai'e dan tahallul dan solat Zohor dalam tempat sai'e. Lepas solat kita boleh terus balik hotel. Jadi taklah lambat sangat. Aku redha je walau dalam hati teringinnyyaaaa nak solat depan Kaabah. Tapi demi mak abah dan ikut cakap suami, aku lapangkan dada. At least aku masih solat jemaah di dalam masjid. 




















Petang selepas asar, kami bawa mak abah jalan-jalan membeli belah dan terus ke masjid untuk solat Maghrib dan Isya'. Aku tak bawalah mereka sampai ke Clock Tower sana sebab jauh. Kesian mak abah kena jalan jauh nanti. Pergi balik ke masjid pun mereka jalan slow je, dan biar jemaah lain balik dulu. Takut kena tolak katanya

Yang kelakanya, lepas hantar mak abah balik Isyak tu dan makan di dining hall, F ajak aku keluar lagi. Katanya nak mengopi! Maka kami pun berpatah baliklah ke mall di Clock Tower untuk mengopi dan bersembang. Aku rasa happy sangat sebab rasa macam dapat spend masa dengan F kat sini sembang tentang benda yang kadang kami tak sempat sembang pun ketika di rumah. Thanks Allah for this opportunity. Kiranya ni macam masa untuk kami align balik family kecil kami Alhamdulillah

Day 10 (13 Dec 2021)
Umrah kami hampir ke penghujungnya. Pagi ini adalah sesi free and easy. Petang membawa ke malam nanti kami akan mendaki Jabal Nur di mana terletakkan Gua Hira' yakni tempat Nabi SAW menerima wahyu pertama

So pagi tu macam biasalah.Hotel-masjid-hotel-Clock Tower mencari pahala. Selebihnya kami rehat (sebab malam nanti nak guna tenaga) dan mula mengemas beg untuk pulang ke Malaysia

Pendakian bermula lewat waktu Asar. Mak abah kami tinggalkan di hotel. Aku dah pesan pada pekerja dining hall untuk siapkan dinner mak abah dan minta dihantar ke bilik. Aku tak harap mak abah turun sendiri ke dining hall sebab mereka macam mamun lagi dengan lif. Orang tua kan. Mana nak familiar dengan benda-benda gitu. All this while, mereka memang turun naik dengan aku
Mutawwif kata kita kena sampai ke puncak sebelum waktu Maghrib supaya kita boleh solat di sana on time dan tidak gelap. Ya Allah pendakian ini tak mudah ya bagi seorang Dhiya yang tak aktif. Aku hampir fade-up sebab tinggi sangat dan anak tangga batunya besar-besar, lebih kurang 600 anak tangga. Kaki aku lenguh woi! Along the way, macam-macam benda positif aku terpaksa ulang dan sebut untuk naikkan motivasi aku untuk sampai ke puncak. Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke puncak di mana Nabi pernah berdiri dan bersendirian di situ menerima wahyu. Masuk waktu Maghrib, kami solat berjemaah di atas sana. Thanks F juga sebab bersabar dengan aku






Tips: 1/ Kalau nak minum air, minum untuk basahkan tekak saja. Kat atas sana tak ada tandas untuk buang air kecil. Nanti tak selesa pula nak solat sambil tahan kencing. Nak turun pun sepasal juga
2/ Bawa botol spray untuk ambil wuduk
3/ Bawalah makanan ringan dan minyak urut. Kat atas sana ada satu gerai jualan. Ada jual buah dan air kalau rasa lapar tak boleh tahan. Tapi harga dia mungkin agak mahal sebab premium service- Makan atas bukit. Hahaha
4/ Bawa headlamp untuk persediaan waktu turun nanti. Laluan turun gelap dan bertangga. Salah step boleh jatuh tercium batu. Kalau boleh jangan guna lampu  handphone untuk suluh jalan turun sebab dikhuatiri phone tu jatuh dan tak dapat dijumpai lagi sebab jatuh jauh ke jurang

Hala balik, kami makan nasi unta dan singgah di kedai jus

Sampai bilik, aku tengok mak abah dulu. Alhamdulillah dinner mereka sampai ke bilik. All good. Malam ini adalah malam terakhir kami di Makkah. Esok adalah hari kami akan tawaf wada' dan akan meninggalkan Makkah Al Mubarakah

Day 11 (14 Dec 2021)
Last day of our umrah trip. Pagi tu macam biasa saja. Masih ada  masa untuk membeli belah sebelum semua beg perlu disiapkan dan dihantar ke lobi untuk dimasukkan ke dalam bas

Kami menunaikan tawaf wada sekitar jam 11pagi dan balik ke hotel untuk makan tengahari, bersiap (tukar baju), solat Zohor di bilik dan terus turun masuk ke dalam bas. Untuk makluman, lepas tawaf wada' kita tak boleh stay dalam Masjidil Haram untuk solat jemaah dan kena bersegera meninggalkan Makkah. Along the way pun, dah tak boleh nak berlewah-lewah nak selfie ke nak sedekah ke apa. 
So selesai semuanya, kami masuk ke perut bas lebih kurang jam 3pm, untuk ke Airport Jeddah untuk penerbangan jam 11 malam. 




Urusan di airport Alhamdulillah dimudahkan. Take off was on time, 11 malam. Perjalanan mengambil masa 8 jam + 5 jam. Kami sampai di ruang udara Malaysia sekitar 12 tengahari. SOP di KLIA agak ketat. Macam-macam kena declare termasuklah kena buat swab test. Alhamdulillah asbab aku bawa mak abah, kami dapat fast lane. 
Masya allah. Umrah kami selesai. Kami selamat sampai dan ada transporter ambil kami ke kereta kami dan kami balik ke Pahang untuk berkuarantin di rumah mak abah. Masa tu hujan dah mula lebat sebelum bermulanya banjir teruk Dec 2021. Kami hampir tak dapat pulang ke KL selepas hoem kuarantin sebab jalan ke KL banyak yang rosak. Tapi Alhamdulillah kami dapat juga balik tapi guna jalan jauh- Jalan Muadzam

Demikianlah sedikit perkongsian umrah kami pada Dec 2021 sewaktu pandemic dan masih banyak restriction oleh kedua-dua negara- Malaysia dan Saudi
Semoga memberi manfaat dan Insya Allah ada satu lagi entri aku akan tulis untuk summarize tips sewaktu di sana

Terima kasih kerana sudi membaca. Doakan aku dapat ke sana lagi

Dhiya
* Akan ada sedikit update, caption dan proofread dalam entri ni nanti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dhiyadahlia.blogspot.com/2022/03/pengalaman-menunaikan-umrah-sewaktu_55.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Awas Harga Pakej Haji Umrah Tak Logik Harian Metro 27 07 2022

Awas Harga Pakej Haji Umrah Tak Logik Harian Metro 27 07 2022

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 207 hits
Kuala Lumpur Tawar pakej haji RM16 000 dan umrah RM3 000 Itu antara promosi gila gila agensi pelancongan yang ligat mencari jemaah untuk ke tanah suci sejak beberapa tahun lalu Harga berkenaan disifatkan tidak logik dengan kadar semasa dan ...
Dia Agak Nerd Wartawan Majalah Kongsi Pengalaman Jumpa Jennie Blackpink

Dia Agak Nerd Wartawan Majalah Kongsi Pengalaman Jumpa Jennie Blackpink

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 184 hits
Meskipun sering dianggap sebagai seorang yang dingin dan sombong namun Jennie BLACKPINK sebenarnya merupakan selebriti yang amat disenangi ramai ARTIKEL BERKAITAN Pada bulan lalu kesemua ahli BLACKPINK telah terlibat dengan penggambaran dan...
Dia Sangat Kelakar Peakboy Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jumpa Park Seojoon Choi Wooshik

Dia Sangat Kelakar Peakboy Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jumpa Park Seojoon Choi Wooshik

papar berkaitan - pada 15/7/2022 - jumlah : 248 hits
Umum pasti mengetahui kumpulan persahabatan Wooga Squad yang terdiri daripada V BTS Park Seo joon Choi Woo shik Park Hyung sik dan Peakboy ARTIKEL BERKAITAN Pada siaran terbaru program KBS Lee Gi kwang s Music Plaza salah seorang ahli Wooga...
Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

Sambut Hari Raya Aidiladha 2022 Pengalaman Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 205 hits
Sambut Hari Raya AidilAdha 2022 Pengalaman Ibadah Korban Selesai sudah sambutan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji Korban pada tarikh 10 Julai 2022 Masihi bersamaan 10 Zulhijjah 1443 Hijrah Walaupun dah terlambat aku nak ucapkan Selama...
Harini Ada Orang Yang Bangga Walaupun Dia Tak Tutup Aurat Tapi Boleh Pergi Umrah Ustaz Kazim Elias

Harini Ada Orang Yang Bangga Walaupun Dia Tak Tutup Aurat Tapi Boleh Pergi Umrah Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 220 hits
Harini Ada Orang Yang Bangga Walaupun Dia Tak Tutup Aurat Tapi Boleh Pergi Umrah Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
5 Cara Untuk Impress Penemuduga Kerja Sewaktu Perkenalkan Diri

5 Cara Untuk Impress Penemuduga Kerja Sewaktu Perkenalkan Diri

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 237 hits
Hari interview pekerja Out of 13 yg dtg 2 orang kitorang decide untuk hire terus on the spot just based on their introduction Jadi Here are the key point to make sure you can give the same as impression as them Jadi jom kita selongkar 5 car...
Rumah Tak Tersusun Beg Duit Semua Ada Bekas Pembaca Berita Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

Rumah Tak Tersusun Beg Duit Semua Ada Bekas Pembaca Berita Zalina Azman Dilaporkan Hilang Sejak November 2021

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 398 hits
Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrah...
335 Pelajar Cemerlang Spm 2021 Dapat Pengiktirafan Ptti

335 Pelajar Cemerlang Spm 2021 Dapat Pengiktirafan Ptti

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 391 hits
335 PELAJAR CEMERLANG SPM 2021 DAPAT PENGIKTIRAFAN PTTI Setelah Kementerian Pendidikan mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2021 diumumkan pada 16 Jun 2022 mulai jam 10 pagi pelbagai maklumbalas dari semua pihak ...
Ptti Beri Penghargaan 335 Pelajar Cemerlang Spm 2021

Ptti Beri Penghargaan 335 Pelajar Cemerlang Spm 2021

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 336 hits
Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik Malah selepas enam tahun...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization