Pengalaman Menulis Blog Sebagai Surirumah Sepenuh Masa


Assalamualaikum,Selamat Malam

Kalau dua hari lepas , Fiza kongsikan tentang resepi nasi goreng tomyam... Blogpost malam ni pulak, Fiza nak share tentang pengalaman Fiza menulis blog... Biarpun hanya bergelar surirumah sepenuh masa. 

Yelah! Title surirumah itu sendiri menunjukkan bahawa masa Fiza banyak dihabiskan di rumah dengan anak-anak dan suami. Of course, akan ada yang bertanya. Kan? 
Mana datangnya idea untuk menulis. Bila masa nak menulis, sedangkan kerja-kerja rumah kalau diikutkan sampai bila-bila pun tak pernah nak selesai. Mana lagi nak uruskan makan minum, pakai anak-anak dan suami. Betul tak

Ok! Begini..

Fiza menulis blog..

Kerana Minat Dan NiatPertama sekali pada Fiza, sebelum berhasrat untuk menulis blog. Kena ada minat dan niat. 
Alhamdulillah, Fiza terjebak dengan dunia blog pada tahun 2011. Masa tu tengah menunggu konvokesyen universiti. Bila dah selalu sangat baca kisah dari pengalaman orang di blog, Fiza pun jadi berminat. Dari situlah start menulis blog dengan niat untuk mengisi masa yang terluang. 
Lagi pulak, Fiza lebih suka luahkan perasaan melalui tulisan. Masa tu tak terfikir pun tentang blog boleh hasilkan duit. 
Start dari situ, lama kelamaan... Fiza berkenalan dengan ramai blogger. Dari situ jugaklah, Fiza start kenal Nuffnang. Alhamdulillah, berkesempatan jugak merasa income dari Nuffnang walaupun tak meriah. 
Bila dapat income dari blog... Fiza anggap itu adalah 'bonus' dan ianya menjadi inspirasi untuk Fiza terus menulis

Fiza percaya, if kita seronok menulis dengan niat untuk berkongsi... In Shaa Allah, walau sesibuk mana pun kita... Lama mana pun tak update blog, kita akan rasa seperti ada yang kurang dalam hidup. Betul tak

Fiza sayang sangat dengan blog ni. Bayangkan dari tahun 2011 hingga 2022 Fiza menulis. 11 tahun... Dah

Dari free domain sampai la domain berbayar tau... Nampak kan betapa lamanya Fiza dalam dunia penulisan blog. Walaupun apa yang Fiza share kekadang ada yang tak sampai beratus pun readers

Mesti korang akan fikir. Eh! Dah tahu tak ramai pembaca, kenapa nak teruskan jugak menulis blog. Kan

Trust the process. 
Bila dah hari-hari update, one day ada jugak blogpost yang sangkut di first page google... Sampai ratus ribu pembaca yang datang. Walaupun tak semua blogpost seperti itu, at least ada jugak kan... Itulah antara pembakar semangat Fiza untuk terus bertahan dalam dunia blogging

Jujur Fiza cakap, tipu la... Kalau kita tak rasa down dengan komen dari Anonymous, yang memberi komen berbaur negatif. Ada masa kita malas. Ada masa kita ketandusan idea. Tapi, Fiza selalu ingatkan diri... Setiap masalah ada solusinya. 
Terus terang Fiza cakap... Kalau ada komen yang tak best, spammer... Minta maaf banyak-banyak, Fiza tak kan publish. Senang cerita, Fiza akan tapis dulu komen sebelum publish. That why pentingnya awaiting moderation. Tujuannya, Fiza nak elak negative vibes di sini

Kemudian, kalau dah takde idea sangat nak menulis. Fiza akan cuti dari menulis. Tapi, jangan amalkan sangat kerana tabiat beginilah yang akan menyebabkan Pageviews blog menurun. Bila menurun, confirm google Adsense jugak turut terkesan. Semua tu Fiza pernah rasai. That why, Fiza berani cakap. 
Pernah la... Fiza tak update blog selama dua bulan. Pageviews jatuh teruk. Adsense... Dari boleh kumpul USD1 ke 2 sehari... Jatuh bersen-sen. Tu based on pengalaman Fiza lah ye. Al-maklumlah, blog Fiza niche dia lebih kurang macam lifestyle... Jadi, blogpost pun bermacam-macam ada. So, pembacanya takdelah seramai blog yang niche'nya fokus satu perkara je

Fiza pernah nak buat blog 1 niche. Tapi tak kena dengan jiwa Fiza. Fiza sejenis yang suka menulis dengan bahasa yang santai

Namun, itu semua tak menjadi penghalang untuk Fiza terus menulis. Kuncinya di sini... Jangan stress, menulis dengan enjoy. Jadi diri sendiri. Jangan terlalu fokus kepada 'pulangan'... In Shaa Allah, keseronokan menulis itu pasti akan dirasai

Percayalah pada rezeki. Semakin ramai kau kenal blogger, semakin banyak benda kau akan pelajari. Malah, dari rakan blogger jugak la Fiza kenal intellifluence... Di mana, website tersebut menawarkan pelbagai jobs untuk social media. Kemudian, setiap jobs ada rewards samaada dalam bentuk tunai atau barang

Fiza pernah dibayar beberapa kali setakat ni dengan bayaran USD100 per job

  Baca Juga   : Cara Mudah Jana Income Tanpa Modal Di Intellifluence
Selain tu jugak, Fiza pernah menerima beberapa emails dari beberapa buah syarikat yang ingin beriklan di blog Fiza, then mereka bayar jugak based on deal

That why, Fiza kata... Menulislah dengan tenang dan enjoy. Trust the process, suatu hari orang akan cari kita jugak. Hanya... Apa yang membezakannya adalah cepat atau lambat

Jika kita terlalu fikirkan akan 'pulangan'. Fiza yakin penulisan kita pun seperti terdesak. Bila kita tak mencapai apa yang kita nak... Ia akan membuatkan kita rasa down, stress... Penyudahnya, kita akan berhenti dari menulis. Betul tak

Kekadang, ada masa kita ketandusan idea untuk menulis. Itu jugak antara masalah yang akan kita lalui dalam dunia blogging

So..


Bagaimana Cara Nak Dapatkan Idea Untuk Menulis Blog?Selalunya, idea untuk menulis blog tu Fiza ambil dari pelbagai sudut pandang. Antaranya :-Fiza suka share perkembangan anak-anak. Begitu jugak dengan pengalaman bersalin. Fiza jugak ambil idea dari rancangan tv. Kekadang apa yang Fiza tonton, Fiza akan kongsikan ulasan... Sinopsis dan sebagainya.Begitu jugak dengan petua di dapur. Apa yang Fiza tahu, itulah antara lain yang Fiza akan kongsikan di sini.Isu semasa jugak turut menjadi penyumbang idea untuk Fiza menulis di sini. Selalunya Fiza ambik berita-berita yang positif je untuk diulas.Selain itu, Fiza jugak cedok idea dari masakan yang Fiza masak hari-hari di rumah. If Fiza rasa ianya menarik untuk dikongsi... Fiza akan kongsikan di sini.Begitu jugak dengan makanan yang ada di pasaran. Kekadang aiskrim pun Fiza reviews di blog. Alhamdulillah, setakat ni ada beberapa jenis aiskrim yang Fiza reviews mendapat views yang banyak.Kadang-kadang ada info menarik dari website lain jugak Fiza kongsikan di sini. Usah risau, Fiza akan backlink balik untuk hargai owner.Begitu jugak dengan penyelenggaraan blog. If Fiza rasa ia patut dikongsi, ada masa Fiza akan buat tutorial blog bergambar.Fiza jarang staycations dan makan di luar. Tapi, bila berkesempatan... Fiza jugak tak nak lepaskan peluang yang ada untuk kongsikan pengalaman di sini.Last sekali, if memang dah takde idea sangat... Fiza akan blogwalking. Dari situ jugaklah Fiza boleh dapatkan Idea untuk menulis.Itu antara tips, bagaimana cara Fiza dapatkan Idea untuk menulis di blog
Bagaimana pulak dengan pembahagian masa untuk menulis blog dengan kerja-kerja rumah?Kalau difikirkan, memang la lansung takde masa untuk menulis... Lagi-lagi kalau ada anak kecik yang masih lagi breastfeeding macam anak Fiza. Memang payah. 
Tapi..

Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Kan

Kalau dah minat, sepayah mana pun... Pasti akan cari jugak masa untuk menulis. Percayalah. 
Bagaimana caranya

Cara Fiza, Isnin hingga Jumaat... Bila anak-anak dah ke sekolah. Encik suami dah pergi kerja. Cuma tinggal Cik D yang berumur setahun 11 bulan je dengan Fiza. Sebelah pagi memang Fiza habiskan masa dengan kerja-kerja rumah dan melayan Cik D. Bila Cik D dah tidur... Masa tulah Fiza guna untuk membuat draft di dashboard blogger. 
If tak sempat nak siapkan..

Fiza akan sambung edit sebelah malam, selepas anak-anak dan suami tidur. Begitulah rutin Fiza setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad. Biasanya, kalau weekends... Fiza akan buat autopublish blogpost je. 
Hakikatnya, Walau sesibuk mana pun, Fiza akan cuba jugak cari masa untuk update apa yang patut. Dah minat kan. Tak buat, rasa tak lengkap

Bagaimana pula dengan pandangan suami tentang minat isteri menulis blog?Alhamdulillah, syukur sangat. Fiza disatukan dengan seorang lelaki yang sangat supportive. Kekadang, kalau terjumpa produk makanan yang limited edition... Dia lah orangnya yang beria pergi beli, tanpa diminta. Mana tak seronok. Kan

Dia tak pernah halang pun apa yang Fiza minat. Apa yang dia selalu pesan. Menulislah dengan penuh berkhemah. Kisah rumahtangga jangan sesekali diceritakan di blog. 
Alhamdulillah, sampai sekarang Fiza ingat akan kata-katanya

KesimpulannyaNak jadi blogger bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak benda yang perlu kita korbankan. Namun, bila kita ada minat dan niat yang betul... In Shaa Allah, kau akan rasai keseronokan menulis blog tu bagaimana. Percayalah cakap Fiza

Apa-apa pun, terima kasih buat yang sudi baca blogpost ini yeah

Tanpa korang, siapalah Fiza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fizacrochet.com/2022/03/pengalaman-menulis-blog.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Telah Berjaya Melaksanakan 10 Janji Dalam Masa 22 Bulan Memerintah Sebagai Kerajaan Negeri Johor

Pakatan Harapan Telah Berjaya Melaksanakan 10 Janji Dalam Masa 22 Bulan Memerintah Sebagai Kerajaan Negeri Johor

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 328 hits
Pakatan Harapan telah berjaya melaksanakan 10 janji dalam masa 22 bulan memerintah sebagai Kerajaan Negeri Johor Berikut adalah pelaksanaan yang berjaya diberikan kepada rakyat 1 Jawatan Menteri Besar Telah Dihadkan Untuk 2 Penggal 2 Skim T...
Mood Menulis Blog Down Main Tarik Tali

Mood Menulis Blog Down Main Tarik Tali

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 247 hits
Mood Menulis Blog Down Main Tarik Tali Entah mana silapnya mood menulis blog down hilang entah kemana Setakat dua bulan pertama di tahun 2022 hanya 13 entri sahaja yang berjaya di terbitkan Sibuk tak sepatutnya dijadikan alasan itu aku seda...
Kemenkes Sebut Perpanjangan Masa Kedaluwarsa 18 Juta Dosis Vaksin Sudah Dikaji Bpom

Kemenkes Sebut Perpanjangan Masa Kedaluwarsa 18 Juta Dosis Vaksin Sudah Dikaji Bpom

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 185 hits
Sekretaris Direktorat Jenderal Kesehatan Masyarakat Kementerian Kesehatan ini menyebut vaksin yang telah diperpanjang masa kedaluwarsa aman digunakan untuk masyarakat
The Adam Project Filem Kekeluargaan Bertemakan Pengembaraan Masa

The Adam Project Filem Kekeluargaan Bertemakan Pengembaraan Masa

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 261 hits
Kalau anda teringin nak tonton filem yang menampilkan watak Ryan Reynolds dalam usia kanak kanaknya maka anda perlu tonton The Adam Project Dalam filem ini Reynolds bergabung semula bersama pengarah Free Guy Shawn Levy dalam sebuah perjalan...
Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

Pelaksanaan Gaji Minimum Dalam Masa Terdekat Bukan Akhir Tahun Kata Menteri

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 167 hits
Kali terakhir gaji minimum dinaikkan adalah pada 1 Feb 2020 dengan kenaikan RM100 daripada RM1 100 ke RM1 200 sebulan ketika pembentangan Bajet 2020 KUALA LUMPUR Kerajaan akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum RM1 500 dalam masa terdekat...
Airlangga Sebut Beberapa Daerah Sudah Lewati Masa Puncak Covid 19

Airlangga Sebut Beberapa Daerah Sudah Lewati Masa Puncak Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 125 hits
Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Airlangga Hartarto mengatakan kasus aktif Covid 19 di seluruh pulau di luar Jawa Bali telah mengalami penurunan Menurutnya terdapat beberapa daerah di di luar Jawa dan Bali yang sudah melewati puncak ...
Silap Jika Kata Keadilan Tiada Masa Hadapan

Silap Jika Kata Keadilan Tiada Masa Hadapan

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 121 hits
Oleh Hassan Abdul Karim ULASAN Adalah benar KEADIILAN kalah teruk dalam tiga Pilihan Raya Negeri Melaka Sarawak dan Johor Apakah ini bermakna parti KEADILAN sudah tidak ada masa hadapan Jawapannya tidak KEADILAN bukan seperti parti Semangat...
15 Istilah Popular Di Tiktok Beserta Maksudnya Yang Sering Digunapakai Masa Kini

15 Istilah Popular Di Tiktok Beserta Maksudnya Yang Sering Digunapakai Masa Kini

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 384 hits
Anda pengguna TikTok Pastinya pernah dengar dan familiar dengan beberapa istilah yang sering digunapakai di TikTok seperti FYP DC IB Shadow Banned Berikut ialah panduan untuk semua istilah slang yang digunakan pada TikTok beserta maksudnya ...
Momen Jenderal Tni Kunjungi Asrama Kopassus Mengenang Masa Muda Saat Jadi Prajurit

Momen Jenderal Tni Kunjungi Asrama Kopassus Mengenang Masa Muda Saat Jadi Prajurit

papar berkaitan - pada 13/3/2022 - jumlah : 185 hits
Wakil Kementerian Pertahanan Letjen TNI Muhammad Herindra baru baru ini mengunjungi asrama Kopassus Kunjungannya kali itu juga menghadirkan momen nostalgia tersendiri bagi Wamenhan Melansir dari Instagram grup 2 kopassus Minggu berikut potr...
Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Masak Thai Yang Simple Tapi Sedap

Pickleball Sukan Viral Cara Bermain Dan Sistem Pemarkahan

Gunung Tertinggi Di Dunia Nama Gelaran Dan Ketinggian

R Arnold Och Ppeltr Det En Metafor F R Samh Llets Strukturella Or Ttvisor

Hazelnut Chocolate Kek Terbaru Secret Recipe

Cuti 8 000 Kakitangan Awam Pahang Dibekukan Persiapan Menghadapi Monsun Timur Laut