Ancasa Residences Port Dickson Lokasi Strategik Bercuti Tepi Pantai
Kalau korang bercuti dan mencari penginapan yang dekat dengan pantai di sekitar Port Dickson, Ancasa Residences Port Dickson adalah jawapannya. Memang dari bilik dah boleh nampak laut tau. Pantai di hadapan Ancasa Residences ni masih lagi terjaga kebersihan dia jadi selesa kalau nak mandi manda.
Ini merupakan kali pertama Diah menginap di Ancasa Residences Port Dickson. Tapi memang seronoklah. Berada di sini sempena program Ancasa Junior Chef yang dianjurkan oleh Ancasa Hotels & Resorts sempena cuti persekolahan. Sambil-sambil tu bercuti sekali lah.
Ancasa Residences Port DicksonAnak-anak yang paling gembira bila kami sampai sini. Kebetulan kami parking kereta betul-betul dihadapan kolam renang. Memang masing-masing teruja nak mandi. Diah lebih teruja sebab Ancasa Residences ni sangat dekat dengan pantai.
dapat pijak Pasir Bercuti di Ancasa Residences Port Dickson adalah pilih yang bagus jika korang ada anak kecil dan suka mandi manda. Dah bosan dengan kolam renang boleh terjun pantai pula. Pantai dia bersih kalau dibandingkan dengan pantai sekitar Port Dickson ni. Agak meriah dengan kedai dan pelawat. Sempat suami dan anak-anak sarapan pagi tu sambil main pasir. Acah-acah pelancong katanya.
Menginap di Ancasa Residences Port Dickson
Masa cuti sekolah memang penuh dekat sini jadi kena rancang dan buat tempahan awal supaya tak kecewa. Diah menginap di Blok C yang betul-betul berhadapan dengan pantai. Kebanyakkan bilik-bilik di blok C baru sahaja di naik taraf. Jadi cantik dan selesa.
Dalam bilik ni ada satu katil dan satu bilik air. Boleh minta extra bed atau bawa toto sendiri dari rumah kalau ada anak lebih dari sorang. Tak menjadi masalah sebab bilik besar dan bersih. Tandas, katil, dan perabot lain macam sofa tidak berbau. Kalau bercuti dan menginap dekat mana-mana memang benda-benda macam ni yang Diah utamakan. Baru dapat bercuti dengan selesa.
Bahagian dapur ada disediakan peti ais dan tempat memasak. Bonus point, Penyapu disediakan (penting kalau balik dari pantai, pasir akan melekat-lekat dekat badan) penyapu adalah hero masa tu. Ahaks!
Seronok dekat sini sebab kawasan yang luas dan dikelilingi dengan pokok hijau dan berhadapan dengan laut. Memang cukup pakej. Kemudahan yang Ancasa Port Dickson sediakan memang sesuai untuk buat Hari keluarga mahupun pun Team Building. Kebetulan masa Diah menginap hari tu, ada kumpulan tengah lakukan aktiviti Flying Fox. Aktiviti lain yang ditawarkan ialah Gel Gun Target Shooting, Play Station 4, table tennis, arcade untuk anak-anak, multipurpose court untuk games, gimnasium, kolam renang dan Spa.
Kemudahan Spa
Kawasan Sekitar
Kalau menginap di sini bagi Diah satu malam pun dah cukup. Siang boleh mandi pantai, dan malam boleh merayap cari makan dekat sekitar Teluk Kemang. Kalau susah nak keluar untuk cari makan terutama untuk sarapan pagi, dekat sini pilihan menu makanan yang disediakan juga tidak menghampakan.
Sejak jadi suri rumah ni, bila dapat bercuti walaupun singkat dan dekat je dengan rumah tapi rasa berharga sangat. Masa bercuti la masa merehatkan diri dan masa berkualiti kami satu keluarga juga. Bagi Diah tak kira dekat mana kita bercuti asalkan anak-anak dan suami gembira dah bersyukur sangat. Alhamdulillah.
Selain Ancasa Residences Port Dickson, Ancasa Hotel & Resorts juga mempunyai hotel dan resort yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, & Kuala Terengganu. Layari laman web dan laman sosial Ancasa Residences Port Dickson:
Website rasmi: www.ancasahotels.com
Instagram rasmi: https://www.instagram.com/ancasapd/
Facebook rasmi: https: https://www.facebook.com/pages/Ancasa-Residences-Port-Dickson
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2018/12/ancasa-residences-port-dickson-lokasi.html