Pengalaman Menginap Di Ocean View Resort Port Dickson


Bulan December adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh para pelajar sekolah. Pada bulan ini sekolah akan ditutup selama satu bulan, bagi memberi laluan kepada beberapa siri peperiksaan yang dijalankan dan juga ia menandakan berakhirnya sesi persekolahan pada tahun tersebut.
 
Kebiasaannya, ketika musim cuti sekolah ini juga, para ibu bapa akan ambil masa yang ada ini untuk melakukan aktiviti bersama dengan anak-anak. Kalau sepanjang tahun, masing-masing sibuk dengan urusan kerja, manakala anak-anak pula sibuk dengan urusan pembelajaran, masa yang ada inilah perlu dimanfaatkan untuk bergembira bersama.
 
Jadi, sempena dengan cuti sekolah, disinilah destinasi percutian yang saya rancang bersama dengan keluarga.

Kami memilih untuk menginap di Ocean View Resort dalam percutian ke Port Dickson pada kali ini. Saya bertolak dari Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang, pada hari jumaat.
 
Macam biasa, masa untuk check in ialah pada pukul 3.00 petang. Memandangkan pada hari tersebut (jumaat), semua orang masih bekerja lagi, jadi masing-masing hanya dapat bertolak ke sini setelah habis kerja.
 
Saya sampai di Ocean View Resort ini sekitar jam 8.00 malam. Masa ini, saya sempat beli makanan bungkus di Medan Selera Seri Bayu.
 
Satu perkara yang saya suka dengan apartment yang saya tempah ini ialah, pemiliknya menggunakan sistem kunci smart lock. Setiap tetamu akan diberikan password untuk masuk ke dalam rumah. Kita tak perlu bersusah payah untuk ambil kunci dari tuan rumah.
 
Setelah dapat nombor access code, kita sebenarnya boleh masuk ke rumah pada bila-bila masa yang kita suka.

Selain itu, kita tak perlu takut kehilangan kunci. Cuma jangan sampai hilang ingatan je. Simpan nombor pass code tersebut dengan baik. Semasa saya bercuti di Kota Kinabalu dan menetap di Aloha Suite sebelum ini, apartment yang saya tempah disitu juga menggunakan sistem smart lock seperti ini.
 
At least saya pernah ada pengalaman menggunakan sistem kunci seperti ini.

Percutian ke Port Dickson kali ini, semua sekali ada 10 orang yang akan turut serta. Jadi, saya perlu cari sebuah homestay atau gueshouse yang cukup luas dan selesa yang dapat memuatkan kami sekeluarga.

Sebenarnya bukan mudah nak cari homestay disaat-saat akhir. Pada masa ini, saya percaya ada ramai orang yang turut merancang untuk membawa keluarga datang bercuti ke Port Dickson.

Tempahan homestay ini, seperti biasa saya menggunakan laman web Airbnb. Guna Airbnb ini senang. Kita boleh terus buat filter, homestay yang bagaimana yang kita mahukan?
 
Sekiranya anda tak biasa menggunakan sistem Airbnb untuk buat tempahan, apa kata anda luangkan sikit masa untuk baca posting saya sebelum ini tentang Airbnb.
Sila baca disini
(1) Panduan Airbnb – Perkara yang anda WAJIB TAHU apabila menyewa homestay dan guesthouse di Airbnb
(2) Panduan Airbnb – Perkara yang anda perlu berikan perhatian apabila membuat tempahan di laman web Airbnb

Dalam situasi saya, saya perlukan homestay yang cukup luas dan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 10 orang tetamu.

Kemudian, saya juga perlukan 3 buah bilik, memandangkan ada 3 keluarga yang akan menginap disini. Dengan adanya tiga buah bilik, setidak-tidaknya privasi setiap keluarga dapat dijaga.

Ini masterbedroom dan ada bilik mandi yang dilengkapi dengan bath tub.
 
Katil yang digunakan adalah Super King Size dan sebenarnya tiga orang dewasa boleh muat kalau nak kongsi sebuah katil disini.

Ini pula bilik kedua. Katil jenis King Size. Kecil sedikit berbanding katil di master bedroom.

Manakala dibawah ini pula adalah bilik yang ketiga.

Setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara, dan setiap bilik air juga ada disediakan sistem pemanas air yang berfungsi dengan baik.
 
Selesai tentang bilik.
 
Semasa buat booking di Airbnb, saya juga mencari tempat penginapan yang ada swimming pool.

Bulan December lazimnya musim hujan. Kalau cuaca tak mengizinkan untuk mandi di pantai, ataupun mungkin kalau kebetulan air tengah surut, at least ada swimming pool.

Swimming pool dekat Ocean View Resort ini juga best. Pertama, dia besar dan panjang. Kedua, dalamnya lebih kurang 5 kaki, kira ok la tu kalau nak berenang dan apungkan badan.
 
Satu lagi, saya perasan tempat ini tidak sesibuk seperti di The Regency. Kalau dekat Regency, memang swimming poolnya agak penuh dan ramai orang. Pantai disana (di The Regency dekat dengan Pantai Tanjung Gemok) juga ramai pengunjung.
Baca juga: Pengalaman menginap di The Regency Tanjung Tuan Beach Resort Port Dickson
 
Jika anda sukakan suasana yang agak privasi dan tidak padat dengan kehadiran pengunjung lain, saya boleh katakan Pantai Sri Purnama yang letaknya beberapa meter dari Ocean View Resort ini adalah tempat yang ideal.

Untuk ke pantai, kita boleh ikut pintu belakang. Namun, anda perlu ada access card untuk buka pagar ini. Orang luar tak boleh suka-suka hati nak masuk ke kawasan apartment/ resort dan menggunakan kemudahan yang disediakan untuk penduduk dan pengunjung yang menginap disini.

Sekiranya anda juga minat untuk membuat tempahan dan menginap di Ocean View Resort ini, anda boleh buat tempahan menerusi pautan ini. Pada waktu catatan ini saya tulis, kadar sewa yang dikenakan untuk menginap disini adalah RM180 sahaja.
 
Walaubagaimanapun, terdapat caj-caj tambahan seperti caj pembersihan, caj perkhidmatan dan caj tetamu tambahan akan dikenakan kepada anda. Jumlah akhir yang perlu anda bayar mungkin akan jadi lebih tinggi.
 
Anda boleh gunakan Travel Credit bernilai RM120 ini, bagi tujuan pengurangan harga. Sila dapatkan travel credit anda disini.

Saya dan keluarga menginap selama dua malam semasa bercuti di Port Dickson baru-baru ini. Secara keseluruhan, semuanya baik dan kami berpuas hati dengan kemudahan dan kelengkapan yang disediakan.
 
Memandangkan swimming pool dia best, mungkin saya akan datang sekali lagi ke Port Dickson dan menginap disini. Dekat sini, kalau nak cari tempat makan pun mudah. Hanya perlu lintas jalan sahaja. Ada beberapa kedai makan terdapat disini.
 
Kalau anda inginkan kepelbagaian, ada banyak lagi tempat makan di Port Dickson yang anda boleh cuba. Hanya perlu memandu beberapa kilometer sahaja.
 
Dalam posting yang akan datang, saya akan cerita tentang Pantai Sri Purnama, tempat kami mandi-manda pula. Jom, kita pergi beriada dengan famili di Port Dickson.
 
 
The post Pengalaman menginap di Ocean View Resort Port Dickson appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/menginap-di-ocean-view-resort-port-dickson/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Windmill Pd Farm Tempat Mesti Pergi Jika Bawa Anak Anak Bercuti Ke Port Dickson

Windmill Pd Farm Tempat Mesti Pergi Jika Bawa Anak Anak Bercuti Ke Port Dickson

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 788 hits
Percutian kami sekeluarga ke Port Dickson pada kali ini membawa kami untuk singgah sebentar dan melawat salah satu tempat menarik yang terdapat di Port Dickson iaitu Windmill PD Farm Tempat ini letaknya lebih kurang 1 KM dari tempat kami me...
Pantai Sri Purnama Port Dickson Untuk Percutian Bersama Keluarga

Pantai Sri Purnama Port Dickson Untuk Percutian Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1102 hits
Artikel sebelum ini saya cerita tentang tempat penginapan yang saya tempah semasa bercuti di Port Dickson iaitu Walaupun nama resort ini ialah Ocean View tapi sebenarnya dari apartment langsung tak nampak laut Mungkin sebab kedudukannnya ya...
Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson Hiburan Seisi Keluarga Pada Waktu Malam Di Pd

Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson Hiburan Seisi Keluarga Pada Waktu Malam Di Pd

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 1288 hits
Apa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga kalau bercuti di Port Dickson Waktu malam biasanya lepas dinner masing masing sibuk dengan hal sendiri Kadang kadang pada malam hari ada banyak masa terluang dan masing masing tak ta...
Ancasa Residences Port Dickson Lokasi Strategik Bercuti Tepi Pantai

Ancasa Residences Port Dickson Lokasi Strategik Bercuti Tepi Pantai

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 753 hits
Kalau korang bercuti dan mencari penginapan yang dekat dengan pantai di sekitar Port Dickson Ancasa Residences Port Dickson adalah jawapannya Memang dari bilik dah boleh nampak laut tau Pantai di hadapan Ancasa Residences ni masih lagi terj...
6 Sebab Kenapa Setiap Pelancong Islam Mesti Menginap Di Eid Guesthouse Seoul

6 Sebab Kenapa Setiap Pelancong Islam Mesti Menginap Di Eid Guesthouse Seoul

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 563 hits
Anda mungkin pernah mendengar tentang restoran Korea halal yang sah di Seoul Eid Halal Korean Food mereka juga ada sebuah rumah tumpangan yang memenuhi keperluan pelancong Islam Berikut adalah 6 sebab untuk meyakinkan anda mengapa Eid Guest...
Mingguan Amanz Honor View 20 Xiaomi Play Wechat Stories

Mingguan Amanz Honor View 20 Xiaomi Play Wechat Stories

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 380 hits
Minggu ini menyaksikan pihak Honor memperkenalkan telefon pintar baru Honor View 20 yang hadir dengan kamera belakang 48 megapixel skrin berlubang selain spesifikasi tinggi Ia dijangka dipasarkan di Malaysia pada Januari 2019 ini Selain Hon...
Honor View 20 Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Januari 2019

Honor View 20 Akan Hadir Ke Pasaran Malaysia Pada Januari 2019

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 509 hits
Honor Malaysia kini telah mengumumkan melalui laman sosial mereka dimana telefon pintar terbaru Honor View 20 akan memasuki pasaran tempatan pada Januari 2019 kelak Honor View 20 merupakan telefon mercu terbaru daripada Honor hadir dengan c...
Catatan Pengalaman Penulisanku Dari Tahun 2008 Hingga 2018

Catatan Pengalaman Penulisanku Dari Tahun 2008 Hingga 2018

papar berkaitan - pada 16/12/2018 - jumlah : 469 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera 2008 Saya hanya fikir saya nak menulis dan hantar karya kepada editor akhbar dan majalah sahaja Saya mahu melihat karya saya disiarkan Seronoknya tidak terkata Ketika itu saya pulun menulis dan menghant...
Hampiri 40 000 Ribu View Blog

Hampiri 40 000 Ribu View Blog

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 322 hits
Hampiri 40 000 Ribu View Blog Asala ualaikum Salam Sejahtera Semua Updated blog ketika menjelang 3 pagi pada hari Sabtu 29 Dec 2018 Wow bagaimana ini terjadi Etuza tertidur awal malam selepas menonton TV bersama anak ke 6 Tak lama kemudian ...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut