Pengalaman Kehidupan Desa Di Banghuris Homestay Senarai Pakej Dan Aktiviti




Selalu kalau orang sebut homestay, apa yang korang faham? sekarang ni definisi homestay tu orang dah sama kan dengan konsep Airbnb. Yang jenis kita sewa satu rumah & duduk ramai ramai. kan?

Tapi konsep sebenar homestay ialah, kita menumpang/ menjadi tetamu dekat sesebuah rumah & ada host yang akan raikan kita

Konsep homestay macam ni, masih lagi wujud dan diterapkan di Banghuris Homestay. Terletak tak jauh dari KL, di Sg Pelek, Sepang Selangor. Kira kira 35 kilometer dari KLIA, 50 km dari Putrajaya, 70 km dari Kuala Lumpur, 40 km dari Port Dickson dan hanya 15 km dari Sepang Gold Coast, sekarang semua orang pun boleh alami pengalaman 'homestay' sebenar.

homestay kami untuk 3 malam

Program kerjasama UPEN, Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan Gaya Travel
Banghuris Homestay dah mula beroperasi dan sebenarnya terkenal di kalangan pelancong luar tau. ha heran kan? kita orang Malaysia sendiri pun taktahu kewujudan pusat aktiviti macam ni. Aku pun first time dengar pasal Banghuris Homestay ni. Terima kasih kepada program #KitaKeKampung anjuran Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dengan pengurusan Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan sokongan dari Gaya Travel, ha merasa la pengalaman ber- homestay selama 4hari3malam dekat sini. Baru la feeling vibe desa tu. Tapi desa bukan sebarang desa ye. Disebabkan populasi penduduk dekat sini ramainya dalam kalangan orang Jawa. Makanya merasa la pengalaman jadi orang Jawa kejap hehe.

Dari zaman aku sekolah dulu lagi, mesti excited bila dengar cerita kawan kawan pergi program anak angkat. Dapat family angkat baru. Kalini, turn aku pulak dapat family angkat hahaha. Dah umur senja baru merasa weh.

feeling feeling gadis desa pakai baju kurung kedah hehe
Untuk peserta program yang lain, untuk satu homestay ada yang duduk bertiga, berempat. Tapi kes aku ni, aku cuma berdua je dengan Syafiqah Hashim. Nama mak angkat kitorang ialah Kartinah. Tapi kitorang panggil dia Mama je. Mama ni memang dah selalu jadi host. Katanya, pelancong dari Jepun yang suka join program ni. so ramai la anak angkat dia yang dari Jepun. Best kan dapat tambah kenalan macam ni. kalau zaman belum ada phone tu, syok la main balas balas surat hehe

Penubuhan Banghuris Homestay
Sedikit info untuk pengetahuan korang. Banghuris ialah gabungan nama 3 buah kampung. Iaitu;
Kampung Bukit Bangkung
Kampung Hulu Chuchoh
Kampung Hulu Teris
Ha bila digabungkan semua, jadilah Banghuris. Kata Mama, bila digabungkan 3 buah kampung ni, Banghuris Homestay mempunyai 80 buah rumah penginapan dan 100 buah bilik penginapan kesemuanya! dan Banghuris juga telah dinobatkan sebagai 'Best Homestay in Malaysia' pada tahun 2004 dari Tourism Malaysia. Wow!

So kalau kita join program ni, macam mana nak tahu korang dapat rumah yang mana? Boleh pilih ke

Untuk bab arrangement rumah ni, akan dibuat oleh pihak pengurusan. Bergantung pada availability dan jenis jenis aktiviti yang korang akan buat. So akan jadi random la. Ada 100 lebih kot homestay nya haha. Untuk aktiviti contohnya macam perusahaan kerepek, buah naga etc, pun ada banyak dekat sini. Jadi dalam usaha nak bagi peluang dekat semua pengusaha dapat same amount exposure, diorang akan gilir gilir la. Takkan dibawa ke tempat yang sama.



lawatan ke ladang buah naga

Cakap pasal aktiviti, ada banyak aktiviti menarik boleh kita buat dekat sini. Antara aktiviti yang aku sempat cuba (dan tengok demo) ialah permainan gasing, menyumpit, memasak rebung, lawatan ke ladang buah naga, membuat wau, menerbangkan wau, tengok proses pembuatan belulang lembu dan macam macam lagi. Nanti aku share full itinerari dalam post lagi satu

Sementara aku siapkan entri tu, ha ni senarai pakej yang tersedia untuk korang yang berminat nak alami pengalaman 'berkampung' di Banghuris Homestay.

Tersedia dalam pakej 3 hari 2 malam, 2 hari 1 malam dan Day Trip.


demo permainan gasing 
Senarai harga pakej penginapan dan aktiviti di Banghuris Homestay, Sg Pelek Sepang========================================================

Pakej 3 Hari 2 Malam | Banghuris Homestay - RM260

➥ Hari 1

- Welcome drink, briefing; berkenalan dengan host family
- Agro visit :

Lawatan ke ladang kopi - demo proses kopi secara tradisionalLawatan ke ladang kelapa sawit - demo kait buah kelapa sawitLawatan ke ladang getah - demo menoreh getahLawatan ke dusun buah (AGROTEK)

- Makan malam bersama keluarga angkat

➥ Hari 2

Lawatan ke pusat pusat IKS (Industri kecil sederhana)

- Kilang pembuatan kerepek- Kilang produk sejuk beku- Kilang snek tradisional (Cakar ayam)

Sesi petang ;

Permainan tradisional :CongkakBatu SerembanSepak raga

Sesi malam ;
Malam kebudayaan

➥ Hari 3

Lawatan ke kilang

- Mee kuning- Tauhu- Tempe

Special souvenir programme (Tree planting di Homestay Activity centre)
Pakej 2 Hari 1 Malam | Banghuris Homestay - RM160

➥ Hari 1

- Welcome drink, briefing; berkenalan dengan host family
- Agro visit :

Lawatan ke ladang kopi - demo proses kopi secara tradisionalLawatan ke ladang kelapa sawit - demo kait buah kelapa sawitLawatan ke ladang getah - demo menoreh getahLawatan ke dusun buah (AGROTEK)

- Makan malam bersama keluarga angkat

➥ Hari 2

Lawatan ke pusat pusat IKS (Industri kecil sederhana)

- Kilang pembuatan kerepek- Kilang produk sejuk beku- lawatan ke pusat aktiviti homestay


Pakej Day Trip 1 Hari | Banghuris Homestay - RM70

- Welcome drink, briefing
- Agro visit :

Lawatan ke ladang kopi - demo proses kopi secara tradisionalLawatan ke ladang kelapa sawit - demo kait buah kelapa sawitLawatan ke ladang getah - demo menoreh getahLawatan ke dusun buah (AGROTEK)

Lawatan ke pusat pusat IKS (Industri kecil sederhana)

- Kilang pembuatan kerepek- Kilang produk sejuk beku- lawatan ke pusat aktiviti homestay

========================================================
So ini dia berita baik untuk korang sama sama rasai pengalaman desa bersama kawan kawan atau pun keluarga. Selalu jalan jalan hotel je kan? Ha ini baru la rare hehe.

For more info dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor ni :

Tel : 013-3003942 / Fax : 03-31421010 (Haji Basir Bin Wagiman)Tel : 019-3919547 (Puan Misriah Bt Natijo)Tel : 019-6497655 (En. Azizi Bin Haji Basir)







Related search : Senarai pakej Banghuris Homestay, Aktiviti di Banghuris Homestay, cara daftar Banghuris Homestay, program homestay malaysia, program exchange student malaysia, program anak angkat malaysia, program kampung stay malaysia, pengalaman desa di malaysia, pengalaman kampung malaysia, village experience malaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2020/08/pengalaman-kehidupan-desa-di-banghuris.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempat Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Banghuris Homestay

Tempat Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Banghuris Homestay

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 465 hits
TEMPAT TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DI BANGHURIS HOMESTAY RUMAH SAYUR TANAMAN BERKONSEPKAN FERTIGASI MEJA Uniknya di Banghuris Homestay ini adalah terdapat aktiviti penanaman sayur sayuran secara organik dan sihat Cara penanaman sayur sayura...
Terokai Pengalaman Kampung Di Banghuris Homestay

Terokai Pengalaman Kampung Di Banghuris Homestay

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 642 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTEROKAI PENGALAMAN KAMPUNG DI BANGHURIS HOMESTAY Jom rasai pengalaman tinggal di kampung dan rasai suasana serta lakukan aktiviti menarik di kampung Kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang ant...
Homestay Di Janda Baik Dan Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Sini

Homestay Di Janda Baik Dan Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Sini

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 379 hits
Hujung minggu adalah masa untuk nak berehat Kadang tu dah bosan nak jalan jalan ke shopping mall Nak juga keluar daripada bandar dan menikmati alam tapi dengan kos yang sederhana Maka kalau anda juga seperti UN Janda Baik mungkin salah satu...
Pakej Percutian Murah Di Pulau Tioman

Pakej Percutian Murah Di Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 719 hits
Assalammualaikum dan salam sejahtera Kata orang Jauh berjalan luas pandangan yang bermaksud semakin banyak kita mengembara maka semakin banyaklah pengalaman yang ditimba Oleh itu ada orang yang suka melancong ke luar negara untuk melihat bu...
Terokai Hutan Hujan Tropika Resorts World Genting Melalui Pakej Fun Nature

Terokai Hutan Hujan Tropika Resorts World Genting Melalui Pakej Fun Nature

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 554 hits
Bagi mereka yang berada di rumah selama berbulan bulan perubahan pemandangan menanti kerana Resorts World Genting menawarkan Pakej Fun Nature dengan harga istimewa dari RM125 setiap orang berdasarkan perkongsian berkembar Pakej ini menjanji...
Orang Asal Tak Dilupakan 74 Kampung Dapat Manfaat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin

Orang Asal Tak Dilupakan 74 Kampung Dapat Manfaat Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 347 hits
SHAH ALAM 9 OGOS Sebanyak 5 941 keluarga Orang Asal seluruh negeri mendapat manfaat pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin fasa kedua berikutan ancaman Covid 19 Dato Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari berkata pihaknya sentiasa membe...
Snorkelling Dan Aktiviti Ronda Pulau Di Pangkor

Snorkelling Dan Aktiviti Ronda Pulau Di Pangkor

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 434 hits
Hello assalamualaikum Okay jom kita sambung cerita Jelajah Pulau Pangkor kita Btw korang tahu tak Pulau Pangkor sekarang dah pun berstatus Pulau Bebas Cukai Ha menarik kan Jadi lebih banyak sebab untuk korang datang ke Pulau Pangkor Sambil ...
Aktiviti Pasar Malam Teluk Kumbar Sungai Batu Dihentikan Sementara

Aktiviti Pasar Malam Teluk Kumbar Sungai Batu Dihentikan Sementara

papar berkaitan - pada 15/8/2020 - jumlah : 397 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang tidak membenarkan aktiviti pasar malam di Teluk Kumbar dan Sungai Batu tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu berikutan terdapat satu kes positif koronavirus dilaporkan di Mukim 9 Teluk Kumbar berkait...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023