30 Bulan Penjara Rasakan Lu Apekkk


Akibat menghina Nabi Muhammad dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial, seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen.

Hakim M M Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu terhadap Chow Mun Fai, 43, selepas dia mengaku bersalah ke atas kelapan-lapan pertuduhan yang dihadapinya pada 18 Jun lepas dan hari ini ditetapkan untuk mahkamah menjatuhkan hukuman.

Edwin sebelum menjatuhkan hukuman berkata mahkamah tidak boleh menerima perbuatan tertuduh yang memberi pelbagai komen negatif terhadap agama orang lain.

Tindakan tertuduh menghina kematian Adib dikala semua orang sedang meratapi dan berkabung di atas kematiannya juga tidak dapat diterima oleh mahkamah. Perbuatan dilakukan tertuduh adalah melampau dan melebihi had kebebasan bersuara,  kata hakim itu yang turut memaklumkan perbuatan dilakukan tertuduh adalah dirancang kerana komen berkenaan dibuat berulang kali.
Edwin menjatuhkan hukuman penjara antara 7 bulan hingga 30 bulan bagi kelapan-lapan pertuduhan itu dan memerintahkan hukuman tersebut berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 6 Mac lepas.

Mengikut pertuduhan pertama, Chow didakwa menggunakan aplikasi Twitter dengan akaun profil “Alvin@Alvin15358333”, membuat kenyataan berhubung kematian Adib, yang mungkin mengapi-apikan kaum Melayu dengan bukan Melayu pada 8.07 pagi, 13 Feb lepas, mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh atas 3 pertuduhan memuat naik hantaran yang menghina Nabi Muhammad, yang mungkin menyebabkan suasana tidak harmoni di antara penganut Islam dan bukan Islam, di laman media sosial yang sama pada jam 2.29 petang dan 7.06 petang, 2 Mac dan 13 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 5 tahun.

Dia juga menghadapi 4 lagi pertuduhan iaitu secara sedar menggunakan profil Twitter sama, membuat penghantaran komunikasi bersifat jelik, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada masa dan tempat sama.

Bagi pertuduhan tersebut, dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Semua hantaran itu dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Menara KPJ, pada jam 8.30 malam, 3 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal, manakala tertuduh diwakili peguam Mohan Raj.

Pada 18 Jun lepas, Asyraf ketika membuat hujahan, memohon hukuman berat serta hukuman penjara berasingan dikenakan terhadap tertuduh, yang sengaja menimbulkan provokasi dan secara terang-terangan menghina agama dan kaum lain manakala peguam P Rajsurian yang mewakili tertuduh merayu hukuman penjara berjalan serentak bermula dari tarikh anak guamnya ditangkap pada 6 Mac lepas.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2019/08/30-bulan-penjara-rasakan-lu-apekkk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hina Nabi Serta Kematian Adib Penjaja Di Penjara 30 Bulan

Hina Nabi Serta Kematian Adib Penjaja Di Penjara 30 Bulan

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 462 hits
KUALA LUMPUR Akibat menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta menghina kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim di media sosial seorang penjaja hari ini dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini Hakim M...
Terlibat Penipuan Bos Ekspedisi Di Surabaya Dihukum 10 Bulan Penjara

Terlibat Penipuan Bos Ekspedisi Di Surabaya Dihukum 10 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 207 hits
Kasus tindak pidana penipuan jual beli truk traktor Head Hino 500 SG 260 ini dilakukan terdakwa Hasan Aman Santoso kepada korban Eddi Tanuwijaya
Makan Kucing Abah Grandong Bisa Diancam 9 Bulan Penjara

Makan Kucing Abah Grandong Bisa Diancam 9 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 410 hits
Kanit Reskrim Polsek Kemayoran AKP Bambang Santoso menambahkan penetapan pasal berlapis hanya perkiraan Sebab penentuan pasal yang disangkakan itu akan dibahas dalam gelar perkara
Soffi Jikan Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Bulan

Soffi Jikan Dijatuhkan Hukuman Penjara 12 Bulan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 495 hits
Pelakon terkenal Soffi Jikan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebentar tadi kerana didapati bersalah atas tuduhan guna ganja Soffi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi bin Jikan bagaimanapun dib...
Tunggu Ibu Di Syurga Ye Nak Luluh Hati Ibu Anak 8 Bulan Maut Didakwa Lemas Dalam Baldi Di Pusat Jagaan

Tunggu Ibu Di Syurga Ye Nak Luluh Hati Ibu Anak 8 Bulan Maut Didakwa Lemas Dalam Baldi Di Pusat Jagaan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 368 hits
Dalam kehidupan ini penuh dengan cabaran dan ujian hidup Tambah tambah lagi bila kita dengar tentang pemergian orang yang paling disayangi Pastinya keperitan dan kesakitan yang dirasai akan membuatkan satu dentuman yang kuat bagai halilitar...
Wanita Hamil Koma Keguguran Ketika Diurut Kaki Di Thailand Meninggal Dunia Selepas 6 Bulan Kemudian

Wanita Hamil Koma Keguguran Ketika Diurut Kaki Di Thailand Meninggal Dunia Selepas 6 Bulan Kemudian

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 694 hits
The ReporterSeorang wanita hamil meninggal dunia selepas koma selama enam bulan ketika dia mendapatkan khidmat urut kaki di Thailand Wirawan Kedkesri 25 sebelum itu berkunjung ke sebuah kedai di Chiang Mai utara Thailand pada 11 Januari unt...
Dakwa Urut Kaki Di Thailand Wanita Hamil Dan Anak Dalam Kandungan Maut Selepas 6 Bulan Koma

Dakwa Urut Kaki Di Thailand Wanita Hamil Dan Anak Dalam Kandungan Maut Selepas 6 Bulan Koma

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 768 hits
Seorang wanita hamil meninggal dunia enam bulan selepas koma ketika dia didakwa sedang diurut di bahagian kakinya Wanita yang berusia 25 tahun itu dipercayai telah pergi ke sebuah kedai di Chiang Mai utara Thailand pada 11 Januari lalu untu...
Celcom Mula Menjalankan Ujian Rangkaian 5g Di Kawasan Petaling Jaya Selama Enam Bulan

Celcom Mula Menjalankan Ujian Rangkaian 5g Di Kawasan Petaling Jaya Selama Enam Bulan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 590 hits
Dibawah pelan National Fiberization and Connectivity Plan semua syarikat syarikat teknologi tempatan sedang berusaha kearah menyiap sediakan negara ini untuk menerima sokongan untuk sambungan internet 5G Hari ini Celcom telah mengumumkan di...
Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday

Bulan Julai Yang Penuh Dengan Birthday

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 381 hits
Hii assalamualaikum dan selamat pagi korang Alhamdulillah berjaya juga ciktie update blog kali ni Entah kenapa terasa macam tiada mood untuk berblog pun ada juga dua tiga menjak ni Nak kata terkilan sebab payment review lambat masuk pun ada...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti