32 Polis Meninggal Tiap Bulan Ketika Bertugas Apa Patut Buat


LAM THYE: Pelbagai insiden kemalangan dan peningkatan kes penyakit pekerjaan melibatkan anggota polis menunjukkan keperluan untuk mengatasi masalah tersebut secara berkesan. - Gambar fail/BERNAMA  
32 anggota polis meninggal dunia setiap bulan, PDRM digesa tubuh unit KKP
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menubuhkan unit khas yang bertanggungjawab meningkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) anggota polis terutamanya mereka yang berada di lapangan.

Menurut Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye, berdasarkan statistik polis, secara purata sekurang-kurangnya 32 pegawai dan anggota polis meninggal dunia setiap bulan ketika masih bertugas.

"Pelbagai insiden kemalangan dan peningkatan kes penyakit pekerjaan melibatkan anggota polis menunjukkan keperluan untuk mengatasi masalah tersebut secara berkesan.

"Insiden terbaru melibatkan lapan anggota polis yang mengadu tidak sihat selepas terhidu bahan kimia ketika memeriksa 15 tong dipercayai mengandungi sodium sianida di sebuah ladang kelapa sawit di Karak, Khamis lepas (1 Ogos).

"Berdasarkan data antara tahun 2010 dan 2014, seramai 1,324 pegawai dan anggota polis maut, manakala 359 yang lain cedera dan terlantar akibat hilang upaya kekal ketika melaksanakan tugasan menjaga keamanan negara," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Lam Thye berkata kewujudan Unit KKP dalam PDRM boleh membantu agensi penguatkuasa tersebut mengurus sistem keselamatan dan kesihatan berkaitan pekerjaan dengan baik agar dapat mengurangkan kadar kematian dan kemalangan dalam kalangan pegawai dan anggota polis setiap tahun.

Kebanyakan kematian berlaku membabitkan kes kemalangan bencana ketika bertugas dan kemalangan ketika dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan, ujar beliau.

"Merujuk kepada Seksyen 3 (3) dan Seksyen 20 Akta Polis 1967,  iaitu berkaitan kewajipan asasi dan perincian tugas anggota PDRM, ia menunjukkan tugasan mereka akan terdedah kepada pelbagai risiko.

"Antara risiko yang dihadapi termasuk pendedahan terhadap bahan kimia jika pegawai dan anggota terlibat terlibat di dalam penyiasatan kes pencemaran bahan toksik sepertimana kes yang berlaku di Karak baru-baru ini," jelasnya.

Lam Thye turut menyatakan anggota polis juga terdedah dengan pelbagai bahan pencemaran lain serta penyakit kerana sering dilihat tidak memakai peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai ketika berada di lapangan.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 turut meletakkan institusi PDRM sebahagian dari sektor yang perlu mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Oleh itu, jika kita ingin melihat sektor ini berkembang baik dari sudut pengurusan KKP maka penubuhan Unit KKP menjadi satu keperluan sepertimana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah pun mewujudkan unit ini

"Sehubungan itu, NIOSH sebagai sebuah agensi yang diberikan tanggungjawab untuk meningkatkan tahap KKP dalam negara, bersedia untuk membantu PDRM menubuhkan Unit KKP tersebut dengan menyediakan tenaga pakar dan modul latihan bersesuaian," katanya lagi.

Antara lain, Lam Thye berkata PDRM perlu diberikan kesedaran mengenai KKP selain mengguna pakai konsep pengenalan bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC).

Ini akan membantu mereka untuk mengenal pasti bahaya dan risiko dan mencari cara untuk mengelak atau mengurangkan kesannya termasuk penggunaan PPE yang sesuai, ujar beliau. (AA)
Peluang Kerja Di Australia Dibuka Lagi..Dibuka Lagi! Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/08/32-polis-meninggal-tiap-bulan-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Hamil Koma Keguguran Ketika Diurut Kaki Di Thailand Meninggal Dunia Selepas 6 Bulan Kemudian

Wanita Hamil Koma Keguguran Ketika Diurut Kaki Di Thailand Meninggal Dunia Selepas 6 Bulan Kemudian

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 685 hits
The ReporterSeorang wanita hamil meninggal dunia selepas koma selama enam bulan ketika dia mendapatkan khidmat urut kaki di Thailand Wirawan Kedkesri 25 sebelum itu berkunjung ke sebuah kedai di Chiang Mai utara Thailand pada 11 Januari unt...
Wanita Malaysia Lapor Polis Lelaki Cabut Kondom Ketika Berasmara

Wanita Malaysia Lapor Polis Lelaki Cabut Kondom Ketika Berasmara

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 628 hits
Kes tular seorang wanita yang mendakwa kenalannya mencabut kondom tanpa pengetahuannya ketika mengadakan hubungan seks perlu disiasat oleh polis kata peguamnya Serene Lim selain kes itu tidak seharusnya dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Se...
Berang Anak Kena Marah Guru Tendang Perut Anggota Polis Wanita Yang Baru 5 Bulan Melahirkan Anak

Berang Anak Kena Marah Guru Tendang Perut Anggota Polis Wanita Yang Baru 5 Bulan Melahirkan Anak

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 809 hits
Berang anak kena marah guru tendang perut anggota polis wanita yang baru 5 bulan melahirkan anakSeorang anggota polis wanita berpangkat koperal yang baru lima bulan melahirkan anak terpaksa dikejarkan ke Hospital Pasir Mas selepas ditendang...
Kondom Dicabut Ketika Hubungan Intim Wanita Buat Laporan Polis

Kondom Dicabut Ketika Hubungan Intim Wanita Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 816 hits
KUALA LUMPUR Seorang wanita tempatan membuat laporan polis terhadap kenalannya selepas tidak berpuashati dengan tindakan lelaki warga asing berkenaan yang mencabut kondom semasa mengadakan hubungan seks Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Kom...
Isteri Hamil 6 Bulan Maut Terkena Tembakan Ketika Suami Cuba Bunuh Ular

Isteri Hamil 6 Bulan Maut Terkena Tembakan Ketika Suami Cuba Bunuh Ular

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 448 hits
The ReporterSeorang lelaki ditahan kerana tertembak isterinya yang mengandung ketika dia cuba membunuh seekor ular yang masuk ke dalam kediaman mereka Ali El Arid 28 pelarian dari Syria baru saja memulakan hidup barunya dengan isteri dan du...
Polis Rujuk Kes Lelaki Tanggal Kondom Ketika Seks Ke Jabatan Agama

Polis Rujuk Kes Lelaki Tanggal Kondom Ketika Seks Ke Jabatan Agama

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 389 hits
Seorang wanita membuat aduan polis berikutan pasangannya menanggalkan kondom ketika melakukan hubungan seks Foto AFPKAJANG 23 Julai Kes seorang wanita yang membuat laporan polis berikutan pasangannya tidak memakai kondom ketika melakukan hu...
Pln Jabar Sambungkan Listrik Ke 4 500 Pelanggan Baru Tiap Bulan

Pln Jabar Sambungkan Listrik Ke 4 500 Pelanggan Baru Tiap Bulan

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 219 hits
Kepala Bidang Ketenagalistrikan Dinas ESDM Provinsi Jabar Ai Saidah mengklaim bahwa pada tahun 2018 masyarakat Jawa Barat yang sudah menikmati listrik mencapai 99 99 persen
Masa Hantar Sihat Ibu Tak Sangka Bayi 3 Bulan Meninggal Dalam Buaian Rumah Pengasuh

Masa Hantar Sihat Ibu Tak Sangka Bayi 3 Bulan Meninggal Dalam Buaian Rumah Pengasuh

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 466 hits
Siapa menyangka pagi semalam adalah pagi terakhir ibu ini menatap anak keduanya sebelum bayi berkenaan pergi dalam sekelip mata Lebih lebih lagi semasa dihantar bayi masih dalam keadaan sihat Seorang bayi berusia tiga bulan dilaporkan maut ...
Lelaki Berat 170 Kilogram Meninggal Ketika Tidur

Lelaki Berat 170 Kilogram Meninggal Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 308 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 04 Ogos 2019 1 08 PM MELAKA nbsp nbsp Jenazah seorang lelaki obesiti yang mempunyai berat 170 kilogram perlu diusung seramai 14 orang
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur