Makan Makanan Fusion Enak Di Feast Eco Galleria Nusajaya Johor


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku dengan gembiranya nak kongsikan kepada anda semua satu lokasi tempat makan yang menarik di mana aku dan rakan-rakan sempat singgah baru-baru ini ketika berada di Johor. Lokasi restoran ini terletak di Nusajaya dan kawasan sekitarnya sememangnya sedang membangun pesat dengan pelbagai bangunan komersil dan perumahan

MAKAN MAKANAN FUSION ENAK DI FEAST ECO GALLERIA, NUSAJAYA, JOHORFeast merupakan sebuah restoran yang tersorok di Eco Galleria, Nusajaya, Johor, sebuah pusat beli belah terbuka dengan dekorasi Eropah yang sangat cantik dan semestinya tempat sesuai untuk bergambar. Baru sahaja dibuka pada awal tahun 2022, restoran Feast ini sememangnya menawarkan pilihan makanan yang unik-unik belaka
  
Menu-menu fusion atau gabungan antara masakan tempatan dan masakan Barat adalah antara yang anda boleh lihat di dalam menu mereka. Dengan dekorasi yang cantik, di ruang yang terbuka, pengalaman makan di restoran Feast ini pastinya sangat selesa dan tenang


Aku juga sempat melihat di kawasan dalam restorannya, anda boleh memilih untuk duduk di bahagian dalam atau duduk di bahagian luar. Kalau aku, aku lebih suka duduk di kawasan yang terbuka kerana lebih selesa tetapi ikutlah citarasa dan kegemaran anda. Jom lihat lagi beberapa gambar sekitar suasana restoran Feast ini




Menarik bukan? Baiklah, sekarang pula aku nak kongsikan cerita tentang makanan yang kami cuba untuk tengah hari tersebut. Banyak sebenarnya makanan yang dicuba dan alhamdulillah, sebelum aku nak kongsikan tentang makanannya, aku nak beritahu bahawa aku memang sangat berpuas hati dan suka dengan menu-menu yang dicuba pada hari tersebut. 
APPE-TEASER
Dunkin' Crab (RM29) | Crispy Soft-shell Crab Topped with Garlic Butter Sauce. We'll throw in mantao buns for dunking.
; rupanya memang sedap soft-shell ketam ini, lebih-lebih lagi dimakan dengan sos yang disediakan. Memang betul-betul membuka selera untuk terus menikmati makanan yang lain. Mantao bun pun memang sedap apabila dicicah dengan sos yang sama


Davy Jones (RM28) | Let's heat the guy with no heart, grilled calamari stuffed with 'Murtabak' spiced chicken and Coriander Chutney
; Nama menu yang unik, bagaimana pula dengan rasanya? Sebenarnya ini adalah seperti sotong sumbat sahaja. Sotong tersebut disumbatkan dengan ayam rempah yang sedap. Memang berjus dan cukup dengan perisa

PASTA-BILITIES & RISOTTO
Masak Lemak Cili Api (RM26) | Must-try kick-ass linguini cooked with smoked beef tenderloin, spicy coconut and tumeric 
; Selalunya masak lemak cili api di makan sebagai lauk tetapi untuk kali ini, masak lemak cili padi dimasak bersama pasta linguini dan juga daging salai. Aku suka gabungan pasta linguini dengan masak lemak cili api. Serasi rupanya. Daging salainya jugak betul-betul sedap



Nasi Lemak Risotto (RM32) | Al dente arborio rice topped with prawn sambal, cashew nuts, soft boiled egg and "ikan bilis bulu ayam'
; nasi lemak sememangnya hidangan yang popular terutamanya di Malaysia tetapi di restoran Feast ini nasi lemaknya sedikit berbeza iaitu nasinya ditukar dengan risotto. Selain itu, kacang yang diletakkan bersama ada gajus dan bukannya kacang tanah. Walaupun rasanya sedikit berbeza tetapi rasa nasi lemak aslinya masih ada

IN PIZZA WE CRUST
Beef Pepperoni Pizza (RM28) | Tomato Sauce, Pecorino Romano, Kalamata, Parsley, Mozzarella
; pizza pertama yang dicuba adalah beef pepperoni pizza yang dimasak dengan baik sekali. Untuk pizza ini anda perlu makan sewaktu masih panas, barulah rasanya lebih sedap


Laksa Love from Johor Pizza (RM32) | Laksa sauce, Otak-Otak, Onion, Crips Kemangi Leaves, Ginger Flower
; Pizza berikutnya adalah pizza yang unik iaitu dikenali sebagai Laksa Love from Johor Pizza. Pizza Laksa Johor ini memang sedap sebenarnya. Rasanya memang menyerupai laksa johor dengan bahan-bahan yang berada atas pizza ini, memang menarik


Loaded Vegetable Pizza (RM25) | Masak lemak sauce, eggplant, zucchini, carrot, sweet potato, crisp salted egg bitter gourd, mozzarella
; Pizza berikutnya adalah pizza khas untuk vegetarian dengan bahan-bahan yang menyihatkan. asanya pun sedap dengan sos masak lemak

MINUMAN

Thirst Quenchers (RM12) | Classic Ice Lemon Tea / Peach iced tea 
Feast Shakes (RM16) | Pandan oh pandan / red velvet
; Air minuman pula yang diminum adalah ice lemon tea dan peach iced tea yang memang menyegarkan. Di sebelah petangnya pula terdapat dua jenis air iaitu pandan oh pandan dan air red velvet yang istimewa. Rasanya agak manis mugnkin tak sesuai untuk anda yang tidak boleh minum manis

HIGH TEA INDULGENCE (RM58++)

SAVOURYCrab Sliders | Crab meat, mayonnaise, sambal, carrot, loaf breadEgg sandwich | Egg mayo served with bread, tomato and cucumberCroque Monsieur | Loaf bread layered with cheese, chicken ham & spinachLamb Bruschetta | Toasted french loaf topped with lamb rendangOtak-Otak Quiche | Otak-otak fish, egg, spinach, cheese baked in pastry crustMini Satay | Chicken satay served with peanut sauceSalmon Roll | Beetroot-cured salmon rolled with cream cheese & tortilla wrapVege Spring Roll | Popiah filled with vege & shitake mushroomNasi Lemak Ball | Deep fried risotto ball served with sambal, ikan bilis & cashew nutOtak-otak sliders | Grilled otak-otak served with loaf breadSWEETSKuih LapisCream PuffKuih Seri MukaMini Lemon TartRed Velvet Cupcake
; sebelum pulang, kami mencuba pula set HIGH TEA INDULGENCE. Dalam satu set ini terdapat beberapa hidangan yang sedap dan menyelerakan. Untuk makluman, set ini hanya tersedia pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang sahaja



Untuk pengetahuan anda, selain restoran Feast, pemilik restoran ini juga mempunyai sebuah lagi lokasi tempat santai dan melihat persembahan secara live iaitu di 27@ Cove di kawasan Puteri Harbour, berdekatan dengan tempat penginapan kami iaitu di Trinidad Suites Puteri Harbour. Kepada yang berminat bolehlah pergi ke 27@ Cove juga ya

Restoran Feast yang terletak di Eco Galleria, Nusajaya, Johor sememangnya satu lokasi tempat makan yang anda perlu cuba. Pelbagai makanan fusion yang menarik yang anda pastinya tidak akan menyesal untuk dicuba. In shaa Allah sekiranya berpeluang selepas ini aku pastinya akan bawa keluarga aku untuk datang ke sini pula

RESTORAN FEAST ECO GALLERIA

LOKASI : A0120 Blok A Eko Galleria, Jalan Eko Botani 3, Taman Eko Botani, Iskandar Puteri, Johor Bahru, Malaysia
WAKTU OPERASI: 12.00pm to 10.00pm MENU: https://bit.ly/FEAST-menu
HUBUNGI: https://feastecogalleria.wasap.myINFO : linktr.ee/FeastEcoGalleria
FACEBOOK :  Feast Eco GalleriaINSTAGRAM : Feast Eco Galleria
#FEASTEcoGalleria #Nusajaya #Johor #foodforthought #foodie #foodlover


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/08/review-feast-eco-galleria-nusajaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Hidangan Enak Di Laman Desaru Bistro Desaru Johor

Makan Hidangan Enak Di Laman Desaru Bistro Desaru Johor

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 334 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar pembaca dan rakan rakan sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan yang baik baik belaka Baiklah kali ini aku seperti biasa nak kongsikan satu lokasi tempat makan menarik di negeri Joh...
Makan Set Bubur Nasi Sedap Kat Taman Molek Johor

Makan Set Bubur Nasi Sedap Kat Taman Molek Johor

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 466 hits
Makan Set Bubur Nasi Sedap kat Taman Molek Johor Pagi ni Pasir Gudang dihujani hujan Ehh apa benda ayat aku Haha Tempat aku ni dituruni hujan Redup je cuaca sampai ke tengahari ni Syok tidur oi Time sejuk sejuk ni teringat pulak kat bubur s...
Masak Bungkus Ibu Ni Gigih Buat Makanan Kedai Baru Anak Makan

Masak Bungkus Ibu Ni Gigih Buat Makanan Kedai Baru Anak Makan

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 226 hits
Memang pening juga kalau anak tak mahu makan Puaslah kita buat macam macam cara untuk pastikan anak nak makan tapi gagal Bila diajak makan ada saja alasan Mulut ditutup rapat kepala digeleng laju Sampai buntu dibuatnya Artikel Menarik Seset...
Apa Hukum Penghantar Makanan Hantar Makan Minuman Haram Ini Jawapan Ustazah Asma Harun

Apa Hukum Penghantar Makanan Hantar Makan Minuman Haram Ini Jawapan Ustazah Asma Harun

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 398 hits
Apa hukum penghantar makanan hantar makan minuman haram Ini jawapan Ustazah Asma HarunFoto Kosmo OnlineIsu penghantar makanan beragama Islam menghantar makanan atau minuman haram seperti babi dan alkohol seringkali dibincangkan di media sos...
Craving Makanan Korea Korang Try Makan Kat Dubuyo Urban Korean Food

Craving Makanan Korea Korang Try Makan Kat Dubuyo Urban Korean Food

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 333 hits
Assalamualaikum Tekak nie kalau makanan korea memang tak tolak Apa pun boleh asalkan halal lah kan Sebelum nie dah banyak kali juga makan kat DubuYo cuma tak cerita kat blog Kali nie nak review DubuYo Urban Korean Food yang Fiza pergi satu ...
Makan Makanan Viral Halal Mala Mini Hotpot Pavillion Kl

Makan Makanan Viral Halal Mala Mini Hotpot Pavillion Kl

papar berkaitan - pada 2/8/2022 - jumlah : 477 hits
MAKAN MAKANAN VIRAL HALAL MALA MINI HOTPOT PAVILLION KL Akhirnya dapat juga makan makanan Viral Food Halal Mala Walking Cup Apa tu MAKAN MAKANAN VIRAL HALAL MALA MINI HOTPOT PAVILLION KL Alaaaaa makanan yang berasap asap tu MAKAN MAKANAN VI...
Resipi Makanan Bertekstur Untuk Anak Tak Selera Makan Sebab Nak Tumbuh Gigi

Resipi Makanan Bertekstur Untuk Anak Tak Selera Makan Sebab Nak Tumbuh Gigi

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 193 hits
Biasanya bila bayi dah berumur 8 atau 9 bulan ke atas dan mulai nak tumbuh gigi gusi rasa tak selesa Selera makan pun berkurang Mungkin menu yang biasa anak makan tu tak buatkan seleranya bertambah Kebanyakan anak anak bila gusi bengkak leb...
Ramai Netizen Bingung Dan Pelik Lihat Gadis Ini Makan Laksa Johor Pakai Tangan

Ramai Netizen Bingung Dan Pelik Lihat Gadis Ini Makan Laksa Johor Pakai Tangan

papar berkaitan - pada 8/8/2022 - jumlah : 229 hits
Makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal di Malaysia walaupun di Malaysia ini majoriti kedai kedai makan dan restoran ada menyediakan sudu dan garfu Tetapi tidak menjadi satu kesalahan jika ada yang mahu menggunakan tangan semasa...
Ajar Anak Makan Madu Dari Kecil Makanan Untuk Otak Tubuh Anak

Ajar Anak Makan Madu Dari Kecil Makanan Untuk Otak Tubuh Anak

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 704 hits
Makanan sunnah iaitu madu sememangnya diketahui cukup baik untuk badan kita Disebabkan itulah ia begitu disyorkan untuk kanak kanak setahun ke atas Apa kata kita biasakan anak makan madu dari hari ini Nak tahu kelebihannya kongsikan beberap...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner