Pengalaman Menginap Di Trinidad Suites Puteri Harbour Johor


Assalamulaikum dan salam sejahtera

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku menginap di sebuah hotel yang menarik yang terletak di Puteri Harbour, Johor. Untuk pengetahuan anda, selepas sahaja selesai Batam Mega Fam Trip yang lalu, sekumpulan kecil daripada kami memilih untuk menginap selama satu malam di Trinidad Suites Puteri Harbour

In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan kongsikan secara terperinci penginapan aku dan rakan-rakan di Trinidad Suites Puteri Harbour. ✌
PENGALAMAN MENGINAP DI TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR, JOHOR

Trinidad Suites Puteri Harbour merupakan sebuah hotel penginapan bertaraf 4 bintang. Terletak di Puteri Harbour iaitu lokasi sempadan antara Malaysia dan Singapura, hotel ini menawarkan penginapan yang selesa, elegan dan eksklusif

Perjalanan dari hotel ini ke lokasi menarik dan popular seperti Iskandar Malaysia Studio mengambil masa cuma 7 minit, ke Mall of Medini cuma 7 minit, ke Taman Tema Legoland cuma 11 minit  dan ke Johor Premium Outlet cuma 25 minit sahaja


Untuk pengetahuan anda, sebanyak 202 bilik tersedia di hotel ini dan antara jenis-jenis bilik penginapannnya adalah seperti berikut :-
Studio Executive (Twin)Studio Premier (King)One Bedroom Deluxxe One Bedroom ExecutiveOne Bedroom DuplexTwo Bedroom DeluxeTwo Bedroom ExecutiveTwo Bedroom PremierThree Bedroom Premier

Masuk sahaja ke ruangan lobi hotel anda akan melihat penyambut tetamu yang mesra dengan senyuman. (Walaupun tak boleh nampak sebab pakai pelitup muka 😅)


Di ruangan lobi terdapat ruangan membaca dan menunggu untuk anda berehat dan santai sekiranya malas mahu naik ke bilik hotel dan sebagainya. 
JOM LIHAT BILIK HOTELTWO BEDROOM DELUXE
Aku dan rakan-rakan menginap di TWO BEDROOM DELUXE iaitu antara jenis penginapan yang tersedia di sini. Masuk sahaja ke dalam TWO BEDROOM DELUXE ini membuatkan seperti betul-betul berada di rumah atau kediaman yang lengkap

Dengan keluasan 92m², TWO BEDROOM DELUXE ini memang sesuai untuk penginapan keluarga atau percutian bersama rakan-rakan




Ruang tamu yang tersedia memang besar dan luas. Anda boleh lihat sendiri melalui gambar-gambar yang sempat aku ambil. Ruang ini sesuai untuk berehat dan santai lengkap dengan sofa yang selesa dan TV dengan pelbagai saluran. 
Lebih menarik lagi keranadi bahagian belakang sofa tersebut adanya ruang balkoni.  Balkoni ini anda boleh melihat pemandangan Marina Walk Puteri Harbour yang cantik dan meriah di waktu malamnya



Ruang berikutnya adalah ruangan dapur. Lengkap dengan kabinet yang dipenuhi perkakas membuat air, dan memasak. Selain itu, peti ais dengan dua pintu juga tersedia di sini untuk anda menyimpan minuman sejuk dan sebagainya. 
Satu perkara lagi yang aku suka adalah tersedianya mesin basuh yang boleh terus keringkan baju. Memang memudahkan untuk anda yang membawa baju banyak, dan terus basuh sahaja di sini, tak perlu lagi ke dobi



Ruangan bilik pula seperti yang anda boleh lihat memang sangat selesa dan luas. Bilik pertamanya disediakan katil bersaiz KING lengkap dengan meja solek dan TV. Juga tersedia bilik air dan tandas yang luas, serta almari pakaian



Ruangan bilik kedua pula tersedia dua buah katil bersaiz SINGLE, lengkap dengan almari pakaian dan pintu ke tandas dan bilik air. Bilik air dan tandas ini pula mempunyai dua pintu, satu disambungkan pada bilik tidur kedua ini dan satu pintu lagi ke ruangan luar, untuk mereka yang berada di ruang tamu contohnya boleh terus ke tandas ini tanpa masuk ke ruang bilik


FASILITI DI HOTELTrinidad Suites Puteri Harbour ini merupakan antara hotel yang aku suka, sebab fasilitinya memang lengkap dan dijaga rapi. Antara faktor yang menjadikan hotel itu pilihan aku adalah bila mana fasilitinya lengkap. Sesuai untuk aku berehat dan bersantai bersama keluarga. Berikut adalah antara fasiliti-fasiliti yang tersedia di hotel ini

KOLAM INFINITI
Kolam infiniti disini memang besar dan luas, selesa dengan pemandangan yang indah. Pemandangan yang anda boleh lihat adalah seperti Marina Puteri Harbour, dan juga negara Singapura! Sempat juga kami bergambar sakan disini sambil berenang-renang



RUANG DOBI
Untuk bilik yang tidak mempunyai mesin basuh, jangan risau, anda boleh sahaja ke tempat dobi yang turut disediakan di sini. Tak perlu nak keluar mencari dobi yang jauh dan memenatkan

GYMNASIUM
Pusat kecergasan atau gymnasium juga disediakan disini untuk mereka yang menginap di hotel ini. Kelengkapannya memang cukup dan anda boleh menggunakan fasiliti ini seawal jam 6 pagi sehingga 10 malam

RUANG ACARA
Ruang untuk anda mengadakan acara juga disediakan. Anda bolehlah membuat majlis atau apa jua acara disini dan boleh memilih sama ada ruangan terbuka atau berbumbung



KEMBALI KITCHENUntuk anda yang mengambil pakej sekali dengan sarapan, inilah tempat makan yang disediakan iaitu Kembali Kitchen



Kembali Kitchen ini menawarkan pelbagai jenis makan untuk sarapan yang anda boleh cuba. Memang banyak dan sangat menyelerakan ya. Aku sendiri mengambil pelbagai jenis makanan yang disediakan di sini



LOKASI MENARIK BERDEKATAN 
Lokasi berdekatan dengan Trinidad Suites Puteri Harbour ini yang anda boleh terjah adalah seperti Marina Walk Puteri Harbour. Dengan pemandangan kapal yang cantik, disini juga meriah dengan orang ramai bersantai bersama keluarga di waktu petang



Selain itu juga disini terletak dekat sahaja dengan Terminal Feri Antarabangsa Puteri Harbour yang juga merupakan pintu masuk ke Indonesia dan Singapura. Anda boleh ke Batam melalui terminal feri ini ya! ( BATAM MEGA FAM TRIP)

MENGINAP DI TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR sememangnya satu pengalaman yang menarik. Bilik hotelnya memang selesa, luas dan lengkap dengan kemudahan. Selain itu, kemudahan dan fasiliti seperti gym dan kolam infinitinya juga membuatkan pengalaman menginap di sini lebih menarik

Kedudukan atau lokasi Trinidad Suites Puteri Harbour yang strategik juga adalah antara satu nilai tambah buat nada yang mencari pilihan penginapan di sini. Deretan kedai dan restoran di Marina Walk Puteri Harbour yang sememangnya meriah dengan orang ramai merupakan satu lagi tarikan menarik disini

Jika ditanya adakah aku akan menginap lagi disini? Jawapannya sudah pasti YA! In shaa Allah selepas ini mungkin aku akan bawa keluarga aku di Kedah datang ke sini berehat, bersantai dan bercuti di Trinidad Suites Puteri Harbour

* Untuk tempat makan malam dan tengahari aku akan ceritakan dalam artikel berasingan. Nantikan artikel tersebut ya.
TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR
LOKASI : Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Iskandar Puteri, Johor
LAMAN WEB : Trinidad Suites Puteri HarbourFACEBOOK : Trinidad Suites Puteri HarbourInstagram : Trinidad Suites Puteri HarbourE-MAIL : [email protected] : +6072830488LINKTREE : Trinidad Suites Puteri Harbour | Linktree
Sebarang pertanyaan lebih lanjut tentang Trinidad Suites Puteri Harbour, anda boleh hubungi | Elyana : 010-889 4089 & Sarimah : 012-705 7115

SEKIAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/07/review-trinidad-suites-puteri-harbour.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Trinidad Suites Puteri Harbour Penginapan Eksklusif Sempurna Dan Terbaik

Trinidad Suites Puteri Harbour Penginapan Eksklusif Sempurna Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 278 hits
TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR PENGINAPAN EKSKLUSIF SEMPURNA DAN TERBAIK Hotel merupakan salah satu tempat penginapan pilihan ketika bercuti Tidak kiralah sama ada untuk percutian dengan keluarga ataupun datang atas urusan perniagaan selalu...
Makan Steak Tersedap Di Les Bouchons Puteri Harbour

Makan Steak Tersedap Di Les Bouchons Puteri Harbour

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 303 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraThe King of Steak and Fries Les Bouchons merupakan sebuah restoran yang telah wujud sejak tahun 2002 dan ia merupakan antara restoran pertama di Singapura yang memperkenalkan French Steak Frites Steak and ...
Pengalaman Menginap Di Favehotel Nagoya Batam

Pengalaman Menginap Di Favehotel Nagoya Batam

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBaru baru ini aku berpeluang menginap di sebuah hotel yang baru sahaja dilancarkan di Batam Kepulauan Riau Indonesia Lebih menariknya pelancaran hotel tersebut dibuat pada hari pertama aku menjejakkkan kak...
Perasmian Sekolah Antarabangsa Idrissi Oleh Mb Johor Di Iskandar Puteri

Perasmian Sekolah Antarabangsa Idrissi Oleh Mb Johor Di Iskandar Puteri

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 296 hits
PERASMIAN SEKOLAH ANTARABANGSA IDRISSI OLEH MB JOHOR DI ISKANDAR PUTERI telah pun diadakan pada 23 Julai 2022 yang lepas Sekolah Antarabangsa IDRISSI bersedia untuk berkembang dengan cawangan barunya di Iskandar Puteri bermula September 202...
Pengalaman Menonton Perlawanan Afc Champions League Di Stadium Sultan Ibrahim Johor

Pengalaman Menonton Perlawanan Afc Champions League Di Stadium Sultan Ibrahim Johor

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 452 hits
Pengalaman Menonton Perlawanan AFC Champions League di Stadium Sultan Ibrahim Johor Pengalaman penuh semangat yang amat bermakna Bulan April 2022 yang lepas pertama kalinya aku jejakkan kaki ke stadium bola sepak yang terbesar dalam Johor n...
17 Ditahan Barang Subsidi Lebih Rm1 5 Juta Dirampas Di Johor

17 Ditahan Barang Subsidi Lebih Rm1 5 Juta Dirampas Di Johor

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 204 hits
Kamarul Zaman Mamat berkata dua daripadanya mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah manakala warga asing terbabit menyalahgunakan dokumen perjalanan PETALING JAYA Polis Johor merampas barang kawalan bersubsidi diesel rokok dan arak seludup...
Expo Mom Baby Expo Midvalley Johor Bahru 2022

Expo Mom Baby Expo Midvalley Johor Bahru 2022

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 417 hits
EXPO MOM BABY EXPO MIDVALLEY JOHOR BAHRU 2022 Semalam umi berkesempatan untuk sama sama menyertai expo terbesar ni di Midvalley Exibition centre di tingkat 3 Walaupun umi ni takde dah anak kecil tapi umi masih lagi menggunakan beberapa prod...
Makan Makanan Fusion Enak Di Feast Eco Galleria Nusajaya Johor

Makan Makanan Fusion Enak Di Feast Eco Galleria Nusajaya Johor

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 330 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah kali ini aku dengan gembiranya nak kongsikan kepada anda semua satu lokasi tempat makan yang menarik di mana aku dan rakan rakan sempat singgah bar...
Individu Mohon Maaf Secara Terbuka Selepas Lakukan Fitnah Puteri Sarah Kongsi Pengajaran Buat Orang Luar

Individu Mohon Maaf Secara Terbuka Selepas Lakukan Fitnah Puteri Sarah Kongsi Pengajaran Buat Orang Luar

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 245 hits
Baru baru ini pelakon Puteri Sarah telah memfailkan notis saman terhadap seorang individu yang dikatakan telah melakukan fitnah mengenainya dan berkaitan kemelut rumah tangga seperti yang tular di media sosial
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities