Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson Hiburan Seisi Keluarga Pada Waktu Malam Di Pd


Apa aktiviti yang sesuai untuk dilakukan bersama keluarga, kalau bercuti di Port Dickson?
Waktu malam, biasanya lepas dinner, masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Kadang-kadang pada malam hari, ada banyak masa terluang dan masing-masing tak tahu nak buat apa.
 
Tak kan nak duduk dalam bilik sambil main handphone masing-masing je? Jika anda bercuti ke Port Dickson, dan tak tahu apa aktiviti yang nak dibuat pada waktu malam, ada beberapa aktiviti yang saya boleh cadangkan.
 
Misalnya
(1) Jalan-jalan ditepi pantai, seperti pantai Teluk Kemang ataupun Pantai Saujana. Kedua-dua pantai ini memang agak happening dan ramai orang pada waktu malam.
(2) Boleh pergi memancing ikan di Pantai Cahaya Negeri. Waktu malam ada ramai yang memancing dari jambatan. Sama ada berjaya dapat ikan atau tidak, wallahua’lam.
(3) Cari ketam di sekitar Pantai Sri Purnama. Dari pembacaan saya, dekat sini antara lokasi popular kalau nak cari ketam.
 
Ataupun kalau semua tu anda rasa tak berapa sesuai, apa kata kita singgah ke Fun Fair Teluk Kemang, Port Dickson.
 
Fun fair ini letaknya ditepi jalan dan tak jauh dengan bulatan (roundabout) batu 6. Saya dah beberapa kali melintasi fun fair ini, tapi baru kali ini saya ada peluang untuk singgah. Maklumlah, percutian ke Port Dickson pada kali ini, saya bawa bersama beberapa orang budak-budak.

Jadi memang sesuailah kalau nak bawa mereka jalan-jalan ke tempat ini.
 
Ada banyak permainan yang tersedia di fun fair ini. Ada yang nampak menyeramkan. Secara peribadi, saya memang tak berani nak main permainan seperti ini. Nampak menakutkan.
 
Risau juga kalau-kalau nanti lepas main, saya jadi pening atau muntah-muntah. Lebih baik jangan cari penyakit, kan. Ada banyak lagi benda lain yang boleh dilakukan berbanding main benda-benda macam ni.

Kemudian bila saya teringat kes-kes kemalangan yang berlaku di tapak hiburan macam ni, lagilah saya tak berani nak cuba permainan-permainan yang bersifat extreme seperti ini. Saya cuma perhatikan sahaja pengunjung lain yang bermain permainan ini. Dari mula main, sampai habis, asyik menjerit sahaja.
 
Apa yang seronoknya kalau macam tu?

Tapak fun fair di Teluk Kemang ini memang luas, dan sebenarnya ada banyak permainan yang terdapat disini. Bukan semua permainan termasuk dalam kategori extreme. Ada juga permainan yang biasa-biasa dan sesuai untuk kanak-kanak.
 
Sebelum nak main, kena beli token terlebih dahulu. Satu token harganya RM2. Kebanyakkan permainan yang ada disini, kita kena bayar menggunakan 2 token, atau bersamaan dengan RM4.
 
Ya, mahal.

Mungkin ada pengunjung yang rasa permainan dalam ni tak berbaloi dengan harganya. Sekali sekala, kalau nak belanja anak-anak apa salahnya. Cuma kena pandai-pandai letakkan bajet. Seorang satu game dah cukup. Tak boleh nak ulang-ulang main.

Saya gunakan token yang saya ada untuk main permainan Ferris Wheel ini.

Kononnya pada puncak yang paling tinggi, yang boleh dicapai oleh ferris wheel ini, kita boleh nampak pemandangan seluruh Port Dickson!

ha ha I don’t think so.
 
Kalau setakat nak tengok pemandangan seluruh tapak fun fair tu bolehlah. Baru main ferris wheel macam ni pun saya dah rasa pening kepala. Inikan pula nak cuba permainan yang lagi extreme.

Ada perbahasan yang berkaitan dengan isu keagamaan berhubung tentang fun fair ini. Ada permainan di fun fair yang bersifat judi, dan ada permainan yang tak bersifat judi.
 
Kalau yang bersifat judi, kita main permainan tersebut dengan harapan untuk menang hadiah yang besar, dan lagi bernilai berbanding token yang perlu dibayar.
 
Manakala permainan yang tak berbentuk judi ialah, permainan yang kita bayar sekadar untuk bersuka-ria. Contohnya kita main bumper car, ferris wheel, carousel (atau merry-go-around) dan bermain buaian.
 
Permainan tangkap itik ini mesti akan dapat hadiah. Syarat nak main, kena bayar 2 token atau bersamaan dengan RM4.

Kita tak tahu, apa hadiah yang bakal diterima. Bergantung kepada tulisan yang tertera pada bawah itik. Mungkin hadiahnya besar, dan mungkin juga hadiahnya kecil.
 
Satu lagi, kita bukannya tahu adakah semua hadiah yang dipamerkan ini, ada diwakili oleh setiap itik yang terdapat atas air? Mungkin Ya, mungkin Tidak.
 
Ada ke orang yang cukup gila, untuk tangkap semua itik yang ada atas kolam, bagi membuktikan yang peniaga tak menipu, dan setiap itik atas kolam mewakili satu hadiah yang dipamerkan?  

Kalau main benda ni, just be prepared untuk dapat hadiah yang mengarut… yang nilainya mungkin tak sampai RM4.
 
Ini satu lagi permainan yang confirm dapat hadiah.

Saya tak dapat nak ambil gambar dari jarak dekat. Pemain perlu golekkan bola dan biarkan bola tersebut jatuh ke ruangan yang mengandungi nombor. Nanti nombor-nombor itu semua akan mewakili apa hadiah yang bakal anda dapat.
 
Hadiah paling besar adalah TV jenama LG… yang saya tengok macam dah agak buruk dan berhabuk. Mungkin terlalu lama berada atas rak, dan tak ada siapa yang menang hadiah tu. Permainan ini, hampir mustahil untuk dapatkan hadiah paling besar.
 
Bawah ini pula permainan baling gelung atas botol.

Siapa dapat baling dengan tepat, akan dapat hadiah. Hadiah berupa patung, keychain dan lain-lain.

Atas ini pun main baling gelung juga, cuma kali ini bukannya baling atas botol. Siapa dapat masukkan gelung atas batang-batang tersebut, akan dapat hadiah juga.
 
Bawah ini pula baling token atas pinggan atau mangkuk.

Setiap mangkuk atau pinggan mewakili hadiah tertentu. Kalau kita target mangkuk, hadiahnya tidaklah begitu besar kalau nak bandingkan dengan target pinggan yang leper.
 
Hadiah paling besar adalah gelang tangan emas 916. Cuba bayangkan, harga satu token ialah RM2 sahaja, dan kalau berjaya menang gelang emas 916, berapa kali ganda untung boleh dapat tu? 
 
Jangan tertipu dengan permainan yang nampak mudah untuk dimenangi. Peniaga juga dah tentu nak untung. Boleh jadi dia sebenarnya dah untung lagi banyak, berbanding apa yang difikirkan oleh pemain lain.
 
Ada banyak permainan di fun fair ini, adalah permainan yang bergantung kepada nasib baik untuk dimenangi. Jadi persoalannya ialah, bolehkah kita target nasib baik? Saya rasa, mana-mana permainan yang jelas bergantung kepada nasib untuk menang, tak perlu susah payah nak target, bidik, asah skil dan sebagainya. Main sahaja… dan tentu hasilnya sama iaitu, peniaga tersebut yang akan menang (untung).
 
Apapun, malam tu at least kami dapat isi masa bersama. Itu lagi baik berbanding masing-masing buat hal sendiri dalam bilik. Kalau anda bawa anak kecil tu, pandai-pandailah nak terangkan pada anak-anak anda itu nanti, mana satu yang judi, mana satu yang tidak.
 
Jom, kalau ada masa apa kata anda juga explore tempat ini, Fun Fair Teluk Kemang, Port Dickson.
 
The post Fun Fair Teluk Kemang Port Dickson – Hiburan seisi keluarga pada waktu malam di PD appeared first on Xplorasi Destinasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://xplorasidestinasi.com/fun-fair-teluk-kemang-port-dickson-hiburan-seisi-keluarga-pada-waktu-malam-di-pd/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantai Sri Purnama Port Dickson Untuk Percutian Bersama Keluarga

Pantai Sri Purnama Port Dickson Untuk Percutian Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 1093 hits
Artikel sebelum ini saya cerita tentang tempat penginapan yang saya tempah semasa bercuti di Port Dickson iaitu Walaupun nama resort ini ialah Ocean View tapi sebenarnya dari apartment langsung tak nampak laut Mungkin sebab kedudukannnya ya...
Razia Tempat Hiburan Malam Polres Serang Amankan Ratusan Botol Miras

Razia Tempat Hiburan Malam Polres Serang Amankan Ratusan Botol Miras

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 250 hits
Firman menambahkan dalam operasi tersebut petugas juga berhasil menyita satu unit mobil Daihatzu Grand Max Warna Silver yang digunakan sebagai modus operasi kegiatan penjualan minuman keras ilegal tersebut
Ancasa Residences Port Dickson Lokasi Strategik Bercuti Tepi Pantai

Ancasa Residences Port Dickson Lokasi Strategik Bercuti Tepi Pantai

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 745 hits
Kalau korang bercuti dan mencari penginapan yang dekat dengan pantai di sekitar Port Dickson Ancasa Residences Port Dickson adalah jawapannya Memang dari bilik dah boleh nampak laut tau Pantai di hadapan Ancasa Residences ni masih lagi terj...
Pengalaman Menginap Di Ocean View Resort Port Dickson

Pengalaman Menginap Di Ocean View Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 842 hits
Bulan December adalah bulan yang dinanti nantikan oleh para pelajar sekolah Pada bulan ini sekolah akan ditutup selama satu bulan bagi memberi laluan kepada beberapa siri peperiksaan yang dijalankan dan juga ia menandakan berakhirnya sesi p...
Razia Narkoba Polisi Amankan 7 Orang Di Tempat Hiburan Malam Kawasan Harmoni

Razia Narkoba Polisi Amankan 7 Orang Di Tempat Hiburan Malam Kawasan Harmoni

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 258 hits
Jajaran Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya melakukan razia di tempat tempat hiburan malam Sabtu Razia dilakukan guna mencegah peredaran narkotika jelang malam tahun baru 2019
Jelang Pergantian Tahun Polresta Kediri Razia 10 Tempat Hiburan Malam

Jelang Pergantian Tahun Polresta Kediri Razia 10 Tempat Hiburan Malam

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 284 hits
Satuan Resnarkoba yang dipimpin Kasat Narkoba AKP Siswandi Sabtu malam melakukan razia gabungan di tempat tempat hiburan malam di Kota Kediri Kegiatan ini sebagai tindak lanjut perintah Kapolda Jatim Irjen Luki Hermawan dan Kapolresta Kedir...
Swiss Garden Damai Laut Lokasi Percutian Mendamaikan Dan Pilihan Seisi Keluarga

Swiss Garden Damai Laut Lokasi Percutian Mendamaikan Dan Pilihan Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 867 hits
SWISS GARDEN DAMAI LAUT LOKASI PERCUTIAN MENDAMAIKAN DAN PILIHAN SEISI KELUARGA PENGALAMAN MENGINAP DI SWISS COURT HOLIDAY APARTMENTS Semestinya ramai yang berhasrat nak menghabiskan cuti hujung tahun bersama keluarga mahupun insan tersayan...
15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Seisi Keluarga

15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 545 hits
15 Koleksi Resepi Pilihan Menu Ayam Yang Ringkas Dan Mudah Untuk Seisi Keluarga Salam semua Entri kali ini nak berkongsi 15 koleksi resepi pilihan menu ayam yang ringkas dan mudah untuk seisi keluarga Resepi resepi ini semua yang dah dicuba...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri