Makan Steak Tersedap Di Les Bouchons Puteri Harbour


Assalamualaikum dan salam sejahtera

The King of Steak and Fries! | Les Bouchons merupakan sebuah restoran yang telah wujud sejak tahun 2002 dan ia merupakan antara restoran pertama di Singapura yang memperkenalkan French Steak Frites "Steak and Fries". Daripada hanya dua cawangan di Singapura, Les Bouchons mengembangkan lagi cawangannya ke Iskandar, Johor, Malaysia iaitu di pusat tumpuan Puteri Harbour dengan dekorasi bistro Paris

Sejak pembukaan restoran ini, matlamatnya adalah  sentiasa sama – untuk memastikan pelanggan berasa dialu-alukan, selesa, menikmati pengalaman yang konsisten, memuaskan dan kualiti yang baik. Les Bouchons dikenali sebagai The King of Steak and Fries! Atau sebagai orang Perancis memanggilnya Le roi du steak frites. Atau orang tempatan memanggilnya “Malaysia Boleh!”
Artikel kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku mencuba beberapa makanan di sini serta kenapa aku sarankan anda untuk datang dan cuba sendiri hidangan di Les Bouchons Puteri Harbour. 
MAKAN STEAK TERSEDAP DI LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR
Macam mana boleh tiba-tiba makan di sini? | Okay sebenarnya kalau ada yang baca artikel Trinidad Suites Puteri Harbour mesti tahu bahawa aku baru-baru ini menginap di hotel tersebut. Yang belum baca bolehlah baca terlebih dahulu

Pada sebelah malam untuk hari pertamanya selepas berjalan-jalan sekitar Marina Walk Puteri Harbour, aku dan rakan-rakan seterusnya berjalan dalam beberapa ratus meter menuju ke restoran Les Bouchons Puteri Harbour ini. 


Restoran ini menyediakan menu no pork, no lard and no alcohol. Dapur yang digunakan untuk memasak in shaa Allah Muslim friendly, iaitu tiada bahan masakan seperti yang dinyatakan. Restoran ini juga menyediakan minuman keras untuk pelanggan non-muslim, tetapi di dapur memasak tidak ada bahan-bahan yang haram. 
Masuk sahaja ke dalam restoran ini, memang terasa bagaikan berada di Perancis dengan lagu-lagu yang berkumandang, dekorasi dalaman restoran ini sememangnya sangat cantik. Selain itu, suasana juga meriah dengan beberapa pelanggan lain menyambut hari lahir mereka di sini dan dinyanyikan oleh semua orang yang berada di dalam restoran termasuklah aku dan rakan-rakan. 

Seterusnya tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu tentang makanan yang dicuba. Sebelum membaca bahagian ini, aku nak minta maaf terlebih dahulu kerana mungkin anda akan terliur melihat menu-menu yang dicuba. 😅
SENARAI MENU YANG DICUBA DI LES BOUCHONSSmoked Trout with Toast and Sour Cream (RM50)
Wild Mushroom Velouté with Truffle Oil (RM30)

Burgundy Escargots with Garlic Butter (6 pcs) (RM40)

Untuk entrée, makanan yang dicuba adalah Smoked Trout with Toast and Sour Cream (RM50), Wild Mushroom Velouté with Truffle Oil (RM30) dan Burgundy Escargots with Garlic Butter (6 pcs) (RM40). 
Wild Mushroom Velouté with Truffle Oil ini memang sedap dan enak sebagai pembuka selera dan dimakan bersama French Bread. Pada mulanya aku ingatkan ia adalah ikan salmon, rupanya ikan trout untuk menu Smoked Trout with Toast and Sour Cream. Rasanya memang sedap dan lebih kenyal berbanding ikan salmon. 
Menu berikutnya iaitu Burgundy Escargots with Garlic Butter ini pula memang unik sebenarnya. Tanpa mengetahui nama menunya, memang agak sukar untuk mengagak apakah hidangan ini, tapi siapa sangka rasa escargots memang sedap. Ini merupakan pertama kali aku mencubanya untuk seumur hidup


Free Flow of Home-Made French Fries
Mixed Salad
Catch of the day for 2 ( Grilled local Seabass 900gm to 1KG) ( RM 208)
Wagyu Sirloin MBS 6/7 (RM 258)

Royal Meal Platter (2pc Lamb Chop, 2 pcs Merguez, Half Roasted Chicken & Angus Beef Fillet (RM358)

Untuk hidangan utama pula, disediakan Mixed Salad dan juga Free Flow of Home-Made French Fries, Catch of the day for 2 (Grilled local Seabass 900gm to 1KG) (RM 208), Wagyu Sirloin MBS 6/7 (RM 258), dan Royal Meal Platter (2pc Lamb Chop, 2 pcs Merguez, Half Roasted Chicken & Angus Beef Fillet (RM358)
French Fries yang disediakan ini sangat istimewa kerana di buat sendiri.  Menu ikan siakap itu pula memang sangat sedap kerana isi ikannya memang segar. Dipanggang dan dimasak dengan sedikit mentega membuatkan rasanya benar-benar bangkit dan begitu menyelerakan dimakan dengan sos khas. 
Menu Wagyu Sirloin pula memang sangat sedap. Sebenarnya aku sendiri memang jarang makan steak, inikan pula daging wagyu. Selalu tengok kawan-kawan kongsikan tentang wagyu, alhamdulillah kali ini dapat juga merasai sendiri daging wagyu. Memang sangat sedap, lembut dan berjus. 
Kalau datang untuk makan beramai-ramai, anda bolehlah cuba Royal Meal Platter yang didatangkan dengan  2 ketul lamb chop, 2 ketul sosej Merguez, ayam roasted separuh dan beef fillet. Memang saiznya besar, dan aku sendiri terkejut dengan saiz hidangan ini

Créme Brûlée Masion (RM20)
Créme Caramel Maison (RM20)
Home Made Double Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream (RM25)
Selesai menjamah hidangan utama ( sebenarnya perut sudah penuh & serba kekenyangan) tibalah masa untuk mencuba pencuci mulut. Tiga jenis pencuci mulut dicuba iaitu Créme Brûlée Masion (RM20), Créme Caramel Maison (RM20), dan Home Made Double Chocolate Lava Cake with Vanilla Ice Cream (RM25). 
Créme Brûlée Masion di restoran ini memang sangat sedap. Klau diikutkan, inilah Creme Brulee yang tersedap pernah aku rasa. Creme Caramel Maisonnya pula memang manis dan dan caramelnya sedap. Chocolate Lava Cakenya pun memang sedap dengan coklatnya yang menyelerakan dimakan bersama aiskrim vanilla. 
JOM CUBA STEAK SEDAP DI LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR

Secara jujurnya pengalaman makan di Les Bouchons ini memang terbaik dengan pilihan makanan yang memang enak dan menyelerakan. Steak wagyu dan beberapa lagi menu yang dicuba membuatkan aku tak sabar untuk kembali makan di Les Bouchons Puteri Harbour lagi satu hari nanti.

Untuk sebearang info lebih lanjut tentang restoran Les Bouchons Puteri Harbour termasuklah menu-menunya, anda bolehlah melihat pautan yang ada disenaraikan di bawah

SEKIAN
LES BOUCHONS PUTERI HARBOUR

LOKASI : Lot R-GL1, Menara Teega, Jalan Lebuh Laksamana, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, 79250 Johor Bahru

WAKTU OPERASI :
Selasa hingga Jumaat : 12.00 tengah hari - 3.00 petang | 6.00 petang sehingga 12.00 tengah malamSabtu hingga Ahad : 12.00 tengah hari sehingga 12.00 tengah malamTutup : Isnin
Untuk tempahan, hubungi : +607 585 2310
Pertanyaan tentang acara : WhatsApp : +6016 433 7223
EMAIL : [email protected] SESAWANG : https://www.lesbouchonsmalaysia.com/FACEBOOK : @bouchonsMalaysiaINSTAGRAM : @lesbouchonsmalaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/08/makan-steak-tersedap-di-les-bouchons.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Menginap Di Trinidad Suites Puteri Harbour Johor

Pengalaman Menginap Di Trinidad Suites Puteri Harbour Johor

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 369 hits
Assalamulaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah kali ini aku nak kongsikan pengalaman aku menginap di sebuah hotel yang menarik yang terletak di Puteri Harbour Johor Untuk pengetahuan anda selepas...
Trinidad Suites Puteri Harbour Penginapan Eksklusif Sempurna Dan Terbaik

Trinidad Suites Puteri Harbour Penginapan Eksklusif Sempurna Dan Terbaik

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 278 hits
TRINIDAD SUITES PUTERI HARBOUR PENGINAPAN EKSKLUSIF SEMPURNA DAN TERBAIK Hotel merupakan salah satu tempat penginapan pilihan ketika bercuti Tidak kiralah sama ada untuk percutian dengan keluarga ataupun datang atas urusan perniagaan selalu...
Makan Di Rusim Kitchen

Makan Di Rusim Kitchen

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 305 hits
Assalamualaikum wbtKISAH Sabtu lepas yang konon kononnya nak Jalan jalan ke Melaka tapi tak jadi Kami ke Aeon Tebrau sebab Iman nak ajak babahnya makan di Sanook Kitchen Sampai depan restoran nampak ada papan bertulis Take Away Only Alasan ...
Ajar Anak Makan Madu Dari Kecil Makanan Untuk Otak Tubuh Anak

Ajar Anak Makan Madu Dari Kecil Makanan Untuk Otak Tubuh Anak

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 704 hits
Makanan sunnah iaitu madu sememangnya diketahui cukup baik untuk badan kita Disebabkan itulah ia begitu disyorkan untuk kanak kanak setahun ke atas Apa kata kita biasakan anak makan madu dari hari ini Nak tahu kelebihannya kongsikan beberap...
Makan Di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang

Makan Di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 403 hits
Semasa trip ke Pulau Pinang awal April dulu mama sempat Makan di Nasi Kandar Beratur 786 Bayan Lepas Pulau Pinang Kebetulan hari kami sampai itu adalah malam pertama Ramadhan maka kami bersahur di perantauan saja huhu Memang bebetul musafir...
Tak Makan Kata Aku Demand First Date Warung Tepi Jalan Dekat Longkang Gadis Akui Tak Setuju

Tak Makan Kata Aku Demand First Date Warung Tepi Jalan Dekat Longkang Gadis Akui Tak Setuju

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 315 hits
Perkenalan orang sekarang boleh dikatakan banyak menerusi int rnet Pada zaman serba moden dan dig tal ini perkara itu sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita Perkembangan m dia s0sial dan kewujudan pelbagai platform aplik si m...
Diam Boleh Pun Telan Pastu Makan Macam Anjing Wanita Pukul Budak 5 Tahun Sebab Tak Nak Makan

Diam Boleh Pun Telan Pastu Makan Macam Anjing Wanita Pukul Budak 5 Tahun Sebab Tak Nak Makan

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 236 hits
Sedang tular di media sosial video menunjukkan seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun dipukul menggunakan penyapu oleh wanita yang dipercayai ibunya di sebuah kediaman di Eco Majestic Semenyih Selangor Berdasarkan video tersebut w...
Cara Makan Durian Dengan Nasi Putih Yang Ringkas Dan Lazat

Cara Makan Durian Dengan Nasi Putih Yang Ringkas Dan Lazat

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 484 hits
Makan durian dengan nasi putih mungkin satu perkara baru bagi kebanyakan orang sekarang Yang biasa diamalkan adalah makan durian dengan pulut Tak perlu buat sendiri kalau malas nak tanak pulut yang agak remeh kerjanya Beli saja Banyak dijua...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya