Terokai Pengalaman Kampung Di Banghuris Homestay


Assalamualaikum dan salam sejahtera


TEROKAI PENGALAMAN KAMPUNG DI BANGHURIS HOMESTAY | Jom rasai pengalaman tinggal di kampung dan rasai suasana serta lakukan aktiviti menarik di kampung! Kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua tentang antara pengalaman dan aktiviti yang terdapat di Banghuris Homestay

Sebelum itu, moleklah kiranya aku ceritakan tentang Banghuris Homestay ini terlebih dahulu. Banghuris Homestay merupakan satu tempat yang memberikan anda pengalaman gaya hidup kampung. Nama 'banghuris' merupakan gabungan bagi tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchoh dan Kampung Hulu Teris

Lokasi Banghuris Homestay ini di dalam daerah Sepang, hanya sekitar 35KM sahaja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 50 KM dari Putrajaya dan lebih kurang 97KM dari ibu kota Kuala Lumpur. Banghuris Homestay ini terdiri daripada 80 rumah homestay dan 100 bilik homestay, ia juga mendapat pengiktirafan di Malaysia Tourism Award pada tahun 2004 dalam kategori 'Best Homestay in Malaysia'


TEROKAI PENGALAMAN KAMPUNG DI BANGHURIS HOMESTAY


Pengalaman tinggal selama 4 hari 3 malam di Banghuris Homestay memberikan banyak pengalaman menarik dan ada antaranya merupakan pengalaman pertama aku seumur hidup. Banyak aktiviti yang dilakukan dan aku akan bahagikan aktiviti-aktiviti ini mengikut kategori berikut :-
🔔 AKTIVITI AGRO🔔 PERMAINAN TRADISIONAL
🔔 AKTIVITI IKS (INDUSTRI KECIL & SEDERHANA)🔔 AKTIVITI KEBUDAYAAN

 AKTIVITI AGRO 
🌳FERTIGASI MEJA / RUMAH SAYUR🌳


Rumah Sayur - Salah satu aktiviti agro di Banghuris Homestay ini adalah aktiviti penanaman sayur-sayuran secara organik dan sihat. Cara penanaman sayur-sayuran ini dilakukan adalah melalui fertigasi meja

Tiada sebarang bahan kimia asing yang ditambah melainkan penggunaan bahan organik. Tanah sepertimana yang anda lihat dalam gambar merupakan campuran sabut kelapa, yang menjadi bahan semulajadi memberikan sokongan yang kuat dan sihat kepada sayur-sayuran


Sistem fertigasi meja ini sangat sesuai untuk sayur-sayuran seperti bayam, kangkung dan beberapa sayur-sayuran lain. Sistem pengairan yang sistematik menghasilkan sayur-sayuran yang segar hanya dari rumah anda


Aku juga berpeluang untuk melihat bagaimana proses penanaman biji benih, dan proses pengairan untuk sistem fertigasi meja ini

🌲DEMONSTRASI PEMPROSESAN KOPI🌲

Mungkin ramai yang tak tahu bagaimana cara proses kopi, daripada buahnya dipetik di pokok, sehinggalah menjadi serbuk dan siap untuk dihidangkan kepada anda

Aku berpeluang untuk melihat bagaimana rupa pokok kopi, cara untuk mengasingkan biji kopi,dan seterusnya melihat bagaimana serbuk kopi dihasilkan





Fakta Menarik : Kopi Liberica (Coffea Liberica) merupakan jenis kopi yang banyak ditanam di Malaysia. Ia mengeluarkan saiz buah kopi yang paling besar dikalangan 3 jenis kopi. Serbuk kopi yang dihasilkan mempunyai perasa dan bau yang kuat. Pokoknya tumbuh tegak dengan ketinggian maksima 9 meter jika tidak dicantas dengan elok. Daunnya besar berkilat, kisut dan tirus dibahagian hujungnya. Bunganya berwarna putih, besar dan berkelompok. 
Buah yang dihasilkan adalah besar, bulat dan keluar berkelompok-kelompok serta mempunyai kulit luar (mesokarp) yang tebal. Jenis ini tahan kepada keadaan kearau dan boleh hidup dikebanyakkan jenis tanah. Ia sesuai ditanam ditanah rendah atau tanah liat atau tanah lanar dan tanah berorganik (tanah gambut). Kopi liberica berbuah selepas 4-5 tahun ditanam dan berpotensi menghasilkan sekitar 750 - 1,000 kh sehektar setahun

🍯MADU KELULUT🍯

Di Banghuris Homestay juga terdapat lokasinya Lebah Kelulut yang diusahakan oleh Haji Basir. Madu kelulut dan lebah kelulut sekarang ini lebih popular berbanding beberapa tahun yang lalu

Pengalaman melihat bagaimana lebah kelulut diusahakan dan bagaimana proses mengambil madu lebah dijalankan sangat berharga



FAKTA MENARIK : Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.

 PERMAINAN TRADISIONAL 
⛰ PERMAINAN GASING ⛰


Kanak-kanak sekarang mungkin majoritinya sudah melupakan tentang permainan gasing. Permainan yang menggunakan teknologi, telefon pintar dan sebagainya telah mengambil alih permainan tradisional melayu kita

Di Banghuris Homestay, permainan-permainan tradisional masih diamalkan dan dimainkan oleh generasi muda. Sedikit fakta berkenaan gasing,  gasing dibuat daripada kayu bebaru, kemuning, merbau, rambai, durian atau kundang. Kayu tersebut akan ditakik-takik dan dikikis sehingga menjadi bentuk gasing


Tali gasing dibuat daripada kulit pokok bebaru. Tapi sekarang tali gasing dibuat daripada tali nilon. Panjang tali gasing biasanya bergantung kepada panjang tangan seseorang. Kebiasaannya 1 meter panjang. 
🎇 SUMPIT 🎇

Selain gasing, kami juga berpeluang melihat dan mencuba demonstrasi sumpit. Sumpit merupakan salah satu senjata yang digunakan untuk berburu ataupun dalam pertempuran terbuka atau sebagai senjata rahsia untuk pembunuhan diam diam. Sumpit berfungsi dengan meniup sahaja.


☁ PERMAINAN WAU KAPAL ☁

Masih ingatkah anda ketika diwaktu kecil bermain layang-layang plastik yang dibeli di kedai? Kali ini kami berpeluang melihat bagaimana wau kapal dihasilkan dan mencuba menerbangkan wau kapal ini ke langit

Fakta Menarik : Wau kapal merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Selangor. Ia merupakan wau tradisional yang telah dimainkan secara turun-temurun di Malaysia. Wau Kapal merupakan merupakan wau rasmi bagi negeri Selangor

Wau kapal menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki corak yang berbentuk kapal


 Sesi demonstrasi menghasilkan wau kapal.


 Sesi demonstrasi menaikkan wau kapal


Satu pengalaman yang menarik kerana ada teknik tersendiri dalam menaikkan wau kapal tersebut. Selain itu, teknik untuk meng'stabil'kan wau juga dipertontonkan. Akhir sekali, kami juga diajar bagaimana untuk menurunkan wau kapal tersebut dengan selamat

 AKTIVITI IKS (INDUSTRI KECIL & SEDERHANA ) 
🍠 KILANG PROSES KEREPEK 🍠

Salah sebuah industri kecil dan sederhana (IKS) disini adalah pembuatan kerepek. Jamirah Food Industries bermula dengan kecil sahaja dan sekarang mampu menjana keuntungan berlipat ganda


Satu pengalaman yang menarik kerana dapat melihat bagaimana kerepek-kerepek yang menjadi kegilaan orang ramai, terutamanya sewaktu musim perayaan digoreng, dimasak dan diproses.


Kebanyakan pelanggan mereka membeli secara borong dan dibawa ke tempat lain untuk dipack semula dan dijual. Pelbagai jenis kerepek dan kekacang yang dijual disini, selain dijual secara borong, mereka juga menjual secara runcit. 
🌸DEMONSTRASI JAMU BERAS 🌸

Tusriah bt Saram atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda, merupakan seorang usahawan jamu dan perubatan tradisional. Di sini kami diberi info tentang perubatan tradisional serta kegiatan beliau dalam usaha memartabatkan industri perubatan tradisional


Demonstrasi menghasil dan memproses PARAM, iaitu sejenis bahan yang digunakan untuk merawat kulit dan kesihatan



Bukan itu sahaja, Bonda juga turut memberikan beberapa tips dan cara-cara merawat sakit dengan cara tradisional. Perlu diakui juga walaupun perubatan moden sudah banyak, tetapi perubatan tradisional juga tidak kurang hebatnya

🐄 BELULANG LEMBU🐄

Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), belulang adalah kulit binatang yg telah dikeringkan. Jadi belulang lembu adalah kulit lembu yang dikeringkan dan diproses

Satu pengalaman yang menarik kerana aku dapat lihat bagaimana proses menghasilkan belulang lembut yang lembut dan siap untuk dimakan. Proses bermula dengan sesi pengeringan, pembakaran dan sebagainya


Banyak juga proses sebenarnya nak hasilkan belulang lembu yang sudah siap untuk dimasak dengan resipi yang sedap-sedap. Jadi aku tak hairan sekiranya harga yang ditawarkan untuk belulang adalah tinggi sebab prosesnya begitu rumit


Diusahakan diperkarangan rumah sahaja, menghasil dan menjual belulang lembu ini pastinya memberikan keuntungan sekiranya terdapat permintaan tinggi. Kebiasaanya dimusim hari raya korban, pastinya akan ada lambakan kulit lembu, jadi diwaktu inilah kulit-kulit lembu yang tidak digunakan, akan diberi dan diproses oleh mereka untuk hasilkan belulang lembu yang siap diproses


 AKTIVITI KEBUDAYAAN 
👱TRADISI 'BERENDOI' 👱

Berendoi merupakan satu tradisi dan adat yang dijalankan untuk bayi. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. 
Ini merupakan kali pertama sebenarnya aku melihat secara depan-depan majlis ini. Untuk pengetahuan anda, upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah

💪 SILAT 💪

Persembahan silat juga diadakan sebelum majlis berendoi tersebut dimulakan


🍛 NASI AMBENG 🍛

Nasi ambeng merupakan satu set makanan yang didalam setnya terdapat nasi putih, ayam masak kicap/ menu ayam, sambal goreng bersama tempe, mee goreng atau bihun goreng, ikan masin, rempeyek, serunding kelapa.  Menu makanan yang terdapat dalam set Nasi Ambeng ini juga sebenarnya berbeza mengikut tempat dan juga komuniti. Nasi Ambeng ini merupakan menu popular untuk masyarakat Melayu Jawa di Kuala Selangor, Johor dan juga di Singapura.


Falsafah disebalik nasi ambeng ini adalah sama rata, di mana setiap dulang akan dimakan dan berkongsi tanpa mengira taraf, bangsa dan sebagainya. Berasal dari kepulauan Jawa di Indonesia, Menu Nasi Ambeng ini kebiasaannya akan dijamu untuk majlis-majlis perkahwinan, hari kelahiran dan doa selamat

🍲DEMONSTRASI REBUNG MASAK LEMAK 🍲

Sebenarnya aku baru sahaja mula menyukai rebung sejak 5 tahun lepas. Sebelum tempoh tersebut, aku memang tak akan makan, tapi entah mengapa sekarang rebung antara menu kegemaran aku. Keluarga aku memang dari dulu antara penggemar rebung, hinggakan ada pokok buluh sendiri ditanam untuk dimakan rebungnya.


Demonstrasi menghasilkan menu rebung, daripada mula membersihkan dan membuang bahagian yang keras, sehinggalah siap lauknya. Sepanjang proses ini, aku memang terliur dengan menu rebung yang dihasilkan. Teringat pula bila ada kenduri-kendara di kampung aku di Kedah, pasti akan ada menu rebung


PAKEJ DI BANGHURIS HOMESTAY



For further information & reservation, please contact :-📞 Haji Basir bin Wagiman : 013-300 3942📞 Mrs. Misriah bt Natijo : 019-391 9547📞 Mr. Azizi bin Haji Basir : 019-649 7655
📬Email : [email protected]
#KitaKeKampung #KitaKanSekampung #PusingSelangorDulu #BudayaSelangor #travellocal #travelsafe #GayaTravel
Program Kita Ke Kampung yang berlangsung dari 24 Julai - 27 Julai ini dibawakan oleh UPEN Selangor, pengurusan oleh Majlis Kebudayaan Negeri Selangor dan disokong oleh Gaya Travel Magazine

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2020/08/terokai-pengalaman-kampung-di-banghuris-homestay.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Kehidupan Desa Di Banghuris Homestay Senarai Pakej Dan Aktiviti

Pengalaman Kehidupan Desa Di Banghuris Homestay Senarai Pakej Dan Aktiviti

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 666 hits
Selalu kalau orang sebut homestay apa yang korang faham sekarang ni definisi homestay tu orang dah sama kan dengan konsep Airbnb Yang jenis kita sewa satu rumah duduk ramai ramai kan Tapi konsep sebenar homestay ialah kita menumpang menjadi...
Tempat Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Banghuris Homestay

Tempat Tempat Dan Aktiviti Menarik Di Banghuris Homestay

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 455 hits
TEMPAT TEMPAT DAN AKTIVITI MENARIK DI BANGHURIS HOMESTAY RUMAH SAYUR TANAMAN BERKONSEPKAN FERTIGASI MEJA Uniknya di Banghuris Homestay ini adalah terdapat aktiviti penanaman sayur sayuran secara organik dan sihat Cara penanaman sayur sayura...
Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler

Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 584 hits
Dinner Simple Nasi Goreng Kampung Pedas Giler Haha mana tak giler pedasnya memang terbaik Pedas tapi sedap Siapa yang tak tahan pedas giler memang tak boleh telan Nasi goreng pedas giler ni memang saya order macam tu Lepas tu masa hantar ai...
Balik Kampung Dan Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Buat Yang Tersayang

Balik Kampung Dan Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Buat Yang Tersayang

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 321 hits
Balik Kampung Dan Bawa Pulang Kebaikan Produk Apotec Buat Yang Tersayang Apotec Malaysia memperkenalkan Apotec Apple Cider Vinegar dengan madu minuman menyihatkan daripada cuka epal yang digabungkan dengan campuran madu Biasa kita dengar cu...
Persediaan Balik Kampung

Persediaan Balik Kampung

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 456 hits
InsyaAllah pada 31 Julai 2020 ini kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha Sudah pasti ramai dikalangan kita akan pulang ke kampung untuk berhari raya dengan keluarga tersayang Iyolah kan Masa Raya Puasa tempohari tak boleh balik kamp...
Boleh Balik Raya Aidiladha Di Kampung Jangan Bawa Balik Covid 19

Boleh Balik Raya Aidiladha Di Kampung Jangan Bawa Balik Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 275 hits
KUALA LUMPUR 28 JULAI Jika pada Aidilfitri yang lepas orang ramai tidak dapat menyambutnya bersama keluarga di kampung ekoran larangan rentas negeri namun pada Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini tiada sebarang sekatan perjalanan akan dibu...
Balik Kampung Sale Untuk Pemakai Bersaiz Besar Di Bob Rock Apparel

Balik Kampung Sale Untuk Pemakai Bersaiz Besar Di Bob Rock Apparel

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 512 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan rakan sekalian Terus terang Maha cakapkan ini adalah salah satu butik tempat Maha untuk cari baju mahu pun seluar kerana saiz yang ada kat sini sanga...
Ribuan Pemudik Naik Di Terminal Kampung Rambutan

Ribuan Pemudik Naik Di Terminal Kampung Rambutan

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 251 hits
Made memaparkan data jumlah penumpang dan bus di Terminal Kampung Rambutan secara detail pada shift pertama Per Kamis 30 Juli 2020 pukul 14 00 WIB jumlah bus di terminal kedatangan sebanyak 100 bus sedangkan jumlah pemudik di terminal kedat...
Tawuran Antara Kampung Remaja 16 Tahun Di Depok Kena Bacok

Tawuran Antara Kampung Remaja 16 Tahun Di Depok Kena Bacok

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 212 hits
Polisi langsung melakukan pengejaran Dari peristiwa tawuran tersebut pihaknya berhasil mengamankan sejumlah remaja
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Hiburan Sebelum Ni Tak Halal Ke Produk Baru Terima Sijil Halal Ada Pula Yang Pertikai Ka Tampil Beri Respon

Selepas Penceraian Dengan Minhwan Yulhee Bakal Saman Individu Tinggal Komen Buruk

Video Ketua Penasihat Sg4 Patut Rasmi Majlis 39 Tahun Peringati Memali

Hassan Makin Melampau Disiasat Dakwaan Menghina Yang Di Pertuan Agong

Beg Sekolah Anak Kena Gunting Ibu Pesan Tanya Kelakuan Anak Dekat Sekolah Masa Perjumpaan Ibubapa

Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa