Tempat Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Banghuris Homestay


 
TEMPAT-TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK
 DI BANGHURIS HOMESTAY




 
RUMAH SAYUR – TANAMAN BERKONSEPKAN FERTIGASI MEJA



 



Uniknya di Banghuris Homestay ini adalah terdapat aktiviti penanaman sayur-sayuran secara organik dan sihat. Cara penanaman sayur-sayuran seperti sawi, kangkung dan taugey ini dilakukan adalah melalui fertigasi meja.

 

Tiada sebarang bahan kimia asing yang ditambah melainkan penggunaan bahan organik. Tanah terdiri daripada campuran sabut kelapa, yang menjadi bahan semulajadi memberikan sokongan yang kuat dan sihat kepada sayur-sayuran.

 

Teknologi ini juga lebih mesra alam berbanding kaedah konvensional dan mengikut amalan pembangunan pertanian lestari, di samping mematuhi agenda pertanian negara.

 

Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu 'fertilization' dan 'irrigation.' Sistem ini juga satu daripada cabang hidroponik yang antara lainnya ialah seperti Sistem Titis Mikro, Hidroponik Aliran Dalam, Hidroponik Aliran Cetek, Hidroponik statik, Aeroponik dan Pemercik Mikro.

 

Pertama kali AM melihat penanaman jenis fertigasi ini memang AM rasa menakjubkan dan sayuran seperti sawi dan kangkung nampak segar.

 

HL DRAGON FRUIT ECO FARM

 





Jujur AM katakan AM belum pernah lagi melihat Ladang Buah Naga atau melihat Buah Naga dari pohonnya. AM pernah makan buah naga dan pernah nampak buah naga hanya di pasaraya sahaja. Terkejut AM bila melihat bagaimana asal buah naga ini.

 

Mata naga (atau buah naga)ialah tumbuhan jenis kaktus tergolong dalam keluarga Cactaceae. Ia daripada genus Cereus bermakna kembang malam, sesuai dengan bunga mata naga yang hanya berkembang di waktu malam.

 


Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tekstur isinya adalah seperti isi tembikai, manakala rasanya pula adalah seperti buah kiwi. Ciri-ciri unik inilah yang menjadikan buah naga amat sesuai dijadikan ramuan dalam salad buah-buahan.

 

Menariknya di HL Dragon Fruit Eco Farm ini terdapat café yang menyajikan hidangan berasaskan Buah Naga ini. Memang wajib dicuba yea..

 


JAMIRAH FOOD – PERUSAHAAN KEREPEK DAN MAKANAN RINGAN



Jamirah Food Industries (M) Sdn Bhd (JFISB) yang beroperasi di Lot 815, Jalan Mempelam, Kampung Bukit Bangkong, adalah antara pengeluar kerepek ubi terbesar di Malaysia dengan pengeluaran 100 tan sebulan terutama menjelang musim perayaan.

 


Selain kerepek ubi sebagai perniagaan utama, JFISB juga mengusahakan kerepek pisang dan keledek serta menjual pelbagai makanan berasaskan pertanian yang diusahakan oleh pengusaha Industri Kecil Sederhana (IKS) di sekitar daerah berkenaan.

 

PENANAMAN DAN PEMBUATAN SERBUK KOPI





Penanaman Kopi diusahakan secara tanaman tunggal atau secara selingan di kawasan kelapa yang sedia ada. Pada masa ini kopi jenis Liberica (Coffea liberica Bill ex Hiem) sesuai ditanam di Semenanjung Malaysia. Di Banghuris Homestay ini AM berpeluang melihat secara dekat bermula dari pohon kopi itu sendiri sehingga ianya menjadi serbuk kopi.

Biji kopi akan diasingkan daripada buah kopi yang baru dipetik. Kemudian bij-biji kopi tersebut akan ditumbuk sehingga menjadi serbuk. Serbuk kopi itu kemudiannya diayak bagi memastikan kehalusan serbuk kopi yang telah ditumbuk tadi.

 

MADU KELULUT

Di Banghuris Homestay juga terdapat salah satu tapak projek Lebah Kelulut yang diusahakan oleh Haji Basir. Madu kelulut dan lebah kelulut sekarang ini lebih popular berbanding beberapa tahun yang lalu.

 

AM dimaklumkan oleh HJ Basir yang lebah kelulut ini juga tidak berbahaya dan sarangnya perlu diletakkan di kawasan redup seperti di bawah pokok adalah yang terbaik. Kalau diletakkan di kawasan terbuka dan terdedah kepada panas, lebah kelulut ini akan mati atau lari membuat sarang di tempat yang lain.

 

Perkara lain perlu diketahui ketika menuai madu lebah ini juga, elak tuai ketika musim hujan kerana kandungan air tinggi dalam madu memerlukan kerja tambahan untuk memprosesnya.

 

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Malah Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.

 

RAWATAN TRADISONAL BAGI WANITA YANG BARU BERSALIN.

Kadang-kadang bila lepas melahirkan anak, AM sendiri kurang ambil berat bab penjagaan diri. Di Banghuris Homestay, AM mendekati Tusriah bt Saram atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda, merupakan seorang pengusaha jamu dan perubatan tradisional. Banyak info yang AM pelajari tentang perubatan tradisional serta beliau banyak berkongsi tips dan penjagaan diri.

 

Beliau juga berkongsi cara-cara menghasilkan dan memproses PARAM digunakan untuk merawat kulit dan kesihatan. Param iaitu sejenis bedak panas yang digunakan dibadan bagi mengatasi pembengkakkan badan selepas bersalin. Di samping membantu melancarkan peredaran drah, PARAM juga bertujuan mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan dan memberi kehangatan pada tubuh badan bagi wanita yang baru bersalin.

 

PROSES PEMBUATAN BELULANG LEMBU



Satu perkara yang AM baru tahu dan pelajari di sini adalah belulang . Belulang adalah kulit binatang yg telah dikeringkan dan diproses.

 

AM berpeluang untuk melihat sendiri proses menghasilkan belulang lembu bermula dari sesi pengeringan, pembakaran, perendaman dan sebagainya.

 

AM siap beli bawa balik ke rumah untuk mencuba sendiri belulang ini. Belulang dikatakan sedap untuk dibuat masak lemak, goreng kunyit dan diletakkan dalam menu berkuah seperti asam pedas ataupun gulai.

 

Berminat untuk menginap di Homestay dan mengikut aktiviti yang terdapat di sini boleh datang dan hubungi :

 

Banghuris Homestay

Jalan Tailong,  Kampung Hulu Chuchoh, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor

 

Tel/Faks :  03-3142 1010 
Telefon Bimbit: Hj Basir (012-6628548) 
Emel: [email protected]







Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://alongmurni.blogspot.com/2020/08/tempat-tempat-dan-aktiviti-menarik-di-banghuris-homestay.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Homestay Di Janda Baik Dan Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Sini

Homestay Di Janda Baik Dan Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Sini

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 386 hits
Hujung minggu adalah masa untuk nak berehat Kadang tu dah bosan nak jalan jalan ke shopping mall Nak juga keluar daripada bandar dan menikmati alam tapi dengan kos yang sederhana Maka kalau anda juga seperti UN Janda Baik mungkin salah satu...
Pengalaman Kehidupan Desa Di Banghuris Homestay Senarai Pakej Dan Aktiviti

Pengalaman Kehidupan Desa Di Banghuris Homestay Senarai Pakej Dan Aktiviti

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 679 hits
Selalu kalau orang sebut homestay apa yang korang faham sekarang ni definisi homestay tu orang dah sama kan dengan konsep Airbnb Yang jenis kita sewa satu rumah duduk ramai ramai kan Tapi konsep sebenar homestay ialah kita menumpang menjadi...
10 Tempat Menarik Di Johor Sesuai Bercuti Sekeluarga

10 Tempat Menarik Di Johor Sesuai Bercuti Sekeluarga

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 697 hits
Nak tahu tempat menarik di Johor Kalau di ikutkan tahun ni sepatutnya tahun melawat johor Tapi oleh
Glamping Di Tanah Aina Fahad Tempat Menarik Di Raub Pahang

Glamping Di Tanah Aina Fahad Tempat Menarik Di Raub Pahang

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 769 hits
AssalamualaikumEntry sebelum ni aku dah kongsikan beberapa tempat menarik di Bentong boleh baca di kali ni aku nak kongsikan tempat menarik di Raub Pahang iaitu Tanah Aina Fahad merasa lah pengalaman bermalam dalam glamping yeahh Aku selalu...
Terokai Pengalaman Kampung Di Banghuris Homestay

Terokai Pengalaman Kampung Di Banghuris Homestay

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 656 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraTEROKAI PENGALAMAN KAMPUNG DI BANGHURIS HOMESTAY Jom rasai pengalaman tinggal di kampung dan rasai suasana serta lakukan aktiviti menarik di kampung Kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang ant...
5168 Aktiviti Sesi Temubual Ketua Aktivis Ppim Bersama Tv Alhijrah Ppim 04 08 2020

5168 Aktiviti Sesi Temubual Ketua Aktivis Ppim Bersama Tv Alhijrah Ppim 04 08 2020

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 355 hits
Sesi temubual Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi bersama TV AlHijrah membincangkan isu harga topeng muka bagi golongan B40
Sekolah Ditutup 3 Aktiviti Kurangkan Gajet Elak Groom Sifat Individualistik Anak

Sekolah Ditutup 3 Aktiviti Kurangkan Gajet Elak Groom Sifat Individualistik Anak

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 364 hits
Adakah akan ada kemungkinan penutupan sekolah selain di zon merah akibat penularan Covid 19 bertambah berikutan ada beberapa kawasan di negara ini yang mula menunjukkan peningkatan kes Harapnya tidak kerana anak anak baru saja memulakan ses...
Anak Dah Boleh Duduk Ini 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Mama Buat Mudah Banyak Manfaat

Anak Dah Boleh Duduk Ini 6 Aktiviti Rangsangan Untuk Bayi Mama Buat Mudah Banyak Manfaat

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 369 hits
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk Rangsangan atau aktiviti ...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini

Penderhakaan Biasanya Bermula Apabila Adanya Pemfitnah Kaki Adu Domba Dari Dalam

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast

Rasuah Haram Hindarinya