335 Pelajar Cemerlang Spm 2021 Dapat Pengiktirafan Ptti


 
335 PELAJAR CEMERLANG SPM 2021 DAPAT PENGIKTIRAFAN PTTI



 
Setelah Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2021 diumumkan pada 16 Jun 2022 mulai jam 10 pagi, pelbagai maklumbalas dari semua pihak yang terlibat. Malahan hasil keputusan SPM 2021 sibuk diperkatakan dan dikongsikan di media sosial.

 

AlongMurni (AM) berkesempatan untuk hadir ke Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021 yang dianjurkan oleh PTTI Group Sdn Bhd bertempat di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur. AM dapat melihat terpancar cahaya kegembiraan dan kebanggaan di wajah para pelajar SPM dan ibu bapa.

 





AM berasa kagum apabila Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik.

 

Malah selepas enam tahun, PTTI terus sinonim dengan calon SPM yang menjadikan pusat ilmiah ini sebagai alternatif terbaik dalam mendapatkan keputusan cemerlang demi masa depan.

 

Melihat keberkesanan inovasi yang diperkenalkan PTTI dalam membantu pelajar di seluruh negara, selain tenaga pengajar, ibu bapa juga turut meletakkan kepercayaan ke atas usaha PTTI dalam membantu calon-calon SPM ini berhadapan dengan peperiksaan utama negara itu.

 

Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus. Sementara itu, seramai 383 pelajar mendapat 7A ke atas (2021) berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak 143 peratus. Selain itu, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus.

 

Menghargai sokongan berterusan yang diberikan, PTTI turut meraikan kecemerlangan 335 pelajar pada Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2021. Dalam majlis yang sama, pelajar dan tetamu juga turut berpeluang menyertai Wacana Halatuju Sistem Pendidikan dan Pembelajaran Dalam Talian Negara yang menampilkan ahli panel, negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sesi wacana itu dikendalikan oleh moderator, Muhd Habibunajjar Sazali.

 

Melalui sesi ini, hadirin berpeluang mendapatkan pelbagai informasi mengenai sistem pendidikan negara sekaligus pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai usaha dalam mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan di negara ini. Melihat ini sebagai ruang untuk menghargai komitmen pelajar pelajar ini, menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana, anugerah yang disampaikan ini juga bukan sekadar kepada pelajar yang mendapat keputusan yang baik tetapi turut menghargai usaha keras setiap daripada mereka.

 




“Antara kriteria pelajar cemerlang yang dipilih adalah berdasarkan 3 kategori. Kategori pertama, pelajar yang mencapai semua subjek A dalam peperiksaan SPM.

 

“Kategori kedua, pelajar yang mencapai 7 Subjek A dalam peperiksaan SPM. Kategori ketiga, Pelajar yang mencapai subjek gred G dalam peperiksaan percubaan SPM dan berjaya meningkatkan subjek kepada gred A dalam Peperiksaan SPM.

 

Kami menilai bukan sekadar di atas kertas keputusan tetapi kecemerlangan juga harus dinilai melalui usaha yang ditunjukkan pelajar-pelajar ini.

 






“Selain itu, semua pelajar yang dipilih untuk menerima penghargaan ini juga datang dari pelbagai latar belakang, yang memberi makna pendidikan itu sendiri tiada diskriminasi selain di PTTI kami sentiasa optimis pendidikan yang berkualiti milik semua,” katanya.

 

Meletakkan pemahaman melalui teknik yang sesuai sebagai asas kepada setiap pengajaran di PTTI, sehingga kini pusat ini tidak pernah kering idea dalam memperkenalkan pelbagai kaedah berbeza dalam penyampaian ilmu. Melihat pembaharuan yang diperkenalkan perlu seiring dengan keperluan pelajar ini adalah rahsia PTTI terus relevan.

 




“Seiring dengan peredaran zaman tenaga pengajar PTTI juga turut dilengkapi dengan pengetahuan dalam penggunaan teknologi pendidikan. Sebagai pusat pendidikan, menjadi tugas kami sebagai guru khususnya lebih peka dengan kehendak pelajar.

 

“Fokus kami adalah untuk memastikan penyampaian ilmu ini dilakukan secara efektif selain mahu membawa sistem pendidikan negara ini ke tahap yang lebih tinggi seperti di negara Jepun, Korea dan China,” katanya.

 




Sementara itu dalam meneruskan impian membantu lebih ramai pelajar di luar sana, PTTI kini muncul dengan program Malaysia Bangkit Belajar. Melihat ini sebagai antara cara menyokong rakyat di negara ini terutamanya pelajar yang datang dari keluarga berstatus B40, PTTI menyediakan pelbagai kemudahan penyampaian ilmu secara percuma melalui aplikasi PTTI Better Result.

 

“Inisiatif ini akan dilancarkan di mana pelajar tingkatan satu hingga lima akan mendapat bimbingan belajar dan tuisyen secara percuma bermula 24 hingga 30 Julai ini melalui aplikasi PTTI Better Result.

 

Selain itu kami turut menyediakan 10,000 Buku Strategi Skor A SPM Percuma untuk membantu tingkatkan kemampuan dan kuasa tindakan pelajar berdasarkan tips praktikal sebenar dari pelajar cemerlang PTTI.

 




“Kami turut berbesar hati dengan pembabitan dua selebriti terkenal yang turut menyokong PTTI iaitu Iman Troye dan MK K-Clique yang akan membantu mempromosikan Program Malaysia Bangkit Belajar sekaligus mencapai impak yang lebih baik,” katanya

 

KATA ALONGMURNI




AM ingin ucapkan Tahniah kepada adik-adik atas pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia 2021 yang cukup membanggakan. Meskipun bergelut penularan COVID-19 sehingga menjejaskan proses pembelajaran, komitmen serta usaha gigih adik-adik yang terus fokus untuk berjaya. Pastinya juga, ia tidak akan hadir tanpa iringan doa para guru dan ibu bapa. Syabas kepada barisan pendidik yang terlibat yang cukup berdedikasi, tidak pernah jemu dan sentiasa ada extra-miles efforts untuk anak-anak didik.

 

Apa pun, kejayaan para pelajar tidak hanya diukur dengan keputusan peperiksaan. Perjalanan mereka masih jauh. AM sentiasa mendoakan kecemerlangan para pelajar. Teruskanlah mencipta kejayaan ke peringkat yang lebih tinggi. Insya Allah.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2022/07/335-Pelajar-Cemerlang-SPM-2021-Dapat-Pengiktirafan-PTTI.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ptti Beri Penghargaan 335 Pelajar Cemerlang Spm 2021

Ptti Beri Penghargaan 335 Pelajar Cemerlang Spm 2021

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 336 hits
Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia PTTI terus konsisten dalam misi memberi manfaat kepada orang lain terutama pelajar untuk kualiti pendidikan negara yang lebih baik Malah selepas enam tahun...
Tawaran Program Biasiswa Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang

Tawaran Program Biasiswa Albukhary 2022 Untuk Pelajar Cemerlang

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 370 hits
Sukacita dimaklumkan bahawa Albukhary International University kini menawarkan Biasiswa Albukhary bagi pelajar yang cemerlang dari aspek akademik dan kokurikulum Biasiswa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian k...
Keh Keh Ada Kah Ada Yang Cemerlang Dalam Pas Ketika Menjadi Menteri Dan Ketika Bersekongkol Dalam Kerajaan Tebuk Atap

Keh Keh Ada Kah Ada Yang Cemerlang Dalam Pas Ketika Menjadi Menteri Dan Ketika Bersekongkol Dalam Kerajaan Tebuk Atap

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 207 hits
Pas kekalkan Ahli Parlimen ADUN cemerlang sebagai calon PRU15BernamaJulai 31 2022 Tuan Ibrahim berkata pihaknya ketika ini sedang membuat penilaian Petunjuk Prestasi Utama bagi setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Foto Facebook ...
Semakan Keputusan Upu Online Sesi 2022 2023 Lepasan Spm

Semakan Keputusan Upu Online Sesi 2022 2023 Lepasan Spm

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 346 hits
KENYATAAN MEDIA KEPUTUSAN PERMOHONAN BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM POLITEKNIK KOLEJ KOMUNITI DAN INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN AWAM SESI AKADEMIK 2022 2023 BAGI PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM SEMAKAN MELALUI UPU ONLINE Dimaklumkan bahawa t...
Kertas 15 Pelajar Sultan Alam Shah Dibatal Kerana Membawa Hp

Kertas 15 Pelajar Sultan Alam Shah Dibatal Kerana Membawa Hp

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 251 hits
MOHD FADLI SALLEHKertas peperiksaan 15 pelajar Sekolah Sultan Alam Shah dibatalkan kerana kesalahan membawa telefon bimbit secara tidak sengaja ke dalam dewan peperiksaan Punca berlaku katanya kerana masa exam tu Peperiksaan kertas Sejarah ...
Smp Upm Login Kemaskini Maklumat Pelajar Upm

Smp Upm Login Kemaskini Maklumat Pelajar Upm

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 402 hits
Sistem Maklumat Pelajar UPM atau singkatannya SMP UPM merupakan sistem dalam talian yang dibangunkan khusus untuk pelajar di Universiti Putra Malaysia Bagi yang tidak tahu UPM mempunyai 2 cawangan iaitu kampus utama di Serdang Selangor dan ...
Tuntutan Sulu Surat Tommy Beri Pengiktirafan Waris Sulu

Tuntutan Sulu Surat Tommy Beri Pengiktirafan Waris Sulu

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 201 hits
Ibarat menjadi duri dalam daging kepada Malaysia isu Sulu timbul lagi Kemuncak konflik dengan Sulu berlaku pada Februari 2013 apabila segerombolan waris Kesultanan Sulu menceroboh Lahad Datu Sabah Akibat daripada pencerobohan itu Kerajaan M...
Celah Mana Yang Salahnya Beza 33 Tahun Netizen Berbalah Pendapat Tentang Video Tiktok Guru Kahwini Bekas Pelajar

Celah Mana Yang Salahnya Beza 33 Tahun Netizen Berbalah Pendapat Tentang Video Tiktok Guru Kahwini Bekas Pelajar

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 185 hits
Bermacam macam jenis trend di TikTok yang mendapat perhatian netizen namun ada satu trend yang menimbulkan perdebatan netizen di media sosial Trend tentang menunjukkan perkahwinan di usia muda atau berkahwin dengan bekas pelajar atau guru k...
Bila Ada Degree Tapi Terpaksa Kerja Taraf Spm

Bila Ada Degree Tapi Terpaksa Kerja Taraf Spm

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 260 hits
1 Berlegar legar di media sosial ramai anak muda yang result SPM cemerlang ada degree CGPA bagus tapi bekerja dalam bidang yang tiada kaitan dengan kelulusan akademik 2 Ada yang kerja di restoran fastfood jadi cashier kedai serbaguna jadi b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator