Hina Nabi Serta Kematian Adib Penjaja Di Penjara 30 Bulan



KUALA LUMPUR - Akibat menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial, seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim M.M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43, selepas dia mengaku bersalah ke atas kelapan-lapan pertuduhan yang dihadapinya pada 18 Jun lepas dan hari ini ditetapkan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.

Edwin sebelum menjatuhkan hukuman berkata mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh yang memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.

"Tindakan tertuduh menghina kematian Muhammad Adib dikala semua orang sedang meratapi dan berkabung di atas kematiannya juga tidak dapat diterima oleh mahkamah.

"Perbuatan dilakukan tertuduh adalah melampau dan melebihi had kebebasan bersuara," kata hakim itu yang turut memaklumkan perbuatan dilakukan tertuduh adalah dirancang kerana komen berkenaan dibuat berulang kali.

Edwin menjatuhkan hukuman penjara antara tujuh bulan hingga 30 bulan bagi kelapan-lapan pertuduhan itu dan memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mac lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil 'Alvin@Alvin15358333', membuat kenyataan berhubung kematian Muhammad Adib, yang mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu pada 8.07 pagi, 13 Feb lepas, mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh atas tiga pertuduhan memuat naik hantaran yang menghina Nabi Muhammad SAW, yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam, di laman media sosial yang sama pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun.

Dia juga menghadapi empat lagi pertuduhan iaitu secara sedar menggunakan profil Twitter sama telah membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tempat sama.

Bagi pertuduhan-pertuduhan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, di sini, pada jam 8.30 malam, 3 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal, manakala tertuduh diwakili peguam Mohan Raj.

Pada 18 Jun lepas, Muhamad Asyraf ketika membuat hujahan, memohon hukuman berat serta hukuman penjara berasingan dikenakan terhadap tertuduh, yang sengaja menimbulkan provokasi dan secara terang-terangan menghina agama dan kaum lain manakala peguam P. Rajsurian yang mewakili tertuduh merayu hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh anak guamnya ditangkap pada 6 Mac lepas. #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/08/hina-nabi-serta-kematian-adib-penjaja.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penjaja Dipenjara 30 Bulan Kerana Hina Nabi Muhammad Dan Kematian Adib

Penjaja Dipenjara 30 Bulan Kerana Hina Nabi Muhammad Dan Kematian Adib

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 373 hits
Akibat menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini Hakim MM Edwin Param...
Hina Islam Dan Kematian Arwah Muhammad Adib Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan

Hina Islam Dan Kematian Arwah Muhammad Adib Chow Mun Fai Dipenjara 30 Bulan

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 379 hits
The ReporterPadah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial seorang penjaja dikenakan hukuman penjara selama 30 bulan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur MM Edwin Paramj...
Hina Nabi Muhammad Di Facebook Polis Terima 483 Laporan

Hina Nabi Muhammad Di Facebook Polis Terima 483 Laporan

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 349 hits
PDRM menerima 483 laporan polis berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 27 Julai Polis Diraja Malaysia menerima 483 la...
Hina Nabi Mana Suara Pembela

Hina Nabi Mana Suara Pembela

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 253 hits
Kesucian agama umpama buih di lautan dek kebisuan pemerintahBANG Anehnya sehingga detik ini tiada satu pun suara dari mereka yang berkuasa memberi nasihat mahupun peringatan atas perbuatan melampau dan mengaibkan maruah Nabi Muhammad demiki...
483 Laporan Polis Dibuat Berhubung Kenyataan Hina Nabi Muhammad Saw

483 Laporan Polis Dibuat Berhubung Kenyataan Hina Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 379 hits
Setakat ini pihak Polis Diraja Malaysia telah menerima 483 laporan polis berhubung kenyataan berbentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW oleh pemilik akaun Wendy Loong di laman sosial Facebook Menurut Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datu...
Kit Siang Sokong Hukum Berat Hina Nabi Muhammad

Kit Siang Sokong Hukum Berat Hina Nabi Muhammad

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 346 hits
Kit Siang sokong hukum berat hina Nabi MuhammadPosted By on July 27 2019eVeteran DAP Lim Kit Siang menyokong gesaan supaya hukuman berat dikenakan kepada sesiapa yang menghina Nabi Muhammd atau mana mana agama negara ini Dalam satu kenyataa...
Hina Nabi Berulang Di Era Ph Ingin Cetuskan Rasis

Hina Nabi Berulang Di Era Ph Ingin Cetuskan Rasis

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 266 hits
Kenapa perbuatan hina Nabi berulang di era PH KL Gerakan Pembela Ummah telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan seorang wanita Cina yang memuat naik gambar penghinaan amat keji terhadap Rasulullah S A W Exco Gerakan Pembela U...
11 Ngo Lapor Polis Siasat Hina Nabi Muhamad Saw

11 Ngo Lapor Polis Siasat Hina Nabi Muhamad Saw

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 388 hits
GEORGETOWN Polis menerima 11 laporan daripada badan bukan kerajaan dan orang perseorangan mengenai posting menghina Nabi Muhamad SAW oleh pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong hari ini Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner C...
Terlibat Penipuan Bos Ekspedisi Di Surabaya Dihukum 10 Bulan Penjara

Terlibat Penipuan Bos Ekspedisi Di Surabaya Dihukum 10 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 237 hits
Kasus tindak pidana penipuan jual beli truk traktor Head Hino 500 SG 260 ini dilakukan terdakwa Hasan Aman Santoso kepada korban Eddi Tanuwijaya
Template Blogger Responsive Seo Friendly

Rain Lily Scarlet O Hara

Berang Tin Minuman Keras Hilang Anak Tamatkan Riwayat Bapa

Menu Kering Kering Je Hari Ni

Cara Buat Link Whatsapp

The 1928 Banana Massacre When White Gold Met State Violence

Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Riena Diana Dah Pilih Nama Islam Untuk Keith Foo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Chatgpt Untuk Pelajar Guna Cara Betul

Bila Tak Dapat Dia Tantrum Elak Anak Ketagih Gajet Naz Rahman Ganti Dengan Lego Jadi Lebih Fokus Kreatif

6 Sekeluarga Tenggelam Dalam Sungai Anak Sulung Tak Ikut Kini Sebatang Kara

15 Adab Kita Yang Anak Akan Cepat Tiru

Bateri Cas Semula Energizer Lcd Charger Jimat Tahan Lama Ada Free Storage Box

Absolute Thai The Mall Mid Valley Southkey Jb