Pengalaman Kena Kayap Di Bulan Ramadhan




Assalamualaikum dan Hai. Pada kali ni Cik Renex ingin berkongsikan pengalaman dijangkiti penyakit Kayap atau Shingles.  Siapa disini pernah mengalami sakit kayap ni? Ini merupakan pengalaman pertama CR kena kayap dan kena pula masa bulan Puasa. CR dapat penyakit kayap ni di penghujung bulan ramadhan. Masa tu tengah semangat nak buat kuih raya tapi apakan daya , bila dah kena kayap ni nak buat pun dah tak larat dan semangat pun hilang membawa diri entah kemana. :) Semangat nak buat kuih kacang mazola barang semua dah beli tapi tak de rezeki nak buat 

Gejala dan Tanda
Masa awal-awal nak jadi tu, CR rasa macam leher dan telinga CR panas dan sakit tapi tak tahu sebab apa. Mula-mula ingatkan sebab telinga tu sakit sebab terlipat masa tidur. Haha. Masa tu juga da rasa macam nak demam dan pedih kat area leher tu. Bawah telinga tu juga macam ada bengkak2 dan rasa panas je. Ingatkan da kena beguk dah. Tapi malas nak pergi check klinik lagi

Tapi esoknya tak tahan sangat da sebab rasa macam ada keluar gelembung2 kat telinga dan leher. Pergi la juga ke klinik dan jumpa doktor. Masa sampai tu doktor tanya sakit apa, kita pun segan nak jawab dan tunjuk sebab doktor lelaki. 🙈 Tetapi yang bagusnya doktor ni panggil jururawat lain untuk tolong selakkan dan tengok apa jadi kat telinga dan leher CR.  Dah darurat semoga CR di ampunkan. :)
Bila tengok tu doktor ada la tanya soalan-soalan lain macam pernah alahan ke apa ke. Memang CR pernah sakit alahan tapi tak macam ni keluarnya. Kalau alahan lain simptomnya. Pastu Doktor pun cakap kemungkinan Kayap dan suruh datang semula esok kalau masih tak okay. Doktor juga ada bagi ubat CR. Ubat makan dan sapu. Dapatlah MC sehari

Esoknya degil pergi kerja juga. (Sayang sangat kerja agaknya 😝😝) Malamnya tu CR terus tak boleh tidur sampai ke pagi sebab sakit sangat kat telinga dan bahagian leher tu. Terus amik cuti dan pergi semula Klinik Kesihatan dan jumpa semula doktor yang CR jumpa sebelum ni. Dia check semula dan dia cakap memang sah Kayap ni. Dia terangkan pada CR jenis-jenis kayap yang ada dan macam mana terjadi. Dr tu ada tanya pernah kena chicken pox tak sebelum ni?Sebab orang yang pernah kena chicken pox kebarangkalian nak kena tu tinggi. Dan CR memang pernah kena masa zaman belajar time degree dlu. Lama sangat dah


Soalan pertama CR pada doktor lepas dia cakap Kayap adalah "Berjangkit tak dengan orang yang dekat dengan kita?" . Doktor cakap tak melainkan dia sentuh bahagian kayap tu dan berair. Alhamdulillah sebab risau nanti berjangkit dengan Ma dan Cha kat rumah tu. Masa tu memikirkan nak raya pulak, takkan duk dalam rumah je kan. Hehehe

Doktor tu pun check juga dalam telinga sebab risau merebab dalam telinga. Alhamdulillah tak de dalam tu. Doc tu pesan juga kalau sampai berjangkit ke mata, kena datang cepat pada dia. Risaunya la masa tuu tapi Alhamdulillah tak kena sampai situ. Cuma dia berjangkit sampai ke belakang badan CR. 
Masa tu , sakitnya Ya Allah . Memang tak boleh tidur baring macam biasa sebab bahagian belakang ada juga. Pedihh. Nak pusing ke kiri tak boleh sebab ada di telinga kiri. Memang dugaan betul. 
Mak CR suruh juga berubat kampung jadi pergi la juga jumpa orang yang reti berubat. Masa tu pergi bawa air je suruh jampi, rupanya kena bawa sirih sebab dia nak sembur kat tempat yang kena tu. Nasib la CR tak bawa daun sirih sebab rasa macam tak sanggup lak kena sembur kat leher macam tu. 😬 . Last2 dia cakap nanti dia bagi kulit pokok apa tah, CR dah lupa dia suruh sapu pada luka tu. 
Jadi, CR makan  ubat yang doktor bagi, sapu ubat klinik dan  juga sapu ubat kampung tu juga. Alhamdulillah dengan izin Allah sembuh penyakit kayap CR. Hampir 2 minggu baru okay . 
Pantang makan?
CR pantang makan telur dan benda2 yang boleh menyebabkan gatal contohnya kacang. Pantang sampai ke raya dan CR hanya mampu tengok je bila orang makan nasi impit dengan kuah kacang. Kuih raya pun semua tak makan sebab kebanyakkannya semua letak telur kan. Jadi mampu berHUHU jela. Ayam pun mula2 CR tak makan lama2 baru berani makan. Lepas habis pantang terus qada' semula makan kuih. Haha.


Sedikit info tentang Kayap. Sumber dari web http://www.myhealth.gov.my/kayap/

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan danKelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).
Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini


Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut

Gejala dan Tanda
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal)

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini


Komplikasi
Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan


Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy). Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis)

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang)

Rawatan
Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:Meredakan kesakitanMengurangkan tempoh masa penyakit tersebut danMengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.
Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:
Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong airMenggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) seperti diclofenac danMenggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.
Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak. Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut


Ok itu sahaja yang CR ingin kongsikan. Ada ke pembaca disini yang pernah kena kayap?Kongsikan la di ruangan komen yer. Alhamdulillah kayap CR dah okay tapi ada masa pedih juga di telinga tu dan Parut yang tinggal tu sedih tengok. Ada tips untuk cepat hilangkan parut kayap ni?





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://renex89.blogspot.com/2019/08/pengalaman-kena-kayap-di-bulan-ramadhan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Genap 6 Bulan Buka Tudung Emma Maembong Selesa Rambut Cecah Bahu

Genap 6 Bulan Buka Tudung Emma Maembong Selesa Rambut Cecah Bahu

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 723 hits
Selepas mengambil keputusan tidak bertudung genap hari ini enam bulan Emma Maembong tampil dengan imej free hair dan nampaknya dia selesa menggayakan rambut mencecah bahu BACA Emma sering berkongsi gambar terbarunya di Instagram untuk tatap...
Hina Nabi Serta Kematian Adib Penjaja Di Penjara 30 Bulan

Hina Nabi Serta Kematian Adib Penjaja Di Penjara 30 Bulan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 452 hits
KUALA LUMPUR Akibat menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini Hakim M...
32 Polis Meninggal Tiap Bulan Ketika Bertugas Apa Patut Buat

32 Polis Meninggal Tiap Bulan Ketika Bertugas Apa Patut Buat

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 318 hits
LAM THYE Pelbagai insiden kemalangan dan peningkatan kes penyakit pekerjaan melibatkan anggota polis menunjukkan keperluan untuk mengatasi masalah tersebut secara berkesan Gambar fail BERNAMA 32 anggota polis meninggal dunia setiap bulan PD...
Penjaja Dipenjara 30 Bulan Kerana Hina Nabi Muhammad Dan Kematian Adib

Penjaja Dipenjara 30 Bulan Kerana Hina Nabi Muhammad Dan Kematian Adib

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 324 hits
Akibat menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini Hakim MM Edwin Param...
Kompensasi Korban Pemadaman Listrik Disalurkan Bulan Depan Ini Rinciannya

Kompensasi Korban Pemadaman Listrik Disalurkan Bulan Depan Ini Rinciannya

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 167 hits
Pelaksana tugas Direktur Utama PT PLN Sripeni Inten Cahyani mengatakan kompensasi untuk korban pemadaman listrik akan diberikan pada September berupa potongan tagihan tarif atas penggunaan listrik pada Agustus 2019
Lelaki Gila Seks Menyamar Doktor Sakit Puan Dijel 2 Bulan

Lelaki Gila Seks Menyamar Doktor Sakit Puan Dijel 2 Bulan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 708 hits
NUZULSHAM SHAMSUDDIN06 Ogos 2019 2 58 PMMohd Fauzi mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya KUALA KUBU BHARU Perbuatan keji seorang lelaki yang menyamar sebagai doktor sakit puan dan membuat gangguan seksual melal...
Hina Islam Dan Kematian Arwah Muhammad Adib Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan

Hina Islam Dan Kematian Arwah Muhammad Adib Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 319 hits
The ReporterPadah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial seorang penjaja dikenakan hukuman penjara selama 30 bulan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur MM Edwin Paramj...
30 Bulan Penjara Rasakan Lu Apekkk

30 Bulan Penjara Rasakan Lu Apekkk

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 202 hits
Akibat menghina Nabi Muhammad dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Hakim M M Edwin Paramjothy menja...
Prospek Untuk Emas Pada Bulan Ogos Dan September

Prospek Untuk Emas Pada Bulan Ogos Dan September

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 273 hits
Selepas Pengerusi Fed Jerome Powell mengumumkan bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka tidak mengharapkan kitaran mitigasi dan pengurangan kadar adalah tindakan satu kali indeks saham AS mula menurun secara aktif Ini menyokong logam berharga w...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah