Pengalaman Menginap Di Favehotel Nagoya Batam
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berpeluang menginap di sebuah hotel yang baru sahaja dilancarkan di Batam, Kepulauan Riau, Indonesia. Lebih menariknya pelancaran hotel tersebut dibuat pada hari pertama aku menjejakkkan kaki ke hotel tersebut. Dalam artikel kali ini aku akan ceritakan pengalaman aku menginap di hotel ini dari awal sehingga ke akhir
PENGALAMAN MENGINAP DI FAVEHOTEL NAGOYA BATAM
Ketibaan tetamu disambut dengan meriah
Untuk pengetahuan anda, aku ke Batam sebenarnya bukan untuk bercuti tetapi menyertai program Batam Mega Fam Trip yang berlangsung dari 13 Julai 2022 sehingga 16 Julai 2022. favehotel Nagoya Batam menjadi tempat penginapan kami untuk 3 hari dan 2 malam. Majlis pelancaran diadakan sebai sahaja kedatangan kami semua
Majlis pelancaran favehotel Nagota Batam
Ketibaan kumpulan Batam Mega Fam Trip ini ke favehotel Nagoya Batam ini adalah pada jam 1.30 tengahhari dan disambut dengan paluan kompang yang sungguh meriah. Seterusnya majlis pelancaran diadakan diruangan lobi hotel tersebut dihadiri barisan VVIP dan media
Persembahan Tarian Melayu
Untuk makluman, favehotel Nagoya Batam ini diuruskan oleh Archipelago International dan dilancarkan secara rasmi pada 13 Julai 2022. Antara yang turut hadir adalah President & CEO Archipelago International, John M. Flood, General Manager, Yanuwar Dedy Setyawan, Vice President Business Development Archipelago International, Norbert Vas, perwakilan Dinas Pariwisata & Kebudayaan Kota Batam; Kusrini dan Batam Tourism Board, Edi Sutrisno
Sesi bergambar
Majlis diteruskan dengan pemotongan tumpeng dan makan tengahhari dengan makanan yang terkenal di daerah Batam ini
MENGENAI FAVEHOTEL NAGOYA BATAMfavehotel Nagoya Batam terletak di lokasi strategik iaitu dikawasan perniagaan utama di Nagoya dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Terminal Feri Batam Center dan Harbour Bay semuanya sekitar 30 minit perjalanan. Lokasi terbaik ini merupakan penginapan yang tepat buat percutian urusan perniagaan ataupun percutian santai
Ucapan Alu-Aluan
Selain itu, lokasinya yang strategik sesuai untuk mereka yang menginap disini untuk ke pusat beli beah yang besar di Batam seperti Grand Batam Mall, Nagoya Hill Shopping Mall, BCS Mall dan Lucky Plaza
favehotel Nagoya Batam menawarkan penginapan yang selesa dengan urang yang luas, bilik dengan pendingin hawa, balkoni dengan pemandangan bandar, Wifi yang berkelajuan tinggi, Google nest & google speaker, dan pelbagai lagi kemudahan lain yang menjadikan penginapan di sini sangat selesa
JENIS BILIK DI FAVEHOTEL NAGOYA BATAM#1 faveroom
Bilik jenis faveroom ini sesuai untuk pengembara yang inginkan keselesaan ketika penginapan. Bilik ini lengkap dengan katil bersaiz queen atau katil kembar dengan balkoni menghadap ke arah bandar, sebuah Smart TV moden bersaiz 43" dengan lebih daripada 40 saluran, bilik air yang bersih dan selesa, mandian air panas, suis elektrik, kelengkapan membuat air, peti keselamatan dan juga Wifi berkelajuan tinggi percuma
KEMUDAHAN LAIN ;Complimentary Bottled WaterDuvetElectric KettleFloor - Marble/TiledFree In-house moviesFull-length Mirrorin-room Massage (additional charge)Interconnecting Room availableInternet in room - Complimentary WiFiIron + Ironing Board on requestLinen and Towels ProvidedMake Up MirrorCoffee MakerTelephoneEnsuite BathroomShower
#2 fabroom
Bilik jenis fabroom pula menawarkan ruang yang luas iaitu 65sqm dengan balkoni menghadap pemandangan bandar yang indah. Bilik ini dilengkapi dengan katil bersaiz king atau 2 katil bersaiz single, bilik air, ruang tamu, sofa bed yang selesa, sebuah Smart TV moden bersaiz 43" dengan lebih daripada 40 saluran, ruang makan, peralatan memasak dan jkutleri dan juga sebuah peti ais bersaiz penuh. Bilik dengan rekaan moden ini sangat sesuai sama ada untuk percutian ataupun urusan perniagaan
KEMUDAHAN LAIN ;Complimentary Bottled WaterDuvetElectric KettleFloor - Marble/TiledFree In-house moviesCooking FacilitiesCrockery/CutleryDining AreaDishwasherFull-length Mirrorin-room Massage (additional charge)Interconnecting Room availableInternet in room - Complimentary WiFiIron + Ironing Board on requestHas Washing Machine + DryerLinen and Towels ProvidedMake Up MirrorCoffee MakerTelephoneEnsuite BathroomShowerULASAN PENGINAPAN DI FAVEHOTEL NAGOYA BATAM
Menjadi antara tetamu terawal di hotel ini membuatkan aku rasa sangat istimewa. Lokasinya yang sangat strategik merupakan antara perkara yang pasti ramai pengunjung suka. Banyak tempat menarik terletak di sekitarnya sahaja.
Bilik yang aku tidur dan berehat pula sangat selesa. Lengkap dengan kemudahan yang sangat diperlukan. Lagi seronok sebab televisyen yang disediakan adalah jenis Smart TV, aku boleh log masuk akaun Netflix dan tonton Netflix melalui TV sahaja. Selain itu, terdapat juga Google nest dimana aku boleh bertanya dan memainkan lagu. Memang moden dan eksklusif
Untuk penginapan di sini, makanan yang disediakan oleh pihak hotel memang sangat sedap. Anda boleh lihat seperti tertera dalam gambar, makanannya memang enak-enak belaka! Kalau inginkan lagi makanan, anda boleh ke Nagoya Thamrin Kopitiam yang terletak bersebelah dengan lobi hotel ini sahaja
Keseluruhannya, penginapan selama 3 hari 2 malam di sini memang sangat selesa, menaik dan eksklusif. Rekaan bilik hotel yang moden dan penuh dengan kelengkapan yang lengkap membuatkan aku sedih untuk pulang ke tanah air. In shaa Allah sekiranya aku berpeluang ke Batam bersama keluarga selepas ini., aku pasti akan memilih favehotel Nagoya Batam sebagai lokasi penginapan.
FAVEHOTEL NAGOYA -BATAM
LOKASI : Thamrin City, Jalan Imam Bonjol-Nagoya Tower A Komplek, Kec. Lubuk Baja, Kota Batam, Kepulauan Riau 29444, Indonesia
HUBUNGI : +62778 210 2222EMAIL :
[email protected] WEB : https://www.favehotels.com/en/hotel/view/151/favehotel-nagoya-batamFACEBOOK : https://www.facebook.com/favehotelNagoyaBatamINSTAGRAM : https://www.instagram.com/favehotelnagoyabatam/
#BatamTourismBoard #PelanconganBatam #WonderfulIndonesia #FaveHotelNagoyaBatam #AstonNagoya
Artikel ini dihasilkan dari program Batam Mega Fam Trip pada 13 Julai sehingga 16 Julai 2022 anjuran Batam Tourism Promotion Board
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2022/07/pengalaman-menginap-di-favehotel-nagoya.html